|
Menderma Organ & Darah ( merged: medangtamang)
[Copy link]
|
f@uzi This user has been deleted
|
Originally posted by Kerengge at 25-3-2007 09:37 AM
haku tak taw ler mcm maner.........mcm2 pendapat ttg nih......tak taw yg maner nak ikut..........
:setuju: |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #6 Kerengge's post
amikla decision majlis fatwa yg latest. |
|
|
|
|
|
|
f@uzi This user has been deleted
|
Originally posted by sitilina at 25-3-2007 04:34 PM
amikla decision majlis fatwa yg latest.
apa kata meka... |
|
|
|
|
|
|
|
secebis kisah....
KATA SAYA: Keluarga patut sokong wasiat derma organ
Oleh Norhayati Md Said
KETIKA ditemui Khamis lalu, seorang ibu muda yang berusia 30 tahun berkata: 揔alau nyawa tidak panjang, saya berpesan pada suami, ambillah organ saya yang masih elok, dermakan kepada mereka yang memerlukan. |
|
|
|
|
|
|
|
Islam benar guna darah tali pusat
Islam benar guna darah tali pusatMUKADIMAH
KEPESATAN Kemajuan sains perubatan telah mewujudkan pelbagai teknologi bagi mengubati pelbagai penyakit khususnya yang kritikal.
Penemuan terkini ialah penggunaan sel stem atau lebih dikenali sebagai sel induk atau tunjang bagi merawat penyakit berkaitan darah seperti leukemia serta talasemia.
Secara umumnya terdapat dua punca sel stem iaitu daripada tulang sum-sum dan terbaru daripada tali pusat bayi baru lahir.
Ekoran itu, kini berlaku perkembangan industri menyimpan darah tali pusat bayi yang dikatakan kaya dengan kandungan sel stem dalam satu bank khas dan Malaysia antara negara terlibat.
Persoalannya adakah industri menyimpan darah tali pusat bayi merupakan satu perniagaan yang beretika dan bagaimana pula dengan keperluan undang-undang bagi memastikan industri itu tidak disalahgunakan.
Kemungkinan juga golongan ibu bapa tidak mendapat maklumat yang tepat dan akhirnya mereka mudah terpedaya dengan ejen pemasaran syarikat terbabit.
Bagi mendapatkan gambaran yang lebih jelas wartawan Utusan Malaysia, SAIFULIZAM MOHAMAD dan HANIZA HASSAN telah menemubual beberapa pihak untuk mengupas beberapa persoalan yang timbul.
KUALA LUMPUR 13 Ogos |
|
|
|
|
|
|
|
Sel stem boleh bentuk pelbagai jenis sel
KUALA LUMPUR 13 Ogos |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #2 Syd's post
kejadian Allah semenya ada guna..
cuma pihak k'jaan kene controlla sbb biasanya ada je pihak yg nak amik kesempatan |
|
|
|
|
|
|
|
Wujudkan undang-undang kawal bank sel stem
Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD dan HANIZA HASSAN
KUALA LUMPUR 12 Ogos |
|
|
|
|
|
|
|
Stem Life bidas laporan akhbar tentang sel stem
16-08-2007 04:39:54 PM
Oleh SALHAN K. AHMAD
PETALING JAYA: Pelopor industri bank darah tali pusat negara, Stem Life Bhd tidak pernah membuat dakwaan bahawa kaedah rawatan itu boleh menyembuhkan penyakit palsi serebral dan sindrom down.
Pengarah operasinya Zahrein Redza berkata tidak ada pihak yang sepatutnya membuat dakwaan sedemikian kerana belum ada apa-apa kajian yang telah terbukti dapat merawat kedua-dua penyakit berkenaan.
"Memang tidak boleh buat dakwaan sebegitu kerana memang tidak ada kajian seperti itu yang sudah diterbitkan," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi semalam.
Katanya lagi, beliau tidak mengetahui siapakah 'kumpulan doktor' yang dirujuk dalam laporan sebuah akhbar berbahasa Malaysia semalam.
Laporan yang memetik kenyataan seorang pakar perunding Hospital Pakar Damansara itu mendakwa 'kumpulan doktor' berkenaan telah membuat kenyataan bahawa sel stem yang diperolehi daripada darah tali pusat bayi boleh mengubati kedua-dua penyakit itu.
Dr. Musa Mohd. Nordin dipetik di dalam laporan berkenaan sebagai berkata, beliau tidak menolak kemungkinan bahawa dakwaan yang menyebut sel stem boleh mengubati penyakit tersebut dibuat untuk menarik lebih ramai pengguna.
