CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: rizayati

ANEKA RESEPI NASI AYAM

[Copy link]
Post time 21-2-2006 02:41 PM | Show all posts
diana.. dia tang tapak kaki tu yg lemak berkrim.. hehe
tp nurul pun x mkn jugak..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-2-2006 03:33 PM | Show all posts


wahhhh ni peberet my hb ni....ni kalu dpt kat dia 2-3 kali tambah mau ni.....

tp den plak tak suka......nanti kalu rajin mmlm ni leh buat tuk my hb ni....
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2006 03:56 PM | Show all posts
anak sut cakap tangan ayam..dia suka sangat..
tapi sut tak makan..tolong masak boleh la..
speed..leh berkawan ler kita..hhehhehhhee
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2006 04:00 PM | Show all posts
Originally posted by nsutra at 21-2-2006 03:56 PM
anak sut cakap tangan ayam..dia suka sangat..
tapi sut tak makan..tolong masak boleh la..
speed..leh berkawan ler kita..hhehhehhhee


heheheh....geng....tukang masok buleh...tukang makan tidak sesekali...hahahha...

my biras panggil tu Sup Ceker.....
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2006 04:16 PM | Show all posts
biras org jowo ke speed?:cak:
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2006 04:19 PM | Show all posts
Originally posted by nsutra at 21-2-2006 03:56 PM
anak sut cakap tangan ayam..dia suka sangat..
tapi sut tak makan..tolong masak boleh la..
speed..leh berkawan ler kita..hhehhehhhee


sut, cam ne tu. anaknya makan, maknya tak makan. mana anak belajar makan.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-2-2006 04:25 PM | Show all posts
Originally posted by nurul_anati at 21-2-2006 04:16 PM
biras org jowo ke speed?:cak:


iyorlah tu....ceker ayam....
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2006 04:39 PM | Show all posts
Originally posted by DianaA at 21-2-2006 01:20 PM
Psstttt Teja, Kak D tak makan kaki ayam... itu lauk untuk bonda dan nenekda :cak:.... Kak D tak boleh tertelan kaki ayam... tapi kalau tengok kazen2 Kak D makan ishhhh... sedap ke kaki ayam nih ...


sukaaaa..tp kl wat sendiri rebus n tukar air byk kali (masa rebus tu bog asam keping,kulit kayu manis n buah pelaga)..bila takde bau baru wat sup or gulai..cm gulai nasik dagang
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-2-2006 04:43 PM | Show all posts
Originally posted by tunteja78 at 21-2-2006 04:39 PM


sukaaaa..tp kl wat sendiri rebus n tukar air byk kali (masa rebus tu bog asam keping,kulit kayu manis n buah pelaga)..bila takde bau baru wat sup or gulai..cm gulai nasik dagang


mak aiii byk kali nyer rebus2 tukar air....nak bagi ilang bau ker....abih lah ilang zat kaki tu...ekkekeke....

kat restoran thai...ada gak kerabu kaki ayam....hihihihi
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2006 03:43 PM | Show all posts
ni lak nasi ayam versi eon..

buat ari jumaat ari tu.. lunch seisi keluarga..



Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2006 11:17 AM | Show all posts
NASI AYAM HAILAM
Bahan-bahannya:

1 ekor ayam
2 camca halia (dititik)
2 camca teh garam
Sedikit minyak bijan
Air secukupnya
1 labu bawang putih (cencang)
2 ulas bawang merah (cencang)
440 gram beras (bersih dan tos)
1 helai daun pandan
2 camca besar minyak

Sos untuk ayam (dicampur)
1 camca teh gula
1 camca teh minyak bijan
2 camca besar kicap cair
200 mililiter air rebusan ayam

Sos untuk hidangan (dicampur)
100 gram halia (cencang)
50 gram bawang putih (cencang)
50 gram bawang merah (cencang)
200 gram lada merah (cencang)
5 biji limau kasturi (perah)
Sedikit gula dan garam
Sedikit sos tomato

Caranya:


Jerang air dalam jumlah yang boleh menenggelami ayam. Bubuh halia dan garam. Biarkan mendidih.


