CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: JiEunTak

Rahsia Khusyuk Dalam Solat

[Copy link]
Post time 18-8-2021 01:14 AM | Show all posts
Abu Abdullah Al Marwazi[3]
Abu Bakar Muhammad bin Ishaq menceritakan: “Aku tidak tahu siapakah yang lebih baik solatnya daripada Abu Abdullah Al Marwazi. Telah sampai kepadaku berita bahawa satru ketika terdapat seekor kumbang penyengat yang menyengat dahinya, hingga darah mengalir pada mukanya, namun beliau tidak bergerak sama sekali (Lihat Sifat al-Safwah 4/130).
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-8-2021 01:15 AM | Show all posts
Mansur bin Al-Mu’tamir[4]
Mansur bin Al-Mu’tamir mempunyai seorang jiran perempuan, yang memiliki dua orang anak perempuan yang kebiasaanya menaiki pada malam hari ke atas atap rumah pada waktu manusia tidur.

Satu ketika salah seorang anak perempuan jiran tersebut bertanya kepada ibunya: “Wahai ibu, untuk apa tiang yang aku lihat berada di atas atap si fulan itu?”

Maka ibu tersebut menjawab: “Wahai anakku, itu bukanlah tiang, itu adalah Mansur yang sedang solat semalaman suntuk dengan satu rakaat.” (Lihat Sifat al-Safwah, 3/113)
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2021 01:16 AM | Show all posts
Amru bin Utbah[5]
Amru bin Utbah merupakan seorang tabi’in yang dikenali dengan kekhusyukannya di dalam solat. Satu ketika beliau bersama beberapa sahabatnya dalam sebuah peperangan. Dan pada ketika itu hamba beliau mendapati bahawa Amru bin Utbah tidak ada pada tempatnya, dan dia mencarinya.

Tidak lama kemudian, hamba menemuinya bahawa majikannya sedang melaksanakan solat di gunung sedangkan awan menaunginya. Dan pada satu malam hambanya mendengar suara ngauman singa, sehinggakan orang yang berada di sekitar itu lari, hanya tinggal Amru bin Utbah yang sedang solat.

Setelah peristiwa tersebut, hambanya dan orang lainnya pun bertanya kepada Amru bin Utbah: “Apakah kamu tidak takut kepada singa?” Maka Amru menjawab: “Sesungguhnya aku benar-benar malu kepada Allah, jika aku takut kepada selain Dia.” (Lihat Sifat al-Safwah, 3/70)
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2021 01:17 AM | Show all posts
Imam Al-Bukhari[6]
Imam Al-Bukhari pernah menunaikan solat zohor bersama para sahabatnya. Setelah selesai, Imam al-Bukhari menunaikan pula solat sunnah. Setelah selesai menunaikan solat sunnah Imam al-Bukhari mengangkat hujung baju gamisnya dan bertanya kepada para sahabatnya: “Apakah kamu semua melihat ada sesuatu di sebalik baju gamisku ini?”

Maka ternyata disebalik kainnya terdapat seekor lebah, dan jelas kelihatan kesan sengatan di kulit Imam al-Bukhari sebanyak 16 atau 17 sengatan. Sengatan tersebut telah menyebabkan bengkak di badan.

Seorang daripada sahabat Imam al-Bukhari pun bertanya: “Mengapa engkau tidak membatalkan solat sejak sengatan pertama engkau disengat?”

Imam al-Bukhari menjawab: “Aku sedang membaca surah, dan aku menginginkan untuk menyempurnakannya!” (Lihat Siyar A’lam al-Nubala’, 12/442)
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2021 01:18 AM | Show all posts
Urwah bin Zubair[7]
Urwah bin Zubair pernah terkena penyakit akilah pada sebahagian anggota tubuhnya di mana penyakit tersebut dapat merebak seluruh tubuh. Akibatnya, tabib menanda anggota tubuh yang terkena akilah tersebut untuk dipotong sehingga anggota tubuh yang lain tidak dijangkiti. Bayangkan pada waktu itu belum ada ubat penahan sakit yang boleh menghilangkan kesakitan ketika bahagian tubuh dipotong. Lalu beliau berkata kepada tabib untuk menanggungkan sehingga beliau menunaikan solat. Tatkala beliau menunaikan solat barulah kakinya dipotong. Dan beliau tidak merasakan apa-apa pada ketika itu. Ini kerana hatinya sedang sibuk bermunajat kepada Allah. Hati jika sudah disibukkan dengan sesuatu, maka tidak akan ada sesuatu deria yang terkena pada badan.

