CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: momimasrie

Poligami (merged: tiM)

[Copy link]
Post time 30-7-2006 02:45 AM | Show all posts
pendapat peribadilah....

Takkan tuhan jodohkan seseorang itu untuk berpoligami melainkan Yang Maha Esa tahu akan kemampuannya serta boleh berlaku adil dari segi batin dan zahir. Irupun kalau seseorang itu beriman......

Kalau nak berpoligami sebab bak puaskan nafsu tapi tak boleh berlaku adil tak boleh juga. Boleh mengganggu emosi yang dimadu, kenalah pandai bertolak ansur dalam semua hal kalau nak adakan dua atau lebih masjid. Lelaki harus menjadi imam pada masjid2nya

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-7-2006 02:53 AM | Show all posts
Originally posted by leiasky at 29-7-2006 05:41 PM
ello....tp kn...ada 1 kemusykilan...lelaki megatakan bahawa nk kawen lg 1 sbb sygkn org yg baru itu,tp bila yg lama minta cerai dia xnk lepaskn konon dia masih menyayangi yg lama....

persoalanny ...



tak mustahil kalau sayang pada lebih dari satu wanita.  jangan gunakan kesimpulan sendiri utk menafikan perkara halal.
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2006 02:56 AM | Show all posts
Originally posted by Presa1200 at 29-7-2006 08:56 PM


seperti syarat2 yg saya terangkan tadi, ia adalah berdosa bagi suami itu jika nafsu dijadikan sebab utama untuk berpoligami.



ni dah kira hukum ke dek.  boleh bagi alasan?
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2006 11:09 AM | Show all posts

salam n good day

Poligami sudah berlaku sejak jauh sebelum datangnya Islam. Orang¬orang barat adalah bangsa-bangsa yang berpoligami. Demikian juga bangsa-bangsa Timur seperti bangsa Ibrani dan Arab, mereka juga berpoligami. Kerana itu tidak benar apabila ada tuduhan bahawa Islamlah yang melahirkan aturan tentang poligami, sebab nyatanya aturan poligami yang berlaku sekrang ini juga hid up dan berkembang dinegeri-negeri yang tidak menganut Islam.

Agama Nasrani pada mulanya tidak mengharamkan poligami kerana tidak ada satu ayatpun dalam Injil yang secara tegas melarang poligami. Apabila orang-orang Kristian di Eropah melaksanakan monogami tidak lain hanyalah kerana kebanyakan bangsa Eropah - yang kebanyakan Kristian - pada mulanya seperti orang Yunani dan Romawi sudah lebih dulu melarang poligami, kemudian setelah memeluk agama Kristian mereka tetap mengikuti kebiasaan nenek moyang mereka yang melarang poligami.

Dengan demikian peraturan tentang monogami atau kahwin hanya dengan seorang isteri bukanlah peraturan dari agama Kristian yang masuk ke negeri mereka, tetapi monogami adalah peraturan lama yang sudah berlaku sejak mereka menganut agama berhala. Gereja hanya meneruskan larangan poligami dan menganggapnya sebagai peraturan dari agama, padahal lembaran-Iembaran dari Kitab Injil sendiri tidak menyebutkan adanya larangan poligami.
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2006 11:14 AM | Show all posts

Poligami boleh dianggap sbg ubat dlm perkembangan masyarakat

Islam adalah agamayang mengatur tentang kemasyarakatan. Islam mempunyai konsep kemanusiaan yang luhur yang dibebankan kepada manusia untuk menegakkannya dan harus disebarluaskan kepada seluruh umat man usia.

Risalah Islamiyah tidak akan tegak melainkan apabila ada kekuatan yan mendukung adanya pemerintahan yang meliputi dari segala segi, pertahanan-keamanan, pendidikan, perdagangan, pertanian, industri dan sektor-sektor lain yang menunjang tegaknya satu pemerintahan. Semuanya itu tidak akan sempurna tanpa adanya orang-orang yang hidup pada tiap generasi yang ramai jumlahnya. Kerana ada pepatah:

"Kemegahan itu dipihak terbanyak. "

Jalan untuk itu ialah dengan berkahwin dan memperbanyak keturunan.

Negara-negara yang maju banyak memerlukan tenaga manusia (man power) untuk tenaga kerja mahupun untuk keperluan pertahanan dan keamanan. Di negara-negara yang sedang dilanda peperangan jarang rakyatnya tidak gugur di medan perang dan banyak janda-janda yang harus dilindungi. Tidak ada jalan yang terbaik untuk melindungi mereka selain dengan mengahwini mereka dan tidak ada jalan untuk menggantikan orang yang gugur di peperangan itu selain dengan meramaikan keturunan dan poligami adalah jalan untuk itu.

