CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Cari-Azza

Memang Astro Dah Rancang Ke Sebab Ada 2 Trofi Juara GV6, Aznil Nawawi Pun Turut

[Copy link]
Post time 23-12-2019 04:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah gitu next competition buat 2 juara lagi lah ea.. astro je yg suka buat camni. Amalkanlah selalu.. hahaha..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-12-2019 04:03 PM From the mobile phone | Show all posts
minah_selekeh replied at 23-12-2019 03:09 PM
Tapi RM100,000 tu kongsi ke sorang satu?

Setiap sorang juara tu dpt rm100k.. Kalau kena kongsi, maunya merentan secara live atas stage tak puas hati duit kena bahagi 2.. Hahaha..
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2019 04:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku xtengok pun sbb tv rosak.
Nak tau sang juara je..
Ku sangkakan sorang rupanya orang-orang..
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2019 04:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Kikiki...kesian kat penganut2 gv
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2019 04:27 PM From the mobile phone | Show all posts
fliphair8 replied at 23-12-2019 04:02 PM
so winning prize 100k bahagi 2 ke camne ni? hakak tak layan GV tapi nak ler hakak nyibuk2 hal orang

Setiap juara dpt 100k..and the rest of the prizes laa..same one..xde bahagi dua ke ape..sbb ada y travel tu..pstu renovation prize semua..
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2019 04:28 PM | Show all posts
salmon-suki replied at 23-12-2019 04:27 PM
Setiap juara dpt 100k..and the rest of the prizes laa..same one..xde bahagi dua ke ape..sbb ada y  ...

oooo...keje astro ke?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-12-2019 04:36 PM From the mobile phone | Show all posts
fliphair8 replied at 23-12-2019 04:28 PM
oooo...keje astro ke?

Ai tgk ler smlm sis..tu y taw..kekeke~

Lagipun dia mmg umum, c jihan tu dah ckp daa..y duk tny2 tu either mmg tak attentive time tgk atau y x tgk lgsg..

Baidewei,kalau aiolzs keje asteruk,aiolzs akn pastikn tokroy dpt placing ke final bkn nye iron man celup..hohoho~
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2019 04:45 PM | Show all posts
boleh tak iol nak speku ni semua keputusan bos susu.. hahahaa

ye la.. kan dia yang sponsor.. sukati la dia nak bagi setiap sorang rm100k pon.. dah dirancang dari awal.. klo tak takde la ramli ms cakap ade surprise lepas persembahan hady mirza
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-12-2019 05:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Patutla GV thn ni ak x excited lgsung nk tgk..last year tgk pn sbb aura zamani.thn ni mcm mehhh sgt.so this is why.hahahaha.lawak2...!!
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2019 05:21 PM | Show all posts
propahhh...
takkan nak mengaku dah plan? kenala jaga reputasi yach..
sah2 la tokram tu ketua juri boleh jeh tentukan sape juara kalau markah seri...
hello... sebabtu dalam world cup ada penalty... bukanla pertandingan kalau ada 2 pemenang.. syok sendiri betul tokram yach
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2019 05:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Happy sgt muka naqiu tu smpi jd pelik... apa la naif sgt netizens mmg sejak ada realiti show ni mmg mcm2 drama n plan production buat.. ini bukan zmn bintang rtm dlu2.. yg penting happy ending wlupub ada yg jd kambemg hitam tapi aku ku kesah
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2019 05:28 PM From the mobile phone | Show all posts
September14 replied at 23-12-2019 05:22 PM
Happy sgt muka naqiu tu smpi jd pelik... apa la naif sgt netizens mmg sejak ada realiti show ni mmg  ...

paknil tu macam la tak biasa dengan drama astro. hahah
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2019 05:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Paknil takyah buat2 hairan. You are the original kezutan time AF dulu.
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2019 05:34 PM | Show all posts
SAPE KOMPLEN BERMAKNA HATI KOTOR BANYAK DOSA.KENA BANYAKKAN BERZIKIR MENGINGATI TUHAN..

Tok Ram minta semua pihak 'bersihkan hati' terima keputusan GV6

Segelintir pihak dilihat tidak berpuas hati dengan keputusan akhir Gegar Vaganza musim keenam (GV6) yang menyaksikan Naqiu Boboy dan Hady Mirza berkongsi kejuaraan.

Beberapa warganet berpandangan bahawa dalam sesebuah pertandingan seumpamanya, seharusnya cuma ada satu pemenang sahaja.

Bagaimanapun, juri tetap Ramli MS tampil tenang meskipun diasak dengan pelbagai soalan daripada pemberita dan menolak tanggapan bahawa keputusan itu mencetus kontroversi.

“Mana ada kontroversi. Macam inilah senang, kami (juri) dan juga penganjur sudah bersetuju (Naqiu dan Hady Mirza juara GV6).

“Mungkin yang komen mahu Naqiu juara atau Hady seorang. Saya rasa dalam hal ini, bersihkan hati.

“Astro sudah cukup baik tambahkan hadiah wang tunai untuk kedua-dua juara,” katanya selepas sidang media pada konsert akhir GV6, di Auditorium, Shah Alam, semalam.

Pada minggu kesebelas konsert GV6 semalam menyaksikan Naqiu yang dikenali melalui kumpulan Boboy dan penyanyi Singapura, Hady dinobatkan sebagai juara dengan markah sama.

Mereka masing-masing meraih 87 peratus meskipun sebelum ini.

Kemenangan itu membolehkan kedua-dua mereka membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM100, 000 dan trofi GV.

