CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: EJALTI

[Tempatan] Isu anak: Bekas suami heret Vida ke mahkamah. #24, Rindukan Cik B & Kacak. #

[Copy link]
Post time 3-11-2020 04:38 PM | Show all posts
tapi bertuah sungguh anak2 dv neh..
mmg dilimpahi kemewahan..
bilik cikb saja mcm sebuah rumah dlm rumah..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-11-2020 04:38 PM | Show all posts
dani-rox replied at 3-11-2020 04:28 PM
Ai salute acik Vida penuh konfiden bg nickname anak Kacak.

kalau acik vida dah pupus..kacak bakal jadi kacak berduit..rupa no 2..poket kacak tebal..tapi doa ibu..hari2 sebut kacak..mana tau besa sok kacakkkk be
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2020 04:41 PM | Show all posts
puteribaya replied at 3-11-2020 04:38 PM
kalau acik vida dah pupus..kacak bakal jadi kacak berduit..rupa no 2..poket kacak tebal..tapi doa  ...

ha'ah kan... mcm citer bollywood, masa kecik gems teramat bila besar jd Hrithik Roshan pulak
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-11-2020 04:44 PM | Show all posts
Bapa kandung rindukan Cik B, Kacak

https://www.kosmo.com.my/2020/11 ... ndukan-cik-b-kacak/

Oleh MUHAMMAD AYMAN GHAFFA
3 November 2020, 1:31 pm


Mohd. Amin menunjukkan gambar anak kandungnya bersama Datuk Seri Vida iaitu Cik B dan Kacak. - Foto oleh ZULHANIFA SIDEK

KOTA BHARU – Bekas suami pertama usahawan kosmetik, Datuk Seri Dr. Hasmiza Othman atau Datuk Seri Vida mendakwa dia dihalang berjumpa dua anaknya, Edlynn Zamilleen, 15, atau Cik B dan Muhammad Eric Zaquan,13, atau lebih dikenali sebagai Kacak.

Mohd. Amin Yasin,42, mendakwa, kali terakhir dia bertemu dua orang anaknya itu pada bulan Mei 2018 di ibu pejabat Vida Beauty Sdn. Bhd. di Ipoh, Perak dan perjumpaan itu berlangsung hanya selama 15 minit.

Menurutnya, dia mengakui bahawa amat merindui kedua-dua anaknya itu dan hanya mengetahui perkembangan terkini mereka melalui media sosial dan televisyen.

“Sebagai bapa, saya amat rindukan mereka. Saya tidak mahu hak penjagaan. Cukup sekadar dibenarkan untuk bertemu mereka berdua dalam tempoh yang singkat.

“Sebelum ini, saya ada menghubungi Cik B dan Kacak, namun tidak berjawab. Saya tidak pasti sama ada mereka sudah menukar nombor telefon atau sengaja tidak mahu mengangkat panggilan,” katanya ketika ditemui pemberita di Kompleks Mahkamah Syariah di sini hari ini.

Susulan daripada itu, Mohd. Amin selaku plaintif telah memfailkan tuntutan hadhanah iaitu hak lawatan,bermesra dan dan bermalam untuk bertemu kedua-dua anaknya itu daripada Datuk Seri Vida sebagai defendan dua minggu lalu di Mahkamah Syariah di sini.

Mohd. Amin diwakili oleh Peguam Mohd. Zaki Zainal Abidin dan Nik Mohamad Amin Nik Abdullah.

Bagaimanapun, Datuk Seri Vida,49, tidak hadir dalam prosiding hari ini.

Mohd. Amin dalam linangan air mata turut mendakwa, sebelum ini, dia hanya bertemu kedua-dua anaknya itu di kawasan pagar rumah Datuk Seri Vida di Meru, Ipoh atau di pusat beli-belah beberapa bulan sekali jika rindukan Cik B dan Kacak.

“Dalam pengetahuan saya, mereka (Cik B dan Kacak) masih mengenali saya. Dalam pertemuan sebelum ini, mereka akan memeluk saya dan masih mengenali bapa kandung mereka.

“Itu sudah cukup buat saya. Bertemu dengan mereka sudah membuatkan saya gembira. Jika teringatkan mereka, hanya linangan air mata dan kenangan-kenangan lama kami bersama sebagai pengubat rindu,” ujarnya sebak.

Mohd. Amin berkahwin dengan Datuk Seri Vida pada 2000 dan mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Muhammad Eddie Zuhdie, Muhammad Edrie Zikrie, Edlynn Zamilleen dan Muhammad Eric Zaquan.

Bagaimanapun, Muhammad Eddie Zuhdie,11, dan Muhammad Edrie Zikrie,10, meninggal dunia dalam kejadian kebakaran di rumah Datuk Seri Vida di Meru Hill, Ipoh tiga hari sebelum menyambut Hari Raya Aidilfitri pada tahun 2013.

Mohd. Amin sah bercerai dengan usahawan kosmetik itu pada tahun 2008 iaitu kira-kira lapan tahun mendirikan rumah tangga.

Dia yang kini seorang peniaga gerai makan di Kampung Pasir Senor, Machang sudah berkahwin dengan Wan Rahimah Wan Abd. Rahman,53, pada bulan November dua tahun lalu.

Sementara itu, Hakim Mahkamah Tinggi Syarie, Datuk Abu Bakar Abdullah Kutty dalam prosiding pengurusan kes menetapkan 25 November ini sebagai sebutan semula kes.

Menurut Abu Bakar, beliau tidak akan membuat sebarang keputusan hari ini sehingga mendengar dan dihadiri kedua-dua belah pihak.