Demikian pula di beberapa negara, penduduk wanitanya lebih ramai dari lelaki, seperti yang lazim terjadi di negara yang telah tamat berperang. Bahkan pertambahan jumlah kaum wan ita pasti terjadi pada banyak negara meskipun dalam suasana damai, kerana kesibukan kerja menyebabkan kaum lelaki cepat tua dan bererti membuat mereka cepat mati, oleh kerananya jumlah kaum wanita akan melebihi jumlah kaum lelaki.

Perbezaan jumlah ini mengharuskan adanya poligami untuk menjaga dan melindungi kaum wanita. Apabila mereka dibiarkan hidup sendiri mereka lebih mudah terumbang-ambing dan mudah terjerumus ke dalam perbuatan keji yang akan merosakkan kehidupan masyarakat.
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2006 11:21 AM | Show all posts

dan lagi....

Kesanggupan seorang lelaki untuk berketurunan lebih kuat dari kaum wanita. Lelaki sanggup melaksanakan tugas sejak ia baligh sampai akhir usianya.

Sedang kaum wanita tidak mampu melaksanakannya di waktu sedang haid, nifas, hamil dan waktu menyusui. Kesanggupan wanita untuk berketurunan terbatas sampai usia antara 40 sampai 50tahun, sedang kaum lelaki sanggup sampai usia 60 tahun lebih. Apabila perempuan dalam keadaan seperti itu tidak dapat melaksanakan fungsinya sebagai seorang isteri lantas apa yang harus dilakukan oleh suaminya?

Apakah ia harus menyalurkannya kepada isterinya yang halal untuk menjaga kehormatannya ataukah ia harus mencari penyaluran seperti yang dilakukan oleh binatang. T. anpa perkahwinan sah? Padahal Islam secala tegas melarang pelacuran.

Firman Allah swt,

Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).
(Al Isra': 32)

Kadang-kadang ada seorang suami yang mempunyai isteri mandul atau berpenyakit yang tidak dapat diharapkan sembuhnya, pada hal isteri ingin tetap bersama suaminya, sedang suami menginginkan adanya anak serta punya isteriyang dapat mengatur rumahtangganya.

Apakah suami harus tetap rela dengan keadaan yang menyedihkan? Tetap bersama isterinya yang mandul, yang tidak dapat melahirkan keturunan atau tidak dapat mengatur rumahtangganya, dan beban itu harus dipikul suami sendirian.?

Ataukah si isteri harus diceraikan padahal ia masih mencintai suaminya dan suami masih juga mencintainya? Ataukah kasih sayang suami isteri itu tetap diteruskan tetapi suami kahwin dengan perempuan lain tanpa harus berpisah dengan isteri lama dan maslahat keduanya masih tetap terjaga? Inilah petunjuk terbaik yang lebih layak untuk diterima.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-7-2006 11:24 AM | Show all posts

dan lagi....

Kadang-kadang juga ada seorang lelaki yang kerana kejiwaannya atau kerana fizikalnya sangat kuat nafsu berahinya, ia belum puas kalau hanya dilayani oleh seorang isteri, maka sebagai gantinya agar ia tidak mengambil perempuan simpanan yang akan merosakkan moralnya tetapi diizinkan untuk memuaskan nafsunya (ghazirahnya) dengan jalan yang halal iaitu berpoligami.

Peraturan tentang poligami dan praktiknya di dunia Islam mempunyai manfaat yang besar dan membersihkan masyarakat dari akhlak yang tercela, mengubat dan menghindarkan penyakit masyarakat yang banyak timbul di negara-negara yang tidak mengenal poligami.

Telah diperingatkan bahawa masyarakat yang melarang poligami di dalamnya banyak terjadi kefasikan dan kejahatan sehingga pelacuran meningkat dan sebagai akibatnya banyak anak yang lahir di luar nikah sampai mencapai 50% dari angka kelahiran.

Di Amerika Syarikat setiap tahun lebih dari 100.000 anak lahir tanpa ayah yang sah. Ini terjadi pada tahun 1959 dan berapa kira-kira pada saat sekarang dan tahun-tahun yang akan datang.

Pergaulan bebas yang keji telah melahirkan bermacam¬macam penyakit, merosak moral, mengganggu kehidupan rumahtangga secara diam-diam dan merenggangkan hubungan suami isteri, banyak rumah tangga hancur.

