CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: my_wahida

Sudut Ilmu

[Copy link]
floppy_disk This user has been deleted
Post time 8-7-2003 07:44 PM | Show all posts

asal usul sembahyang (sekadar pengetahuan)

Asal-Usul Sembahyang
=================

1. SUBUH

Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Subuh ialah Nabi Adam
a.s., iaitu tatkala baginda keluar dari syurga lalu dihantar ke bumi.perkara
pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang
amat sangat. Apabila fajar Subuh telah keluar Nabi Adam a.s. pun
bersembahyang dua rakaat.

Rakaat pertama:-
Bersyukur baginda kerana terlepas dari kegelapan malam.
Rakaat kedua:-
Bersyukur baginda kerana siang telah menjelma.

2.ZOHOR

Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Zohor ialah Nabi Ibrahim
a.s., iaitu tatkala Allah s.w.t. telah memerintahkan padanya agarmenyembelih
anaknya Nabi Ismail a.s. Sedang seruan itu datangnya pada waktu tergelincir
matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim empat rakaat.

Rakaat pertama:-
Bersyukur bagi penebusan.
Rakaat kedua:-
Bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya.
Rakaat ketiga:-
Bersyukur dan bermohon akan keredhaan Allah.
Rakaat keempat:-
Bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.

3.ASAR

Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Asar ialah Nabi Yunus
a.s., tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari perut ikan nun. Ikan
nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai sedang ketika itu telah
masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat
rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah daripada 4 kegelapan iaitu:

Rakaat pertama:-  Kelam dengan kesalahan.
Rakaat kedua:-     Kelam dengan air laut.
Rakaat ketiga:-     Kelam dengan malam.
Rakaat keempat:- Kelam dengan perut ikan Nun.

3.MAGHRIB

Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Maghrib ialah Nabi Isa
a.s., tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari kejahilan dan kebodohan
kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukurlah
Nabi Isa lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari
Kejahilan tersebut, iaitu:

Rakaat pertama:-
Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa.
Rakaat kedua:-
Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam
yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.
Rakaat ketiga:-
Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah
jua, tiada dua atau tiga.

4.ISYAK

Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Isyak ialah Nabi Musa a.s.
Pada ketika itu Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri
Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah
lalu menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang
akhir. Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur.

Rakaat pertama:-
Dukacita terhadap isterinya.
Rakaat kedua:-
Dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.
Rakaat ketiga:-
Dukacita terhadap Firaun.
Rakaat keempat:-
Dukacita terhadap anak Firaun.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Lone_Ranger This user has been deleted
Post time 10-7-2003 09:56 PM | Show all posts
Thank orang kampung good info..
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2003 09:50 PM | Show all posts
Originally posted by Laxamana. at 2003-7-8 08:32:
Saya dengar dari satu ceramah Mazhab Shafie, mencium mayat hanya membatalkan wuduk bukan muhrim yang hidup sahaja... hukum batal hanya pada yang hidup sahaja... oleh itu, tak batal wuduk si mati,me ...

Setakat pengetahuan aku pun cam tu gak. Batal wuduk pd yg hidup dan tak batal pd jenazah.
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2003 07:52 AM | Show all posts

