CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Reinaldo

Benda mistik tentang penyakit ku

[Copy link]
 Author| Post time 23-10-2019 06:35 PM | Show all posts
Maaf lambat sambungannya, outstation....

So, kita tinggalkan cerita pasal sakit Aku dan misteri Mak Cik ku. Aku nak ceritakan pasal arwah Nenek Aku. Sedikit sebanyak mempengaruhi Mak cik Aku.

Sepanjang arwah Nenek Aku hidup, agak kerap dier sakit. Selalunya Mak Aku yang jaga. Mak Aku ni menantu nak harapkan Adik2 perempuan Ayah aku....mmg taklah. But that's OK. Tanggungjawab pun. Yang misteri tentang penyakit Arwah Nenek ..kejap ok ...kejap tidak. Beribu gak Ayah Aku spent duit kat hospital cari jalan penyelesaian, tapi hampa. But everytime, Arwah Nenek sakit dier akan btau yang ada orang yang hantar benda jahat kat dier. MAsalahnya, Arwah Atuk Aku Imam MAsjid....mmg tak percaya benda2 khurafat ni. Arwah Atuk mmg menentang jumpa Bomoh ni semua.

Sampailah, Pakcik Aku bawak Arwah Nenek pi jumpa sorang Ustaz ni. Boleh plak Ustaz ni btau sebenarnya keturunan Makcik ini...."Pahlawan DiRaja, ada byk harta benda yg ditinggalkan kepada keturunan Makcik....sebenarya "Saka" Makcik ni pendinding...jgn risau. Cuma ilmu ni kena diturunkan" ....dari snilah penyebabnya Mak Cik Aku cari all this "ilmu".

Lepas jumpa Ustaz ni....mmg Arwah Nenek terus baik. Aku mmg tak tahu apa yang diorg dah deal dgn Ustaz ni. Cuma mmg dari dulu sampai sebelum meninggal Arwah Nenek Aku mmg suka sikat rambut guna minyak Zam Zam. Rambut dier mmg panjang ...nak cari rambut putih mmg susah. Dier mmg sentiasa nampak cantik jer....."mungkin mmg pandai jaga diri kot".

Misterinya, 2-3 bulan sebelum dier meninggal dier sakit. Terbaring and tak boleh uruskan diri. So, as usual, Mak AKu yang jaga. Sampailah satu masa, Arwah Atuk bising sebab MAk Aku jaga- bawak balik rumah kami. Sedangkan anak2 perempuan dier duk dekat tapi tak jaga. Then, baru diorg take turn jaga Arwah nenek. But MAk Aku still dtglah hampir setiap hari...jenguk.

Seminggu sebelum meninggal....dier terbaring, tak bercakap. Tapi bab MAkan mmg habis. Dier siap request Mak Aku tido dgn dier. So , that one week mmg Mak duk sana. Dari situ Mak Aku nampak ada yang tak kena...sebab dier cuma bangun bila makan jer. PAstu tido. Sikit2 jer cakap.
Lepas Ayah Aku consult dgn org2 tua kampung, Ayah aku jumpalah seorng Ustaz ni. UStaz ni tgklah keadaan Nenek Aku.

Ustaz ni btau, Arwah Nenek masih ada cuma ada "saka" yang duduk dgn dier....x mo lepas. Bab ni paling best....(sama2 rujukan kita)

Ustaz: Btau Mak awak, niat dgn rela hati lepaskan "saka" tue. Then baru die tinggalkan. Kalau tak dier tak tinggalkan dan saya tak boleh buat apa. Cuma bila Mak kamu setuju. Cabut atap rumah --2 -3 keping zink (rumah kampung). Insyallah dier akan pergi dgn tenang.