Kisah ini diceritakan oleh Syaikh Muhammad bin Soleh al-‘Uthaimin dalam Syarh Riyadh al-Solihin (5: 46)

Penutup

Marilah sama-sama kita menginsafi diri untuk menjadikan solat kita khusyuk dan sempurna agar tidak melakukan semata-mata tanpa diberi pahala oleh Allah SWT. Sesungguhya khusyuk adalah rahsia yang agug dalam solat. Justeru, solat tanpa khusyuk sama seperti badan tanpa roh. Dengan kadar kesempurnaan khusyuk, maka sempurnalah pahala. Sebaliknya, siapa yang sentiasa dilalaikan dengan berfikir dalam urusan dunia pada masa solatnya maka sembahyangnya tetap sah dan tidak perlu diulang tetapi kurang dan lemah nilai ibadah solatnya itu. JUsteru, menjadi kewajipan kepada kita berusaha meghasilkan khusyuk dalam solat dan mengambil sebarang faktor dan sebab yang membawa khusyuk. Sentiasa bertaubat dan beristighfar dan mbersungguh-sungguh dalam berdoa. Semoga Allah kurniakan kepada kita hati yang khusyuk dan amalan yang diterima.  Benarlah firmah Allah SWT:

وَالَّذِينَ جَاهَدُوا فِينَا لَنَهْدِيَنَّهُمْ سُبُلَنَا

Maksudnya: “Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak ugama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan)”

(Surah al-Ankabut: 69)

Semoga solat kita diperkemaskan supaya menjadi solat yang berkualiti. Amin ya Rabb al-'Alamin.
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2021 01:19 AM | Show all posts
[1] Nama sebenarnya Abu Yazid al-Rabi bin Khuthaim bin Abdullah bin Mauhibah bin Muqid yang hidup pada zaman Nabi SAW tetapi tidak sempat bertemu dengannya. Justeru, beliau dikenali sebagai tabi’en. Beliau adalah antara murid kanan Abdullah bin Mas’ud selepas sahabat tersebut berpindah ke Kufah. Meninggal dunia sekitar tahun 65 Hijrah di Kufah. Beliau dikatakan orang yang paling wara’ dalam kalangan murid Abdullah bin Mas’ud.

[2] Nama sebenarnya Amir bin Abdillah al-Tamimi yang menetap di kota Baitul Maqdis. Kata Ahmad al-‘Ijli, “Beliau adalah seorang yang thiqah dalam kalangan tabi’en yang paling kanan. Terkenal dengan kuat ibadah. Meninggal dunia pada zaman Mu’awiyah dan dikebumikan di Baitul Maqdis.

[3] Nama sebenarnya Muhammad bin Nasr bin Hajjaj al-Marwazi. Dikunyah dengan Abu Abdillah al-Marwazi. Berasal dari Marw dan beliau merupakan amir di Khurasan. Lahir pada tahun 202 Hijrah dan meninggal pada tahun 294 Hijrah. Beliau adalah seorang ulama’ bermazhab Syafie.

[4] Beliau adalah Abu Ittab Mansur bin al-Mu’tamir al-Sulami, seorang tabi’en yang berasal daripada Kufah. Beliau terkenal dengan kekuatan ibadah dan berpuasa sunat selama 40 tahun. Meninggal dunia pada tahun 132 Hijrah.