100 Langkah Menuju Kesempurnaan Iman

01. Bersyukur apabila mendapat nikmat;
02. Sabar apabila mendapat kesulitan;
03. Tawakal apabila mempunyai rencana/program;
04. Ikhlas dalam segala amal perbuatan;
05. Jangan membiarkan hati larut dalam kesedihan;
06. Jangan menyesal atas sesuatu kegagalan;
07. Jangan putus asa dalam menghadapi kesulitan;
08. Jangan usil dengan kekayaan orang;
09. Jangan hasad dan iri atas kesuksessan orang;
10. Jangan sombong kalau memperoleh kesuksessan;
11. Jangan tamak kepada harta;
12. Jangan terlalu ambitious akan sesuatu kedudukan;
13. Jangan hancur karena kezaliman;
14. Jangan goyah karena fitnah;
15. Jangan berkeinginan terlalu tinggi yang melebihi kemampuan diri.
16. Jangan campuri harta dengan harta yang haram;
17. Jangan sakiti ayah dan ibu;
18. Jangan usir orang yang meminta-minta;
19. Jangan sakiti anak yatim;
20. Jauhkan diri dari dosa-dosa yang besar;
21. Jangan membiasakan diri melakukan dosa-dosa kecil;
22. Banyak berkunjung ke rumah Allah (masjid);
23. Lakukan shalat dengan ikhlas dan khusyu;
24. Lakukan shalat fardhu di awal waktu, berjamaah di masjid;
25. Biasakan shalat malam;
26. Perbanyak dzikir dan do'a kepada Allah;
27. Lakukan puasa wajib dan puasa sunat;
28. Sayangi dan santuni fakir miskin;
29. Jangan ada rasa takut kecuali hanya kepada Allah;
30. Jangan marah berlebih-lebihan;
31. Cintailah seseorang dengan tidak berlebih-lebihan;
32. Bersatulah karena Allah dan berpisahlah karena Allah;
33. Berlatihlah konsentrasi pikiran;
34. Penuhi janji apabila telah diikrarkan dan mintalah maaf apabila karena sesuatu sebab tidak dapat dipenuhi;
35. Jangan mempunyai musuh, kecuali dengan iblis/syaitan;
36. Jangan percaya ramalan manusia;
37. Jangan terlampau takut miskin;
38. Hormatilah setiap orang;
39. Jangan terlampau takut kepada manusia;
40. Jangan sombong, takabur dan besar kepala;
42. Berlakulah adil dalam segala urusan;
43. Biasakan istighfar dan taubat kepada Allah;
44. Bersihkan rumah dari patung-patung berhala;
45. Hiasi rumah dengan bacaan Al-Quran;
46. Perbanyak silaturrahim;
47. Tutup aurat sesuai dengan petunjuk Islam;
48. Bicaralah secukupnya;
49. Beristeri/bersuami kalau sudah siap segala-galanya;
50. Hargai waktu, disiplin waktu dan manfaatkan waktu;
51. Biasakan hidup bersih, tertib dan teratur;
52. Jauhkan diri dari penyakit-penyakit bathin;
53. Sediakan waktu untuk santai dengan keluarga;
54. Makanlah secukupnya tidak kekurangan dan tidak berlebihan;
55. Hormatilah kepada guru dan ulama;
56. Sering-sering bershalawat kepada nabi;
57. Cintai keluarga Nabi saw;
58. Jangan terlalu banyak hutang;
59. Jangan terlampau mudah berjanji;
60. Selalu ingat akan saat kematian dan sedar bahawa kehidupan dunia adalah kehidupan sementara;
61. Jauhkan diri dari perbuatan-perbuatan yang tidak bermanfaat seperti mengobrol (membebel) yang tidak berguna;
62. Bergaul lah dengan orang-orang soleh;
63. Sering bangun di penghujung malam, berdoa dan beristighfar;
64. Lakukan ibadah haji dan umrah apabila sudah mampu;
65. Maafkan orang lain yang berbuat salah kepada kita;
66. Jangan dendam dan jangan ada keinginan membalas kejahatan dengan kejahatan lagi;
67. Jangan membenci seseorang karena pahaman dan pendiriannya;
68. Jangan benci kepada orang yang membenci kita;
69. Berlatih untuk berterus terang dalam menentukan sesuai pilihan
70. Ringankan beban orang lain dan tolonglah mereka yang mendapatkan kesulitan.
71. Jangan melukai hati orang lain;
72. Jangan membiasakan berkata dusta;
73. Berlakulah adil, walaupun kita sendiri akan mendapatkan kerugian;
74. Jagalah amanah dengan penuh tanggung jawab;
75. Laksanakan segala tugas dengan penuh keikhlasan dan kesungguhan;
76. Hormati orang lain yang lebih tua dari kita;
77. Jangan membuka aib orang lain;
78. Lihatlah orang yang lebih miskin daripada kita, lihat pula orang yang lebih berprestasi dari kita;
79. Ambilah pelajaran dari pengalaman orang-orang arif dan bijaksana;
80. Sediakan waktu untuk merenung apa-apa yang sudah dilakukan;
81. Jangan sedih karena miskin dan jangan sombong karena kaya;
82. Jadilah manusia yang selalu bermanfaat untuk agama, bangsa dan negara;
83. Kenali kekurangan diri dan kenali pula kelebihan orang lain;
84. Jangan membuat orang lain menderita dan sengsara;
85. Berkatalah yang baik-baik atau tidak berkata apa-apa;
86. Hargai prestasi dan pemberian orang;
87. Jangan habiskan waktu untuk sekedar hiburan dan kesenangan;
88. Akrablah dengan setiap orang, walaupun yang bersangkutan tidak menyenangkan.
89. Sediakan waktu untuk berolahraga yang sesuai dengan norma-norma agama dan kondisi diri kita;
90. Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan fisikal atau mental kita menjadi terganggu;
91. Ikutilah nasihat orang-orang yang arif dan bijaksana;
92. Pandai-pandailah untuk melupakan kesalahan orang dan pandai-pandailah untuk melupakan jasa kita;
93. Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan orang lain terganggu dan jangan berkata sesuatu yang dapat menyebabkan orang lain terhina;
94. Jangan cepat percaya kepada berita jelek yang menyangkut teman kita sebelum dipastikan kebenarannya;
95. Jangan menunda-nunda pelaksanaan tugas dan kewajiban;
96. Sambutlah huluran tangan setiap orang dengan penuh keakraban dan keramahan dan tidak berlebihan;
97. Jangan memforsir diri untuk melakukan sesuatu yang diluar kemampuan diri;
98. Waspadalah akan setiap ujian, cobaan, godaan dan tentangan. Jangan lari dari kenyataan kehidupan;
99. Yakinlah bahwa setiap kebajikan akan melahirkan kebaikan dan setiap kejahatan akan melahirkan kerusakan;
100. Jangan gembira di atas penderitaan orang dan jangan kaya dengan memiskinkan orang;