"Siapa yang buat kenyataan itu saya tak tahulah dari mana dia dapat maklumat," kata Zahrein.
Beliau bagaimanapun turut mengalu-alukan syor supaya satu akta khusus digubal untuk mengawal industri yang semakin berkembang itu.
Jelasnya, buat masa ini syarikat Stem Life telah beroperasi sejak 2001 dibawah Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998.
"Di bawah akta tersebut ada peruntukan untuk bank-bank darah. Tetapi saya tidak tahulah sama ada bank darah tali pusat pun termasuk dalam kategori itu juga," jelasnya lagi.
Dalam laporan eksklusif yang disiarkan mStar Online akhir tahun lalu, Zahrein telah menjelaskan bahawa ketiadaan akta khusus untuk mengawal selia operasi bank darah tali pusat ini telah menimbulkan rasa was-was di kalangan pengguna.
Beliau turut memberitahu, kaedah yang digunakan syarikat itu diluluskan oleh agensi antarabangsa seperti US Food and Drug Administration (FDA), America Association of Blood Bank dan Foundation of American Cellular Therapy yang memastikan penyedia perkhidmatan klinikal mematuhi undang-undang yang ditetapkan.
"Tapi di Malaysia belum ada standard dan undang-undang yang diwajibkan," tambahnya lagi.
Katanya lagi, fatwa mengenai kaedah rawatan menggunakan sel stem sudahpun jelas menggariskan keharusan menggunakan sel stem bagi perubatan dan kajian. |
|
|
|
|
|
|
|
Pantau bank sel stem
Pendapat
SAYA sedang menjalankan penyelidikan di peringkat PhD mengenai sel stem di sebuah universiti tempatan dari aspek undang-undang, etika dan hukum syarak.
Beberapa tahun lepas, apabila saya bercakap mengenai sel stem, kebanyakan orang akan bertanya semula kepada saya tentang apakah itu sel stem? Tetapi baru-baru ini teknologi ini semakin berkembang dan mendapat perhatian di kalangan masyarakat baru-baru ini.
Saya bersetuju dengan pendapat Presiden Persatuan Perubatan Islam Malaysia (PPIM), Prof. Dr. Abdul Latiff Mohamad bahawa sekiranya industri ini dibiarkan tanpa kawalan undang-undang, ia boleh mendatangkan musibah kepada manusia.
Seorang doktor pakar pula meminta kerajaan mewujudkan satu akta baru untuk mengawal aktiviti berkaitan pengumpulan sel stem manusia bagi mengelakkan berlaku eksploitasi ke atas bayi-bayi yang baru lahir di negara ini.
Dengan berkembangnya bisnes insurans biologi di negara ini dalam bentuk penubuhan bank-bank sel stem, gejala itu boleh menjadi tidak terkawal kerana ketiadaan peruntukan undang-undang seumpama itu di Malaysia.
Sehingga kini, masih belum terdapat sebarang undang-undang mengenai sel stem ini sedangkan dalam masa yang sama, beberapa syarikat yang menjalankan perniagaan 憁enabung |
|
|
|
|
|
|
|
Simpanan sel tali pusat untuk penyakit masa depan
DR. SWEE KIM menunjukkan bekas berteknologi tinggi yang digunakan untuk menyimpan sel tunjang (stem) secara sejuk beku di pada suhu yang sangat sejuk, iaitu -196 darjah Celsius.
KEBIASAANNYA ibu bapa akan membuka akaun simpanan di bank atau membeli skim insurans untuk kegunaan masa depan anak mereka.
Bagaimanapun, tradisi tersebut mungkin berbeza bagi sebilangan ibu bapa yang memikirkan kehidupan anak mereka kelak.
Mereka kini menggunakan bank dalam bentuk berlainan pula sebagai cara baru demi masa depan anak-anak mereka.
Simpanan yang dimaksudkan itu adalah bank perubatan untuk menyimpan sel stem atau sel tunjang daripada tali pusat bayi dengan harapan ia mampu merawat kemungkinan sebarang penyakit-penting serius yang dialami oleh anak mereka satu hari nanti.
Darah tali pusat ialah darah yang dikumpulkan daripada tali pusat dan plasenta atau uri selepas bayi dilahirkan.
Darah ini kaya dengan sel tunjang, iaitu sel khusus tubuh, unsur darah, saraf dan sel otot.
Sel tunjang telah digunakan sebagai terapi bagi lebih daripada 70 jenis penyakit termasuklah kanser, leukemia, parkinson, alzheimer dan sebagainya.
