|
Originally posted by inai at 25-8-2005 06:09 PM
Kalau yg E-471 or E472 yg halal ada ditulis ditepinya (soya lechitin)
Kat sini OK kan K.Noor sbb dia bagitau detail info kandungan sebarang emulsifier or presev. Kat Mesia mana ...
kat sini customer always right...segala ingredients ditulis dgn detail, mmg jauh beza berbanding M'sia sbbnya kat sini omputeh byk yg ada penyakit alergic kpd makanan tertentu..cth yg alergic kacang..termakan kacang sket mmg boleh bawa maut..tu pasal lah penting sesgt dorang tulis kandungan apa dlm makanan tersbt..kalau tak tulis jika ada kes org mati makan makanan tersbt dorang boleh kena saman ..
sepatutnya kat M'sia kena wat camni gak la..tulis segala bahan2nya baru lah kita tak rasa tertipu makan makanan tersbt yg ntah apa2 didlmnya kan.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by NoorMasri at 25-8-2005 10:45 PM
kat sini customer always right...segala ingredients ditulis dgn detail, mmg jauh beza berbanding M'sia sbbnya kat sini omputeh byk yg ada penyakit alergic kpd makanan tertentu..cth ...
kat M'sia ni tulah....kalu ada tulis ingredient..kdg2 pun tak detail.....tp kita sbg pengguna ni lah nak kena lebih skit usaha menengok dan membaca ingredient yg ditulis.... |
|
|
|
|
|
|
|
[quote]Originally posted by speedial at 24-8-2005 10:39 AM
tuk brand EMBORG lak...ada E407....(tak tau lah halal ke tak).....
ni yang saya jumpa
E407 Carrageenan - Carrageenan is a naturally occurring family of carbohydrates extracted from red seaweed. This particular type of seaweed is common in the Atlantic Ocean near Britain, Europe and North America. The seaweed is boiled to extract the carrageenan. Carrageenan is widely used as an additive by the food industry for its gelling, thickening and stabilising properties. |
|
|
|
|
|
|
|
Keju di seluruh dunia...!!!
Hello korang,
Keju dihasilkan daripada susu melalui penambahan rennet (enzim untuk menghadam susu lembu) dan gak pengasidan oleh bakteria yang ditambah. Ada yang tambah ramuan lain cam rempah dan sebagainya tapi 2 bender yang aku cakap tadi tu adalah yang paling asas.
Langkah pertama (dan yang paling kritikal) adalah mengasingkan part pepejal daripada susu. Untuk proses ni, rennet perlu ditambah dan untuk membolehkan rennet menyasingkan pepejal susu, bakteria jenis laktobasilus ditambah untuk menjadikan pH susu sedikit berasid untuk membolehkan enzim rennet berfungsi.
Lepas part pepejal dah diperoleh, part pepejal tu diproses dan pastu diperam untuk satu jangka masa tertentu, biasanya lama laa. Keju yang best dan mahal biasanya amik masa lama untuk diperam, kekadang sampai bertahun. Bila dah siap, baru la bleh guna untuk dimasak atau dimakan.
Korang tau tak, untuk buat 1 kg keju korang perlukan at least 38 ~ 40L susu? Tu la sebabnya naper keju ni mahal. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 Squall-Leonhart's post
Dah cuba ke Squall? Kalau saya, yg soft cheese tu dah cuba. Memang kena bnyk guna susu. Tu lah cheese tu mahal. Kalau soft cheese, just guna milk powder campur dgn air. Lepas tu rebus sampai warm je. Jgn panas sebab tak menjadi. Lepas tu baru masukkan perahan limau kesturi or lemon & kacau sampai susu tu curdle. Lepas tu bagi sedikit garam & tapis utk memisahkan pepejal susu dgn air. Barulah menjadi soft cheese. Memang sedap utk dijadikan cream utk sandwich, pizza, buah2an dsbnya. Saya dah gunakan soft cheese utk buat kek cokelat lapis. Satu lapis utk cokelat & satu lagi utk soft cheese. Memang yummy yummy sgt! |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Squall-Leonhart at 27-8-2006 03:13 PM
Hello korang,
Keju dihasilkan daripada susu melalui penambahan rennet (enzim untuk menghadam susu lembu) dan gak pengasidan oleh bakteria yang ditambah. Ada yang tambah ramuan lain cam rempah da ...
juz one question..di mana boleh dapatkan rennet ni? |
|
|
|
|
|
|
|
i kalau makan burger mesti nak ada keju tak kira apa jenis pun. tetapi mesti nak keju
kalu sandwich pun camtu gaks. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Baiduri Othman at 27-8-2006 04:27 PM
Dah cuba ke Squall? Kalau saya, yg soft cheese tu dah cuba. Memang kena bnyk guna susu. Tu lah cheese tu mahal. Kalau soft cheese, just guna milk powder campur dgn air. Lepas tu rebus sampai warm j ...
