CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: EddyAdy

Qadha Solat (merged: spana,medangtamang)

[Copy link]
Post time 25-12-2005 10:06 AM | Show all posts
Jawapan aku ni tak sama ngan ct...  tapi ni yang aku tahu setakat ni...  kalau salah, maknanya aku salah ngaji.

1.  sembahyangnya sah.  kalau dia berimamkan orang sembahyang sunat pun tak per.  
2.  tak der sembahyang sunat lepas asar.  kalau qadha. boleh.  sebab itu hutang.  hutang mesti bayar cepat-cepat.
3.  kalau awak tak mau dia ikut = luruskan tangan kanan awak ke arah bawah dan condong kan sedikit.  cukup seketika saja untuk dia paham makna signal berkenaan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-12-2005 11:06 AM | Show all posts
lagi satu kan aku nak tanya

qada' smayang

misal kata la
aku demam

pastu tertido..terlaja isyak ngan subuh

so...bila aku nak qada' smayang kan

aku kena qada' subuh dulu baru isyak ke
atau isyak dulu baru subuh

atau tak kisah?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2005 10:27 AM | Show all posts
Originally posted by ibnur at 25-12-2005 10:06 AM
Jawapan aku ni tak sama ngan ct...  tapi ni yang aku tahu setakat ni...  kalau salah, maknanya aku salah ngaji.

1.  sembahyangnya sah.  kalau dia berimamkan orang sembahyang sunat pun tak per.   ...



:malu:

ct nak edit yea..
betul lah yg ibnur cakap ni..
suami ct dah re-check balik, memang silap pemahaman ct..
maklumlah sekolah menengah biasa je, tau dari ustaz sekolah saja,
ct blaja agama tak detail.


tengkiu yea abang ibnur.. :ah:
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2005 08:49 PM | Show all posts
ct..xpe la..ko pun dh dpt skit ilmu baru kn...mana posting ko..nape buang..at least leh gak forummer lain tau ade yg salah kalau beranggapan mcm tu...

ade pendapat lain tak..aku dari semlm dok tgg pendapat forummer lain...mana tau ade yg nk tmbh pedapat ibnur tu...

tu soklan duta_lover..xde sape nk jawab ke...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2005 08:55 PM | Show all posts
...eerr..since nie thread pasal sholat...nak tanya sikit lah...ada sapa2 yang bley kasi hadis2 sahir atau ayat quran yang menyuruh kita qada' sholat kita??...trimakasih...
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2005 09:15 PM | Show all posts
yap..

citer la pasal qada; neh

kalau takda..

so..setakat kita rasa menyesal,dan berazam tak mengulangi agi ke
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-12-2005 10:09 PM | Show all posts
ooo..  pasal hutang tu kan...

aku punya hutang pun tak settle lagi.  jadik tak berani le aku nak jawab lebih-lebih.
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2005 11:16 PM | Show all posts
Originally posted by blackmore at 26-12-2005 08:55 PM
...eerr..since nie thread pasal sholat...nak tanya sikit lah...ada sapa2 yang bley kasi hadis2 sahir atau ayat quran yang menyuruh kita qada' sholat kita??...trimakasih...[IM ...

assalamualaikum..
Hadis Anas bin Malik r.a:
Sesungguhnya Rasulullah s.a.w tlh bersabda: Sesiapa yg terlupa sembahyang mk hendaklah dia segera mendiriknnya apbl mengingatinya. x ada kifarat bg sembahyang yg terlupa melainkn hy itu, iaitu segera mendiriknnya apbl mengingatinya.
wassalam..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-12-2005 02:23 AM | Show all posts
Originally posted by carpet at 26-12-2005 11:16 PM

assalamualaikum..
Hadis Anas bin Malik r.a:
Sesungguhnya Rasulullah s.a.w tlh bersabda: Sesiapa yg terlupa sembahyang mk hendaklah dia segera mendiriknnya apbl mengingatinya. x ada kifarat bg  ...