Menerusi perkhidmatan yang disediakan oleh CellSafe International (CSI) Sdn. Bhd., ibu bapa berpeluang membeli polisi insurans yang berteknologi tinggi untuk anak-anak mereka.
Menurut Dr Gong Swee Kim dari CSI, dengan menyimpan sel tersebut, ibu bapa melakukan pelaburan demi memastikan lebih banyak pilihan perubatan.
揂ndainya bayi-bayi mereka mempunyai penyakit leukemia atau barah pada masa hadapan, anda akan mempunyai sel stem yang sedia digunakan untuk rawatan,拻 katanya.
Sel tunjang merupakan sel utama, yang mana mampu berkembang menjadi sel gantian dan para penyelidik percaya ia mampu merawat penyakit dan boleh digunakan untuk memulihkan organ-organ badan yang rosak.
Terdapat dua punca utama untuk sel tunjang iaitu sel tunjang dewasa dan embrionik.
揝el tunjang dewasa boleh diperoleh daripada janin yang gugur, darah tali pusat, sumsum tulang, darah dan otak.
揝el-sel ini kurang mampu bertukar menjadi sel-sel khas berbanding dengan sel stem embrionik. Bilangannya agak kurang dan ada kalanya sukar untuk diperoleh (contohnya daripada bahagian otak dan retina mata).
Sel stem embrionik pula diperoleh daripada embrio yang terbentuk akibat persenyawaan luar tubuh (in-vitro fertilisation) ataupun melalui teknologi pengklonan (pemindahan nuklear sel somatik).
Dalam pada itu, terdapat suatu perbahasan moral dan etika yang hangat dan berterusan tentang penggunaan embrio untuk penyelidikan.
Tambahnya, darah tali pusat merupakan punca yang agak baik untuk mendapat sel tunjang hemopoietik (HSC).
Kira-kira 100 milimeter boleh membina balik sistem hemopoietik dalam pesakit-pesakit yang kecil; biasanya kanak-kanak.
揝el ini boleh ditemui daripada tali pusat sebaik sahaja ia dipotong dalam prosedur yang memakan masa hanya lima minit serta tidak mendatangkan bahaya ke atas kedua-dua ibu dan bayi.
揝el itu kemudiannya berpotensi digunakan untuk memulihkan kerosakan pada organ atau tisu, walaupun kanak-kanak itu sudah membesar sebagai seorang dewasa, para doktor percaya tidak akan menyebabkan kesan penolakan dan ia juga dapat digunakan untuk menggunakan sel tersebut untuk merawat adik-beradik dalam keluarga tersebut,拻 ujarnya.
Siew Kim memberitahu, sel tunjang disimpan secara sejuk beku di dalam bekas berteknologi tinggi pada suhu yang sangat sejuk, iaitu -196 darjah Celsius.
揚enyimpanan sel tunjang daripada darah tali pusat dapat menyelamatkan bayi anda, dan sel tunjangnya boleh diambil kemudiannya apabila diperlukan untuk rawatan teraputik pada masa kini dan juga masa hadapan,拻 katanya.
Selain itu, saudara kandung bayi tersebut juga berkemungkinan dapat berkongsi menggunakan sel tunjang sesama sendiri.
揑ni ialah satu insurans hayat yang berkesan dari segi kos dalam menghadapi penyakit yang tidak dijangka pada seseorang kanak-kanak,拻 jelasnya.
Misalnya, sel tunjang darah tali pusat boleh digunakan untuk menggantikan sel darah yang luar biasa atau yang rosak dalam rawatan leukimia, sebagai alternatif kepada pemindahan sumsum tulang.
Tambah Swee Kim, dalam pemindahan sel tunjang, sel tunjang yang telah digunakan ini boleh dipadankan secara genetik dan dengan demikian, dapat mengelakkan risiko wujudnya penolakan semasa pemindahan.
Katanya, proses pengumpulan darah tali pusat tidak menyakitkan dan tidak juga berisiko kepada bayi ataupun ibunya kerana ia dilakukan hanya pada tali pusat setelah bayi dilahirkan.
Swee Kim berkata, aplikasi masa hadapan dalam teknologi sel tunjang mungkin berkembang positif.
揚enyelidik masih lagi menjalankan penyelidikan tentang sel tunjang bagi mendapatkan jawapan kepada pelbagai bentuk kanser, penyakit jantung, strok, diabetes, distrofi otot, penyakit parkinson dan alzheimer.
揔ini penyelidikan tentang sel tunjang semakin giat dijalankan dan telah terbukti bahawa sel tunjang boleh berkembang menjadi sel paru-paru, hati, otot, saraf, pankreas dan rawan,拻 ujarnya.
