|
iii. Sorong
Ruang hadapan yang terdapat pada rumah jenis Limas Belanda dan Bujang Barat.
Ruang ini merupakan ruang menerima tetamu lelaki dan boleh disamakan sebagai ruang serambi. Ruang ini digunakan untuk upacara akad nikah, tahlil dan doa selamat. Kadang kala ruang ini digunakan sebagai ruang tidur kepada ketua rumah dan juga tempat menyimpan barang-barang berharga. |
|
|
|
|
|
|
|
iv Ruang Beranda
Ruang yang menghubungkan tangga, sorong dan ibu rumah. Kedudukan lantai beranda lebih rendah dan ia berfungsi sebagai tempat berehat kaum lelaki pada waktu petang. Di samping itu juga menjadi tempat tidur anak-anak muda di waktu malam. |
|
|
|
|
|
|
|
v. Ruang Anjung
Ruang ini biasanya digunakan kaum lelaki untuk menjalankan kerja-kerja rumah seperti menganyam bakul, membaiki pukat, jaring dan lain-lain. |
|
|
|
|
|
|
|
vi. Ruang Serambi
Biasanya lantai serambi sama tinggi dengan lantai rumah ibu pada rumah serambi. Ruang ini juga dikenali sebagai ruang lelaki kerana keseluruhannya digunakan oleh lelaki seperti untuk berehat dan tempat tidur anak-anak lelaki.
Oleh kerana ruang ini terbuka , maka majlis adat dan agama seperti perkahwinan, tahlil dan lain-lain diadakan |
|
|
|
|
|
|
|
vii. Ruang Tengah
Ruang ini pada sesetengah rumah adalah terdiri daripada rumah ibu. Kedudukannya ialah di antara ruang hadapan dan ruang belakang. Ruang ini dikhaskan untuk keluarga sahaja. Biasanya dibatasi dengan dinding. |
|
|
|
|
|
|
|
viii. Dapur.
Dikenali sebagai ruang perempuan iaitu sebagai ruang untuk meraikan tetamu perempuan selain daripada tempat memasak. Kedudukan lantai dapur lebih rendah daripada rumah ibu dan serambi. |
|
|
|
|
|
|
|
ix. Ruang Bawah Rumah
Ruang ini menjadi tempat bengkel @ stor. Berbagai aktiviti dijalankan seperti bertukang, menumbuk padi, menerap batik dan lain-lain. Juga sebagai tempat menyimpan barang seperti alat pertanian, kayu api @ memelihara binatang. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by fleurzsa at 10-3-2005 08:31 PM:
Rumah Perabung Lima di Kelantan
[ Last edited by fleurzsa on 10-3-2005 at 08:37 PM ]
sempat jgk aku menjejak kaki di rumah moyang aku dulu...camni la lebey kurang binaan dia.,..tp now dah roboh n bina baru... |
|
|
|
|
|
|
|
i love this thread.. i saw from one pic in gossip board, the former tv3 hostess normala her house also rumah tradisional melayu but very spacious and elegant, hehehe.
why can't i keep a bookmark of this thread? why forum doesnt have this kind of function? sob~~ |
|
|
|
|
|
|
|
adakah ruang bawah rumah juga digunakan untuk membela ayam dan haiwan lain? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by liesl at 14-4-2006 08:26 PM
eleh, mod chumpon cuma bukak thread ni dan lainnya diserahkan oleh org lain utk completekannya, dan u juga yg dapatkan digest post ya? hmm hmm...
...
marahnya awak , takpe nanti u balik sini saya belanja awak makan okay?:love: |
|
|
|
|
|
|
nice72_nik This user has been deleted
|
Salam...
Bila kita tengok kat bucu atap, ada macam pelepah... kalau disebelah Perak pelepah/daun tue menghala ke bawah. Manakala di Kelantan lak pelepah/ daun tue menghala ke atas. Boleh tak sesiapa kat sini cerita tentang perbezaan tersebut.
Wassalam |
|
|
|
|
|
|
|
rumah tradisional melaka,, ade serambi,, tapi bertingkap,,maksudnye boleh ditutup ruangnya..
& ade tempat mandi di luar,, di panggil megkewan..
tak ramai yg tau perkataan mengkewan ni...sebab aku google pun,,jumpe 2 page aje,,
kamus dewan pun takde perkataan ni..
kalau budak2 zaman skrg,mmg tak tau
di antara ruang dapur & ruang tengah,,ada open space yg tak beratap selalunya,, di situ selalunya ade perigi,, |
|
|
|
|
|
|
|
rumah kutai takde ke? Ini cth rumah kutai. Dinding dia beranyam.
[ Last edited by dCrook at 18-12-2007 10:14 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
lambur juga tempat persambungan antara dua rumah. selalunya rumah ibu bapa dengan rumah anak menantu baru.
adakah semua negeri ada pantang larang dan konsep tentang tiang seri? |
|
|
|
|
|
|
| |
|