[source :-internet]
Reply

Use magic Report

Lone_Ranger This user has been deleted
Post time 18-7-2003 12:15 AM | Show all posts
Originally posted by DARSITA at 12-7-2003 07:52 AM:
01. Bersyukur apabila mendapat nikmat;
02. Sabar apabila mendapat kesulitan;
03. Tawakal apabila mempunyai rencana/program;
04. Ikhlas dalam segala amal perbuatan;
05. Jangan membiarkan hati ...


Darsitah apa banyak sangat langkah ko penatlah aku nak jalan apa lah ko
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2003 04:16 PM | Show all posts
65. Maafkan orang lain yang berbuat salah kepada kita;
71. Jangan melukai hati orang lain;
72. Jangan membiasakan berkata dusta
84. Jangan membuat orang lain menderita dan sengsara
92. Pandai-pandailah untuk melupakan kesalahan orang dan pandai-pandailah untuk melupakan jasa kita;
93. Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan orang lain terganggu dan jangan berkata sesuatu yang dapat menyebabkan orang lain terhina;


Banyak nyerrrrrrr........penat IM  c n p. IM nak tell, yg nombor2 yg IM c n p tulah yang paling payah utk diikuti oleh banyak worang. Nape ek?:re:
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-7-2003 12:36 PM | Show all posts

NAFKAH: Bapa pada anak kandung

Kalau dr kecil sampai besar dah 28 tahun ni, seorang bapa kandung tak bagi cukup nafkah dan keperluan pd anak. Boleh ke anak tuntut?

Tapi pernah mix refer kat Peguan Syarie, dia kata takleh sbb dah umur 28
lagipun dah kawin dan kita ibarat rela atas bapa... Camne ni?
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2003 04:18 PM | Show all posts
ada beberapa perkara dalam hal nafkah seperti yang yang ditnya oleh sdr kita ni.

pertama nafkah anak(tunggakan)jika tidak ada perintah dari hakim/qhadi maka nafkah(tunggakan)tersebut  tidak dikira hutang keatas bapa maka tidak layak untuk dituntut.

berbeza dengan nafkah isteri samada ada perintah atau tidak maka ianya dikira hutang,dan tunggakan boleh dituntut.

