CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: minahrock

Kepada Yang Suka Pada Khomeini

[Copy link]
Post time 26-8-2006 12:48 PM | Show all posts
tak yah ler quote gamba yg awak post.  buat lambat jer nak loading ~ ibnur

Islam yang dibawa oleh Khomeini hanya berteraskan SEMANGAT! Dan bukan atas dasar Iman dan Taqwa!

Sebab tu kalau masa hidup para pengikut dibawa dengan semangat berapi-rapi apa pulak hujah dapat kontol pengikut selepas mati!

Pengikut dah tak mampu nak menggunakan akal apatah lagi nak gunakan Iman Dan Taqwa! Akibatnya jenazah Khomeini yang jadi mangsa!!

[ Last edited by  ibnur at 26-8-2006 11:17 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-8-2006 03:18 PM | Show all posts
Fahaman Ahlul Sunnah Wal Jamaah, aurat seseorang bagi lelaki ialah dari pusat sampai ke lutut! Jadi kalau Khomeini dah meninggal, anak buah dia tak reti ker menjaga aurat Tok Imam mereka? Macam mana nak tegak negara Islam menurut sunnah nabi?

Tak tau ler kalau nak tegak negara Islam menurut sunnah Yahudi! Tak heran juga sebab tegak pun atas nama Revolusi:

Alahai, Khoemeini! Sayang seribu sayang!
:geram::geram::geram:
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2006 07:15 PM | Show all posts
Akibat Tidak Mengenal Diri


Manusia ini kalau dari kecil tidak dididik rohaninya
Hanya diberi ilmu syariat-syariat yang lahir-lahir sahaja
Dia akan lebih kenal orang lain dari dirinya
Kejahatan orang lain dia lebih nampak dari kejahatan dirinya sindiri
Orang lain sombong atau ego dia nampak,
pada masa yang sama ego dirinya lebih besar dari orang itu dia tidak terasa
Di waktu dia susah orang tidak membantunya dia terasa
padahal dia sendiri tidak pernah membantu orang
dia tidak terasa satu kesalahan
Orang mementingkan diri dia tersinggung,
Dia mementingkan diri dia tidak sedar yang sudah jadi budaya
Orang lain bakhil dia nampak  tidak patut,
dia sendiri bakhil seolah-olah tidak mengapa
Orang tidak sabar dia nampak sangat,
dia tidak sabar payah dia hendak memahaminya
Begitulah manusia jika tersalah didik dari kecilnya
Soal-soal roh atau hati,
yang ada hubungan dengan mahmudah dan mazmumah
tidak pernah dia kenal
Kalaupun dia diajar tentang Islam
hanya banyak menekankan syariat lahir semata-mata
Akibatnya dia tidak kenal diri-sendiri
Tidak kenal diri sendiri ertinya tidak boleh nilai diri
Tidak boleh nilai diri sendiri, kejahatan orang lainlah yang dia nampak
Kejahatan diri sendiri dia tidak nampak
Kejahan diri sendiri dia tidak sedari
Oleh itu orang ini selalu sahaja menuding jari kepada orang lain
Dirinya terkecuali daripada kesalahan
Ramai manusia di dunia hari ini bersikap begini.



Hasil Nukilan
Ustaz Ashaari bin Muhammad
2.12.2002-1

Waktu Dhuha
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2006 07:43 PM | Show all posts
Dan bg aku , org yg x kenal diri ini, cthnya ialah ORANG YANG SELALU PETIK KATA2 ORANG  LAIN instead dr ada idea sndiri utk brkata2 , period!

Wassalam
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2006 09:23 PM | Show all posts
Originally posted by janggutmuda at 26-8-2006 12:48 PM


Islam yang dibawa oleh Khomeini hanya berteraskan SEMANGAT! Dan bukan atas dasar Iman dan Taqwa!

Sebab tu kalau masa hidup para pengikut dibawa dengan semangat berapi-rapi apa pulak hujah d ...