Perlahankan api dan masukkan ayam. Masak selama 45 minit. Angkat dan masukkan ayam ke dalam air sejuk selama 20 minit. Angkat dan tos.


Sapukan minyak bijan ke seluruh badan ayam. Ketepikan. Jika suka, lumur sedikit kicap dan digoreng hingga warnanya keemasan (bagaimanapun, ayam nasi hailam ini sebenarnya tidak perlu digoreng).


Panaskan minyak, tumis bawang putih dan bawang merah hingga kuning. Masukkan beras dan kacau rata.


Isi beras goreng tadi ke dalam periuk eletrik, tambah air rebusan dan daun pandan. Biarkan masak.


Potong ayam menjadi beberapa ketulan. Tuangkan sos ke atas ayam. Hidangkan bersama nasi dan sos.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2006 08:53 AM | Show all posts
Semalam buat nasi ayam....err tapi gambo nasi tak de....


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2006 10:00 AM | Show all posts
Originally posted by shidaaziz at 21-2-2006 04:19 PM


sut, cam ne tu. anaknya makan, maknya tak makan. mana anak belajar makan.

shida..kat umah sut...sut sorang jer tak mkn kaki ayam...yang lelain tu pantang jumpe..pasai tu anak sut terikut-ikut agaknya..hehhehehe...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-8-2006 11:20 AM | Show all posts
mmmmm sedapnya nampak nasi ayam2 kat sini...
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2006 08:21 PM | Show all posts

  nasik ayam nie mmg feberet kami sekeluarga lah...jap lagi pun nak masak nasik ayam nie...emmm tak sabar nak makan nie...

dulu2 suka ayam tu di goreng..sekarang dah semenjak health concious nie  kena la bakar lak...tapi dua2 still sedappp gitu.....
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2006 08:43 PM | Show all posts
huh kaki ayam leh mkn ke?????? :

hish min trauma bab2 kaki ayam nie. ngerii jek.

pk kene cakar kat muke. huhuhu. ckp pasal kaki ayam nie jek dah berdiri bulu roma.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-8-2006 08:55 PM | Show all posts
Originally posted by minidictionary at 24-8-2006 08:43 PM
huh kaki ayam leh mkn ke?????? :




hihi...my mom hantu kaki ayam nie...me, geeelllliiii.... mintak mahap sume...masing2 punyer selera kan..
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2006 07:40 PM | Show all posts

Nasi Ayam



Hari nie buat nasi ayam ... ikut resepi kak HaniLieza... menjadi.... Maklumlah first time masak nasi ayam... sedap jugak rasanya..

Cuma Laily ubah tang sos cili nya tu...

:tq: TQ Kak Liza... resepi semua best2... cuma buat Chilled Blueberry Cheesecake tak menjadi.... tak keras2 dalam peti...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2007 05:09 PM | Show all posts

nasi ayam hainan

nak tanya la..resepi nasi ayam hainan ade kt mana?
kt kompilasi nasi xde la jumpe..dh try search pun xde..sape2 bole x bgkan link ataupun resepinya..tenkiuu!!

Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2007 12:37 AM | Show all posts
Originally posted by renot at 16/2/07 05:09 PM
nak tanya la..resepi nasi ayam hainan ade kt mana?
kt kompilasi nasi xde la jumpe..dh try search pun xde..sape2 bole x bgkan link ataupun resepinya..tenkiuu!!



dik...akak ada jumpa resepi ni dlm one of my cookbooks...tp akak sendiri belum cuba lagi...renot cubalah ya...moga2 dpt menepati citarasa renot...