had umur wajib nafkah dari lahir sehingga umur baligh(asasnya) namun jika masih lagi tidak mampu bekerja selepas umur itu maka masih menjadi kewajipan keatas bapa untuk menafkahinya.

pandangan saya had umur maksima yang diperuntukan oleh undang2 keluarga (umur 15 tahun) namun mahkamah boleh melanjutkan perintah bayaran nafkah kepada satu tempuh yang menasabah seperti anak melanjutkan pelajaran atau sebagainya,

begitu juga nafkah anak bagi perempuan yang belum berkahwin dan belum bekerja atau bagi anak2 yang cacat maka nafkah ketas mereka adalah berterusan.

sekian sedikit info dan harap yang lain teruskan adn perbetul mana yang tak kena.

ruj..
nihayah muhtaj juz 7.
al-mufassal juz10
enakmen keluarga Islam
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


aristana This user has been deleted
Post time 25-7-2003 03:25 PM | Show all posts

Untuk Renungan Bersama

Maaf tak sempat nak edit


Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata,
  > Nabi Muhammad saw bersabda:
  > "Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang
  > menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan...
  >
  > 1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah
  > didatangi oleh malaikatul maut dengan keadaan yang
  > amat mengerunkan untuk mengambil
  > nyawanya, maka malaikat itu terhalang perbuatannya
  > itu disebabkan oleh
  > KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.
  >
  > 2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan
  > azab kubur yang amat menyiksakan, maka ia telah
  > diselamatkan oleh berkat
  > WUDUKNYA YANG SEMPURNA.
  >
  > 3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni
  > oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah,
  > maka ia diselamatkan dengan berkat
  > ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.
  >
  >
  > 4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan
  > rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam
  > yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai
  > tersebut ke duburnya oleh malaikut Ahzab, tetapi
  > SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK
  > telah melepaskannya dari seksaan itu.
  >
  > 5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat,
  > setiap kali dia mendatangi satu telaga dihalang
  > dari meminumnya, ketika itu datanglah pahala
  > PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT
  > memberi minum hingga ia merasa puas.
  >
  > 6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan
  > para nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan,
  > setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah
  > MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA
  > sambil memimpinnya ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.
  >
  > 7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam
  > keadaan gelap gelita disekelilingnya, sedangkan dia
  > sendiri didalam keadaan binggung, maka datanglah pahala
  > HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT
  > lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang
  > menderang.
  >
  > 8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan
  > orang mukmin tetapi mereka tidakpun membalas bicaranya,
  > maka menjelmalah
  > SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUS-MUSUHAN SESAMA
  > UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya,
  > lalu berbicara mereka dengannya.
  >
  > 9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan
  > api ke mukannya, maka segeralah menjelma pahala
  > SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu menabir
  > muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.
  >
  > BERSABDA RASULULLAH SAW " SAMPAIKANLAH PESANANKU KEPADA UMATKU
  > YANG LAIN WALAUPUN DENGAN SEPOTONG AYAT"
Reply

Use magic Report

aristana This user has been deleted
Post time 25-7-2003 03:41 PM | Show all posts

KEBERKATAN SURAH YAASIIN

KEBERKATAN SURAH YAASIIN (DARI KACAMATA DR FATMA ELZAHRAA)