Anda pembenci khomeini yang menghukum beliau dengan semangat kebencian anda, sekiranya anda bercakap dengan takwa, tentunya kata2 tersebut tidak keluar dari mulut anda apatah lagis ekiranya anda mengetahui bahawa iman dan takwa bukan boleh dijelaskan dengan sekadar sedap mulut. perkara yang berlaku ke atas jenezah Imam khomeinin tidak sedikitpun menunjukkan kehinaan ke atasnya kerana kafan hanyalah pakaian untuk berpindah ke alam yang baru dan tidak ada nilai kepadanya dari segi iman dan takwa, sedangkan iman dan takwa Khomeini akan ditimbang secara berasingan dari kafan yang dipakaikan kepadanya. Apabila fahd meninggal, anda dapat lihat betapa kafannya tetap utuh dan bersih lalu sekiranya anda memusuhi wahabi, apakah anda menganggap ia sebagai petunjuk kepada keimanan dan ketakwaan Fahd? sekiranya anda seorang yang berpegang kepada hujah zahir maka anda patut meyakini kedudukan Fahd yang tinggi di sisi Allah berdasarkan keutuhan kafannnya, dan sekiranya anda menyokong Ash'ari maka anda harus menolak Ashaari yang jelas tidak dapat menandingi Ayatollah Khameinei dari segi paras rupanya.
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2006 09:27 PM | Show all posts
Originally posted by syeikhbelalang at 26-8-2006 03:18 PM
Fahaman Ahlul Sunnah Wal Jamaah, aurat seseorang bagi lelaki ialah dari pusat sampai ke lutut! Jadi kalau Khomeini dah meninggal, anak buah dia tak reti ker menjaga aurat Tok Imam mereka? Macam man ...

memang kata2 yang cerdik tidak pernah diharap datang dari fikiran yang lemah. Dan nampaknya belalang masih belum mampu mengeluarkan fikiran2 yang bernas dari lampung pemikirannya yang sering menghampakannya? Can somebody please tell this guy that Imam khomeinei was never a Sunni thus imposing Sunni's verdict regarding  Aurat should never be the case here?!

belalang...belalang.....hai la belalang
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-8-2006 09:31 PM | Show all posts
janggut muda
Satu lagi kisah yang pelik bab Syiah ni ialah cara Imam mereka bersolat! Pelik tapi benar ! Tok Imam mereka bersolat pada lantai yang lebih rendah dari makmum!

Mereka ikut cara siapa yang bersolat? Waktu zaman nabi dan khulafa arrasyidin pun tak begini? Mungkin nak mengambarkan betapa tawadhuk (rendah diri) Tok Imam mereka? Tak ker bidaah namanyer?

Teringat saya akan kiasan yang Pak Blalang sebut dahulu. Tok Imam Syiah bersolat dalam longkang! Entah , pk,pk betui gak!!


Pelik sebab berlainan dengan apa yang anda tahu tidak membuktikan sesuatu itu salah. Anda mungkin mau membuktikan bahawa Rasul tidak solat secara begini...so kita semua boleh belajar dari anda. Anda sebagai orang yang pandai menghukum mungkin dapat membawa hujah anda sekiranya anda orang yang benar.
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2006 10:00 PM | Show all posts
Originally posted by billionaire at 26-8-2006 09:23 PM

Anda pembenci khomeini yang menghukum beliau dengan semangat kebencian anda,  ...


Saya bukan membenci Khomeini's dengan semangat kebencian saya: Sebab utama ialah ajaran Khomeoni's yang suka melaknat sahabat rasululah dan membawa Iran dengan semangat Revolusi atas nama Islam! Sedangkan dalam Islam mana ader nama Revolusi iaitu kekerasan. Sebaliknya Islam disebarkan secara Evolusi (lemah lembut) secara menanam iman dan taqwa!

sekiranya anda bercakap dengan takwa, tentunya kata2 tersebut tidak keluar dari mulut anda


Persoalannya ajaran Khomeini's dalam kitabnya menyebut soal taqwa ker? Ajarannya banyak kepada Revolusi secara berapi2! Begini rupa anda boleh tertarik padanya?:

sedangkan iman dan takwa Khomeini akan ditimbang secara berasingan dari kafan yang dipakaikan kepadanya.