Tambahnya, beliau juga mengarahkan kedua-dua anak plaintif dan defendan turut hadir dalam prosiding tersebut. – K! ONLINE

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2020 04:45 PM | Show all posts
dani-rox replied at 3-11-2020 04:41 PM
ha'ah kan... mcm citer bollywood, masa kecik gems teramat bila besar jd Hrithik Roshan pulak
...

haa, betui tu..ada seko kawan iols masa sekolah rendah..ermm malas cakap..ciptaan tuhan..ngok ya Rabbi asik kena bediri dalam kelas,,tahun 2014..reunion..tu dia kaww..keluar dari mercedes..rupa dah macam usop selam..rupanya dia toke..surattt kaba laaamaaa!kalau iols tau..dulu2 lagi ..masa sekolah rendah iols ajar tusyen kat dia FOC
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2020 04:48 PM | Show all posts
cik B ni ikut muka bapak
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-11-2020 04:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Ayahnya kulit cerah juga tapi kenapa cik b tu gelap, adakah vida dulu gelap kulitnya dan kemudian cerah hasil kuputih?
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2020 04:54 PM | Show all posts
puteribaya replied at 3-11-2020 04:45 PM
haa, betui tu..ada seko kawan iols masa sekolah rendah..ermm malas cakap..ciptaan tuhan..ngok ya R ...

Dia lambat menyerlah tu sis. Schoolmate ai yg jantan pun ada seorg mcm tu, ai kenal dari zaman tadika. Masa darjah 6, rupa skema, gemok berjerawat summore. Bila kita org masuk sekolah menengah, form 5 nah kaauu... tinggi dan hensem, ai pun terkesima dan tetiba rasa nak menggedik dgn heols

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-11-2020 05:01 PM | Show all posts
dani-rox replied at 3-11-2020 04:54 PM
Dia lambat menyerlah tu sis. Schoolmate ai yg jantan pun ada seorg mcm tu, ai kenal dari zaman tad ...

tu laa..x kurang gak yg reverse..masa kecik cumil..dah dewasa ni ..jumpa reunion..mak aihhh..besar mcm meja dah..reunion penuh shock
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2020 05:02 PM | Show all posts
orgsepang replied at 3-11-2020 04:51 PM
Ayahnya kulit cerah juga tapi kenapa cik b tu gelap, adakah vida dulu gelap kulitnya dan kemudian ce ...

Hahahahha tersembur air kopi aku
Ada kemungkinan jugak tu
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2020 05:03 PM | Show all posts
orgsepang replied at 3-11-2020 04:51 PM
Ayahnya kulit cerah juga tapi kenapa cik b tu gelap, adakah vida dulu gelap kulitnya dan kemudian ce ...

ye tepat...ku putih ku putih.baru laa putihhhh
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2020 05:07 PM | Show all posts
puteribaya replied at 3-11-2020 05:01 PM
tu laa..x kurang gak yg reverse..masa kecik cumil..dah dewasa ni ..jumpa reunion..mak aihhh..besar ...

Betol tu sis. Masa remaja, muka ploles licin jah. sekali dah tua, jerawat batu bersepah
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2020 05:09 PM | Show all posts
WALAU AKU TAK SUKA DATO VIDA

TAPI AKU RASA KAU NAK DUIT JE KANNN

YELAAAAA  GERAI ADA PUN DAH TAK MAJU

SO NAK DUITTT LA KAAANN

LAGI2 CIK B TU DAH BERLAKON MAKNYA BAGI DUIT KAT DIA PULUH2 RIBU
ADA KETE MAHAL

KAU TAU CIK B TU PRMPUAN YG NANTI AKAN LEMBUT HATI DAN BUDAK LAGI

BOLEH LAH KAU MNTK DUIT KANNNNNN

DASAR JANTAN TAK GUNAAAA

Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2020 05:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Ye ke 42 apsal pepakcik sgt ....
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2020 05:21 PM | Show all posts
kecik2 tak mo cari
sudahh besar Cik B dh popular
baru ko igt ke dia
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2020 05:22 PM From the mobile phone | Show all posts
hatikudus replied at 3-11-2020 05:02 PM
Hahahahha tersembur air kopi aku
Ada kemungkinan jugak tu

Serius tau sebelum ni akak ingat bapa dia berkulit gelap.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-11-2020 05:22 PM | Show all posts
dudaberhias replied at 3-11-2020 04:29 PM
dengan cik B... taktau la B tu stand for what, azwan ali kata Babi

bubee nya mulut kau ulang kata ke anak orang...  kalau kau tak suka pun agak2 laaaa.  
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2020 05:23 PM From the mobile phone | Show all posts
puteribaya replied at 3-11-2020 05:03 PM
ye tepat...ku putih ku putih.baru laa putihhhh

Kalau cik b boleh putih macam maknya memang hebat kuputih tu.
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2020 05:26 PM | Show all posts
orgsepang replied at 3-11-2020 05:23 PM
Kalau cik b boleh putih macam maknya memang hebat kuputih tu.

ck B dah start cerah dah..dulu bkerak..
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2020 05:28 PM | Show all posts
anggeriklatifah replied at 3-11-2020 05:09 PM
WALAU AKU TAK SUKA DATO VIDA

TAPI AKU RASA KAU NAK DUIT JE KANNN

cik ni ..dato Vida ke..bersembor marah sampai forumer dapat rasa bahangnya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 03:59 PM GMT+8 , Processed in 0.567662 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list