Inilah kerosakan yang timbul sebagai akibat menetang fitrah, menyimpang dari ajaran Allah.

wallahua'lam
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2006 03:46 PM | Show all posts
tidaklah mempertikaikan hak berpoligami.cuma mempertikaikan dan mengeji mereka yang mengamalkannya tapi membawa kesusahan yang lebih besar.
contohnya, ramai yg mengamalkan poligami ini tidak berkemampuan dari segi keewangan.akibatnya isteri dan anak2 yg menderita.anywhere poligami bukan satu2nya cara utk mengelakkan maksiat.dlm konteks mereka yg tidak mampu,, menambahkan masalah lagi ada...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-8-2006 07:14 AM | Show all posts
Originally posted by boogie78 at 31-7-2006 03:46 PM
tidaklah mempertikaikan hak berpoligami.cuma mempertikaikan dan mengeji mereka yang mengamalkannya tapi membawa kesusahan yang lebih besar.
contohnya, ramai yg mengamalkan poligami ini tidak berke ...


Terpulanglah!

Nak kawin pun tak per! Tak mau kawin pun tak per! Janji bahagia!

Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah ditepi pantai!

Lebih baik berumah ditempat lain seperti hutan ker. Siapa pun tak kacau! Kecuali singa, boya dan harimau.Sekal-sekala ular sawa datang menyusul menyapa sebagai jiran tetangga!
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2006 06:48 PM | Show all posts

Reply #29 tasbih_online's post

sblm nak poligami tu check le dulu mampu ke tak.lepas tu buat la application kat pejabat agama.aku pun teringin nak poligami, tapi tak mampu dari segi duit.kawan aku kata cari second wife yg bekerja, kurang sikit beban... camne tu ye?.
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2006 06:49 PM | Show all posts
Originally posted by tasbih_online at 1-8-2006 07:14 AM


Terpulanglah!

Nak kawin pun tak per! Tak mau kawin pun tak per! Janji bahagia!

Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah ditepi pantai!

Lebih baik berumah ditempat lain seperti hutan ...

apalah...,aku pun tak nak buek rumah tepi pantai, takut tsunami.lebih baik duduk kondo, tinggi
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2006 08:52 PM | Show all posts
a'ah,ye la tu,pastu runtuh kan???skang ni tsunami bkn libatkan laut je...ada gempa wooo....
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2006 09:34 AM | Show all posts
soklan pembuka thread simple jer..kat mana 1st wife nak sign borang kebenaran poligamy..
last2 jadi isu patut tak patut poligamy..:lol
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2006 10:57 AM | Show all posts
Thread ni berasal dari dua thread, kak norsha.. di merge kan jadi satu... perbincangan-perbincangan yg kak norsha tengok tu berasal dari thread yg tiM buka, poligami satu ubat.
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2006 07:37 AM | Show all posts
Originally posted by elbecks at 2-8-2006 06:48 PM
sblm nak poligami tu check le dulu mampu ke tak.lepas tu buat la application kat pejabat agama.aku pun teringin nak poligami, tapi tak mampu dari segi duit.kawan aku kata cari second wife yg bekerj ...



Wah lelaki macam ni memang le tak malu... patutnya dia yang bantu perempuan... ni nak mengharapkan perempuan... kalau nak ikut sunah nabi, ikut le keseluruhan... bukannya nabi suruh poligami tu suka-suka aje... tapi ada unsur dakwah kat situ.  Allah pun dah berfirman lelaki boleh kahwin 2,3 atau 4 sekiranya mampu dan boleh berlaku adil.  Ni ada yang berbini sorang tapi bini yang sara hidup dia, ada hati nak tambah yang lain... ni saya sangat tak setuju.
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2006 11:15 AM | Show all posts
Langkah patut diambil jika suami kahwin lari secara senyap


SAYA sudah berkahwin lebih kurang 13 tahun. Rumah tangga kami bahagia dan dikurniakan tiga orang cahaya mata. Baru-baru ini saya mendapat tahu suami saya berpoligami tanpa kebenaran saya. Saya juga dapati suami tinggal bersama isteri barunya ketika menjalankan tugasan luar. Saya musykil kenapa perkara ini boleh terjadi dan apa yang perlu saya lakukan untuk menjaga kepentingan saya. Kini rumah tangga kami goyah sejak suami berpoligami.