:geram::geram::geram: Macam mana didikan iman dan taqwa Khomeini's meninggalkan kesan pada anak buahnya yang menjadi kasar sewaktu pengkebumiannya? Itu pun anda kata Khomeini's mendidik dengan iman dan taqwa?

Beliau melaknat sahabat Rasululah melalaui iman dan taqwa ker?:: Harap2 teruskan lagi pengajian anda mengenai khomeini's!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-8-2006 10:02 PM | Show all posts
Originally posted by billionaire at 26-8-2006 09:31 PM


Pelik sebab berlainan dengan apa yang anda tahu tidak membuktikan sesuatu itu salah. Anda mungkin mau membuktikan bahawa Rasul tidak solat secara begini...so kita semua boleh belajar dari anda. ...


Anda boleh buktiker rasululah bersolat cara Imam Syiah bersolat? Kalau tak boleh bukti buat apa nak mengikut amalan bidaah dalam fahaman Syiah? Lepas tu bersujud dengan menggunakan batu karbala!!

Ini lagi amalan2 kurafat dalam Islam!:hmm::
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2006 10:07 PM | Show all posts
Originally posted by billionaire at 26-8-2006 09:27 PM

memang kata2 yang cerdik tidak pernah diharap datang dari fikiran yang lemah. Dan nampaknya belalang masih belum mampu mengeluarkan fikiran2 yang bernas dari lampung pemikirannya yang sering meng ...


Soalnya fikiran siapa yang lemah? Adakah dengan mempunyai Phd lebih cerdik dari lepasan SRP? Anda mesti sedia maklum perbezaan antara cerdik pandai dengan bijak! Mengusung jenazah dalam keadaan berbogel boleh diterima sebagai amalan cerdak pandai? :

Kalau anda dan puak2 anda terima, akuilah hakikat bahawa puak syiah adalah sebodoh-bodah puak dalam Islam yang terbahagi kepada 73 puak!:nyorok:

Tak tahulah saya macam mana anda boleh menerima alasan yang tak relavan atau masuk akal!

:
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2006 10:08 PM | Show all posts
janggutmuda post anda pada: at 23-8-2006 11:02 PM

Anda kata: (1) Sahabat2 Rasululah ibarat BINTANG-BINTANG dilangit!!! (2)Mereka hidup bersama dan menghayati perjuangan Islam  pada zaman Rasululah! (3) Apakah hak Khomini untuk melaknat mereka? Samalah dengan melaknatkan Rasululah!!

Kalau bintang2 di langit, maka bintang yang mana yang harus diikuti apabila Aisyah keluar bersama ribuan tenteranya memerangi khalifah muslimin yang sah (Amirul Mukminin Ali a.s)? Apakah hak Aisyah memerangi Ali? Bukankah mentaati Ulil Amri itu adalah kewajiban setiap mukmin lalu apabila apakah Aisyah telah diberikan pengecualian dalam perkara ini?
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2006 10:10 PM | Show all posts
Dan sekiranya semua sahabat adalah benar, maka untuk apa ayat tentang orang2 munafik diturunkan? Apakah ia diturunkan untuk orang kafir ataupun ke atas orang2 yang pura2 islam yang berpura bersahabat dengan rasul dan berada si sekitar kota Madinah (Surah at taubah 101)? Menghayati perjuangan rasul bagaimana sekiranya mereka berperang sesama sendiri selepas rasul wafat? Apakah itu yang diajarkan rasul - Apakah rasul mengajarkan penyelesaian masalah adalah dengan berperang atau menyerahkannya kepada Ulil Amri? Bagaimana pula dengan sebahagian sahabat Rasul yang akan dicampakkan ke neraka seperti yang tercatat dalam hadis Bukhari dan muslim? Mengapa pula melaknat orang2 yang bersalah sama dengan melaknat Rasulullah?