Then malam tue Ayah Aku btaulah Nenek Aku pasal ni . Dier senyap dan btau mengarut jer . Lepas sengih dier tido. Tapi PAk cik Aku mlm tue jugak buka atap rumah- 2-3 zinc.  So, mlm tue semua Adik beradik Ayahku pakat tidur dirumah tue. Mmg penuhlah. Sampailah waktu sebelum subuh, nenek aku kejutkan Mak Aku minta Air, then tetiba.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-10-2019 07:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Duh...bila hujung ayat tiba2..suspen baca..
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2019 09:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Bestnyaaa cite
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2019 11:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Reinaldo replied at 23-10-2019 06:35 PM
Maaf lambat sambungannya, outstation....

So, kita tinggalkan cerita pasal sakit Aku dan misteri M ...

Sambung laaaa cepat TT. Tergantung sungguh
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2019 12:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Menarik citer tt
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-10-2019 11:54 AM | Show all posts

Thank you. Rasanya kalau benda terjadi mmg senang kot nak diceritakan.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 28-10-2019 12:14 PM | Show all posts
Ok sambungannya. By the way "Happy Deepavali"....

Pagi dalam 5-530 am, arwah kejutkan Mak Aku. Katanya hendak minum air Teh O suam. So, MAk Aku bangun menuju ke dapur, masak air.  Mak Aku pun masa tue mamai lagi, masa tue jugak Mak Usu Aku keluar dari bilik tegur Mak Aku.

Mak Usu: Akak buat apa ni, awallagi.
Mak Aku: Masak Air, Mak nak Teh O suam.
Mak Usu: Ok, Nak pi toilet .... pastue siap2 semayang Suboh.

Bile air masak semua, Mak Long Aku dah bangun....tolong nyebok saipkan Air Teh O Suam. Dier duk "busy" pk nak breakfast apa sebab semua org ada. Air siap, MAk Aku pun pergilah bagi kat arwah nenek.  Arwah bangun bersandar, masa tue Ayah dan Pak Andak Aku pun dah bangun nak siap2 Suboh. Lepas Mak Aku suapkan 2-3 sudu, tetiba dier batuk ...then terus susah nak nafas. Dah mcm nazak--- nafas naik turun. Masa tue semua berkumpul ajar mengucap....kecuali Mak Usu.  

So, yang lain duk panggil dier.  Masa tue ada benda pelik jadi.

"Lepas Mak Usu Aku siap2 ambil wudhu semua dier pun keluar toilet. Sempat dier tegur Mak Aku dgn Mak Long. Dalam bilik --- dier sorang tido dalm bilik (sebab anak kecik lagi), tgh2 dier tukar baju nak siap2 Suboh ..... dier perasan ada seorang "perempuan" pakaian cantik warna kuning, melintas depan dier sambil senyum. Dier tegur siapa ni ? Perempuan ni berlalu jer. Terus tembus ke tingkap."

Bila MAk Usu sampai kat arwah nenek dr bilik Arwah dah tak ada. Tapi sempat mengucap dan tinggalkan pesan pada semua. Betullah kat Ustaz tue "kena redha, kalau bukan zinc....Mak awak lepaskan dier akan pergi". Tapi sampai skang "kami tak tahu siapa perepmpuan yang berbaju kuning tue". Tapi ikut kata Mak Cik Aku yg obses dgn benda mistik ni....ituelah saka yg jaga arwah nenek. Aku iyakan jerlah.

Lepas benda ni jadik makin kuatlah kepercayaan Mak Cik Aku pada benda2 mistik ni. Sampaikan dier selalu naik Gunung Ledang,....tido sana. Tak tahulah amalam apa yang dier amalkan. Tapi kami semua percaya...saka2 family nie mmg ada pada dier.



;;; Aku akan sambung pasal penyakit Aku balik lepas ni ;;;;;
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-10-2019 12:42 PM | Show all posts
Ok sebab minggu ni schedule Aku busy skit.....biarlah Aku tambah skit citer ni.