Untuk Keselamatan Diri Yang, Susah Menjadi  Senang
Ayat 1 - 9- Untuk keselamatan diri
Ayat  9 -  Orang jahat tak nampak  kita especially orang kafir.
Ayat  12  - Merupakan Jantung Yaasiin - Rasulullah s.a.w.  berharap  ayat  ini  dihafal oleh setiap mukmin dan mukminat.
Ayat  13 - 35 - Mengisahkan orang-orang yang mati syahid.
Ayat 22 - 23 - Untuk menjaga aqidah Memberi hidayah kepada  anak.
Ayat  29  -  Sebagai amalan untuk mengelakkan dari di fitnah dan kejahatan mulut.
Ayat  29 - Utk digunakan jika kita  rasa orang nak fitnah or aniaya kita. Lebih elok selepas baca di semburkan ke muka orang tsbt.
Ayat   30   -  Untuk  keinsafan  -  Supaya  dapat dipertemukan  dengan Allah s.w.t.  (harus  sentiasa  berada dihati - beramal dengannya).
Ayat  32  -  Untuk  menginsafkan  orang lain supaya menjadi   baik.  Caranya: Ingat  yang segalanya datang dari Allah s.w.t, Kita umat Muhammad, Kita orang Islam dll.
Ayat  33 - 35 - Elok dijadikan amalan bagi sesiapa yang suka bercucuk tanam. Tanaman akan subur.
Ayat  36  -  Menerangkan  yang   kehidupan ataupun kejadian  di  dunia ini dijadikan  berpasang-pasangan. Ayat ini elok diamalkan bagi sesiapa yang belum berkahwin supaya di  pertemukan jodoh. Caranya: Baca dan  berdoa, hembus dan sapu pada muka setiap pagi sebelum keluar rumah.
Ayat 37 - Adalah untuk menetapkan hati - aqidah diri sendiri. Hati yang  kering akan hidup semula.
Ayat  38 - Mengisahkan yang bulan  dan matahari pun sujud pada Allah s.w.t. yang  satu.
Ayat 39 - Mengisahkan ilmu falak.
Ayat  40  -  Merupakan kenyataan  Allah s.w.t. yang satu.
Ayat 41 - Mengisahkan Nabi Noh a.s. naik kapal - Elok dibaca sewaktu menaiki  kenderaan.
Ayat 44 - Mengisahkan keseronokan hidup di dunia - Dibaca untuk dijauhkan fitnah dalam hidup.
Ayat  45  -  48 - Merupakan kedegilan orang kafir kepada Allah  s.w.t.
Ayat   49   -   Menceritakan  hari  akhirat  dan kehidupannya.
Tiupan pertama - Datang dengan  tiba-tiba
Tiupan ke-dua - Hancur
Tiupan ke-tiga - Semua orang di hidupkan semula dan hadir  di padang Mahsyar.
Ayat  50  -  Setiap  orang  akan dihisab mengikut amalannya.
Ayat  58  -  Merupakan salam daripada Allah. Jika rasa  sakit   kepala,  baca  dan   sapukan ke kepala. Ulang sebanyak 3x.
Ayat  76 - Dibaca untuk  mententeramkan diri dari fitnah  orang.  Dijadikan  amalan.
Ayat 76 - Jika hati rasa sedih,  sebak atau pun kecewa. Sambil pegang dan urut dada, bacalah ayat tsbt.
Ayat 78 - 79 - Dikhaskan untuk sakit urat, tulang dan  badan. Untuk doa bermula daripada Ayat yang bermaksud: "dia  berkata,  Siapakah  (yang  dapat) menghidupkan tulang belulang padahal telah hancur?" (Ayat 78  dan 79) - Bacalah jika  sakit  tulang,  urat  atau  tulang  patah.  Doktor di hospital  pun  tanya  dia  utk  rawatan  patient mrk dan Dr Fatimah berikan ayat ini.
Ayat  79 - Katakanlah, Yang akan  menghidupkannya ialah  yang  menciptakannya  pertama  kali.  Dan  Dia  Maha Mengetahui tentang segala makhluk."
Ayat  82  -  Untuk Hajat - Jika berhajat sesuatu, bacalah  100x.  Dibaca  pada  air  dan minum selama 40 hari -boleh  menjadi  penawar. Jika air habis  ulang bacaan tsbt sehingga   40  hari.  Caranya:  Sembahyang   Tahajjud  (3x) berturut-turut,  Baca pada air [100x) Dan berdoa apa sahaja hajat


              Wallahualam.
Reply

Use magic Report

aristana This user has been deleted
Post time 26-7-2003 11:39 AM | Show all posts

10 AMALAN YANG TERBALIK

Semak Balik Apa Yg Telah Kita Lakukan

10 AMALAN YANG TERBALIK

Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang
amalan harian kita. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah
terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut
oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain.

Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik:-

1. Amalan kenduri aruah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga
simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua,ketiga, ketujuh dan
seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di
mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk
keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka.
Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan
dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka
yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan
harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan
simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?

2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri.
Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi.
Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi
sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan
rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.

3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik, kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju.
Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.

4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa Segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.

5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.

6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta
perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun.
Sedangkan sepatutnya  perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?

7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri  pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir,maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain.

8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya.Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan $20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar $15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita?
Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.

9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.

10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah,masyaAllah.
Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan
berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan
rumah tangga kurang bahagia.

Cukup dengan contoh-contoh di atas. Marilah kita berlapang dada menerima
hakikat sebenarnya. Marilah kita beralih kepada kebenaraan agar hidup kita
menurut landasan dan ajaran Islam yang sebenar bukan yang digubah mengikut selera kita. Allah yang mencipta kita maka biarlah Allah yang menentukan peraturan hidup kita.
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2003 04:04 PM | Show all posts

KELEBIHAN SOLAT BERJEMAAH MENURUT TEORI FIZIK

Seorang professor fizik di Amerika Syarikat telah membuat satu kajian
tentang kelebihan solat berjemaah yang disyariatkan dalam Islam.
Katanya
tubuh badan kita mengandungi dua cas elektrik iatu cas positif dan cas
negatif. Dalam aktiviti harian kita sama ada bekerja, beriadah atau
berehat,
sudah tentu banyak tenaga digunakan.

Dalam proses pembakaran tenaga, banyak berlaku pertukaran cas positif
dan
cas negatif, yang menyebabkan ketidakseimbangan dalam tubuh kita.

Ketidakseimbangan cas dalam badan menyebabkan kita rasa letih dan lesu
setelah menjalankan aktiviti seharian. Oleh itu cas-cas ini perlu
diseimbangkan semula untuk mengembalikan kesegaran tubuh ke tahap
normal.

Berkaitan dengan solat berjemaah, timbul persoalan di minda professor
ini
mengapa Islam mensyariatkan solat berjemah dan mengapa solat lima waktu
yang
didirikan orang Islam mempunyai bilangan rakaat yang tidak sama.

Hasil kajiannya mendapati bilangan rakaat yang berbeza dalam solat kita
bertindak menyeimbangkan cas-cas dalam badan kita. Semasa kita solat
berjemaah, kita disuruh meluruskan saf, bahu bertemu bahu dan
bersentuhan
tapak kaki. Tindakan-tindakan yang dianjurkan semasa solat berjemaah
itu
mempunyai berbagai kelebihan. Kajian sains mendapati sentuhan yang
berlaku
antara tubuh kita dengan tubuh ahli jemaah lain yang berada di kiri dan
kanan kita akan menstabilkan kembali cas-cas yang diperlukan oleh
tubuh. Ia
berlaku apabila cas yang berlebihan - sama ada negatif atau positif
akan
dikeluarkan, manakala yang berkurangan akan ditarik ke dalam kita.
Semakin
lama pergeseran ini berlaku, semakin seimbang cas dalam tubuh kita.

Menurut beliau lagi, setiap kali kita bangun dari tidur, badan kita
akan
merasa segar dan sihat setelah berehat berapa jam. Ketika ini tubuh
kita
mengandungi cas-cas positif dan negatif yang hampir seimbang. Oleh itu,
kita
hanya memerlukan sedikit lagi proses pertukaran cas agar keseimbangan
penuh
dapat dicapai. Sebab itu, solat Subuh didirikan 2 rakaat.

Seterusnya, setelah sehari kita bekerja kuat dan memerah otak semua cas
ini
kembali tidak stabil akibat kehilangan cas lebih banyak daripada tubuh.
Oleh
itu, kita memerlukan lebih banyak pertukaran cas. Solat jemaah yang
disyariatkan Islam berperanan untuk memulihkan keseimbangan cas-cas
berkenaan. Sebab itu, solat Zohor didirikan 4 rakaat untuk memberi
ruang
yang lebih kepada proses pertukaran cas dakam tubuh.

