|
Telur Bersalut Daging Sausage - PUS.SYDOLL
Bahan-Bahan:
Sausage- 1 atau 2 -dikisar
Telor ayam - 2 atau 3 dikisar
sedikit lada putih..
Tepong roti (breadcrumbs)
sedikit tepong gandum
1-2 biji telor- dipukul
Cara:
1. Sausage dikisar hingga lumat
2. Telor ayam direbus selama 10 min (hardboiled eggs)
3. Salut telor dengan tepong.
3. Salutkan telor dengan sausage yg sudah di kisar
4.Celupkan telor tersebut dengan telor yg dipukul
5. Celupkan terus ke dalam tepong roti (breadcrumbs)
6. Goreng telor tersebut (deep fry)
7. Sajikan |
|
|
|
|
|
|
|
Telur Goreng Lobak Masin - FAIRYJASMINE
Bahan
Lobak masin - potong dadu, jgn besar sgt, nanti masin, x sedap
telur
bawang besar- potong dadu
Goreng lobak masin dgn sedikit minyak, sampai garing
masukkan bawang, goreng sebentar sehingga layu
pecahkan telur, pecah2 kan telur tu macam goreng scrambled eggs
siap :mll:
sedap makan dengan nasik panas2/moi sup |
|
|
|
|
|
|
|
TELUR BUNGKUS - hanis00
150 gm daging cincang
2 ulas bawang putih - tumbuk halus
1 labu b. besar - potong dadu
1 biji tomato - potong dadu
mix Vege
1 biji cili merah - potong
2 sudu besar sos tomato
1 sudu kecil t. jagung - bancuh dengan sedikit air
garam secukup rasa
Telur 2 biji - utk dadar
Caranya.
Tumiskan bawang putih sehingga naik bau, masukkan daging kalau agak kering tambahkan
sedikit air sehingga daging masak, lepas tu tambahkan b.besar, mix vege, tomato, sos,
tepung jagung dan juga garam, biarkan seketika. Dah siap inti.
Telur dipecahkan dan dikacau, dadarkan dalm kuali, masukkan inti tadi dan lipat bentuk
4 segi. Siap untuk dihidangkan. |
|
|
|
|
|
|
|
Parpu Telur - inai
1/4 cawan kacang dhall (rendam 2-3jam)
1/2 s/t halia+bwg merah+bwg putih mesin
3 biji kentang
2 biji telur
sedikit santan
garam
serbuk kunyit
Utk tumis darat:-(Bahan B)
Minyak
1/2 biji bawang besar (hiris nipis)
6 helai daun kari
1-2 tangkai cili kering (potong pendek)
1/4 st biji sawi
1/2 st jintan manis
Method:-
1. Rebus dhall hingga empuk. Add kentang dan rebus hingga kentang empuk.
2. Add halia bawang, serbuk kunyit, garam
3. Masukkan santan...dan pecah telur sebiji-sebiji..jgn kacau sangat. Biar telur masak dulu. Godek2 sikit2 je.Tutup api
4. Dalam kuali lain panaskan minyak dan tumis semua bahan B hingga wangi.
5. Curah semua bahan B dlm kuah tadi dan sedia dihidang.. |
|
|
|
|
|
|
|
Omelette [GreenHawa]
Telur
cendawan butang/ cendawan hitam direndam
daging cincang (kalau suka)
bawang besar - dihiris
chives-
cili merah - optional kalau suka pedas (selera melayu)
bawang putih
mentega
lada sulah
sedikit garam - tak letak pon takpe sbb mentega dah masin2 lemak
susu segar
cara-cara
1- panaskan mentega dalam kuali leper.. cam nak buat lempeng gitu..jangan banyak sangat dlm 1 sulu teh jer
2- tumiskan bawang putih cincang n bawang besar n cili potong
3-masukkan daging cincang n masakkan sampai kuning
4- masukkan cendawan n goreng lagi
5- masukkan telur yang sudah dipukul bersama lada sulah + garam + sedikit susu segar+chives ke atas gorengan td .. biarkan telur tu melitupi bahan2 goreng td
6- telur dah masak boleh angkat n hidangkan
leh makan cam tu jer .. atau ngan roti bakar or makan ngan cili sos..