Yang Merana
Subang Jaya

BAGI setiap lelaki berkahwin, mereka perlu mendapat kebenaran daripada mahkamah syariah sekiranya ingin berkahwin lain. Sesuatu permohonan kebenaran berpoligami suami perlu membuktikan empat perkara sebelum mahkamah dan mengeluarkan kebenaran berpoligami. Beban pembuktian adalah di atas suami puan bagi membuktikan keempat-empat perkara dinyatakan di bawah ini iaitu:-

a) Perkahwinan yang dicadangkan itu adalah patut atau perlu, memandang kepada antara lain hal-hal keadaan yang berikut iaitu kemandulan, keuzuran jasmani, tidak layak dari segi jasmani untuk persetubuhan, sengaja ingkar mematuhi perintah untuk pemulihan hak persetubuhan; atau gila di pihak isteri atau isteri sedia ada;

b) Pemohon mempunyai kemampuan yang membolehkan dia menanggung, seperti dikehendaki syarak, semua isteri dan orang tanggungannya, termasuk orang yang akan menjadi orang tanggungannya berikutan dengan perkahwinan yang dicadangkan itu;

c) Pemohon berupaya memberi layanan adil kepada semua isterinya mengikut kehendak syarak; dan

d) Perkahwinan yang dicadangkan tidak akan menyebabkan darar syarie kepada isteri atau isteri sedia ada.

Keempat-empat syarat di atas hendaklah dibuktikan oleh suami secara satu per satu dan bukan salah satu. Selepas mahkamah berpuas hati keempat-empat syarat di atas dibuktikan barulah mahkamah mengeluarkan kebenaran kepada suami untuk berpoligami. Sekiranya suami puan gagal membuktikannya maka mahkamah tidak akan mengeluarkan kebenaran untuk berpoligami itu.

Seperkara lagi yang perlu dijelaskan ialah mengikut seksyen 23 Enakmen Undang-Undang Islam (Negeri Selangor) 2003 beberapa orang perlu dipanggil oleh mahkamah bagi memberi keterangan berhubung dengan perkahwinan yang dicadangkan itu. Orang yang perlu dipanggil ialah isteri sedia ada (puan sendiri), bakal isteri, wali kepada bakal isteri dan mana-mana orang yang difikirkan perlu memberi keterangan berhubung dengan perkahwinan dicadangkan itu.

Dalam keadaan puan yang tidak mengetahui perkahwinan suami, ada kemungkinan perkahwinan itu dijalankan di negeri yang masih belum menguatkuasakan undang-undang yang sama di Selangor itu ataupun suami puan mungkin bernikah di di luar negara. Pernikahan di luar negara mestilah didaftarkan di Malaysia bagi membolehkan segala perkara diselesaikan di Malaysia jika ada masalah yang berbangkit.

Puan boleh membuat aduan kepada pegawai penguat kuasa agama terdekat terhadap suami puan kerana puan mengesyaki bahawa suami puan melakukan suatu kesalahan. Berpoligami tanpa kebenaran adalah kesalahan di dalam Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2005.

Seksyen 124 Enakmen itu memperuntukkan jika seseorang lelaki berkahwin lagi di mana-mana juga pun dalam masa perkahwinannya yang sedia ada masih berterusan tanpa mendapat kebenaran secara bertulis terlebih dulu daripada mahkamah maka dia adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah dihukum denda tidak melebihi RM1,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-dua denda dan penjara itu.

Puan juga boleh memohon kepada mahkamah supaya suami puan hidup semula bersama puan. Sekiranya suami masih gagal maka beliau melakukan suatu kesalahan lain di bawah seksyen 127 Enakmen yang sama.

Seksyen 127 memperuntukkan jika seseorang yang diperintahkan mahkamah supaya hidup bersama semula dengan isterinya dan dia sengaja cuai atau tidak mematuhi perintah itu maka dia melakukan suatu kesalahan dan hendaklah dihukum denda tidak melebihi RM1,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya denda dan penjara itu.

Tidak memberi layanan adil kepada isteri juga adalah suatu kesalahan di bawah seksyen 129 Enakmen yang sama. Seksyen 129 memperuntukkan seseorang yang tidak memberi keadilan sewajarnya kepada isterinya mengikut hukum syarak adalah melakukan kesalahan dan hendaklah dihukum denda tidak melebihi RM1,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya denda dan penjara itu.

Pendakwaan akan dijalankan oleh Pendakwa Syarie selepas mereka berpuas hati terdapat bukti kukuh bagi mendakwa suami puan di mahkamah atas kesalahan berpoligami tanpa kebenaran.

