Kredit foto: Beautiful Nara
Akhirnya, teka-teki tentang identiti isteri seorang juara program Da'i yang ditangkap polis kerana menipu pelanggannya telah terjawab.
Isteri Da'i Farhan, Erin atau nama sebenarnya Noorainul Naqim Mohd Radzi telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret, semalam.
Kredit foto: Berita Harian Online
Erin didakwa menipu seorang pelanggan berkaitan urusan mendapatkan sijil Halal dari JAKIM dan sijil dari Kementrian Kesihatan Malaysia bagi produk jamu yang menyebabkan kerugian hampir RM11,000.
Erin bagaimanapun mengaku tidak bersalah apabila tuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Wong Chai Sia.
Kredit foto: Video youtube.com
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di premis perniagaannya di Taman Keramat, Wangsa Maju dua tahun lalu. Jika disabit kesalahan, Erin boleh dihukum penjara antara setahun hingga 10 tahun, dihukum sebat dan didenda.
Majistret telah mengarahkan tertuduh membayar duit jaminan sebanyak RM4,000.
Sebelum itu, Timbalan Pendakwa Raya, Wan Ahmad Hakimi Wan Ahmad Jaafar menawarkan jaminan sebanyak RM10,000, namun peguam bela Sheik Abdullah Abdul Malik memohon supaya jaminan dikurangkan dengan alasan anak guamnya penanggung tunggal lapan anak berusia lima hingga 19 tahun.
Da'i Farhan yang kelihatan berada di mahkamah sejak 9.30 pagi sebagai penjamin isterinya bagaimanapun enggan mengulas lanjut apabila ditemui media di luar mahkamah.
Diharapkan Da'i Farhan dan Erin tabah menghadapi tuduhan mahkamah ini dan semoga dimudahkan urusan untuk keluarga kedua belah pihak. - CARI |