|
‘Kumpulan kayangan’ Panggil Petugas Kesihatan Dog, Pencacai Najis
[Copy link]
|
|
ade jer few profile yang direveal..
sebab puak hanat yang acah2 good ni sendiri yang post kat fb.
Habis jugak kena serang and kena maki. |
|
|
|
|
|
|
|
golongan kayangan ni yg type2 kluar negara time covid19 tgh meletop kan?
ke salah?
pencerahan skit
|
|
|
|
|
|
|
|
Golongan Kayangan Biadab Maki Petugas Barisan Hadapan Anjing, Pencacai Najis
Pengorbanan petugas kesihatan barisan hadapan sepatutnya dihargai oleh semua pihak (gambar hiasan). Kredit foto: Facebook Kementerian Kesihatan
Dipanggil sebagai 'anjing' dan 'pencacai najis'. Itulah penghinaan yang dilemparkan oleh 'golongan kayangan' terhadap petugas kesihatan barisan hadapan yang cuba mendapatkan sampel daripada mereka untuk ujian saringan COVID-19.
Kekesalan terhadap sekumpulan individu yang baru pulang dari luar negara itu diluahkan oleh seorang pegawai perubatan, Dr Sakinah Sulong dalam laman Facebookmiliknya.
Beliau memberitahu, golongan tersebut bersikap sangat biadab dengan memaki hamun petugas kesihatan semata-mata kerana mereka mengikut arahan daripada kerajaan.
"Tapi bila ada golongan yang baru turun dari kayangan ni, (yang baru pulang dari luar negara) macam-macam kerenah terpaksa dihadapi. Tak nak dikuarantin.
"Marah-marah. Panggil staff kami 'dog'. Panggil staff kami pencacai najis," jelasnya.
Dr Sakinah Sulong. Kredit foto: Facebook
Sambil menyifatkan situasi itu sangat menyedihkan, Dr Sakinah berkata, beberapa petugas kesihatan terpaksa berundur kerana bimbang tidak dapat menahan sabar setelah dimaki sedemikian rupa.
Beliau menjelaskan, para petugas kesihatan tidak kisah bekerja keras dalam usaha mengekang penularan COVID-19 tetapi mereka tidak sepatutnya dihina semata-mata kerana menjalankan tugas.
"Saya fikir, kalau begini kelakuan orang yang dikuarantin, amat bagus sekiranya laporan polis dibuat.
"Atau Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengeluarkan arahan kepada pihak yang dikuarantin, sekiranya tak nak bagi kerjasama, disumbat lokap sementara!" katanya.
Sebagai perbandingan, Dr Sakinah memuji sikap jemaah tabligh yang rata-ratanya mudah memberi kerjasama dan datang awal apabila diminta datang untuk diambil sampel.
"Nota kaki: Hari ni kami mendapat pemberian KFC daripada seorang jemaah tabligh yang telah melakukan ujian swab dengan kami. Inilah indahnya akhlak mereka, jauh benar nak dibuat perbandingan," ujarnya.
Dr Sakinah berkongsi gambar makanan KFC yang disumbangkan oleh seorang jemaah tabligh. Kredit foto: Facebook
Memang tidak patut mereka bersikap biadab terhadap petugas kesihatan barisan hadapan dan pihak berkuasa perlu mengambil tindakan sewajarnya agar kelakuan yang menjelikkan ini dapat dihentikan. - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
nurul_akmar replied at 10-4-2020 08:16 AM
lgpon dorg buat keje detail... boleh deactivate sume akaun kalau dorg buat keje... nnt kuarlah vip ...
Kannnn.. Duit tu boleh guna utk bantuan frontliner dan juga rakyat.. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by EJALTI at 10-4-2020 12:41 AM
Tersentak dengan luahan dari seorang frontliner yang bertugas menjaga Kluster TABLIGH & kluster OVERSEA Covid19 yg di kuarantin.MasyaAllah..
Ini luahan beliau :
Kluster baru yang menjengkelkan..
Dulu setiap hari satu bas turun daripada tabligh dan madrasah. Diorang ni semua sangat mudah memberikan kerjasama. Seronok terasa merawat diorang ni walaupun berpeluh-peluh dek PPE. Rasa macam rawat kawan-kawan kita yang sangat mesra dengan kita.
Sentiasa dengar azan berkumandang dalam wad. Bacaan al-quran hampir setiap masa. Wad kusta lama yang penuh dengan cerita hantu pun rasanya hantu-hantu lari bertempiaran kerana pendinding semula jadi dek kerana akhlak dan zikir mereka. Hampir keseluruhannya sangat merendah diri, sentiasa memberi kerjasama yang terbaik. Tak pernah merungut..
Itulah Kluster TABLIGH.. walaupun mungkin saya tak berapa setuju mereka di cop sebagai kluster tabligh dek kerana satu dua peserta yang pentingkan diri sendiri menyebabkan yang lain menjadi mangsa.. tapi disebabkan zikir yang di sebut semua maka nak buat macam mana.