Selepas puan yakin dengan kedudukan perkahwinan kedua suami puan, puan bolehlah memohon untuk mendapatkan perintah untuk mendaftarkan perkahwinan poligami itu walaupun pada kebiasaannya suami atau isteri kedua yang berbuat demikian. Ia disebabkan puan mempunyai locus standi dan kepentingan di dalam mendapatkan perintah mengenai status perkahwinan itu.

Puan juga boleh memohon untuk mendapat suatu perintah menghendaki suami puan membuat pembayaran nafkah kepada puan dan memerintahkan segala harta diperoleh bersama dibahagikan antara puan dan suami puan. Perkara ini diperuntukkan di dalam seksyen 23(10) Enakmen Undang-Undang keluarga Islam (Negeri Selangor) 2005.

Seperkara lagi, suami puan sudah meninggalkan puan dan tidak berlaku adil lagi, puan sebenarnya boleh memohon kepada mahkamah supaya perkahwinan puan di fasakhkan menurut seksyen 52(h)(iv). Seseorang perempuan adalah berhak untuk mendapatkan perintah untuk membubarkan perkahwinan atau untuk fasakh jika suami mempunyai isteri yang lebih daripada seorang, dia tidak melayani isteri yang berkenaan secara adil mengikut kehendak hukum syarak. Jika disabitkan aduan puan itu di mahkamah maka mahkamah akan memfasakhkan perkahwinan itu.

Berdasarkan penjelasan di atas, sebenarnya puan mempunyai banyak hak seperti diperuntukkan undang-undang. Puan harus bijak menggunakan peruntukan undang-undang itu supaya segala kepentingan puan akan terjamin.

Jawapan disediakan Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia, Zainul Rijal bin Abu Bakar.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-11-2006 01:04 PM | Show all posts
pologami tak salah....pastikan lakik tue dah mampu dari segi lahir batin.....wang ringgit, tempat tinggal, nafkah batin, mental pon mesti bersedia.....pas tue mesti berlaku adil.....jgn asyik memerap kat umah bini muder jerk......
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2009 12:41 PM | Show all posts
Sejarah Poligami

Oleh SHIDDIQ AMIEN

DALAM antropologi sosial, Poligami merupakan praktik pernikahan kepada lebih dari satu istri atau suami. Terdapat tiga bentuk poligami, yaitu : Poligini (Seorang pria memiliki beberapa orang istri); Poliandri (Seorang wanita memiliki beberapa orang suami) dan Group Marriage atau Group Family (iaitu gabungan dari poligini dengan poliandri, misalnya dalam satu rumah ada lima laki-laki dan lima wanita, kemudian bercampur secara bergantian).

Ketiga bentuk poligami itu ditemukan dalam sejarah manusia, namun poligini merupakan bentuk paling umum. Poligami (dalam makna Poligini) bukan semata-mata produk syariat Islam. Jauh sebelum Islam datang, peradaban manusia di berbagai belahan dunia sudah mengenal poligami.

Nabi Ibrahim as beristri Sarah dan Hajar, Nabi Ya'qub as beristri : Rahel, Lea, dan menggauli dua budak/hamba sahayanya : Zilfa dan Bilha. Dalam perjanjian lama Yahudi Nabi Daud as disebut-sebut beristri 300 orang.

Dalam sejarah, raja-raja Hindu juga melakukan poligami dengan seorang permaisuri dan banyak selir. Dalam dunia gereja juga dikenal praktik poligami, Dewan tertinggi Gereja Inggris sampai abad sebelas membolehkan poligami.

Dalam Katholik sejak masa kepemimpinan Paus Leo XIII pada tahun 1866 poligami mulai dilarang. Dalam The Book of Mormon, Triatmojo, menjelaskan bahwa Penganut Mormonisme sebuah aliran Kristen, pimpinan Joseph Smith sejak tahun 1840 hingga sekarang mempraktikan bahkan menganjurkan poligami.

Bangsa Arab sebelum Islam datang sudah biasa berpoligami , ketika Islam datang, Islam membatasi jumlah istri yang boleh dinikahi. Islam memberi arahan untuk berpoligami yang berkeadilan dan sejahtera. Dalam Islam Poligami bukan wajib, tapi mubah, berdasar antara lain QS An-Nisa : 3 .

Muhammad Abduh (1849-1905 ) adalah satu dari sedikit ulama yang mengharamkan poligami, dengan alasan bahwa syarat yang diminta adalah berbuat adil, dan itu tidak mungkin bisa dipenuhi manusia seperti dinyatakan dalam QS An-Nisa : 129 ( Tafsier Al-Manar, Dar Al-Fikr, tt, IV: 347-350 ) Abduh yang mantan Syeikh Al-Azhar ini menjelaskan tiga alasan haramnya poligami: Pertama, Syarat poligami adalah berbuat adil, syarat ini mustahil bisa dipenuhi seperti dikatakan dalam QS An-Nisa : 129.