Keputusan itu mengejutkan ramai pihak kerana belum pernah sepanjang enam musim GV berlangsung menyaksikan juara disandang oleh dua peserta.

Dua juri lain Hetty Koes Endang, dan pereka fesyen terkenal Rizalman turut mempertahankan keputusan yang sudah dicapai sebulat suara

Mengulas lanjut, Ramli menegaskan bahawa tiada perancangan di belakang tabir berhubung keputusan itu.

“Sebagai juri memang kerja saya untuk menentukan siapa juara dan saya tak berpihak kepada mana-mana penyanyi. Kedua-dua mereka layak untuk bergelar juara.

“Memang tidak pernah dirancang, rezeki orang anda tidak tahu. Naqiu dan Hady menghormati muzik, mereka akur dengan kehendak muzik jadi semua setara…

“Bunyi yang mereka hasilkan sangat ikhlas. Saya bentang dan beritahu pihak Astro kita ambil sahaja mereka berdua sebagai juara tahun ini,” katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2019 05:42 PM From the mobile phone | Show all posts
claudya replied at 23-12-2019 05:28 PM
paknil tu macam la tak biasa dengan drama astro. hahah

Fakenil biasala....
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2019 05:48 PM From the mobile phone | Show all posts
September14 replied at 23-12-2019 05:42 PM
Fakenil biasala....

Sedangkan AF la pencetus drama dah keluar masuk balik, dah masuk keluar balik.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-12-2019 05:53 PM From the mobile phone | Show all posts

"Jangan Marah Hady Mirza Tapi Terasa Lemahnya Juri Menilai Zat Bintang Naqiu" - Khir Rahman Komen Isu 2 Juara GV2019

Amri Hassan
BY AMRI HASSAN
23 DISEMBER 2019. 2:53 PM
Hiburan



Pelakon Khir Rahman meminta orang ramai agar tidak terus membuat spekulasi dan menghukum kedua-dua juara Gegar Vaganza 2019 atas keputusan malam tadi.

Jelas Khir, baik Naqiu mahupun Hady Mirza kedua-duanya tidak seharusnya menjadi tempat untuk peminat meluahkan ketidakpuasan hati.

"GV adalah program yang bersifat 'sekadar hiburan', janganlah ambil serius sangat. Sebarang keputusan adalah untuk dijadikan 'talking point' demi bisnes, jadi relaks saja.

"Yang penting jangan sesekali marah Hady Mirza, bukan dia yang membuat keputusan untuk melepaskan dua juara.

"Kejujuran dan kuasa keputusan adalah tanggungjawab juri. Hanya mereka yang boleh mengiyakan mahupun menidakkan pemarkahan yang didakwa sama itu.

"Saya faham... Pahat yang berbunyi ini sebenarnya bukanlah kerana menafikan rezeki Hady, sebaliknya kerana terasa akan 'lemahnya' juri dalam menilai pelbagai bakat, versatil, zat bintang yang ada pada Naqiu.

"Sehingga seolah-olah rezeki Naqiu sebagai juara mutlak pula dinafikan apabila akur pada pemarkahan," ulas Khir.

KEI RAMOSS
@KhirRahman
GV adlh program yg bersifat 'sekadar hiburan' ..jangan la ambik serius sangat 😄 ..sebarang keputusan adalah utk dijadikan 'talking point' ..demi business ..so relaks je 🤪

GV2019 melakar rekod apabila buat pertama kalinya menobatkan Naqiu dan Hady Mirza sebagai juara bersama.

GV sebelum ini pernah menobatkan Ayai Ilusi, Siti Nordiana, Azharina, Aishah dan Noryn Aziz sebagai juara musim-musim terdahulu.

GV2019 bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA Shah Alam setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123).

Dapatkan perkembangan terkini tentang GV2019 hanya di laman sosial rasmi Instagram @gegarvaganzaofficial atau Facebook Astro Gempak atau di laman web www.gempak.com/gegarvaganza.

GV2019 ditaja oleh pengeluar rangkaian susu segar dan produk tenusu Farm Fresh Malaysia.

GV2019 turut disokong oleh penaja bersama Powercat, Cuckoo dan Uphamol manakala syarikat telekomunikasi Digi pula menjadi telco rasmi.
http://www.gempak.com/artikel/30304/jangan-marah-hady-mirza-tapi-terasa-lemahnya-juri-menilai-zat-bintang-naqiu-khir-rahman-komen-isu-2-juara-gv2019?fbclid=IwAR3i9O5tcK0bgoRC8WJRpIXd6SzYXUIw7RS75Fqw98SPu1McNzPZZaYj3SA
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2019 06:21 PM From the mobile phone | Show all posts
pencintaABC replied at 23-12-2019 05:48 PM
Sedangkan AF la pencetus drama dah keluar masuk balik, dah masuk keluar balik.

Fakenil sj la nk bg panas lg biar x hbis2 org ckp psal gv.. sah2 la sheols pun org astro kn
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2019 06:23 PM From the mobile phone | Show all posts
September14 replied at 23-12-2019 06:21 PM
Fakenil sj la nk bg panas lg biar x hbis2 org ckp psal gv.. sah2 la sheols pun org astro kn

Jeles le tu final tak dapat jari juri jemputan
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2019 06:24 PM From the mobile phone | Show all posts
pencintaABC replied at 23-12-2019 06:23 PM
Jeles le tu final tak dapat jari juri jemputan

Mesti sheols tcabar dgn tokri kn.. dah la masa jd juri hrtu dah mcm style tokri komen...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 12:54 AM GMT+8 , Processed in 0.530741 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list