...waalaikumsalam

...ok..the above hadis mengatakan terlupa...yang mana aku tafsirkan maksud terlupa tu sebagai aku benar2 tidak ingat ketika itu..eg...mungkin ketika waktu sholat itu aku tertidur...dan apabila aku bangun tidur waktu sholat telah pon berakhir...ok...kalau lah kiranya aku berada dalam keadaan sedemikian (terlajak tidur hingga abis waktu sholat)...kemudian aku bergegas bangun dan ambil wudhu...ketika aku hendak mendirikan sholat...adakah niat aku sebagai aku mengqada' sholat aku tu atau aku niat seperti biasa???

...tapi...bagaimana pulak dengan setengah2 orang yang tidak terlupa akan waktu sholat tapi dek kerana sibuk ngan tugas mengambil ringan akan waktu sholat kerana nanti2 mereka bley qada' sholat mereka...apakah this hadis still applicable to such instances???...:cak:

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

ponder This user has been deleted
Post time 27-12-2005 02:33 AM | Show all posts
Originally posted by blackmore at 27-12-2005 12:13 AM
.bagaimana pulak dengan setengah2 orang yang tidak terlupa akan waktu sholat tapi dek kerana sibuk ngan tugas mengambil ringan akan waktu sholat kerana nanti2 mereka bley qada' sholat mereka...apakah this hadis still applicable to such instances???..

No. Not applicable.

Yang sengaja meninggalkan solat tanpa sebab tak sama dengan yang terlupa. Orang yang sengaja melambatkan solat sehingga habis waktu, dan menjadikannya sebagai satu amalan, tergolong diantara orang-orang fasik, mengikut sesetengah pendapat.

Kalau sembahyang ditinggalkan terus, ada ulama yang menganggap orang itu kafir, dan ada yang menganggap dia fasik. Ada ayat Quran tentang mereka:

"Pada hari betis disingkapkan dan mereka dipanggil untuk bersujud, mereka tidak dapat melakukannya (dalam keadaan) pandangan mereka tunduk, dan mereka diliputi kehinaan. Dan sesungguhnya mereka di dunia dahulu telah pun diseru supaya bersujud (tetapi mereka enggan), sedangkan mereka berada di dalam keadaan sihat." (Al-Qalam  42-43)

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2005 02:51 AM | Show all posts
Originally posted by ponder at 27-12-2005 02:33 AM

No. Not applicable.

Yang sengaja meninggalkan solat tanpa sebab tak sama dengan yang terlupa. Orang yang sengaja melambatkan solat sehingga habis waktu, dan menjadikannya sebagai satu amalan,  ...



..but then ponder...tidakkah orang2 yang mengqada' sholat mereka tergolong dari orang2 seperti yang aku mentioned kan tadi???...banyak kali aku dengar orang2 yang cakap...oh..takpe..balik nanti bley qada' sholat...

...macam ibadah puasa...ada hadis dan ayat quran yang terang2 menyuruh kita bayar balik puasa yang kita buang...tapi...dah lama aku carik hadis sahir pasal mengqada sholat nie tapi tak jumpa2...

...so...once again...is there such a thing as qada' untuk sholat???
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2005 10:07 AM | Show all posts
yalah...

aku igt lagi
masa aku pg umrah

aku mmg time..takda watpe kat masjid tu
aku qada' smayang

huh..buleh ker
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2005 10:46 AM | Show all posts

salam,

Solat adalah satu perintah Islam yg mempunyai waktu2 yg tlh sedia diatur dan ditetapkan oleh Allah swt.