Dalam jangka masa terdekat ini, pertumbuhan organ daripada sel tunjang mungkin dapat dilakukan.
Oleh itu, teknologi sel tunjang menawarkan kemungkinan yang tiada penghujungnya dalam jagaan kesihatan.
INFO CSI
* CellSafe International (CSI) ialah pakar perkhidmatan biotek berteknologi tinggi yang menyediakan pengawetan kriogenik sel tunjang darah tali pusat yang tidak menimbulkan kontroversi bagi bayi anda yang baru lahir.
* CSI terlibat secara aktif dalam aktiviti yang mendidik bakal ibu bapa tentang kebaikan mneyimpan sel tunjng bayi baru lahir.
* CSI diuruskan oleh sepasukan tenaga profesional yang diketuai oleh doktor perubatan (pakar darah) dan Ahli Sains Penyelidikan Pasca Doktor Falsafah (Imperial College London).
* CSI dibiayai sepenuhnya oleh kumpulan pelabur tempatan dan antarabangsa dan sedang merancang untuk meluaskan aktivitinya ke nagara China dan ASEAN termasuk Indonesia dalam masa terdekat ini.
* CSI dipantau oleh sebuah panel penasihat yang terdiri daripada ahli sains dan pakar perbuatan yang terkenal di peringkat antarabangsa.
Perkhidmatan CSI
* Semua kakitangan makmalnya adalah berkelayakan dan terlatih secara profesional sebagai ahli teknologi makmal perubatan.
* Menggunakan kelengkapan dan teknologi terkini untuk memastikan bahwa kami dapat mengekalkan khidmat perbankan darah tali pusat yang berkualiti tinggi.
* Menawarkan lebih banyak pilihan produk yang hebat daripada pembekal lain termasuklah pilihan untuk menyimpan sel tunjang dalam pelbagai format.
* Dengan makmal seluas 2000 kaki persegi, CSI menyediakan bilik yang telah disahkan bersih untuk pemprosesan dan satu kawasan simpanan yang cukup lapang.
* Di Kuala Lumpur, CSI terletak di Northpoint Mid Valley City, Lingkaran Syed Putra, Kuala Lumpur. Anda juga boleh menghubungi talian 03-22820890 atau talian pelanggan 24 jam; 1300-88-2355 atau melayari laman web CSI; www.cellsafegroup.com.
Kebaikan transplantasi darah tali pusat berbanding dengan transplantasi sumsum tulang atau transplantasi darah periferal termasuk:
* Si penderma tidak perlu memasuki hospital untuk menjalani prosedur pendermaan. Pergerakan sel stem memerlukan ubat, misalnya cyclophosphamide dan G-CSF (untuk penderma darah periferal) dan ubat bius untuk penderma sumsum tulang.
* Darah tali pusat mempunyai risiko yang lebih rendah untuk menyebabkan penyakit graft vs host berbanding dengan transplantasi sumsum tulang dan darah tepi.
Kutipan darah tali pusat juga disyorkan dalam situasi-situasi yang tertentu, misalnya:
* Seorang anak yang menghidap leukemia, supaya adanya bekalan sel stem sekiranya penyakitnya berulang dan dia memerlukan transplantasi.
* Seorang anak yang memerlukan transplantasi sel stem tetapi penderma yang sesuai tidak ditemui. |
|
|
|
|
|
|
|
rasanyer si alex yoong guna pakai teknologi ni utk anak dia tu..., berfikiran jauh dia... simpan terus sel stem anak dia... |
|
|
|
|
|
|
|
Muslim boleh derma organ untuk bukan Islam
Oleh SITI AINIZA KAMSARI
KUALA LUMPUR 1 Okt. |
|
|
|
|
|
|
|
Masalah kefahaman derma organ kalangan Melayu
Rencana Pengarang
JANTUNG amat mustahak bagi manusia dan haiwan. Apabila degupan jantung terhenti bermakna kehidupan sudah sampai ke penghujung.
Sehubungan itu tidak ada siapa pun di dunia mahu perkara ini berlaku, lebih-lebih lagi dalam usia yang muda. Kita tidak boleh bayangkan perasaan antara hidup dan mati yang bersarang di dada Tee Hui Yee sejak setahun lalu.
Penantian selama setahun untuk mendapatkan jantung baru belum kesampaian. Semua rakyat negara ini sudah maklum dengan kisah penderitaan penerima jantung mekanikal ini.
Bukan mudah untuk mendapat seseorang yang mengambil tindakan berani dengan mendermakan organ jantungnya kepada gadis ini.