Sekiranya bagi anda kesalahan sahabat itu tidak melekat kepada mereka (maksum?), maka janganlah anda menghukum orang2 yang tidak percaya dengan sahabat itu maksum daripada dosa dan kesalahan.

p/s: Masih belum nampak bagaimana anda menanggapi posting gravedigger tentang kecelaruan sumber para pengkritik Almarhum Khomeini.
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2006 10:11 PM | Show all posts
Nasib Cerdik Pandai Yang Sombong



Selalunya orang yang pandai lagi cerdik pintar pula, bercakap payah merendah diri
Kalau bercakap dengan orang payah mahu mengalah
Pantang tercabar lebih-lebih lagi kalau dicabar egonya datang terserlah
Payah mahu menerima kebenaran dari orang
Bercakap berpanjang-panjangan bertegang urat tidak sudah,
berbahas tidak selesai, tidak ada keputusan
Orang yang begini susah hendak kekal kawan
Kawan selalu sahaja pecah hati, tersinggung perasaan
Orang ini kasihan kerana hendak pertahankan ego hilang kawan
Ingin berkawan, suka berkawan tapi kawan tidak tahan
Akhirnya ramai kenalan, tapi keseorangan, kawan tidak berkekalan
Begitulah orang yang suka bangga diri
Ego sayang hendak dibuang padahal ia merugikan diri
Bijak, pandai tapi kehilangan kawan
Ramai kenalan tapi sekadar kenalan, kasih sayang hilang
Sungguh sayang, diri terasa pandai tapi tidak ada orang hendak ikut
Kerana sikapnya kasih sayang renggang, kepercayaan orang hilang
Begitulah nasib orang yang sombong
Pandai, bijak tapi orang tidak hendak
Perangilah ego, ia sangat merugikan
Sayang sekali kalau kita pandai namun orang tidak akan ikut juga
Sifat ego itulah orang renggang dari kita
Rendahkanlah diri kita tidak rugi


Hasil Nukilan
Ustaz ashaari bin Muhammad
15.5.2004
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2006 10:13 PM | Show all posts
Originally posted by janggutmuda at 26-8-2006 10:02 PM


Anda boleh buktiker rasululah bersolat cara Imam Syiah bersolat? Kalau tak boleh bukti buat apa nak mengikut amalan bidaah dalam fahaman Syiah? Lepas tu bersujud dengan menggunakan batu karbala ...

mengapa anda tidak baca tentang sujud di atas tanah yang telah dijelaskan, dan bantahlah di situ kerana telah lengkap dalilnya dari pihak anda sendiri. Itu lebih baik bagi anda dari anda membuat perkara yang sia2 dengan mempertikaikans esuatu yang anda sedikitpun tidak ada pengetahuan di dalamnya, dan hanya menghukum berdaasrkan apa yang anda percaya benar.

Dan tugas pembuktian adalah kepada anda sebagai orang yang mendakwa kerana mustahil pendakwa raya hanya bercakap mengikut mulutnya bukan berdasarkan bukti. Maka buktikan apakah Nabi tidak bersoalat seperti apa yang anda dakwakan, dan kamis emua menanti jawapan anda untuk melihat sejauh mana kebenaran anda...
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2006 10:18 PM | Show all posts
Originally posted by billionaire at 26-8-2006 10:13 PM

Dan tugas pembuktian adalah kepada anda sebagai orang yang mendakwa kerana mustahil pendakwa raya hanya bercakap mengikut mulutnya bukan berdasarkan bukti. Maka buktikan apakah Nabi tidak bersoalat seperti apa yang anda dakwakan, dan kamis emua menanti jawapan anda untuk melihat sejauh mana kebenaran anda... ...