Kedua, buruknya perlakuan para suami yang berpoligami terhadap para istrinya, karena mereka tidak dapat melaksanakan kewajiban memberi nafkah lahir dan batin secara baik dan adil.

Ketiga, dampak psikologis anak-anak hasil poligami, mereka tumbuh dalam kebencian dan pertengkaran karena ibu mereka bertengkar baik dengan suami atau dengan istrinya yang lain. ( Al-'Amal Al-Kamilah lil-imam Al-Syeikh Muhammad Abduh, Cairo, Dar Al-Syuruk, 1933 , II: 88-93 ) .

Argumen Abduh inilah yang sering diusung oleh kaum sekuler liberal, untuk menolak poligami, disamping dalih utama mereka adalah HAM dan Gender Equality ( Kesetaraan Gender ). Padahal keadilan yang mustahil bisa dilakukan manusia bukan keadilan dalam segala hal.

Seperti dikatakan sahabat Ibnu Abbas ra, adalah keadilan dalam hal mahabbah dan ghirah kepada istri-istri. Yang dituntut oleh QS. An-Nisa : 3 adalah keadilan dalam memberi nafkah. " "Adil " juga tidak identik dengan " sama ".

Ketika kabar Aa Gym menikah lagi dengan AlFarini Eridani muncul ke media bersamaan dengan beredarnya video mesum yang dilakukan penyanyi dangdut Maria Eva dengan Seorang anggota DPR dari Partai Golkar Yahya Zaini, reaksi keras, dan emosional dari berbagai kalangan, khususnya pengusung gerakan feminisme sekuler, lebih banyak dialamatkan kepada pelaku poligami yang dalam Islam hukumnya mubah. Sampai ada Koalisi Perempuan Kecewa Aa Gym (KPKAG).

Presiden SBY pun seperti kebakaran jenggot, sampai harus memanggil mentri UPP Meutia Hatta dan Dirjen Bimas Islam Nasaruddin Umar untuk merevisi PP !0/1983 agar tidak hanya berlaku bagi TNI/Polri dan PNS saja, tapi bisa diperluas hingga menjangkau kaum swasta.

Anehnya, Baik Presiden SBY, Meutia, Nasaruddin dan mereka yang antipoligami tidak merasa resah dan prihatin atas " Poligami liar " model Maria Eva dan Yahya Zaini, yang jelas-jelas haram.

Kenapa kaum feminis tidak merasa sakit hati diperlakukan seperti barang dagangan, setelah hamil dipaksa harus menggugurkan kandungannya, lantas dimana moral obligation mereka ? Mestinya yang harus diperketat dan diperberat bukan aturan poligami, tapi aturan dan hukuman bagi pelaku " Selingkuh ", atau " Teman Tapi Mesum " yang pelakunya bisa dipastikan jauh lebih banyak dari pada pelaku poligami.

Aturan seperti PP 10/1983 yang melarang PNS berpoligami telah menciptakan opini umum dan pencitraan bahwa poligami seakan sebuah tindakan kriminal yang keji dan amoral yang harus diberantas sampai tuntas. Apalagi dengan persyaratan bathil yang sama sekali tidak rasional saking super sulitnya.

Pada hakikatnya dengan peraturan model PP 10/1983 ini pemerintah RI telah " mengharamkan " poligami. Selain harus seizin istri pertama dan izin atasan, isteri pertama haruslah:

1) Tidak mampu menjalankan tugasnya sebagai istri2) Berpenyakit permanen3) Tidak berketurunan. Maka jangan kaget, jika pada akhirnya banyak di antara mereka yang menempuh jalan haram dan terkutuk.

Dalam Katholik Pastur termasuk Paus jangankan berpoligami, mereka menikahpun tidak.

Sebuah sikap dan tradisi yang sudah dipertahankan selama hampir dua ribu tahun. Diantara alasannya karena Tuhan (Yesus) tidak menikah, maka sebagai pelayan Tuhan mereka tidak menikah.

Kebanyakan kaum muslimien juga mempercayai bahwa Nabi Isa as tidak menikah.

Menurut pandangan banyak kristolog, keyakinan itu lebih banyak dipengaruhi oleh ajaran Katholik tadi. QS. Ar-Ra'du : 38 yang menyatakan bahwa Allah telah mengutus banyak Nabi dan Rasul sebelum Nabi Muhammad saw. dan telah memberikan kepada para Nabi dan Rasul itu istri dan keturunan, tak terkecuali Nabi Isa as.

