|
3. Perjanjian British-Perancis
Donald E. Neuchterlein dalam bukunya “Thailand and the Struggle for South East Asia” mendakwa persaingan British-Perancis juga merupakan faktor penting yang menyelamatkan kemerdekaan Siam. British dan Perancis bukan sahaja bermusuhan di Eropah tetapi juga di Timur. Bagi mengelakkan perbalahan, kedua-dua kuasa tersebut bersetuju supaya tidak mempunyai tanah jajahan yang bersempadan. Dewasa itu, British menjajah Burma dan Tanah Melayu manakala Perancis menjajah Indo-China. Mereka mahu menjadikan Siam sebagai negara penampan (Buffer State) antara pengaruh British di Burma serta Tanah Melayu dan pengaruh Perancis di Indo-China. Pada 15 Januari 1896, mereka telah menandatangani penyisytiharaan British-Perancis yang mengiktiraf Siam sebagai negara yang merdeka. Tindakan British dan Perancis menyelamatkan kemerdekaan Siam. |
|
|
|
|
|
|
|
4. Tolak ansur
Raja-raja Siam sejak Mongkut mengamalkan dasar bertolak ansur dengan kuasa-kuasa Barat. Mereka sanggup menyerahkan wilayah-wilayah Siam bagi mengelakkan perbalahan serta menyelamatkan kemerdekaan Siam .Pada 15 Julai 1867,Mongkut menandatangani perjanjian dengan Perancis yang menyerahkan pertuanan Siam ke atas Kemboja kepada Perancis. Semasa Chulalongkorn, lebih banyak wilayah Siam diserahkan kepada kuasa-kuasa Barat dalam usaha untuk mengelakkan perbalahan dan menyelamatkan kemerdekaan Siam kepade Perancis, diserahkan Tongking Utara, Wilayah Sip Song Chu Thai (1888), daerah Timur Sungai Mekong (1893), sempadan Laos-Siam (1904) dan Battambang dan Seam Reap (1907). Kepada British pula diserahkan Kentung dan Mong Pan (1897) serta Negeri-negeri Melayu Utara (1909). Dasar tolak ansur tersebut telah menyebabkan Siam kehilangan 90 ribu batu persegi wilayah. Walau bagaimanapun, tindakan tersebut telah berjaya menyelamatkan kemerdekaan Siam. |
|
|
|
|
|
|
|
5. Dasar abad ke-20 @Dasar Lalang
Semasa Perang Dunia Pertama (1914-1918), Vajiravudh yang memerintah Siam telah memihak kepada pihak Berikat walaupun terdapat tentangan tenteranya yang pro-Jerman. Tindakan Vajiravudh menguntungkan Siam kerana peperangan tersebut dimenangi oleh pihak Berikat. Perjanjian Versailles 1919 telah mengiktiraf Siam sebagai negara merdeka dan diterima sebagai anggota Liga Bangsa-bangsa Bersatu pada tahun 1922. Mulai tahun tersebut juga, kuasa-kuasa Barat mula menghapuskan hak wilayah asingan mereka di Siam kerana mengenangkan jasa Siam memihak kepada pihak Berikat dalam Perang Dunia Pertama.
Semasa Perang Dunia Kedua (1939-1945), Pribun Songkram yang menjadi Perdana Menteri bersikap pro-Jepun. Pada 11 Disember 1940, Siam menandatangani perjanjian kerjasama dengan Jepun. Pribun Songkram telah membenarkan Jepun menggunakan Siam sebagai pangkalan untuk menyerang Indo-China, Burma dan Tanah Melayu. Akibatnya, Siam terselamat daripada penjajahan Jepun sedangkan negeri-negeri lain di Asia Tenggara telah dikuasai oleh Jepun.
Pada Julai 1944, kerajaan Pribun Songkram yang pro-Jepun telah digulingkan oleh Khuang Aiphaiwong yang pro-Berikat. Akibatnya, pihak Berikat yang kembali ke Asia Tenggara selepas Perang Dunia Kedua tidak dapat mengambil tindakan ke atas Siam kerana dewasa itu, Siam diperintah oleh kerajaan yang pro pihak Berikat. Pada September 1945, kerajaan Khuang Aiphaiwong digulingkan oleh Seni Pramoj. Akibat desakan British dan Perancis, Seni Pramoj tanpa bantahan telah menyerahkan kembali wilayah-wilayah yang dirampas oleh Siam semasa Perang Dunia Kedua kepada kuasa-kuasa tersebut. Akibatnya, British dan Perancis tidak perlu bertindak secara kekerasan ke atas Siam. |
|
|
|
|
|
|
|
6. Kedudukan negeri Siam
Kedudukan Siam sedikit sebanyak juga memberi kesa ke atas kemerdekaan Siam. Secara amnya, Siam terletak lebih jauh ke Utara dan kedudukannya seumpama ini telah menyebabkan ia terkeluar dari jalan perdagangan ke Timur khususnya ke China. Akibatnya, kuasa-kuasa Barat tidak begitu berminat untuk menjajah Siam.