Saya dah bagi bukti2 dengan bergambar! Apakah dengan cara berhujah begini anda tidak boleh terima?
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2006 10:26 PM | Show all posts
Originally posted by janggutmuda at 26-8-2006 10:07 PM


Soalnya fikiran siapa yang lemah? Adakah dengan mempunyai Phd lebih cerdik dari lepasan SRP? Anda mesti sedia maklum perbezaan antara cerdik pandai dengan bijak! Mengusung jenazah dalam keadaan berbogel boleh diterima sebagai amalan cerdak pandai

mengapa anda terasa? lainlah kalau anda belalang yang sedang bertransformasi.

Kami semua tidak nampak ada yang disusung dalam keadaan berbogel? Apakah anda cuba menipu orang yang celik?

Dan tentang hadis 73 firqah, kami bukanlah orang2 bodoh seperti yang anda fikirkan. Dari sisi kami juga ada terdapat hadis 73 firqah, di sisi muktazilah juga ada hadis yang sama. Belajar dulu keluar dari tempurung, jangan menghentam fahaman orang lain berdasarkan apa yang tergantung di di dinding tempurung anda sendiri semata2....

[ Last edited by  billionaire at 26-8-2006 10:41 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-8-2006 10:27 PM | Show all posts
Originally posted by janggutmuda at 26-8-2006 10:18 PM




Saya dah bagi bukti2 dengan bergambar! Apakah dengan cara berhujah begini anda tidak boleh terima?

nampaknya anda terlalu terdesak!
Bukti yang dipinta adalah tentang solat, sekiranya anda tidak dapat membawakannya maka kami faham...jangan malu untuk mengakuinya...

ni permintaannnya:

Dan tugas pembuktian adalah kepada anda sebagai orang yang mendakwa kerana mustahil pendakwa raya hanya bercakap mengikut mulutnya bukan berdasarkan bukti. Maka buktikan apakah Nabi tidak bersolat seperti apa yang anda dakwakan, dan kami  semua menanti jawapan anda untuk melihat sejauh mana kebenaran anda...

jangan anda melarikan diri pula

[ Last edited by  billionaire at 26-8-2006 10:30 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2006 10:29 PM | Show all posts
Apabila fahd meninggal, anda dapat lihat betapa kafannya tetap utuh dan bersih lalu sekiranya anda memusuhi wahabi, apakah anda menganggap ia sebagai petunjuk kepada keimanan dan ketakwaan Fahd?

Sekiranya anda seorang yang berpegang kepada hujah zahir maka anda patut meyakini kedudukan Fahd yang tinggi di sisi Allah berdasarkan keutuhan kafannnya, dan sekiranya anda menyokong Ash'ari maka anda harus menolak Ashaari yang jelas tidak dapat menandingi Ayatollah Khameinei dari segi paras rupanya.
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2006 10:33 PM | Show all posts
Originally posted by billionaire at 26-8-2006 10:29 PM
Apabila fahd meninggal, anda dapat lihat betapa kafannya tetap utuh dan bersih lalu sekiranya anda memusuhi wahabi, apakah anda menganggap ia sebagai petunjuk kepada keimanan dan ketakwaan Fahd?
...


Persoalan saya , pernah ker Nabi bersolat dalamm kedudukan Imam dalam longkang seperti mana Imam Syiah buat? Anda belum bagi bukti lagi! Dimana , bila dan suasana solat masa zaman Nabi?
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2006 10:34 PM | Show all posts
Originally posted by janggutmuda at 26-8-2006 10:33 PM


Persoalan saya , pernah ker Nabi bersolat dalamm kedudukan Imam dalam longkang seperti mana Imam Syiah buat? Anda belum bagi bukti lagi! Dimana , bila dan suasana solat masa zaman Nabi?

anda yang menuduh andalah yang perlu membawakan bukti...beban di atas bahu orang yang mendakwa. kami mahu belajar dari anda. Sekiranya anda gagal, maka anda tidak berhak menghukum syiah dengan apa yang anda percaya benar melainkan anda berjaya membawa bukti atas tuduhan anda.

[ Last edited by  billionaire at 26-8-2006 10:36 PM ]
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-1-2025 10:40 AM GMT+8 , Processed in 0.465095 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list