Apatah lagi Malaysia serta banyak negara lain tidak membenarkan pendermaan organ orang yang masih hidup, sebaliknya lebih tertumpu kepada penderma yang hampir meninggal dunia.
Sebenarnya bukan Hui Yee seorang yang menunggu ajal tetapi kira-kira 9,000 orang pesakit buah pinggang masih mengharapkan organ baru daripada penderma yang sesuai.
Kita turut sedih dan bersimpati kepada mereka yang bernasib malang ini dan berkemungkinan menutup mata lebih awal daripada sepatutnya.
Masyarakat berbilang kaum dan agama negara ini sekali lagi dituntut untuk berkorban demi memastikan insan yang layak untuk terus hidup tidak dibiarkan menderita.
Pada hakikatnya, pendermaan organ tidak ditegah oleh agama, jadi soal tidak sanggup menderma atau enggan mewasiatkan organ yang diperlukan oleh mereka yang masih punya sisa-sisa hidup tidak sepatutnya timbul.
Soal penderma yang mahu penerima organnya hanya insan seagama dengannya adalah hak masing-masing tetapi sikap demikian juga menutup peluang orang bukan seagama untuk terus hidup.
Masalah utama penderma dan penerima organ di negara kita ialah kekeliruan mengenai status agama dan kaum penderma dan penerima. Golongan ulama mesti tampil menjelaskan kekeliruan ini.
Umat Islam juga perlu diberi kesedaran betapa besarnya pahala jika mereka menderma organ demi memberi kehidupan kepada insan lain yang memerlukannya.
Hukum agama Islam pun ada menyebut, apabila seseorang meninggal dunia, roh akan pergi meninggalkan jasad. Tiada lagi perasaan takut atau disakiti.
Daripada jasad itu ditanam dan menjadi busuk serta tidak berguna lagi, lebih besar pahalanya jika organ tertentu seperti kornea mata, buah pinggang dan jantung didermakan kepada ribuan pesakit yang sedang menunggu.
Jika berdasarkan kepada 99,000 rakyat negara ini yang mendaftar sebagai penderma organ sehingga September 2006, kaum Cina merupakan golongan paling tinggi iaitu sebanyak 62,233 orang, diikuti India (23,172), Melayu (10,620) dan lain-lain (2,975). Kita renungkanlah apa yang patut dilakukan. |
|
|
|
|
|
|
|
Pemimpin, ulama wajar jadi contoh penderma organ
SAYA merujuk kepada paparan muka hadapan Utusan Malaysia bertarikh 2 Oktober 2007 yang bertajuk Mencari jantung untuk Hui Yee. Saya tertarik untuk meluahkan buah fikiran saya mengenai fenomena pendermaan organ selepas kematian di Malaysia pada masa kini.
Sebagai salah seorang penderma organ, saya merasakan bahawa sudah tiba masanya untuk kita bangkit dari tidur dan bertindak menjadi salah seorang penderma organ.
Pendermaan organ selepas kematian di Malaysia masih boleh dikategorikan pada tahap yang rendah. Lebih 50 peratus daripada rakyat Malaysia masih belum bersedia untuk menjadi penderma organ. Kenapa dan mengapa hal ini boleh berlaku? Tepuk dada, tanya diri sendiri. Sudahkah anda mendaftar sebagai penderma organ?
Pada pendapat saya, perkara ini boleh diselesaikan jika disokong oleh pemimpin kita sendiri. Saya merasakan para pemimpin kita perlu dengan sukarela menjadi salah seorang penderma organ.
Mereka merupakan golongan berpelajaran dan sudah pasti mereka tahu bahawa pendermaan organ selepas kematian itu suatu usaha yang murni. Namun, kenapa mereka masih belum mendaftar?
Jika mereka mendaftar, saya pasti dan yakin bahawa akan ramai lagi yang ingin menjadi penderma organ di Malaysia ini.
Selain itu, kenapa tidak boleh untuk kita merangka suatu undang-undang bagi menyatakan bahawa organ seperti buah pinggang merupakan hak milik kerajaan seperti yang dilakukan di Singapura.
Menyeksakan
Hal ini membolehkan sebahagian besar pesakit buah pinggang meletakkan titik noktah bagi rawatan dialisis yang begitu menyeksakan serta membebankan.
Tambahan pula, sebahagian besar kos rawatan dialisis ditanggung oleh kerajaan. Hal ini sangat merugikan dari satu sudut namun dapat diatasi jika kesemua rakyat Malaysia menjadi penderma organ. Betul bukan?
