|
Rakyat Malaysia banyak songeh, gantikan polis dengan komando
[Copy link]
|
|
Ganti Polis Dengan Komando Kerana Rakyat Banyak Songeh - Teo Kok Seong
Kredit foto: My Malay News
Kebelakangan ini, semakin banyak pelanggaran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilakukan segelintir rakyat Malaysia. Trend ini menunjukkan sikap rakyat mementingkan diri sendiri.
Keadaan ini diburukkan lagi apabila tindakan tegas anggota polis yang didakwa menengking dan merotan individu yang degil ketika PKP dipersoalkan dan disiasat.
Memetik laporan MalaysiaGazette, Fellow Utama Institut Kajian Etnik, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Datuk Dr Teo Kok Seong berkata, beliau kecewa dengan sikap rakyat ketika ini.
Perkara ini sangat membimbangkan kerana Malaysia memerlukan kerjasama daripada semua pihak untuk membendung wabak Covid-19.
Menurutnya, mereka yang melanggar PKP seperti orang hilang akal dan mementingkan diri sendiri tanpa mempedulikan keselamatan majoriti rakyat lain.
"Kerajaan melaksanakan PKP bersebab untuk membendung penularan wabak yang bahaya. Itu pun bukan tidak boleh keluar langsung, tetapi jika ada keperluan. Jadi, mengapa tidak boleh bekerjasama?
"Saya dapati rakyat Malaysia sudah hilang norma-norma hidup bermasyarakat, sebaliknya menjadi individu yang terlalu pentingkan diri sendiri," katanya kepada MalaysiaGazette.
Beliau turut kecewa dan sedih apabila ada anggota polis disiasat kerana bertindak tegas terhadap rakyat yang mengingkari arahan.
"Kalau arahan polis yang menjaga keamanan negara pun tak mahu dengar, apa nak jadi? Saya juga amat sedih apabila ada anggota polis yang bertindak tegas pula disiasat. Ini satu isyarat yang tidak betul kepada masyarakat. Saya harap perkara ini dilihat semula secara berhati-hati. Kalau isu ini silap ditangani, rakyat Malaysia semakin banyak songeh," tegasnya.
.
Kredit foto: mypt3.com
Lantaran itu, Teo mencadangkan agar kerajaan menempatkan lebih ramai tentera komando sebagai barisan hadapan dalam mengawasi pergerakan rakyat.
Ia bukan untuk menafikan peranan polis, tetapi mengajar rakyat supaya lebih berdisiplin dan menghormati arahan kerajaan terutama ketika situasi getir seperti sekarang ini.
"ada saya kalau dengan meletakkan askar dapat mendisiplin rakyat daripada bergerak, sekali gus dapat membendung penularan wabak ini, tidak ada salah kerajaan menempatkan askar-askar komando," tambahnya.
Satu cadangan yang patut diambil perhatian oleh kerajaan. Penempatan komando mungkin boleh menimbulkan perasaan 'gerun' orang ramai untuk meningkari arahan PKP dan sekaligus membantu penularan wabak Covid-19 ini. - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
jangan risau geng......DAP tak der dlm kerajaan.....kalu geng DAP ada dlm kerajaan skrang baru kita bole risau kikikikikiki.....tgk si Sabri tu dgn selamber nyer dia tarik balik surat kebenaran utk kilang arak beroperasi time PKP.....kalu geng DAP ...PAN....PKR ada dlm kabinet ingat bole ke si Sabri tu tarik balik tak der nyer |
|
|
|
|
|
|
|
sarah82 replied at 5-4-2020 09:59 AM
Tak payah laaaaaaaa.. Karang payah citer karang.
Sampai kena tembak tu jgnlah ttpi nampaknya perlu letak komando. Pelanggar aturan harus ditindak dgn sop komando juga, sama ada diherdik dn disuruh pump up 20x ke. Jgn lepaskn pergi selagi tak selesai. |
|
|
|
|
|
|
|
Lorong tikus jangan lupa, lebih penting untuk tentera menjaga sempadan.