Dan Brown dalam bukunya The Davinci Code menyebut nama Maria Magdalena sebagai istri Yesus, yang ketika (orang yang diserupakan) Yesus disalib, ia sedang hamil tua. Kemudian atas bantuan paman Yesus bernama Yosep dari Arimatea ia dibawa keluar dari Yarusalem menuju Prancis. Ia dititipkan pada sebuah keluarga Yahudi .

Ia melahirkan seorang anak perempuan yang kemudian diberi nama Sarah. Setelah Sarah dewasa ia menikah dengan seorang bangsawan Prancis. Dari pernikahan dua bangsawan ini melahirkan sebuah marga bangsawan baru yang dikenal dengan nama Merovingian.

Mereka sampai hari ini masih mempertahankan sebuah aliran gereja bernama Churh of Sion yang pemuka agamanya adalah perempuan, meneruskan kepemimpinan Maria Magdalena. Seorang sejarawan dan pakar theology dan Al-Kitab bernama Prof Dr Barbara Theiring dari Sidney, Australia, yang selama 20 tahun mendalami Naskah Laut Mati, yakni sebuah naskah tua Injil tertua yang ditemukan di laut Mati, dalam buku yang kemudian ditulisnya "Jesus The Man" berkesimpulan bahwa Yesus itu bukan hanya menikah tapi juga berpoligami.

Upacara pernikahan Yesus oleh pihak gereja sengaja dikaburkan. Dalam injil Lukas 7:37-38 dijelaskan bahwa Maria Magdalena membawa buli-buli pualam berisi minyak wangi, sambil menangis ia pergi berdiri di belakang Yesus dekat kakinya, lalu membasahi kakinya itu dengan air matanya dan menyekanya dengan rambutnya, kemudian ia mencium kakinya dan meminyakinya dengan minyak wangi itu.

Ini adalah upacara pernikahan bangsawan Yahudi. Dalam Injil dikaburkan seolah-olah Maria Magdalena adalah seorang perempuan pendosa yang datang meminta ampun kepada Yesus.

Menurut Barbara seorang perempuan mencium laki-laki yang bukan muhrimnya dalam agama Yahudi hukumannya adalah hukuman mati. Tapi kenapa Maria Magdalena tidak dihukum ? Karena ini merupakan upacara pernikahan Yesus.

Prof . Dr . Barbara Theiring dalam bukunya Jesus and The Riddle of The Dead Sea Scroll, Harper San Fransisco, 1992, menjelaskan kronologi perkawinan Yesus. Perkawinan pertama (kawin gantung) dengan Maria Magdalena diselenggarakan pada hari Jum'at 22 September 30 M pukul 18.00 di Ain Feskhah (Palestina).

Perkawinan kedua ( Pesta Walimah ) dengan Maria Magdalena berlangsung pada 19 Maret 33 M pk. 24.00 di Ain Feskhah. Yesus juga menikah dengan istri kedua bernama Lidya pada malam Selasa 17 Maret 50 M. Jika semua ini benar, maka tidak ada alasan bagi Pastur termasuk Paus untuk tidak menikah. Wallahu'alam. (persis)
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2009 01:05 PM | Show all posts
Hak Muslim: Wanita boleh semak nikah suami di pejabat agama

Soalan:
BAGAIMANA saya boleh menyemak pernikahan suami dengan isteri keduanya? Mereka bernikah tanpa pengetahuan saya. Minggu lalu saya terjumpa catatan lafaz taklik yang dibuat isteri kedua suami di komputer beliau. Lafaz taklik itu berbunyi: "Wahai suamiku. Aku isterimu membuat lafaz taklik terhadap dirimu jika aku mendapati engkau sengaja membuat hubungan sulit, berlaku curang terhadap diriku dengan perempuan di luar, sama ada berhubungan melalui telefon atau SMS dan juga jika engkau balik rumah binimu di Kedah dengan niat berjumpa dengannya bukan atas urusan kerja, maka dengan itu engkau melanggari akan lafaz taklikku ini, dengan serta-merta maka jatuh talak satu terhadap diriku." Adakah lafaz taklik itu sah?

Isteri duka,
Kedah.

Jawapan:
Persoalan pertama, puan boleh menghubungi pejabat agama Islam tempat asal isteri kedua suami atau pejabat agama tempat suami tinggal. Jika pernikahan itu didaftarkan, pihak berkenaan akan menyimpan rekod. Cuma dikhuatirkan pernikahan itu secara sindiket atau dibuat di luar negara. Jika demikian, sukar menyemak status pernikahan mereka.