Saya juga merasakan bahawa sudah tiba masanya kerajaan Malaysia menetapkan bahawa semua rakyat Malaysia yang lahir ke dunia adalah penderma organ. Jika ada yang tidak bersetuju, mereka boleh mengisi borang untuk menolak bagi menjadi penderma organ setelah mereka meningkat dewasa.
Hal ini bukan suatu paksaan tetapi sebagai salah satu usaha bagi menggalakkan ramai lagi rakyat Malaysia untuk menderma organ. Usaha ini telah dilaksanakan di negara jiran kita iaitu Singapura.
Seperkara lagi yang ingin saya tambah adalah mengenai taburan penderma organ selepas kematian di Malaysia.
Jika kita perhatikan kaum bukan bumiputera merupakan golongan majoriti bagi penderma organ di Malaysia. Di manakah bumiputera yang merupakan kaum majoriti terbesar dan terbanyak di Malaysia?
Realitinya, kaum bukan bumiputera yang sering kita lihat begitu bersemangat menyertai apabila terdapatnya kerja-kerja sukarelawan seperti program menderma darah, kempen pendermaan organ dan sebagainya.
Jika kita lihat dari sudut agama Islam pula, kita amat digalakkan untuk menderma organ kita selepas kematian. Baca dan kajilah ayat ke-272 Surah Al-Baqarah khususnya serta al-Quran secara keseluruhannya.
Oleh itu, saya seru juga kepada ulama, mufti dan ahli agama agar dapat menjadi salah seorang daripada penderma organ selepas kematian agar timbul keinginan untuk menderma organ di kalangan lebih ramai umat Islam.
Ingat, jangan fikirkan apa yang kita boleh terima daripada orang, tetapi fikirkanlah apa yang kita boleh berikan kepada orang.
Akhir kata, pendermaan organ selepas kematian di Malaysia; siapa lagi kalau bukan kita?
|
|
|
|
|
|
|
|
Diharuskan: Derma organ tidak bercanggah dengan ajaran Islam
PUTRAJAYA 5 Okt. - Umat Islam tidak harus ragu-ragu untuk menderma organ bagi membantu golongan yang malang kerana ia tidak bercanggah dengan ajaran Islam dan adalah diharuskan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Abdullah Md Zin.
Beliau berkata, sejak lebih 30 tahun lalu, Majlis Fatwa Kebangsaan telah menetapkan garis panduan yang mengharuskan pendermaan organ dilakukan dengan mengambil kira empat pertimbangan:
* Dalam keadaan mendesak bahawa nyawa penerimanya bergantung kepada pemindahan anggota itu dan pemindahannya difikirkan berjaya;
* Dalam keadaan pemindahan jantung, penderma telah disahkan meninggal dunia;
* Tidak ada unsur perdagangan atau jual beli bagi organ itu;
* Kebenaran diperoleh daripada penderma sebelum pemindahan sebarang organ dalam kematian biasa, atau daripada anggota keluarga, jika kematian secara mendadak seperti kemalangan.
揔ita telah memfatwakan pemindahan jantung dan organ lain termasuk mata dalam muzakarah jawatankuasa fatwa pada 1 dan 2 Oktober 1970 dan telah dibincangkan lagi pada tahun 1973, |
|
|
|
|
|
|
|
Akta pertama derma organ
JENNIFER Sutton melihat jantungnya di Wellcome Collection抯 Heart Exhibition, London. Beliau yang menjalani pemindahan jantung pada 4 Jun 2007 lalu di Papworth Hospital Cambridge menyerahkan jantung lamanya kepada Wellcome Collection untuk meningkatkan kesedaran orang ramai tentang pentingnya menderma organ. |
|
|
|
|
|
|
|
Peranan NTRC jayakan pendermaan organ
KEJAYAAN dalam menggerakkan kesedaran tentang keperluan menderma organ serta mempertajamkan kefahaman mengenainya di kalangan rakyat di negara ini banyak disumbang oleh kewujudan Pusat Sumber Transplan Kebangsaan (NTRC).
Sejak penubuhannya pada 1 November 1997, bukan sedikit usaha, kempen dan program dibuat oleh pusat berkenaan demi memenuhi matlamatnya.
Laman web NTRC beralamat www.hkl.gov.my/content/ntrc.htm menyebut fungsi utama pusat ialah mengumpulkan serta menjalankan pendaftaran pengikrar (pledgers) atau bakal penderma organ dan tisu daripada masyarakat seluruh negara.
Ia turut berfungsi sebagai sebuah pusat maklumat berterusan kepada masyarakat dalam menyalurkan informasi dan pengetahuan berkenaan dengan pendermaan organ dan tisu serta transplantasi. NTRC juga berfungsi melaksanakan dan memastikan program kesedaran pendermaan organ dan tisu berjalan lancar di seluruh negara.