Kini datang satu kluster baru. Diorang panggil kluster TURKEY/OVERSEA. Saya panggil kluster JENGKEL. Bas kini datang daripada KLIA dan hotel-hotel. Diorang ni acah-acah jadi mangsa penyakit covid. Padahal masa diorang pergi melancong, diorang tanpa segan silu papar gambar diorang melancong malah ada yang siap perli kata corona tiada kat tempat sejuk dsb. Kadang-kadang terasa macam kita ni lebih kepada merawat sifat pentingkan diri mereka daripada merawat covid itu..
Dan mintak maaf cakap. Kluster ni lebih banyak demand. Bila nak hantar ke wad macam wad kusta ataupun institut latihan, diorang ni demand taknak pergi sebab panasla, tidak selesa dan macam-macam lagi. Tu tak termasuk yang dok persoal kenapa nak amik darah la, kenapa tak amik swab awal la dan bila kita masuk untuk periksa diorang masing-masing sibuk dengan gajet. Kita ni macam endah tak endah je..
Bukan semua yang macam tu especially yang berada di luar negara atas urusan yang tak dapat dielakkan seperti belajar. Tetapi so far yang dapat sebab pergi melancong ni memang sangat menjengkelkan..
Saya faham. Mereka ni kebanyakan orang berada, ada kabel besar dan tak puas hati sedikit terus bawak ke atasan, di kuarantin pun di hotel-hotel.
Nak buat macam mana.. kene hadap jugak la untuk berapa bulan pulak yang mendatang. Kita ni pekerja kesihatan berapa ramai yang dah tak dapat jumpa mak ayah sebab kerja kita berisiko. Diorang ni plak datang dan tambah masa kita berjauhan. selamatlah bekerja semua.
Rindu geng tabligh.
Dipetik dari fb Mohd Afiq
https://m.facebook.com/story.php ... 87&id=730372986
|
|
|
|
|
|
|
|
DayangKirana replied at 10-4-2020 08:17 AM
ade jer few profile yang direveal..
sebab puak hanat yang acah2 good ni sendiri yang post kat fb.
...
Kat mana boleh tgok drama ni sis? |
|
|
|
|
|
|
|
Harap ade wartawan yg bertanye nanti pada dr hisham masa dr buat live... Ke soklan kene tapis... Bongoks betol kluster tak sedar diri nih... |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 10-4-2020 08:56 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 10-4-2020 08:57 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
|
|
|
|
|
|
|
Mcm ni punya perangai, kuarantin dekat 1 tempat, biaq mampoih ja sekoq2 |
|
|
|
|
|
|
|
dont be bother by them. Frontliners are doing a very good job. |
|
|
|
|
|
|
|
Tu sbb aku suka nurse garang2... bg yg muka mcm singa tu yg hadap muka vvip ni..
Yg comel lote dok blkg.. kang jd bini pulak..
Apa pun pekerjaan org... kita kna hormat. Sbb itu bkn kepakaran kita.
|
|
|
|
|
|
|
|
Kurang ajar. Ingat duit kau berkepuk2 boleh halau virus covid ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Jenis tak tahu berterima kasih macam itulah perangainya. Kalau mereka tetap diluar negara masa wabak ni belum pasti mereka akan dilayan macam yang mereka dapat disini. |
|
|
|
|
|
|
|
hanya mampu simpati n doakan je la frontliners kita moga bertabah melayan golongan kayangan ni.. hiiiiiiiiish aku memang elegik kayangan2 yg poyo berlagak n fefeeling entitled, fikir duit boleh beli/settle semua
ramai pulak tu yg cuba justify perbuatan meke (gi oversea bercuti2 kebanyakannya), n ada pulak yg bercerita bajet2 comel/kelakar, choy!
jangan satu hari ko tertiarap bersalut najis sendiri bila kudrat dah hilang, nikmat kesihatan dah takde n semua orang menjauh sbb ko sombong sangat.. jangan suka2 menghina orang , esp orang2 yg nak membantu, u never know apa akan jadi dimasa depan, silap2 yg ko hina tu la yg ko akan rayu balik kemudian |
|
|
|
|
|
|
|
TravellingBear replied at 10-4-2020 09:45 AM
Ehcopcopcop... ada sstgh org yg aku kenal mmg panggil doktor sbg “Doc” tp sebutan tu macam nak sam ...
Dorang lebih tau bila org sebut doc or dog...
|
|
|
|
|
|
|
|
Dorang sombong sbb rasa dorang kaya blh melancing luarnegeri.....
Dorang tak tau ada kalangan jemaah tabligh tu berkali kali kaya dari dorang |
|
|
|
|
|
|
|
Elok dedah jer kluster hanat ni supaya dpt dikecam bwg rangers sampai masing2 insof |
|
|
|
|
|
|
|
Ni golongan T20 tapi akhlak low class.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|