Situasi yang sama turut berlaku di sebelah petang. Banyak tenaga
dikeluarkan
ketika menyambung kembali tugas. Ini menyebabkan sekali lagi kita
kehilangan
cas yang banyak. Seperti mana solat Zohor, 4 rakaat solat Asar yang
dikerjakan akan memberikan ruang kepada proses pertukaran cas dengan
lebih
lama.

Lazimnya, selepas waktu Asar dan pulang dari kerja kita tidak lagi
melakukan
aktiviti-aktiviti yang banyak menggunakan tenaga. Masa yang
diperuntukkan
pula tidak begitu lama. Maka, solat Maghrib hanya dikerjakan sebanyak 3
rakaat adalah lebih sesuai dengan penggunaan tenaga yng kurang
berbanding 2
waktu sebelumnya.

Timbul persoalan di fikiran professor itu tentang solat Isyak yang
mengandungi 4 rakaat. Logiknya, pada waktu malam kita tidak banyak
melakukan
aktiviti dan sudah tentu tidak memerlukan proses pertukaran cas yang
banyak.

Setelah kajian lanjut, didapati terdapat keistimewaan mengapa Allah
mensyariatkan 4 rakat dalam solat Isyak. Kita sedia maklum, umat Islam
amat
digalakkan untuk tidur awal agar mampu bangun menunaikan tahajjud di
sepertiga malam. Ringkasnya, solat Isyak sebanyak 4 rakaat itu akan
menstabilkan cas dalam badan serta memberikan tenaga untuk kita bangun
malam
(qiamullail).

Dalam kajiannya, professor ini mendapati bahawa Islam adalah satu agama
yang
lengkap dan istimewa. Segala amalan dan suruhan Allah Taala itu
mempunyai
hikmah ynag tersirat untuk kebaikan umat Islam itu sendiri. Belaiu
merasakan
betapa kerdilnya diri dan betapa hebatnya Pencipta alam ini. Akhirnya,
dengan hidayah Allah beliau memeluk agama Islam.

Juzz a pasted msg
Reply

Use magic Report

seek1u This user has been deleted
Post time 27-7-2003 03:24 AM | Show all posts
TQ kerana info berguna ni..WD..
Reply

Use magic Report

kawaii_gal This user has been deleted
Post time 27-7-2003 01:11 PM | Show all posts

Alhamdulillah...

bersyukur la kita sebab Al-Quran diturunkan kepada umat Muhammad, dan di dalamnya mengandungi surah Yassin yang mempunyai 1001 macam hikmah... Syukran jazillah..
Reply

Use magic Report

kawaii_gal This user has been deleted
Post time 27-7-2003 01:12 PM | Show all posts
Insya-Allah, sama-sama lah kita memperbetulkan diri kita dan memastikan amalan yang kita lakukan tidak terbalik...
Reply

Use magic Report

fit_3s This user has been deleted
Post time 27-7-2003 04:18 PM | Show all posts
Ahamdulillah...

lagi satu, ada satu kajian yg dibuat di barat yg mengatakan bahawa di kepala kita ada satu kawasan yg mana darah takkan sampai. cara utk darah mengalir kebahagian tu adalah dgn melakukan perbuatan sujud. profesor neurologi yg menjalankan kajian ini, kagum dgn cara sembahyang cara Islam dan akhirnya memeluk islam.

peredaran darah ke bahagian itu sgt penting utk mengurangkan lagi kanser otak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-7-2003 06:52 PM | Show all posts
salam
terimakasih kerana berkongsi maklumat di sini. harap kita dapat ambil iktibar daripadanya
wassalam
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2003 08:22 PM | Show all posts
semoga daripada renungan yang di beri menyedarkan diri kita yang sering kali alpa dengan keindahan dunia yang sementara ini....
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2003 06:39 AM | Show all posts
terima kasih kerana ingatan itu...
Reply

Use magic Report

AkuPerempuanItu This user has been deleted
Post time 28-7-2003 12:36 PM | Show all posts
very informative. semoga kita dapat sentiasa membaca dan menghayati surah Yassin ni.
boleh saya tahu, Dr Fatma Elzahra tu siapa?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 10:49 AM GMT+8 , Processed in 0.318764 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list