Polis sepatutnya di beri lebih kuasa sepanjang PKP ni. Setakat polis jerit-jerit dan hayun ranting pada teenagers yang suka melepak tu apalah sangat. |
|
|
|
|
|
|
|
Artemesiaa replied at 5-4-2020 10:12 AM
Rasanya dah cukup dengan polis dan askar yang dah tempatkan untuk mengawal pergerakan. Lagi pun buk ...
Di zon yg kedptn degil taulah yg ditempatkn komando. Dah lah degil, biadap lgi, melawan. |
|
|
|
|
|
|
|
nolya replied at 7-4-2020 10:28 AM
Sampai kena tembak tu jgnlah ttpi nampaknya perlu letak komando. Pelanggar aturan harus ditinda ...
Tak payah.. Komando ni jgn buat kerja remeh. Depa dilatih utk tugas yg polis dan tentera biasa tak mampu buat. |
|
|
|
|
|
|
|
shi_jewel replied at 5-4-2020 11:51 AM
pdrm harus gunakan kekasaran kalau berhadapan dgn org2 tak dgr arahan.
abis tu, takkan pdrm nak b ...
pdrm kena buat gaya Hulk lebih sesuai kot. |
|
|
|
|
|
|
|
Komando skuad elit. Asset rahsia Negara mana boleh guna. Askar Dan polis dah cukup lah...bagi diowg kuasa ja. Nih Ada yg buat aduan Sikit ja nk siasat polis lah nak siasat askar |
|
|
|
|
|
|
|
SAYA SANGAT SETUJU
TSMY -
DatukISmail Sabri
tolong pulak ambik komando
actually i pun nak tengok how commando operates with the stubborn civilians, ada tak kelainan daripada konvensional police and tentera
i sokong , i sokong
ganti pulak to the green beret
Meet The Group Of Tough People Who Are Secretly Keeping You Safe
https://rojakdaily.com/news/arti ... ly-keeping-you-safe
|
|
|
|
|
|
|
|
sarah82 replied at 7-4-2020 10:32 AM
Tak payah.. Komando ni jgn buat kerja remeh. Depa dilatih utk tugas yg polis dan tentera biasa tak ...
Setuju...suami pun ckp cmtu. Komando nih skuad elit, Ada plak Keje remeh nak soh komando buat. Tah pape tah. |
|
|
|
|
|
|
|
Tempoh PKP ni untuk ajar rakyat malaysia patuh kepada peraturan dan undang2
kehadiran tentera membantu polis pula memadamkan sama sekali dakyah bodoh cina DAP kononnya tentera hanya makan tido |
|
|
|
|
|
|
|
Baru tahu komando dengan askar lain.. hmmmm |
|
|
|
|
|
|
|
ctcheery replied at 7-4-2020 12:20 PM
Setuju...suami pun ckp cmtu. Komando nih skuad elit, Ada plak Keje remeh nak soh komando buat. Tah ...
Depan hanya digunakan bila keadaan makin teruk.
|
|
|
|
|
|
|
|
Personally I rasa PKP tak strict mcm ni okay utk long term...setakat sekumpulan kecil yg degil merentas daerah nak beli nasi ayam tu polis askar boleh kautim lagi...majoriti besar patuh kan arahan utk stay at home ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
kalo komando ni dia org terus tampor ker?
naper tak guna komodo jek |
|
|
|
|
|
|
|
Tak payah la.
Karang komando tu kena saman dalam court pulak |
|
|
|
|
|
|
|
Bg kuasa sepenuhnya. RAMD + RANGER.. Aku nak tengok ketegaq2 ni ada berani bila RAMD + RANGER yg pegang dan kuasa sepenuhnya.. Jgn guna GGK.. GGK banyak kerja dgn keamanan negara..
GGK adalah Grup Gerak Khas. Dlm GGK ada 3..
11st Komando
21st Komando
22nd Komando
Depa dilatih utk membunuh.. Bak kata ex bf aku "membunuh dan terus membunuh"..1 team kecik cukup boleh huru harakan 1 platoon tentera biasa.
Depa ni bukan the boys dikalangan tentera tapi MEN dikalangan tentera. Semua tentera berharap dpt jadi komando.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|