Ingat tak lepas Aku jumpa Ustaz tue, kaki Aku baik. Sebenarnya baik cuma untuk 2-3 bulan jer.

Esoknya, lepas Aku balik dr berubat. Aku masuk office. Sampai office, PA Bos aku terus dtg kat Aku.

PA: Sir, Bos want to see you now?
Aku: Why?
PA: No, idea.

Aku masuk bilik dier.  Ok lets me introduce my Bos.
Dier non Muslim. Tapi sgt kuat agamanya. Dalam bilik dier ada small kuillah.

Bos: Bro, are u ok ?
AKu: Ok Bos, But sorry semalam I amek EL with my staff (F).
Bos: It's OK. What happen?

So, Aku pun ceritalah kat dier apa yg terjadi. Dier calm jer and senyum. Pastue dier btau, benda2 tue mmg ada. Dier sendiri pun pernah kena. Even, Mr.R (his right hand man) pun pernah kena. Aku tanya kena apa? Dier btau ada sekali tue, Mr.R refuse nak pi satu client ni (our biggest client). Sebab everytime dier pergi.....dier tak jumpa pintu masuk or dah sampai tapi tak jumpa office. Sampai 2-3 minggulah Mr.R kena benda ni. Bila dier (My Bos) pergi benda yang sama jadi.

Sampailah, diorg pi office India (by the way my Bos local Malaysian). Kat sana ada sorang stafft ni arrangekan berubat dgn sorang Bomoh ni (Muslim ). Dalam prosess perubatan tue , Bomoh ni btau ada org dengki dgn dier. So, adalah benda yang dihantar untuk ganggu hidup dier dan stafft . Tapi ayat ini yang buat Aku cuak.

Bos: Bro, semua clients you yg jumpa. So, hati-hati takut ada yang busuk hati. Ambiklah azimat ker apa. I know you guys Malay semua ada byk Azimat.

Senyum sambil gelak bila dier cakap pasal Azimat. Yang best nya dier btau Aku ni.

Bos: Actually just above your place....we place something.
Aku: (sambil cuak)....apanya Bos?
Bos: Nothing serious bro. But ada "Ustaz" I upah supaya letak pendinding. This pendinding to avoid stafft tipu sama saya.
Aku: Btollkah Bos?
Bos: Betul bro. Office ni kita letak pendinding. Tapi you and Mr.R selalu keluar. Thats why maybe you kena kt luar. Be carefull Bro.

Teruk kan. Agaknya kalau hal2 khurafat and syirik ni, mmg bangsa lain pun respek kiter ek. Bila Bos Aku reveal bab ni lagi Aku takut. Sakit Aku ni teruk, mmg sejak Aku join company pun (Aku staff baru). Sebelum ni kawan pada Bos Aku ni....that's why dier berbro jer dgn Aku.

Cuma nak petik ada kata seorang Alim ni. Kata-kata ni pun dari Anak murid dierlah. Org Alim ni dari Syiria, first time dier sampai dari Syiria. Keluar jer dari pesawat dier btau pengikut dan anak2 muridnya.

"Sesungguhnya, tanah ini penuh dgn sihir. Hampir semua org di sini memakainya (saka- sedar atau tidak). Mungkin Allah dgn izin Allah Aku kesini untuk membuangnya".

:::::::epas ni aku sambung lagi ek::::::
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-10-2019 03:15 PM | Show all posts
sambung2.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-10-2019 04:38 PM | Show all posts
Sambungannya.

Selepas apa yang di share oleh Bosku. Aku jadi semakin takut. Masalahnya, Aku terikat dgn pegangan aku bahawa "manusia normal" tak mungkin boleh nampak benda2 ni. Semua Ustaz or Bomoh yg nampak benda ni sbenarnya diorg guna pendamping. Walaupun aku ni tak berapa nak Alim....tapi benda2 syirik ni Aku tak nak percaya. Bukan tak percaya...tapi was2 bila, diorg btau....haaa "org ini yang hantar or ni "hantu raya" or jin hutan".