[ Last edited by maisya at 3-11-2008 10:28 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Telur goreng ikan bilis[drhospital]
Goreng ikan bilis.Ketepikan.
Pecahkan telur,masukkan bawang,cili,daun ketumbar,ikan bilis goreng.Kacaukan.
Kemudian goreng telur yg telah dicampurkan bahan2 tadi.Semasa goreng telur,hancur-hancurkan telur seperti buat scramble egg.
Sedap. |
|
|
|
|
|
|
|
CHINESE OMELETTE (Egg Foo Yung) [fairyjasmaine]
telur
bawang besar (belah 4 -leraikan kelopak satu2 -ish paham ke ni?)
cendawan butang -dihiris
taugeh
udang -direbus
minyak bijan utk menggoreng (mintak biasa pun boleh)
garam
Foo yung gravy
chicken stock
tepung jagung -agak2 nak bagi pekat
gula -secukup rasa
kicap -dalam sesudu kecil
garam
pecahkan telur dalam mangkuk, pukul sampai kembang (macam buat omelette tu)
panaskan minyak, tumis bawang, agak2 layu tapi still crunchy
masukkan cendawan butang, taugeh dan udang, masakkan sekejap
masuk telur, kacaukan sikit, tapi yg sampai jadi scramble, kira still ada bentuk senget2, tak bulat betul macam omelette
angkat bila dah masak -masuk dalam mangkuk hidang
panaskan chicken stock, masuk tepung jagung, gula dan garam- masak sampai separa pekat
tuangkan gravy atas telur tadi, hidang..
kuah dia sket je, telur tu, takder la sampai berendam dlm kuah sampai kembang..
lagi sedap kalau taugeh dan bawang di biar crunchy sket
kalau tak mau guna cendawan dan taugeh -boleh gantikan dgn lada benggala
udang boleh digantikan dgn daging yg direbus dan dihiris nipis.. |
|
|
|
|
|
|
|
TELUR BUNGKUS [hanieliza]
Bahan-Bahan:
5 biji telur
Bahan Inti
100gm isi ayam @ daging [dicincang]
1 ulas bawang putih [mayang]
1 ulas bawang besar [mayang]
1 biji tomato [ dadu]
1 camb kacang peas
3 camb cili sos
2 camb sas tomato
1 camb sos tiram
garam secukup rasa
daun sup [dipotong 1 inci ]
minyak
Cara:
1. Telur dipukul dan digoreng dadar. Ketepikan.
2. Tumis bawang putih sehingga kekuningan kemudian masukkan isi ayam @ daging.
3. Setelah masak masukkan sos cili, sos tomato,sos tiram, garam,bawang besar sehingga bawang layu.
4. Masukkan tomato dan kacang peas , masak sebentar kemudian angkat dan diletakkan ke atas telur dadar.Letakkan daun sup dan bungkus telur berbentuk empatsegi.
5. Hidangkan semasa panas dengan nasi dan tomyam campur.
TELUR BUNGKUS [maklang]
sumber : diana
Bahan-bahannya
5 biji telur
200 gm daging lembu - direbus & dicincang (alternatively guna boneless chicken meat - tak perlu rebus)
200 gm sayur campur (jagung, lobak merah dan kacang pis)
3 ulas bawang putih - dicincang
1 labu bawang besar - dipotong dadu
1 cm halia - dicincang
1 sudu besar rempah ikan/nampla sauce/oyster sauce
2 sudu besar sos tomato
Sedikit garam & gula
Kalau suka pedas, guna cili padi, cincang halus.