[5] Amru bin Utbah bin Farqad al-Sulami. Bapa saudaranya adalah Abdullah bin Rabi’ah al-Sulami. Dikatakan ayahnya Utbah bin Khattab termasuk dalam sahabat Nabi. Amru terkenal dengan golongan yang bersungguh dalam ibadah.

[6] Abu Abdullah Muhammad bin Ismail bin Ibrahim bin al-Mughirah bin Bardizbah al-Ju'fi al-Bukhari. adalah ahli hadis yang termasyhur di antara para ahli hadis sejak dulu hingga kini bersama dengan Imam Muslim, Abu Dawud, Tirmidzi, al-Nasai dan Ibnu Majah. Sebahagian menyebutnya dengan julukan Amir al-Mukminin fi al-Hadis.

[7] Urwah bin al-Zubair bin al-‘Awwam lahir pada tahun 23 Hijrah di kota suci Madinah al-Munawwarah. Beliau daripada keturunan sahabat dan keturunan yang mulia. Seorang yang alim termasuk muhaddith dan salah seorang yang digelar 7 ahli feqah Madinah. Meninggal dunia pada tahun 94 Hijrah juga di kota Madinah.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-8-2021 01:27 AM | Show all posts
likilu replied at 17-8-2021 10:55 PM
Tumpang thread ye ts

Ni second time I tgk iklan fb macam ni. Ye tahu nak jual kelas, tapi macam f ...

tak payah risau
kalau dia tak tahu apa tu rukun fiqli quoli etc

then dia ada kecacatan pada solatnya

alaa tak perlu panic panic running like a oh no  oh nooo gitu

dia kena belajar and cuba sempurnakan solat seperti yg diajarkan

untuk tambah baik dia boleh je qada solat solat dia kalau dia rasa tak sempurna?

habis cerita....hmm...gitu.

no need to panic panic ....yg penting tahu.
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2021 01:35 AM | Show all posts
keh keh keh

pertama...yang perlu difahami terlebih dahulu...adalah: apakah itu yang dinamakan 'khusyu'?
adakah khusyu' itu bermakna fokus?

Pakar bahasa Ibn Faris Rahimahullah mengatakan:

خشع: الخاء والشين والعين أصلٌ واحدٌ، يدل على التَّطامُن
Maksudnya: “Khusyuk adalah (terdiri dari tiga huruf dasar) kha`, syin dan ‘ain adalah satu sumber, yang menunjukkan kepada makna tunduk/merendah).”
Mu’jam Maqaayiis al-Lughah (316)

Kata Imam Ibn Qayyim Al-Jauziyyah Rahimahullah: Khusyuk adalah: Berdirinya hati di hadapan Tuhan dengan penuh ketundukan dan perasaan hina diri.
Imam Junaid Al-Baghdadi Rahimahullah yang berkata: Khusyuk adalah; Perasaan rendah diri di dalam hati ke hadapan Tuhan yang Maha Mengetahui perkara ghaib. Rujuk Madarij Al-Salikin (1/521).
Imam Ibn Rajab al-Hanbali Rahimahullah turut memberikan definisi yang menarik berkenaan khusyuk. Kata beliau: Asal bagi khusyuk adalah perasaan lembut jantung hati, tenang, tunduk serta tetapnya ia. Lihat Al-Khusyuk Fi Al-Solat, Ibn Rajab Al-Hanbali (Hlm. 17).
Al-Syaukani ketika mengulas ayat ini berkata: Khusyuk adalah: Sebahagian ulama memasukkannya sebagai sebahagian daripada perbuatan hati seperti perasaan takut dan juga gerun.
Manakala sebahagian yang lain mengatakan ia termasuk sebahagian dari perbuatan anggota badan seperti tenang dalam solat, tidak beralih ke sana sini, dan tidak melakukan perkara sia-sia di dalam solat. Dan dari segi bahasa khusyuk bermaksud: Tenang, tawadhu’ (rendah diri), takut, dan juga perasaan hina diri. Lihat Fath al-Qadir, al-Syaukani (1/977).