Firman Allah swt,

Kemudian apabila kamu telah selesai mengerjakan sembahyang, maka hendaklah kamu menyebut dan mengingati Allah semasa kamu berdiri atau duduk dan semasa kamu berbaring. Kemudian apabila kamu telah merasa tenteram (berada dalam keadaan aman) maka dirikanlah sembahyang itu (dengan sempurna sebagaimana biasa). Sesungguhnya sembahyang itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya.
(An Nisaa' : 103)

Apabila perintah solat dilaksanakan dlm waktunya, ia disebut sbg al-adaa' manakala solat itu dilaksanakan di luar waktunya ia digelar sbg al-qadha.

Sebab2 membolehkan solat diqadha:

1.  Seseorg itu tertidur sehingga luput waktu solatnya.

2.  Seseorg itu terlupa sehingga luput waktu solatnya.

3.  Apabila tersilap kiraan waktu solat sehingga terluput waktu yg sebenarnya.

4. Seseorg itu berhadapan dgn situasi darurat sehingga terluput waktu solatnya.

Dalil utk 1 & 2....

Sabda Nabi saw,

"Barang siapa lupa utk solat atau tertidur, hendaklah dia menunaikan ia apabila teringat.  Tidak ada hukuman selain dr itu"
( riwayat Bukhari & Muslim)

Sabda Nabi saw,

"Sebenarnya tidak ada kecuaian dlm masa tidur, kecuaian hanya berlaku dlm masa sedar.  Oleh itu sesiapa di atr kamu yg terlupa solat atau tertidur hendaklah menunaikannya apabila teringat, krn Allah swt tlh berfirman; "Dan dirikan solat utk mengingati Aku"
(riwayat Muslim)

Dalil utk 3....

Firman Allah swt,

Panggillah anak-anak angkat itu dengan ber"bin"kan kepada bapa-bapa mereka sendiri; cara itulah yang lebih adil di sisi Allah. Dalam pada itu, jika kamu tidak mengetahui bapa-bapa mereka, maka panggillah mereka sebagai saudara-saudara kamu yang seagama dan sebagai "maula-maula" kamu dan kamu pula tidak dikira berdosa dalam perkara yang kamu tersilap melakukannya, tetapi (yang dikira berdosa itu ialah perbuatan) yang disengajakan oleh hati kamu melakukannya dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
( Al Ahzab: 5)

Sabda Nabi saw,

"Sesungguhnya Allah tlh memaafkan krn aku, kesilapan dan kelupaan dr umat aku serta apa yg mereka lakukan krn dipaksa"
( Hadis Hasan oleh Imam an-Nawawi)

Dalil utk 4....

Sabda Nabi saw,

Jabir b Abdillah r.a. menceritakan: Di ketika Perang Khandak Umar al Khattab menyumpah marah kaum kafir Quraish di ketika matahari sudah terbenam lalu berkata : Ya Rasulullah! Saya tidak sempat mendirikan solat Asar dan matahari sudahpun turu.  Nabi saw bersabda: Demi Allah! Aku juga beklum solat.  Dgn itu kami turun ke Buthan (perigi air) dan Nabi berwudhu' dan kami juga berwudhu' dan kemudian kami mendirikan solat Asar setelah matahari terbenam diikuti dgn solat Maghrib"
(riwyat Bukhari)

wallahua'lam
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2005 11:07 AM | Show all posts
Originally posted by fleurzsa at 27-12-2005 10:46 AM
Solat adalah satu perintah Islam yg mempunyai waktu2 yg tlh sedia diatur dan ditetapkan oleh Allah swt.

Firman Allah swt,

Kemudian apabila kamu telah selesai mengerjakan sembahyang, maka hend ...



...niat sholat bagaimana???...qada atau niat seperti biasa???...
Reply

Use magic Report

ponder This user has been deleted
Post time 27-12-2005 12:32 PM | Show all posts
Originally posted by blackmore at 27-12-2005 11:07 AM
...niat sholat bagaimana???...qada atau niat seperti biasa???...

Kalau disebabkan perkara-perkara yang disenaraikan oleh fluerzsa, dan solat selepas waktu, kenalah niat qada. Dah terlambat dari waktu, so bukanlah tunai.