Sumber: Periplus Mini Cookbooks
Chef: Chef Rohani Jelani
Hidangan utk 4 org

NASI AYAM PANGGANG HAINAN

Ayam Panggang
1 ekor ayam (1 1/2 kg; 3lb)
4 cm (1 1/2 in) halia
1 cb kicap cair
2 ct madu
1 ct garam
1/2 ct serbuk lada sulah
1/2 ct panca rempah --> benda ni jgn tanya akak...akak sendiri tak tau

Nasi
400 g (2 cwn) beras panjang
1 1/2 cb minyak
5 hiris halia
4 ulas bwg putih, cincang halus
1/2 ct garam
1 helai daun pandan, disimpul

Sup
1 ltr (4 cwn) air rebusan ayam
150 g (2 cwn) kubis cina
Garam & lada sulah

Cara-caranya

1. Sediakan 1 liter air rebusan ayam. Ketepikan 600 ml (2 1/3 cwn) utk memasak nasi - baki utk sup. Ketepikan kedua-dua.

2. Untuk memanggang ayam, basuh ayam, lap kering dgn tuala kertas.

3. Kisar halia utk mendapatkan airnya. Buang hampasnya. Campur air halia bersama kicap, madu, garam, lada sulah dan panca rempah di dlm mangkuk kecil. Lumur bahan perap ini pd ayam (di dlm & di luar) dan ketepikan 20-30 mnit. Panaskan ketuhar pada 200C (400F).

4. Letak ayam di atas bekas pemanggang dan panggang 40-60 min (mengikut besar ayam). Selepas 20 min. , kurangkan suhu pd. 170C (340F). Panggang sehingga garing & perang. Ayam sudah masak jika air jernih keluar apabila dicucuk pada paha ayam. Keluarkan ayam dan ketepikan 15 minit sebelum dipotong kecil.

5. Ketika ayam dipangang, masak nasi. Basuh beras. Sejat di dlm penapis.

6. Panaskan minyak di dlm periuk nasi elektrik / periuk yg tebal. Tumis halia & bwg putih hingga kekuningan. Masukkan beras dan kacau 3-4 minit hingga bersalut rata dgn minyak. Masukkan garam, daun pandan dan 550-600 ml air rebusan ayam (mengikut kesukaan anda, kering / berminyak).

7. Masak nasi tanpa penutup hingga semua air kering, lebih kurang 15 min, tutup periuk dan masak di atas api kecil 20 minit lagi, tanpa dikacau. Gembur nasi dgn garpu dan angkat. Atau masak di dlm periuk nasi elektrik.

8. Ketika nasi dimasak, sediakan sup. Basuh sayur dan hiris kubis cina 2 cm panjang. Panaskan semula semua baki air rebusan dan masukkan sayur. Agar sayur rangup, masak 2-3 min. Masukkan garam dan lada sulah secukup rasa. Hidang panas bersama nasi dan ayam.

9. Atur timun di atas pinggan hidangan dan susun kepingan ayam. Hias dgn daun bawang & daun ketumbar. Renjis air panggang (jika ada) pada ayam. Hidang bersama sup dan sos cili nasi ayam.

Sos Cili Nasi Ayam

4 biji cili merah, dicincang
2 ulas bwg putih, dicincang
3 cm (1 1/4 in) halia muda, dicincang
1 1/2 cb perahan limau kasturi
1 cb gula
1/2 ct garam
5 cb air rebusan ayam / air

--> Tumbuk atau kisar semua bahan. Sesuaikan rasa dan hidangkan bersama nasi ayam.

Air Rebusan Ayam

1 ekor / 500 g tulang ayam
4 hiris halia
10 biji lada hitam
2 liter (8 cwn) air

1. Basuh bersih tulang ayam, buang darah beku dan lemak.
2. Masukkan di dlm periuk besar bersama halia, lada hitam dan air. Biarkan mendidih, buang semua buih yg timbul ketika memasak.
3. Reneh di atas api kecil selama sejam hingga tinggal 1 liter (4 cwn).
4. Tapis dan buangkan tulang.
5. Sedia utk digunakan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 06:32 PM GMT+8 , Processed in 0.151940 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list