dah faham makna baru boleh cerita macam mana mau ke sana....
wa bold kan untuk mudah memahami...
khusyu' bukan bermakna fokus..
khusyu' bermakna tunduk ...
hati itu yang tunduk...

bagaimana mau tunduk kalau tak merasa hina diri ini?
bagai mana mau tunduk kalau hati tak pernah merasai Allah itu ada ?
buat lah apa2 peel perbuatan pun..jika diri merasa 'ada' selama itu takkan pernah rasa hina...
takkan pernah berjurai air mata...kerana tak pernah berasa hina ...
bagaimana nak berasa hina?
selama mana tak sedar segala sesuatu pada diri kita bukan kepunyaan kita, selagi itu tak berasa hina..
permulaan untuk perkara ini ...pertama..kena 'sedar'
dah 'sedar' baru boleh berasa hina....
apa yang nak sedar?
sedar bahawa tiada daya dan upaya selain dari daya upaya Allah...

selagi itu tak pernah rasa, mimpi sahaja lah mau khusyu'
khusyu' itu bukan barang boleh di usahakan pun...
itu barang Allah campak...bila dah sedar dan rasa hina....
tapi, walau dah sedar dan rasa hina, pun belum tentu Allah campak itu barang pada kita...
khusyu; itu barang sebenar benar..mengaku ...
engkaulah tuhanku wahai Allah, dan aku adalah hamba yang hina ..sehina dina..

barang itu barang sama jer semuanya

jatuh dalam solat..dipanggil khusyu'
jatuh dalam haji dipanggil mabrur
jatuh dalam ramadhan di panggil lailatul qadr

itu barang penyaksian....Allah campak dan kurnia...
sebab itu dikata tok guru...

satu rakaat tuhan terima solat yag khusyu' ni, 7 keturunan tak habis makan...


keh keh keh

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-8-2021 03:06 AM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 18-8-2021 03:08 AM
Ah_Kwan replied at 18-8-2021 01:35 AM
keh keh keh

pertama...yang perlu difahami terlebih dahulu...adalah: apakah itu yang dinamakan 'kh ...


i tak debate dengan you dari segi istilah yg dalam article tu ...i tak nak argue dengan you pun. feel free to say i am wrong , thank you i am fine with it.
i cuma nak tengok dari aspek psychology iaitu focus , attention , perhatian self kita..

kalau benda kita buat kita tak fokus contohnya macam kita tak  ingat ke berapa rakaat ? atau macam nilah kalau kita dalam keadan bukan dlaam slat kita tak sedar tak ingat apa kita baca - so we are loising focus.the self awareness about what we are doing - we lose it le...gitu.

fokus ada dua fokus pada aspke rangsangan  luaran atau internally ( covert  versus overt) secara psychology

bagi saya kalau slowly kita bina ketara sedar self awareness yg kita sedang melakukan solat ....kita latih focus attention kita pada solat tu , yg soal merendah diri and etc etc yg dinyatakan akan automatically dipupuk kalau kita mencuba bina daya tumpuan.kita boleh focus pada self awareness yg kita sedang solat , beribadah kepada ALLAH, rasa insan yg kerdil etc etc




Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2021 05:49 AM From the mobile phone | Show all posts
mbhcsf replied at 18-8-2021 01:27 AM
tak payah risau
kalau dia tak tahu apa tu rukun fiqli quoli etc


So as org or institution yg berilmu, ethical ke cara marketing macam tu?

Lagi satu tempat mengaji, promote kelas Al fatihah dengan skrip 'fatihah salah solat tak sah'

Ke ada org rasa terpanggil hidayah terbuka bila dgr gitu
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2021 09:43 AM | Show all posts
mbhcsf replied at 18-8-2021 03:06 AM
i tak debate dengan you dari segi istilah yg dalam article tu ...i tak nak argue dengan you pun. ...

keh keh keh


wa tak cakap lu salah pun....
and wa tak baca pun komen lu sebelum balas dalam in thread.
lepas balas baru wa perasan lu tepek the whole doc dah..
so tak perlu nak terasa lah ya....