Kita pun boleh buat keju sendiri ye Bai??? tak sangka pulak, ngan tpg susu jer ye... rasanya cam nak cuba la. Bai, soft cheese yg Bai buat tu ada sukatannya tak? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Index at 27-8-2006 08:22 PM
juz one question..di mana boleh dapatkan rennet ni?
rennet adalah sejenis enzyme yg didapati dari perut binatang betina spt lembu, biri2, kambing atau unta. ada juga rennet yg dihasilkan bukan dari perut binatang tapi menggunakan sejenis bakteria.
tak pernah jumpa rennet yg dijual utk consumer use.
mesti berhati2 bila nak consume cheese sbb kehalalan rennet yg berasal dari binatang diragui...sbb besar kemungkinan binatang tidak disembelih ikut syariat Islam. |
|
|
|
|
|
|
|
saja jer bawa topik ni kedepan semula. Pengetahuan untuk semua. Bagus untuk mengulangkaji bagi forumers lama yang telah membacanya dan panduan untuk forumers yang baru. Semuga dapat membantu. |
|
|
|
|
|
|
nabialishad This user has been deleted
|
yekkkk..baru ja aritu pi beli brand EMBORG cream tu..kt BWY tu ada gak brand ANCHOR tu..so pasnih leh laa bli fresh cream EMBORG ja ek..tui ka nih.. |
|
|
|
|
|
|
|
so, cheese philadelpia tu halal tak? saya beli yg dipotong2, sebab yg ada cuma yg 2kg. tak sempat tgk kotak dia. Sesapa boleh bagi jawapan? TK |
|
|
|
|
|
|
|
Assalamualaikum semua...
Sy baru je receive email..jadi saje je nk share ngan kengkawan yang berminat nak beli cheese halal... Ni link dia
http://muslimmade.com/cheese.html
dekat ngan Gombak je pengedar dia...
(saya bukan pengedar pun.. mintak maaf MOD, kalau info ni berbentuk iklan, bukan ape..saje je kongsikan yg baik ) |
|
|
|
|
|
|
|
err...mana nak dapat rennet nie?
jenama ape yg halal?
ade sape2 pernah wat homemade cheese guna rennet "HALAL" x? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Baiduri Othman at 27-8-2006 16:27
Dah cuba ke Squall? Kalau saya, yg soft cheese tu dah cuba. Memang kena bnyk guna susu. Tu lah cheese tu mahal. Kalau soft cheese, just guna milk powder campur dgn air. Lepas tu rebus sampai warm ...
up balik thread ni.
kak bai,
blh bagi sukatan tuk wat soft cheese tak?
milk powder tu, jenis apa2 je blh ke? susu bdk2 blh ke?
rasa mcm nak wat sendiri plak memandangkan cheese skang ni mahal dan susah nak cari yg halal. |
|
|
|
|
|
|
|
grated cheese aka keju
salam,
aku nak tanya sikit, kat mana boleh beli grated cheese macam yang kat piza milano tu?
kat hypermarket macam tesco dgn jusco ada tak?
atau pun kita kena grate sendiri keju tu untuk jadi serbuk?
thanks! |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 don_naza's post
piza milano tu pakai parmigianno reggianno atau pun mozarella? Dua-dua tu boleh digrated sendiri atau pun beli yang dah siap digrated. Kalau nak banyak choice pergi le ke Cold Storage |
|
|
|
|
|
|
|
owh, kat cold storage eh? tak kisah la perisa apa pun, janji cheese.
selain dari cold storage, kedai mana lagi ada bro? jauh la pulak nak gi sana... |
|
|
|
|
|
|
|
Teso, Giant, The Store etc - semua ni ada cheese. Check at the refrigeration section. Kalau tak ada yang grated just buy the block cheese type and grate yourself.
The best option is at Cold Storage. I usually get mine there. Ada macam-macam jenis. Even cheese with herbs. I'd make toast put a slice of chicken and top it up with the herb cheese. Place it under the grill for a few minutes - Voila! Sedap! |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by renee at 17-3-2009 11:10
up balik thread ni.
kak bai,
blh bagi sukatan tuk wat soft cheese tak?
milk powder tu, jenis apa2 je blh ke? susu bdk2 blh ke?
rasa mcm nak wat sendiri plak memandangkan cheese skan ...
Boleh cuba resepi ni, Maisya dah banyak kali buat.
HOMEMADE COTTAGE CHEESE
resepi berdasarkan wewbsite ni:http://www.hillbillyhousewife.com/curdsandwhey.htm
resepi ni menghasilkan lebih kurang 100g cheese.
1 cawan susu tepung (instant)
2 cawan air (air paip jer)
1/6 cawan cuka/air perahan lemon
-Bancuh susu dengan air hingga sebati.
-Panaskan susu hingga hampir mendidih sambil dikacau sekali-sekala. Tak perlu sampai mendidih, setakat nampak buih-buih kecil dah mula timbul tu dah ok. Tutup api.
-Kacau perlahan sambil tuangkan separuh dari kuantiti cuka. Biarkan dalam 10 minit, sepatutnya susu tu akan mendadih seperti gambar no 1 kat atas, kalau tak.... boleh tambah lagi cuka sedikit-sedikit.
-Tuangkan ke dalam tapis yang dah dilapik dengan kain(gambar no 2). Biarkan dalam 15 minit. Perah sedikit untuk buangkan lebihan air( tak payah perah kuat-kuat, buat ala kadar je )
-Pindahkan ke dalam bekas dan taburkan sedikit garam. Gaul rata. Pindahkan ke dalam bekas yg kecil dan padatkan cheese ke dalamnya...simpan di dalam peti sejuk sekurang-kurangnya sejam sebelum digunakan.
-untuk mendapatkan tekstur cheese yg smooth, tekan/lenyek(?) cheese melalui penapis sebelum digunakan...err boleh faham ke ayat ni? dlm BI : For best texture, press cheese through a sieve
**Cheese yg terhasil ni kalau diperah kuat-kuat akan menghasilkan cheese yg agak kental so kalau nak guna utk buat cheese cake ke etc, tak payah perah, just biarkan jer di atas tapisan lepas tu boleh digunakan. Boleh tambah sedikit yogurt, gaul hingga sebati supaya cheese yg terhasil lebih berkrim dan lemak. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|