Selain itu ia melaksanakan proses pendaftaran para pengikrar atau bakal penderma organ dan tisu ke dalam sistem pangkalan data untuk tujuan rekod dan rujukan.
Ia seterusnya menyebut NTRC berfungsi menjalinkan hubungan serta bekerjasama dengan badan-badan kerajaan dan badan-badan bukan kerajaan (NGO) serta media massa dalam mempromosikan dan menyebarkan maklumat yang betul berkenaan dengan pendermaan organ dan tisu serta transplantasi.
NTRC juga memberikan penerangan menerusi kempen-kempen dan ceramah-ceramah kepada masyarakat berkenaan dengan isu pendermaan organ dan tisu serta transplantasi, tambah laman web berkenaan.
Lebih daripada itu, fungsinya ialah mengekal dan memastikan rekod-rekod bakal-bakal penderma dalam pangkalan data sentiasa dikemas kini.
Pada akhirnya, matlamat NTRC ialah untuk mencapai kejayaan dalam program transplantasi dan pendermaan organ di Malaysia dengan meningkatkan kesedaran di kalangan masyarakat dalam isu pendermaan organ.
Sementara itu, mungkin ada bertanya, apabila kita terlintas niat di hati untuk menjadi penderma, apakah langkah seterusnya?
Sudah tentu perkara pertama ialah membuat pendaftaran. Dengan mendaftarkan diri kepada Daftar Penderma Organ Nasional, anda akan membenarkan organ dan tisu digunakan bagi tujuan transplan, selepas meninggal dunia.
Ini akan mengubahkan kehidupan beberapa orang yang mengalami kegagalan organ supaya menjadi lebih selesa dan sempurna serta dapat menyelamatkan nyawa mereka daripada maut.
Dalam pada itu, kita sedar bahawa isu pendermaan organ dan tisu merupakan hal yang menimbulkan banyak persoalan.
Berikut adalah penjelasan kepada beberapa persoalan yang sentiasa ditimbulkan.
* Siapa layak menjadi penderma?
Sesiapa sahaja, tua atau muda boleh mendaftar sebagai penderma organ dan tisu. Bagaimanapun mereka yang berusia kurang daripada 18 tahun perlu mendapatkan kebenaran ibu bapa atau penjaga terlebih dahulu.
* Apakah itu pendermaan organ?
Ia adalah proses mendermakan bahagian tubuh badan seseorang untuk tujuan transplan selepas meninggal dunia. Pemindahan organ ialah pembedahan yang melibatkan penukaran organ atau tisu yang mengalami kegagalan fungsi dengan organ atau tisu yang berfungsi dengan lebih memuaskan daripada seseorang penderma yang telah meninggal dunia.
Apakah organ dan tisu yang boleh didermakan?
Pada umumnya organ-organ yang boleh didermakan adalah buah pinggang, jantung, hati (hepar), paru-paru dan pankreas.
Tisu-tisu yang boleh didermakan pula mata, tulang, kulit dan injap jantung.
* Bilakah organ dan tisu si penderma itu diperoleh?
Proses perolehan organ dan tisu daripada tubuh seseorang penderma itu hanya akan dilakukan apabila kematiannya telah disahkan oleh dua orang doktor yang bertauliah. Doktor-doktor yang terlibat dengan pengesahan kematian seseorang penderma itu adalah bebas dan tiada kaitan dengan pemindahan organ dan tisu.
* Bagaimana organ pendermaan itu dipindahkan?
Proses pemindahan organ dan tisu membabitkan pembedahan yang benar-benar bersih. Ia dijalankan di dewan bedah hospital oleh pakar bedah yang berpengalaman. Perolehan organ serta tisu seseorang pendermaan ini tidak akan mengalami apa-apa kecacatan fizikal. Segala proses pembedahan pemindahan ini dijalankan penuh hormat dan tertib.
* Bagaimana jika seseorang itu berubah fikiran kemudiannya?
Boleh dan berhak membatalkan hasrat tersebut pada bila-bila masa. Tiada sesiapa dipaksa untuk menderma organ dan tisunya selepas kematian. Sekiranya anda menukar fikiran untuk tidak menderma organ dan tisu, anda hanya perlu memberitahu keluarga anda mengenainya dan memulangkan kad penderma organ anda kepada NTRC.
Bagaimana prosedur kepada yang berhajat menjadi penderma?