yang wa tekan satu sahaja...
adakah fokus = khusyu'?
itu jer....
fokus adalah salah satu aktiviti menuju ke khusu'
tapi ianya bukan khusyu'
ianya umpama meditasi..penumpuan...
tapi tetap bukan khusyu'.

soalan tt, bagaimana nak khusyu'.
sebab masyarakat masa ni merasakan khusyu' itu adalah fokus.
bila dapat fokus, maka legalah hati mereka dan mengatakan "Alhamdu lillah, khusyu' aku solat hari ini."  

sebab itu kena jelas terlebih dahulu..apa itu khusyu'.
kalau tak hidup dalam angan2 sahaja lah semuanya..
seba barang yang dinamakan khusyu' itu, lagi dapat lagi tunduk...
lagi tak rasa dapat pun sebenarnya...

tak de rasa 'dah sudah' dalam beribadat pun...
cuma akan ada rasa kerinduan sahaja....
dan jiwa akan tenang...setenang tenangnya...

itu je wa mau tekan...
takde rasa mau debate dengan siapa2 pun..

keh keh keh

Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2021 11:19 AM | Show all posts
syukran atas pengongsian semua dan TT yg mengusulkan soalan ini..
semoga bermanfaat untuk kit semua dalam mencari redha Allah swt
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-8-2021 12:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Ah_Kwan replied at 17-8-2021 05:35 PM
keh keh keh

pertama...yang perlu difahami terlebih dahulu...adalah: apakah itu yang dinamakan 'kh ...

TQ Ah Kwan....

Explanation hang sgt menyenangkan hati aku....
Hilang sket rasa risau, kalau2 Allah x terima solat aku, sbb dlm solat kdg2 fokus tergelincir, terlintas dalam fikiran ttg hal2 bkn solat.

Dats why setiap kali lps solat dah terbiasa mohon kat Dia...ya Allah terima lah ibadah aku... ampunkan lah dosa ku....huhuhuhuh.

Tgk movie 2 jam 3 jam bleh fokus...
Dok ataih sejadah 2 3 menet pun kdg2 terpikiaq benda lain....

Byk sgt layan hiburan kot aku nih :|

Pasai rasa 'ada' tu dah lama xdak....
Aku rasa antara hikmah tersembunyi Allah bg anak OKU kat aku pasai ni lah....
Supaya aku boleh ingat 24jam sehari, akan nikmat2 kecil yg Dia bg....
Kalau bukan ihsan dari Dia... mmg xdak apa laa aku ni.

Bab ada ni, kna byk laa peringat diri.

Aku penah attend bengkel solat, aku share apa Ustazah tu punya tips...
Nak stat solat, letak diri dlm keadaan seorg hamba.
Hamba yg xdak apa....
Hamba yg mohon, dtg utk bertemu dengan Penciptanya.


Tp tu la.... berbalik pd soalan aku, kdg2 tgh solat tu hilang fokus kjap.
Kdg2 tahiyat awal pun ter miss...
Allah. Risau aku, takut2 wahn menebal dlm diri.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-8-2021 12:54 PM From the mobile phone | Show all posts
mbhcsf replied at 17-8-2021 07:06 PM
i tak debate dengan you dari segi istilah yg dalam article tu ...i tak nak argue dengan you pun. ...

TQ for your sharing too...
Sangat bermanfaat
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2021 02:15 PM | Show all posts
JiEunTak replied at 18-8-2021 12:52 PM
TQ Ah Kwan....