Hal ini aku share dgn Best Fren Aku. Dier and keluarga dier ni mmg Aku respek sebab mmg berpegang teguh dgn ajaran agama. Maksud Aku, masa zaman muda2 Aku tido rumah dier.....semua org Solat berjemaah dalam "surau khas"...pastu ada tazkirah. Arwah ayah dier mmg org baik2lah.

Dier dapat baca Aku nyer confusion. So, dier pun buka citer. Aku namakan dier Mr.L.

Mr.L: Bro, kau tau kan arwah nenek Aku meninggal sebab sakit buah pinggang. Dah keluar masuk hospital tak baik2. Sampai satu tahap Doc tak tahu nak advise. Makcik2 Aku sakit sendi. Lebih kurang mcm kau.

Aku: Yer bro.

Aku tahu kau kurang snang biler Ustaz org org2 pandai ni btau penyakit tue. Gout tapi ada unsur2 mistik. Mcm nilah biar aku buka cerita/aib keluarga Aku. Nenek aku hidap sakit Gout ni puluh tahun. Semua anak2 ingat gout....so sakit hantar clinic, makan ubat. Benda ni mmg dah jadi routine, sampai Aku pun bawak pi clinic. Tapi sakit nyer bermusim.....walaupun nenek Aku berpantang. Nak jadikan cerita, kami bawak pi Darul ************* then Ustaz kat sana kata ada gangguan lain. Bayangkan perasan nenek Aku, puloh tahun makan ubat sampai buah pinggang dah rosak...baru ni tau ada gangguan. Tapi cara perubatan Ustaz ni mmg Islamik sungguh....ada amalan zikir dan sebagainya. Masa ni buah pinggang Nenek aku dah mmg problem. At the same time, 2 makcik Aku dapat sindrom yang sama...sakit sendi, bermusim. Bawak pi Darul ********* sama jawapannya. So cara berubat pun sama.

Sampailah satu hari Makcik Aku pi satu kenduri. Ada seorg Tua tegur dier.  Sakit ker ?
Yer pakcik. Sakit ni boleh di ubat tapi ada caranya. Bila Makcik Aku cari balik Org Tua ni lepas kenduri. Tak jumpa dah. Lepas puas bertanya. Diorg pun pi lah ker rumah Org Tua ni.

Maka satu per satu persoalan terurai..................................

Mr.L:

Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2019 05:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Ayah pun gout. Selalu musim hujan mesti kena. Sekarang kurang dah sbb makan ubat
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2019 05:55 PM | Show all posts
Reinaldo replied at 30-10-2019 04:38 PM
Sambungannya.

Selepas apa yang di share oleh Bosku. Aku jadi semakin takut. Masalahnya, Aku terik ...

suspen betul ni tt
stop kat situ...tang nak tahu apa benda sebenarnya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-10-2019 06:02 PM | Show all posts
Sambungannya.....

Orang Tua ni pun huraikanlah apa yang sebenarnya berlaku dalam famili Mr.L. Actually, famili ini ada saka turun temurun. Jadi dier akan hinggap dekat sebelah perempuan, sebabnya dalam sebulan perempuan datang bulan....so snanglah benda ni hinggap. So, mmg benda ni suka attack bahagian sendi2 badan. That's why, arwah nenek Mr.L selalu mengadu sakit sendi.

Untuk mereka sekeluarga terima berita ni mmg agak susah. Sebab kebanyakan dari diorg ni mmg org2 alimlah....jaga Solat. Tapi lepas berdiskusi semua, diorg setuju untuk buang benda2 ni. So, Org tua ni btau benda ni ada ditanam dirumah pusaka (arwah nenek Mr.L) dibawah tiang seri. Mula2, semua mcm tak percaya sebab diorg btau....rumah ni mmg selalu buat kenduri, bacaan yassin dan sebagainya. Tapi diorg tak ada choice, org tua ni btau kalau nak buang....kena buang terus.