Anda perlu mengisi borang akuan penderma dan kad penderma. Borang yang telah dilengkapkan perlu dihantar kepada NTRC, sementara kad penderma hendaklah disimpan dalam dompet dan dibawa bersama anda pada setiap masa.
NTRC terletak di lobi bangunan Hopsital Kuala Lumpur (HKL) dan mempunyai tiga cawangan iaitu di Ipoh (Hospital Ipoh); Pulau Pinang (Hospital Pulau Pinang) dan Johor (Hospital Sultanah Aminah). |
|
|
|
|
|
|
|
Anggap menderma organ satu ibadat
JANTUNG yang didermakan kepada budak perempuan jantung mekanikal, Tee Hui Yee oleh keluarga remaja Melayu dari Sitiawan yang meninggal dunia selepas satu kemalangan baru-baru ini membuktikan betapa agama dan budaya bukan menjadi halangan bagi sesiapa pun untuk berbakti dan melakukan kebaikan. Selepas jantung yang dipindahkan itu didapati tidak sesuai dengannya, satu lagi pemindahan dilakukan semalam dengan memindahkan jantung daripada seorang lagi penderma dari Johor Bahru. Apa yang dilakukan oleh keluarga remaja dari Sitiawan dan Johor Bahru itu adalah satu ibadat memandangkan ia bukan saja menyelamatkan nyawa insan lain malah juga memberi 'kehidupan' baru bagi keluarga penerima organ itu. Hui Yee yang berusia 14 tahun sebelum ini terpaksa bergantung nyawa kepada jantung mekanikal sejak setahun lalu dan penerimaan jantung remaja berkenaan menamatkan pencarian jantung yang diperlukan selama ini. Di samping Hui Yee, rakyat Malaysia pertama yang menerima rawatan jantung mekanikal sementara menunggu penderma jantung ialah Muhammad Fikri Nor Azmi, 17. Pembedahan bagi memindahkan jantung kepadanya dilakukan pada 2005 dan kini dia sudah kembali sihat dan cergas seperti remaja lain. Seperti Hui Yee, Muhammad Fikri juga menerima jantungnya daripada penderma yang bukan seagama. Ini juga bukan kali pertama pemindahan organ dilakukan di negara ini. Mengikut rekod, Institut Jantung Negara (IJN) berjaya melakukan 18 pembedahan pemindahan jantung sejak 1997.
Pendermaan organ manusia kini bukan lagi isu dan sudah pun diterima baik oleh rakyat di negara ini dan tidak bercanggah dengan ajaran Islam. Malah menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Abdullah Md Zin, Majlis Fatwa Kebangsaan telah menetapkan garis panduan yang mengharuskan pendermaan organ dilakukan dengan mengambil kira empat pertimbangan iaitu keadaan mendesak bahawa nyawa penerimanya bergantung kepada pemindahan anggota itu, penderma disahkan meninggal dunia, tiada unsur jual beli, kebenaran diperoleh daripada penderma sebelum pemindahan sebarang organ dalam kematian biasa atau daripada anggota keluarga, jika kematian secara mendadak seperti kemalangan. Setakat ini seramai 108,000 sudah mendaftar sebagai penderma organ dan daripada jumlah itu, 12 peratus adalah Melayu, 62 peratus Cina dan 23 peratus India. Walaupun ramai yang membuat pengakuan untuk menderma organ mereka apabila meninggal dunia, malangnya sebahagian besar keluarga mereka tidak membenarkan organ berkenaan didermakan atas pelbagai sebab. Akibatnya, tahun lalu hanya 25 orang yang mendermakan organ mereka sedangkan keperluan semasa ialah 1,200 buah pinggang, 700 kornea, 450 jantung dan 200 hati setahun.
Apa yang dilakukan oleh keluarga remaja yang mendermakan jantungnya itu sepatutnya menimbulkan kesedaran kepada rakyat di negara ini bahawa mereka juga boleh berbakti dan menjadi penderma setelah tiada lagi di dunia dan organ mereka digunakan insan lain untuk meneruskan kehidupan. Kita berharap masyarakat umum terutama orang Islam mengikis tanggapan negatif mengenai pendermaan organ. Bayangkan, jika apa yang dilalui Hui Yee sejak setahun lalu, menimpa ahli keluarga kita sendiri dan sudah pasti kita akan turut menadah tapak tangan menunggu penderma sukarela. Jika semua pihak bersikap prihatin, bayangkan berapa banyak nyawa boleh diselamatkan. |
|
|
|
|
|
|
|
kerajaan patut isytiharkan/iklan nama penderma organ untuk galakan kepada yang lain |
|
|
|
|
|
|
| |
|