7. Bahan mentah
Dari segi sumber alam, Siam merupakan sebuah negara yang kekurangan bahan mentah. Ekonomi Siam hanya bergantung kepada sektor pertanian. Dewasa itu, Revolusi Perindustrian telah berlaku di negara-negara Eropah dan perkembangan ini telah meningkatkan keperluan terhadap bahan mentah. Akibatnya, kuasa-kuasa Barat berlumba-lumba untuk mendapatkan tanah jajahan di Asia terutamanya Asia Tenggara bagi mendapatkan bekalan bahan mentah. Dalam hal ini, kuasa-kuasa Barat memang tidak berminat terhadap Siam kerana Siam tidak mempunyai sumber alam tersebut. |
|
|
|
|
|
|
|
semua bahan tadi adalah dari sumber rujukan untuk pelajar STPM..Tajuk ini termasuk dalam silibus STPM. |
|
|
|
|
|
|
|
faktor yg paling kerana kepintaran Raja siam ketika itu... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by HangPC2 at 18-2-2006 08:13 PM
faktor yg paling kerana kepintaran Raja siam ketika itu...
gabungan beberapa faktor ... ia tak berdiri sendiri
Kepintaran Mongkut dan Chulalongkorn saja tidak cukup sebab raja2 selepas Chulalongkorn adalah lemah seperti Raja Vajiravud dan Prajadhipok.Raja Vajiravud mengamalkan dasar pilih kasih mengutamakan kerabat diraja sementara Raja Prajadhipok tidak berminat dalam pentadbiran hingga banyak menghabiskan masa di luar negara.
Sebab itu bagi mok nik kejayaan Thailand mengekalkan kemerdekaannya adalah gabungan pelbagai faktor |
|
|
|
|
|
|
|
Tentu anda juga hairan ..Siam yang tidak pernah dijajah tetapi wujud gerakan nasionalisme di Siam. Nasionalisme Siam bergerak mengikut haluan yang berbeza daripada negeri-negeri lain di Asia Tenggara. Nasionalisme Siam tidak bercorak anti-koloniah kerana Siam tidak dijajah. Ianya lebih bercorak anti-monarki, anti-Cina dan nasionalisme ekonomi serta kebudayaan. Pembaharuan yang dilaksanakan di Siam terutamanya sejak pemerintahan Chulalongkorn menjadi faktor yang mengakibatkan kebangkitan dan perkembangan nasionalisme Siam. Perkembangan tersebut telah menyedarkan rakyat Siam untuk bangun mempertahankan kemerdekaan mereka. |
|
|
|
|
|
|
|
adakah siam nie hanya bernasib baik kerana tidak pernah dijajah atau pemimpin mereka bijak laksana ??:hmm::hmm::hmm:
kalo kita lihat hampir semua negara terutamanya di Asia Tenggara dijajah termasuklah Burma, Vietnam, Indonesia .. India yg besar juga dijajah oleh British .. :hmm: negara China juga dijajah oleh Jepun dan British .. Korea juga begitu .. Malahan Russia juga tunduk kepada Jepun selepas tewas dlm peperangan .. ;) |
|
|
|
|
|
|
|
mok nik rasa semua persoalan yang chumpon tanya tuh mok nik dah bagi jawapan mengapa Siam tidak pernah di jajah seperti negara2 lain |
|
|
|
|
|
|
|
mana gambarnya rapid :stp: |
|
|
|
|
|
|
|
tuh gambar awek ker chumpon |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by mok_nik at 6-3-2006 04:52 PM
tuh gambar awek ker chumpon
:cak::cak::cak::cak: |
|
|
|
|
|
|
|
Ayutthaya the old capital city of Thailand
Ayutthaya the old capital city of Thailand
--------------------------------------------------------------------------------
Ayutthaya was founded in 03/04/1350 by King Ramathibodi I.In the 16th and 17th centuries Ayutthaya was one of the most important trading centres in Asia.In 1767 the Burmese sacked the city.Today,the ruins stand amoung the modern buildings of the city.
Wat Phra Si Sanphet a state temple
Wihan Phra Mongkhon Bophit contains one of Thailand's largest bronze Buddha images
|
|
|
|
|
|
|
|
boleh korang citer tentang Ronin & Macenaries ( Samurai) Jepun yg berkhidmat dengan Raja Ayuthaya. dan tentang Yamada Nagasama... |
|
|
|
|
|
|
|
Aku sampai sekarang Konfius dengan Zaman Pemerintahan Beraja dekat Thailand.
Sukhothai, Lonpuri, Thonburi, Atuthaya, Chakri Dynasty ????
p/s: semacam ader sejarah cuba disembunyikan oleh pihak thailand... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 10# MOONkerBULAN
sawasdee kraab....khob khun khrab.
khrab (lelaki), kha (pompuan).. |
|
|
|
|
|
|
|
Siam kena jajah dengan Burma |
|
|
|
|
|
|
|
satu bangsa |
|
|
|
|
|
|
| |
|