CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4894|Reply: 36

Syahmi, Asif Dan Yoe Parey Tercalon Top 20 ABPBH34

[Copy link]
Post time 16-9-2021 01:34 PM | Show all posts |Read mode
Pengarah filem, pelakon dan YouTuber terkenal Syahmi Sazli mengaku terkejut apabila isterinya, Anissa Faizul memberitahu bahawa dia, Asif dan Yoe Parey tercalon dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) Ke-34.


Menurutnya, selepas membuat semakan, dia sekali lagi terkejut apabila mendapati mereka bertiga tercalon dalam kategori Artis Baharu Lelaki Popular.




Kredit foto: Harian Metro





"Tipulah kalau tak teruja kerana ini kali pertama kami tercalon, ditambah lagi kami orang baharu. Sebelum ini saya hanya tengok orang lain dicalonkan untuk ABPBH dalam TV.


"Sekarang kami sendiri pula tercalon,  tentulah gembira dibuatnya. Bertambah gembira apabila saya dapat tahu pencalonan ini bukan dalam satu kategori saja. Kalau digabungkan semuanya lima kategori.


"encalonan ini menyaksikan kami bertiga tersenarai untuk kategori Artis Baharu Lelaki Popular, Pelakon Filem Lelaki Popular (Syahmi),  Artis Komedi Popular(Asif dan Yoe Parey), Gandingan Serasi Filem Popular (Syahmi dan heroin Mail Totey The Movie) serta Youtuber Popular (Syahmi).


Syahmi berkata, dia bersyukur ada pihak yang nampak kehadiran mereka di dalam industri walaupun masing-masing tidak terlalu menonjol serta tidak selalu muncul dalam TV dan sebagainya.


"Namun ada juga yang dapat terima kehadiran kami dan syukur sangat walaupun baharu tersenarai pencalonan awal Top 20.


"Kalau tengok calon lain, agak mustahil untuk kami dapat Top 5. Apatah lagi nak menang. Tapi rezeki kita tak tahu.


"Ia juga bergantung pula kepada kuantiti pengikut. Jadi, insyaAllah kalau ada rezeki tak ke mana," katanya.


Kelmarin Syahmi menerusi sesi langsung di Facebook memberitahu peminat berkenaan pencalonan mereka dalam ABPBH34.


"Saya berjanji kepada mereka, sekiranya saya menang dan ada duit menerusi kemenangan ini,  saya akan beri kepada pengikut  yang bertuah.


"Jika Asif atau Yoe menang, wang itu hak mereka. Apapun tak kiralah sama ada siapa antara kami yang menang,  ia bukan kemenangan kami sepenuhnya tapi juga adalah kemenangan penyokong kami.


"Saya awalnya terkejut dan rasa tak layak tercalon dalam kategori Pelakon Filem Lelaki Popular sebab baharu berlakon dua filem.  


"Tapi bila baca semula konsep pencalonan, syaratnya mereka yang aktif berlakon tahun sebelumnya, memang saya layak. Begitu juga kategori Artis Komedi Popular, Asif dan Yoe memang layak," katanya.


Mengulas aktiviti terbaharu, Syahmi sepatutnya merancang melakukan penggambaran dalam minggu ini.


"Namun, ia terpaksa ditunda kerana ada beberapa masalah antaranya Yoe kena kuarantin dan pakai gelang pink.


"Mungkin minggu depan baru boleh buat penggambaran. Kalau dia tak dapat lagi, kita teruskan dengan YouTube dulu untuk beberapa bulan.


"Insya-Allah mungkin awal tahun depan, baru kami buat penggambaran filem kedua untuk Astro First. Draf dan tajuk dah ada.


Cuma, saya dalam proses cari idea lagi," katanya. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-9-2021 02:03 PM | Show all posts
Ntah, maybe sbb aku dah tua, tp anugerah2 camni dah mcm xde nilai.
APBH ni dah x segah dulu.
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2021 02:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Boleh jadik inspirasi bbnu.
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2021 02:46 PM | Show all posts
Idop lagi  ABPBH34 ni
Ingatkan dah terkambus...

Zaman suratkabar je yg best.
Berdebar2 tengok sapa dapat undian tertinggi.

Sekarang..
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2021 04:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Sejujurnya tak selera betul tengok muka 3 orang ni. Baik ebby yus.. lagi bagus
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2021 05:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Anugerah yang dah tak relevan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-9-2021 06:11 PM | Show all posts
klo dulu2 frust sangat retis2 fav kita kalah,
now dah nothing
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2021 06:32 PM From the mobile phone | Show all posts
vee_zara replied at 16-9-2021 04:55 PM
Sejujurnya tak selera betul tengok muka 3 orang ni. Baik ebby yus.. lagi bagus

Setuju.ingat aku sorg je yg meluat dgn diorg ni.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-9-2021 07:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada lagi yaa abph ni{:childlike{:childlike
Kat mana nak tgk full listing retis yg bertanding
Kategori apa
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2021 08:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Makin bosan abpbh ni
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2021 10:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Bodo2 mana yg calonkan 3 ekoq nie??
Paroklah
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2021 12:11 AM From the mobile phone | Show all posts
irrelevant
nextttt
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2021 12:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Dh x releven lgsg anugerah ni.. Kategori pun ak xprnh dgr and x semesra nk sebut mcm dodulu.. Contoh: pelakon komedi lelaki popular,  pelakon komedi wanita popular. Nmpk laaa spesifik gender gitew... Now anugerah meletop pun org xheran, dgn kategori smph ape pun xtau laaaa. Mcm nk bg spesific org die plak... Ntah makin hauk laaaaa ak rase.
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2021 03:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Tokeybundle replied at 16-9-2021 06:32 PM
Setuju.ingat aku sorg je yg meluat dgn diorg ni.

Aku pun. Ada je muka diorg kuar tv, aku tukar channel
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2021 06:08 AM | Show all posts
dah sendu so terpaksa lah create award tah apa2 nak tarik penonton bbnu khens? sebab tu lah muncul segala mak nenek anugerah kpop terbaik syok sendiri lepas tu yang terima award pon entah mummy kepam mana entah yang syok sendiri jugak?

Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2021 06:47 AM From the mobile phone | Show all posts
ezacbee replied at 16-9-2021 02:46 PM
Idop lagi  ABPBH34 ni
Ingatkan dah terkambus...


Sekarang zaman undian booster so result cm tak legit...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-9-2021 08:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Teruk sgt dah showbiz kt malaysia ni..kualiti dh terpinggir..pencalonan mcm cincai je..award dh x relevant
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2021 10:21 AM | Show all posts
overrated lah cite mael totey tu
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2021 11:58 AM From the mobile phone | Show all posts
doubleharmonic replied at 17-9-2021 06:08 AM
dah sendu so terpaksa lah create award tah apa2 nak tarik penonton bbnu khens? sebab tu lah muncul s ...

Award ni bts tau ke?
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2021 01:04 PM | Show all posts

harus lah bts tak tau khenss? whoareyouss abpbh anugerah sendu syok sendiri? kalau tahu mestilah tb3 dah siarkan bideo rakaman ucapan terima kasih terharu segala bagai dari bts tapi nan hado jah? hujung2 mummy gundu kepam mana entah yang amik trofi lepastu hoverr yahamat bagi acceptance speech macam dia pulak yang retis kpop internasional apooo?



Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 04:00 AM GMT+8 , Processed in 0.081056 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list