Cara-caranya
Tumis bawang putih, dan halia hingga wangi kemudian masukkan bawang besar. Biarkan bawang besar layu dan masukkan rempah kari serta daging cincang. Kemudian tambahkan sos tomato, garam dan perasa. Akhir sekali masukkan sayuran campur (and cili padi, kalau gunakan). Biarkan sebentar hingga semuanya masak dan bolehlah diangkat. Pukul telur hingga kembang. Panaskan kuali dan goreng seperti membuat telur dadar. Apabila telur setengah masak, letakkan intinya di tengah-tengah dan lipatkan telur supaya intinya tidak terkeluar. Ulangi langkah yang sama sehingga adunan telur habis. Kalau ada kuali yang sangat lebar, buat sekali sahaja.
[ Last edited by nhuda at 17-4-2007 03:33 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Telur Bersos Tiram [an4zaara]
Source : Kylie Kwong
bahan2
3 biji telor (lebih pon takpe)
sos tiram
hirisan cili merah
daun bawang/daun sup
white pepper
minyak masak
cara membuatnyer
pecahkan 3 biji telor tapi jgn kacau biar mcm kita nak goreng telor mata kerbau tu
goreng dalam minyak yg panas. tp pastikan kuning telor tu masih cair yg putih tu lak bg garing skit
bile dah masak angkat telor tu letak dlm pinggan pas tu pecahkan yg kuning tu bagi melimpah.
letakkan sos tiram kat atas telur tu membentuk bulatan.. taburkan hirisan cili merah, daun bawang dan akhir
sekali white pepper. dan bersedia utk dimkn. |
|
|
|
|
|
|
|
SUP TELUR [hanieliza]
Bahan
4 biji telur
2 biji kentang [potong kecil]
1 batang carrot [potong kecil]
1 pokok sawi minyak ata kailan [potong pendek]
air secukupnya
minyak
garam
Bahan tumis [tumbuk kasar]
3 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1 s/k lada hitam
Cara
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi.
2. Masukkan air secukupnya dan masukkan kentang dan carrot.Biarkan emndideh dan lembut.
3. Masukkan telur masa air menggelegak.
4. Bla dah nampak telur masak baru masukkan sawi dan tutup api.
5. Hidangkan.
SUP TELUR [antiQue]
Bahan :
4 biji telur
1 inci halia
sedikit jintan putih
minyak untuk menulis
garam
air secukupnya
Caranya :
Panaskan sedikit minyak, tumiskan halia.. masukkan jintan putih.... pecahkan telur dalamnya... kacau-kacau, masukkan air... masuk garam dan masaklah hingga masak...
[ Last edited by nhuda at 17-4-2007 01:04 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
TELUR MASAK SAMBAL
telur sambal hamidah [agatha]
bahan2
1. 4 biji telur
2. cili padi secukup pedas
3. 5 biji bawang putih
4. oyster sos
5. asam jawa
6. garam
7. gula
8. minyak masak
cara2
1. tumbuk cili & bwg putih
2. panaskan kuali + sedikit minyak
3. tumis bahan tumbuk
4. campurkan oyster sos
5. pecahkan telur dlm kuali
6. kacau mcm buat scramble egg
7. campur air asam,garam & gula |
|
|
|
|
|
|
|
BUTTER EGG [ladyvedt]
bahan-bahan:-
telur 4 biji
susu tepung dibancuh ala-ala setengh gelas
sedikit butter
serbuk bawang putih/lada hitam
bawang besar potong dadu
tomato potong dadu
additional:-
masuk cheese 2 keping ke
pukul skit telur then masuk bahan-bahan yang lain..masak kan dekat api beberapa minit
pastuh last skali masuk kan cheese...so makan la dengan roti yang telah dibakar |
|
|
|
|
|
|
|
TELUR KUKUS [hanieliza]
Bahan
3 biji telur
1/2 cawan air
1 pokok daun bawang [racik]
2 tangkai cili merah [hiris]
1 s/b lobak asin [cincang halus]
garam
Cara
1. Gaulkan semua bahan dan masukkan dalam pinggan tahan panas.
2. Kukuskan selama 20 minit.
3. Angkat dari kukusan dan hidangkan semasa panas dengan nasi putih. |
|
|
|
|
|
|
|
Salad Telur [hanieliza]
Bahan Telur
3 biji telur 2 biji [tumbuk/blend]
