Post time 9-6-2021 08:50 AMFrom the mobile phone|Show all posts
tolong saman semua retis2 lembam ni termasuk astro bongok sekali. sakit hati tgk pakcik2 kat masjid kena saman, yg dah sedaya upaya follow sop, bukan yg kat kelate solat ramai2 dlm gelap tu.
Post time 9-6-2021 08:56 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Rancangan kat tv pun rmai x pkai face mask..byk just pkai face shield je..mcm tv3 tu..dr dulu xpernah pun sop ksta boleh buka face mask kat tmpt awam n bila ada org lain bersama...
Double triple standard ni...
Kuala Lumpur: Pihak penerbitan rancangan All Together Now Malaysia memutuskan untuk menghentikan sementara program terbabit sehingga siasatan berkaitan dakwaan berlakunya pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) selesai.
Menurut Naib Presiden Strategi Pembangunan Kandungan Hiburan Melayu Astro, Raqim Ahmad rakaman program itu dibuat pada Mac lalu di Putrajaya sebelum pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 (PKP 3.0).
"Krew penerbitan sudah menjalankan ujian calitan Covid-19 ke atas semua yang mengambil bahagian sebelum rakaman bermula. Hanya mereka yang berstatus negatif sahaja dibenar meneruskan rakaman.
"Set yang dibina mengambil kira penjarakan fizikal dan berjarak 1.5 meter antara setiap juri di samping penghadang lutsinar turut diletakkan bagi memisahkan mereka," katanya.
Dimaklumkan, rakaman program terbabit juga turut dihadiri wakil agensi-agensi keselamatan.
Terdahulu, satu laporan berita tempatan memaklumkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengarahkan agar siasatan dilakukan ke atas penerbitan rancangan berkenaan susulan dakwaan pelanggaran SOP.