Berhubung persoalan kedua, pada asasnya lafaz talak adalah hak suami. Firman Allah yang bermaksud: "Wahai Nabi! Apabila kamu (engkau dan umatmu) hendak menceraikan isteri (kamu) maka ceraikanlah mereka pada masa mereka dapat memulakan edahnya." (Surah at-Talaq, ayat 1)

Lafaz taklik adalah lafaz talak taklik (talak tergantung) yang dilafazkan apabila suami mengaitkan talak dengan sesuatu sifat atau syarat sama ada mempunyai hubungan dengan isterinya, suami sendiri atau orang lain.

Hikmah dijadikan talak di tangan suami dan bukan isteri bagi menjaga hubungan perkahwinan dan tidak diputuskan sewenang-wenangnya tanpa sebab yang wajar kerana lelaki membayar mahar dan membiayai nafkah isteri serta menyediakan tempat tinggal.

Kebiasaannya suami lebih berhati-hati membuat pertimbangan dengan memikirkan akibat buruk perceraian. Wanita lebih dipengaruhi emosi. Apabila berlaku talak, diikuti beberapa perkara bersifat harta seperti mahar, nafkah edah dan mutaah. Semua bebanan ditanggung lelaki dan ini membuatkan dia berfikir panjang sebelum menjatuhkan talak.

Wanita sejak awal lagi sudah menerima perkahwinan dengan talak berada dalam kekuasaan lelaki, sedangkan dia juga boleh mensyaratkan kuasa talak pada tangannya sejak permulaan akad perkahwinan lagi jika lelaki bersetuju berbuat demikian.

Bagaimanapun, ijmak ulama mengharuskan suami menyerahkan talak kepada isterinya atau mewakilkan kepada orang lain. Contoh, suami menyerahkan talak kepada isteri dengan berkata: "Awak talaklah diri awak sendiri".

Nabi SAW pernah memberi pilihan kepada isterinya sama ada terus tinggal bersama Baginda sebagai isteri atau berpisah kerana turunnya ayat yang bermaksud: "Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, jika kamu semua mahukan kehidupan dunia (yang mewah) dan perhiasannya (yang indah) maka marilah supaya aku berikan kepada kamu pemberian mutaah (sagu hati) dan aku lepaskan kamu dengan cara sebaik-baiknya." (Surah al-Ahzab, ayat 28)

Menurut pendapat golongan Syafie, penyerahan talak adalah memberi milik kuasa bagi seseorang mengikut pendapat baru (qaul jadid). Syarat dikenakan bagi isteri segera menjatuhkan talak dan apabila isteri memiliki dirinya sendiri, maka pemilikan itu tidak boleh ditarik balik.

Sementara menurut pendapat golongan Hambali, orang yang diwakilkan talak itu berhak menjatuhkan talak pada bila-bila masa dikehendaki melainkan jika suami mengehadkan tempoh tertentu.

Orang yang diwakilkan itu tidak boleh menjatuhkan talak lebih daripada satu melainkan suami menyatakan sebaliknya. Jika suami mewakilkan talak kepada isteri dengan syarat, maka talak akan jatuh sebaik saja syarat itu dipenuhi. Ini berbeza dengan pendapat golongan Syafie yang mensyaratkan ia perlu dilaksanakan dengan segera tanpa bersyarat.

Merujuk persoalan puan, ia tertakluk ketentuan dan persetujuan antara suami puan dengan isteri keduanya. Jika suami ada atau tidak mewakilkan atau menyerahkan kuasa talak kepada isteri keduanya itu, maka si isteri berhak menceraikan dirinya sendiri.

Cuma jika memegang kepada pendapat golongan Syafie, isteri perlu menjatuhkan talak ke atas dirinya dengan segera, tidak boleh digantung atau ditaklikkan dengan syarat.

Jika suami tidak menyerahkan kuasa talak kepada isteri keduanya, lafaz taklik dibuat isteri kedua itu berkemungkinan besar tidak sah menurut hukum syarak.

Cuma dalam persoalan ini, ia adalah antara suami dan isteri keduanya. Mereka yang perlu memanjangkan perkara itu ke Mahkamah Syariah untuk pengesahan.

Jawapan disediakan Timbalan Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Musa Awang. Sila layari http://peguamsyarie.org.
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-2-2025 07:34 PM GMT+8 , Processed in 0.632228 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list