Sperma adalah penting untuk menyuburkan telur dan meneruskan keturunan. Tetapi, tahukah anda merokok akan mengurangkan pengeluaran sperma dan memberi kesan kepada pergerakan sperma?
Perkara ini dikongsikan pemilik akaun Twitter, Dr Zaquan Zack mengenai kisah keputusan ujian air mani seorang pesakit yang sudah enam tahun berkahwin, tetapi tidak mempunyai zuriat kerana spermanya tidak normal.
Kredit Foto - Twitter Zaquan Zack
Menurut Dr Zaquan lagi, merokok adalah faktor terbesar menyebabkan kualiti sperma menurun sebab kandungan rokok adalah teratogenic kepada sel-sel badan.
Peratus kesuburan bagi lelaki yang merokok akan berkurang, sekali gus memberi kesan tehadap kiraan sperma, pergerakan sperma dan morfologi sperma.
Katanya, kebanyakan lelaki yang ada masalah seperti keputusan sperm analysis ini, tidak mempunyai apa-apa masalah kesihatan lain, malah tiada sejarah keluarga yang tidak subur.
Tambah Dr Zaquan, untuk mengatasi masalah ketidaksuburan di kalangan lelaki, berhenti merokok adalah langkah terbaik di samping menggunakan kaedah perubatan lain untuk memperoleh zuriat.
Kredit Foto - Twitter Zaquan Zack
Rata-rata lelaki akan terus menyalahkan wanita jika mereka tidak dikurniakan zuriat. Sebenarnya, banyak kes gagal mendapatkan zuriat adalah berpunca daripada suami walaupun mereka enggan mengaku bahawa mereka adalah punca.
Jika anda mengalami situasi seperti ini setelah beberapa kali mencuba untuk mendapatkan zuriat, teruskan ikhtiar, ubah gaya hidup, ubah amalan pemakanan serta dapatkan bantuan pakar. - CARI |