So, dtg hari yang dijanjikan....Org tua ni pun datanglah bertandang ke rumah nenek Mr.L. Sampai dier terus ajak Ayah Mr.L dgn 2 orang Pakcik lain pi bawah rumah ...ke tiang seri. Lepas dier baca mantera semua....diorg pun start mengcangkul kat sebelah tiang seri. Lepas dalam 11/2 meter gitu diorg jumpa satu bungkusan dalam kain kuning. Nak tahu ada apa?

Org Tua tue amek bungkusan tue....baca lagi mantera, then buka. Jeng..jeng..jeng....
Dalam kain kuning tue ada....tengkorak, keris lama dgn syiling lama. Org tua tu pun btau
"Selama mana bungkusan ni ada di sini, selama ituelah keluarga kamu diganggu". Naik pengsan arwah nenek Mr.L tgk barang2 tue semua.

Lepas peristiwa tue, arwah Nenek MR.L pun meninggal sebab kegagalan buah pinggang. Makcik2 nya pun sembuh seperti sediakala.

Mr.L: Tak cayakan. Tapi itu hakikatnya. Baiklah kau berubat, tgk apa yang salah. Send gambar PAsport paling latest. Aku nak suh kawan check kejap badan kau ni....ada lagi ker dah tak ada.

Aku: Ok
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2019 06:05 PM | Show all posts
Reinaldo replied at 30-10-2019 06:02 PM
Sambungannya.....

Orang Tua ni pun huraikanlah apa yang sebenarnya berlaku dalam famili Mr.L. Act ...

huhu...seramnya ada tengkorak tu semua
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-10-2019 11:11 AM | Show all posts
Ipo replied at 30-10-2019 06:05 PM
huhu...seramnya ada tengkorak tu semua

Masa kat tempat kejadian Mr.L ada, kalau ikut dier citer mmg menggerunkanlah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-10-2019 11:13 AM | Show all posts
Lolalala replied at 30-10-2019 05:49 PM
Ayah pun gout. Selalu musim hujan mesti kena. Sekarang kurang dah sbb makan ubat

Baguslah. Tapi kalau boleh minum air suam banyak. Sekarang ni Aku minum before lunch 2-3 liter. Mmg kerap gi toiletlah. Tapi sebab tak nak bergantung dgn Obat.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-11-2019 10:38 AM | Show all posts
terima kasih tt kerana sudi berkongsi pengalaman dan cerita .semoga tt sembuh pulih seperti sediakala
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2019 11:54 AM | Show all posts
perkongsian yg bermanfaat dan boleh difikir2kan.

"Sesungguhnya, tanah ini penuh dgn sihir. Hampir semua org di sini memakainya (saka- sedar atau tidak). Mungkin Allah dgn izin Allah Aku kesini untuk membuangnya".


Ini paling seram. mungkin betullah kan... kalau kita fikir dari zaman moyang2 kita dulu2,
mmg x asing lagi dgn ilmu2 kebal, jaga tanaman, jaga rumah etc... utk kelangsungan hidup.

sy pun ada cerita mistik dlm family. panjang jgk la kalau nak share.
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2019 01:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Reinaldo replied at 23-10-2019 06:35 PM
Maaf lambat sambungannya, outstation....

So, kita tinggalkan cerita pasal sakit Aku dan misteri M ...

Biasa kalau bukak atap rumah ni hantu raya org kata huhu
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2019 02:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Tapi kalau boleh elakkan jumpa org berubat yg blh tgk nama atau gmbr dari jauh,yg ada rasapan,yg ada pengeras ke.elok jumpa yg baca ayat2 suci alquran je(ruqyah).itu baru betul2 hanya dengan pertolongan Allah je kita berserah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 01:32 AM GMT+8 , Processed in 0.614489 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list