Kredit Foto - Steemit & Wanista.com
Meskipun kucing adalah binatang yang comel dan manja, hakikatnya terdapat ramai yang takut terhadap kucing.
Bahkan, pelbagai kes orang yang takut atau fobia terhadap kucing ini mengakui mereka panik dan stres sehinggakan ada yang histeria bila berhadapan dengan haiwan ini seperti yang dikongsikan Sabrina Baharin dalam video ini.
"Mohon jangan main-main dengan perasaan ketakutan dia."
Bagi Sabrina, ia bukanlah satu perkara yang boleh dibuat main kerana ia sama seperti mangsa kena prank tu.
Ramai netizen yang retweet video ini dan memberi pelbagai reaksi.
"The struggle is real"
Orang yang memiliki fobia terhadap kucing dalam istilah kedoktoran disebut sebagai Ailurophobia.
Ailurophobia juga biasanya dikaitkan dengan trauma dek kenangan masa lalu yang melibatkan si pengidap dengan kucing.
Kredit foto: CCS Portfolio - Adolf Hitler Juga Fobia Pada Kucing
Misalnya pernah dicakar kucing, digigit dan seseorang itu pernah menonton filem yang menakutkan tentang kucing sewaktu mereka kanak-kanak.
Namun, fobia kucing masih boleh diubati. Cara untuk mengatasi ketakutan ini adalah dengan menghadapinya setiap hari.
Lawan ketakutan dengan cuba membelai kucing terlebih dahulu. Latih diri untuk kerap membelai kucing dan kemudian kita akan terbiasa.
Secara tidak langsung, rasa takut itu akan hilang perlahan-lahan.
Sementara itu, janganlah kita asyik menyakat kawan-kawan yang takut dengan kucing walaupun haiwan itu tersangatlah comel!
Silap-silap, kalau orang itu lemah jantung lagi susah. Bergurau ada batasnya. Maka, beringat dan berpada-padalah ketika bergurau. - CARI |