Explanation hang sgt menyenangkan hati aku....

keh keh keh

dah betul jalan tu...
24 jam ingat ...
tapi betul jalan belum tentu benar sampai...
benar sampai beum tentu suci diri...
suci diri belum tentu berhadap dengan yang haq...

sebab tu kata tok guru   .... "BUAT JE"
belajar lah syariat nya macam mana...
perbuatannya macam mana..
bacaannya macam mana..

tapi betul syariat...belum tentu benar sampai....
tapi buat masa sekarang itu je yang mampu dibuat..
jadi buat jer lah...

tak perlu difikir kerja Allah pula..
kerja kita je kita buat, kasi betul...
sampai masa, Allah campak kasi duduk dalam yang benar....
sampai masa, Allah tarik bagi bersih dan suci...
sampai masa, Allah perkenalkan pada yang haq...

kerja kita ? tunduk sahaja....kasi hati tak beralih dari ingat pada Allah dan Muhammad..
solat itu salah satu jalan menuju Allah...
tapi solat itu majlis paling utama...
tapi tak perlu lah risau walau tak lalu jalan utama mau sampai kepada Allah ni...
yang penting..sampai...tu sahaja..
tapi kasi buat bagi elok dan betul lah..

yang lain, bukan kerja kita pun mau risau2 ni....
mungkin jalan lu adalah melalui anak OKU lu..who knows...?
jadi kasi buat bagi elok sahaja semua...
yang paling penting...hati itu , 24 jam sehari semalam...ingat (berhadap) dengan Allah dan Muhammad...

keh keh keh

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-8-2021 05:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Ah_Kwan replied at 18-8-2021 06:15 AM
keh keh keh

dah betul jalan tu...

Huhuhuhuhu...
Baik lah.

Ada ustaz tegoq, mengaji x paham makna xguna....solat x paham maksud, xguna...

Tp...ada juga ustad tegoq, buat jaa dulu... mengaji ja...solat jgn tinggai... janji buat.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-8-2021 12:54 AM | Show all posts



salam

RE: Rahsia Khusyuk Dalam Solat


perhalusi pertingkati
rukun 13


pertama pada 3 rukun
  • qalbi .. hati
  • qauli .. pendengaran
  • fi'li .. perbuatan

mengerti akan d'mana taklok nya


keutamaan 3 perkara
  • qasad .. menyehaja
  • ta'radh .. menyatakan rukun nya
  • ta'in .. menyatakan waktu nya

memahami akan d'mana kedudukan nya


moga tidak kamu menahan dari pertolongan
وَيَمۡنَعُونَ ٱلۡمَاعُونَ
dan enggan (menolong dengan) barang berguna
107:07


wassalam

Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2021 03:07 PM From the mobile phone | Show all posts
likilu replied at 17-8-2021 10:55 PM
Tumpang thread ye ts

Ni second time I tgk iklan fb macam ni. Ye tahu nak jual kelas, tapi macam f ...

Fb posting tu tak salah. Ramai org tak tahu rukun solat. Sbb apa? Sendiri mau tahu lah. Sbb tu belajar fardhu ain ni wajib utk setiap org mukallaf wlpn umur dh lanjut, selagi kita tak tahu hukum hakam setiap ibadat selagi tu kita kena belajar. Betul manusi lain tak blh mengadili amalan kita kpd Tuhan. Anggap jela mereka ni taknak kita buat perbuatan sia2. Tp
Tuhan pun suruh kita belajar ilmu agama sampai kita tahu luar dlm & blh mengajar org lain plak. Kalau dgr ceramah bab feqah drpd ustaz yg btl2 mengajar feqah, mau menangis kita sbb byk kena qadha solat. But what to do, kita yg salah sbb jahil meremehkan ilmu fardhu ain.
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2021 03:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak khusyuk dlm solat? Bayangkan Allah tgk setiap pergerakan kita, Allah dgr setiap perkataan kita, Allah tahu apa yg ada dlm hati & pemikiran kita. Inshallah kita akan jd takut & jaga setiap perlakuan kita dlm solat. Tips dr Ustaz yg sy ikuti ajaran dia
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-8-2021 06:01 PM From the mobile phone | Show all posts
hihahiha replied at 22-8-2021 07:10 AM
Nak khusyuk dlm solat? Bayangkan Allah tgk setiap pergerakan kita, Allah dgr setiap perkataan kita,  ...

Bagus tips ni...
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 08:16 PM GMT+8 , Processed in 0.074873 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list