2 ulas bawang merah
garam
minyak
Bahan Sayuran
kobis
tomato
cili merah
carrot
mayonis
garam
Cara
1. Gaulkan bahan Telur kecuali minyak dan bautkan scrambled eggs [telur hancur].
2. Gaulkan semua bahan ngan scrambled egg. Rasakan garamnya.
3. Hiaskan ngan mayonis.
4. Hidangkan dengan roti atau nasi. |
|
|
|
|
|
|
|
Telur Asin [NoorMasri]
bahan:
Telur itik (telur ayam pun boleh juga)
Garam
Air
caranya:
telur basuh bersih2 dulu
masakkan air + garam menjadi larutan garam tepu ---> sejukkan
masukkan telur dlm balang bersama air garam ----> rendam selama sebulan
*air garam tu boleh diguna semula utk rendam telur yg baru pula.
[ Last edited by maisya at 3-11-2008 10:01 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Telur Asin Goreng [thasya]
bawang besar potong dadu
garlic potong kecil
cili api atau cili ijau hiris halus
telur asin yg belum direbus
panaskan sedikit minyak dan tumis bawang dan garlic...dah separuh layu masukkan cili. pastu pecahkan telur dan hancur2 buat mcm scramble egg. takes some effort to break the yolk sbb yolk dia memang bulat keras walaupun telur tu masih mentah. masak sampai telur masak. |
|
|
|
|
|
|
|
Telur Daun Kunyit [maklang]
Telur direbus dulu pehtu goreng sekejap, ketepikan.
Tumiskan cili padi+cili merah+bwg merah+putih+kunyit+santan dalam kuali.
Dah mendidih hiriskan daun kunyit...campakkan serai...<> macam masak lemak cuma telur digoreng dulu. |
|
|
|
|
|
|
|
Telur Goreng dengan Kacang Peas [Nek_Fiona]
telur goreng ikut suka berapa biji.
kacang peas cap yeos or cap rex or cap tst jenis tak keras.
cili boh or lada sulah ikut suka
bawang putih
bwg besar
tumis bwg putih pastu masukkan cili boh skit jgn byk pastu garing tuang saja kacang peas bersama airnya.Pastu masukkan bwg besar potong bulat dan telur yg di goreng tadi.Kalau nak isi lada sulah bubuh last sekali.walla sedap makan dgn roti masa panas2.
[ Last edited by maisya at 3-11-2008 10:39 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
French Toast [apt_baby]
telur 2 biji
roti gardenia 2 keping (potong dadu)
daun bawang - ikut suka (hiris halus)
daun parsley - ikut suka (hiris kasar)
tomato 1 biji yg kecil (potong dadu tanpa biji)
bawang besar 1 biji yg kecil (potong dadu)
cheese 1 keping (potong kecil)
garam n lada
pukul telur dgn semua bahan (kecuali roti dan cheese) sampai sebati
masukkan roti yg potong dadu berserta dgn cheese dan gaulkan. kasik semua roti tu bersalut dlm batter telur tu.
goreng dalam non stick pan
p/s tekan2 roti tu agar sama rata level dia
tahap kegaringan ikut suka..sedap kalau makan dgn mayo n cili sauce
sapa yg suka cheese lebih boleh taruk lebih |
|
|
|
|
|
|
|
Telur Pindang [Nek_Fiona]
telur ayam
kulit bwg merah
daun lengkuas
daun senduduk
daun jambu
daun bebuas
ketumbar
jintan manis
cili keriing.
kicap masin
Mula bubuh daun lengkuas,daun jambu,daun senduduk susun telur,bubuh kulit bwg merah dan tutup telur dgn daun2 tadi ..pastu lapis lagi telur lain dgn daun2 tadi.....serai diketuk,perah air asam jawa dgn biji2.Ketumbar,jintan manis,lada kering mesin kasar dan curah atas lapisan telur tu.Pastu curah kicap ,rebus lebih dari 2 hari.Rasa kalau kurang masin,tambah garam skit.Api biar kecil dan jangan dikacau selalu nanti telur pecah. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Makanan & Resipi
|