Setahu saya, tak ada hadith yang menyuruh atau membenarkan solat qada bagi mereka yang sengaja melambatkan solat. Kalau solat lambat dari waktu, berdosa. Kalau tinggalkan terus, kafir.

Quran menjelaskan:

"maka kecelakaan besar bagi orang-orang Ahli Sembahyang;  (Iaitu) mereka yang berkeadaan lalai daripada menyempurnakan sembahyangnya" (Al Maa'uum 4-5)

Tafsir Ibnu Kathir ==>They are those people who pray and adhere to the prayer, yet they are mindless of it. This may either be referring to its act entirely, as Ibn `Abbas said, or it may be referring to performing it in its stipulated time that has been legislated Islamically. This means that the person prays it completely outside of its time.

Kemudian mereka digantikan oleh keturunan-keturunan yang mencuaikan sembahyang serta menurut hawa nafsu; maka mereka akan menghadapi azab (Maryam 59)

Tafsir Ibnu Kathir ==>"This means that they will not keep up with the proper times of the prayer, because if it meant complete abandonment of the prayer, this would be kafir."

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2005 01:23 PM | Show all posts
Originally posted by blackmore at 27-12-2005 11:07 AM
...niat sholat bagaimana???...qada atau niat seperti biasa???...


Contoh niat, lebih kurang.... "Ushalli fardhaz Zuhri arba'a rakaa'atin qadhaa-an lillaahi ta'aala, Allaahu akbar"

wallahua'lam
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-12-2005 01:31 PM | Show all posts
Sebab2 yg I kemukakan terdahulu diberi kemaafan oleh syari'at krn ia adalah bentuk keuzuran manusia yg diluar kemampuannya.

Akan tetapi kemaafan ini tidaklah diberikan kpd mereka yg sengaja lagi sedar bertujuan berbuat demikian.  Contohnya org yg sengaja tidur di akhir waktu solat padahal dia masih belum solat maka dia dipandang sbg berdosa besar krn sengaja mencari helah utk tidak solat.

Demikian juga hukum yg sama bg org yg sengaja menyebukkan dirinya dgn sesuatu yg sememangnya akan membawa kpd kelupaan seperti sengaja mengasyikkan diri dgn berforum, games dll di akhir waktu solat hingga tertinggal solatnya.  Selain wajib mengqadha solat, dituntut agar segera bertaubat dan memperbetulkan diri.

wallahua'lam
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2005 01:41 PM | Show all posts
Actually, Spt post en Ponder terdpt byk dalil ulama yg berpendapat bhw org yg dgn sengaja meninggalkan solat maka org itu akan mudah menjadi kafir.

Seterusnya org Islam yg meninggalkan solat dan enggan bertaubat dr kesalahannya dan tetap tidak mahu mengerjakan solat, maka pd umumnya wajib dibunuh.

wallahua'lam
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2005 05:29 PM | Show all posts
aduh...main complicated la isu nie.

jadi macamana.... mungkin ada antara kita sebelum ni memang dah perangai macam setan... sembahyang tu ambik mudah aje... (sekarang pun ramai cam tu lagi). jadi berbalik ke isu qadha ni, berdasarkan kepada feedback dari forumers semua, bolehkah jika kesimpulannya diringkas kan seperti berikut: -

1. Meninggalkan solat secara sengaja - hukumnya tak wajib diqadha...
2. Meninggalkan solat secara tak sengaja (tertidur/terlupa) - hukumnya wajib diqhada...

so cam mana nie... ada input lain tak...
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2005 05:38 PM | Show all posts

Reply #21 spana's post

I dah jawab dlm post di atas...

1. Meninggalkan solat secara sengaja

Selain wajib mengqadha solat, dituntut agar segera bertaubat dan memperbetulkan diri.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-2-2025 05:00 AM GMT+8 , Processed in 0.253455 second(s), 42 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list