|
Reply #20 MsJaneDoe's post
aku pon tatao..takisah la lagu ape2 asalkan seswai ngan kemantapan vokal die... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #21 jac_diehard_fan's post
Tuhlaa..tp album nih pun die kate byk kengkawan tulun die..hope kengkawan tuh x serik tulun walaopun album nih laku x laku..or hrp ade org len nk tulun gak..so harap ade laa nex albumnye..album TI bosan.. |
|
|
|
|
|
|
|
industri skrg bnyk memandang rupa paras..sedang ramai yg berbakat wpun tkde rupa dan body yg cantik..cian kak dib dulu smpi terpaksa berusaha sendiri.. |
|
|
|
|
|
|
|
korang penah dgr lagu DESTINASI yg adibah noor nyanyi utk promosi SUKOM 98 dulu??? bg aku lagu tu la yg PALING MENYERLAHKAN VOKAL adibah noor....the best ever yg aku penah dgr...lagu tu ada 2 versi...malay & english... |
|
|
|
|
|
|
|
Terlalu Istimewa - Adibah sanggup berhabis lebih RM130,000
Oleh KHADIJAH IBRAHIM
ADIBAH Noor bersama CD Terlalu Istimewa.
--------------------------------------------------------------------------------
KALAU ada yang berpendapat usia 35 tahun sudah lewat untuk menghasilkan album pertama namun tidak kepada Adibah Noor.
Justeru itulah Adibah yang sudah menunggu selama 10 tahun akhirnya tampil dengan album sulung berjudul Terlalu Istimewa.
Adibah yang telah membelanjakan sebanyak RM135,056 dengan wang hasil persembahannya percaya kemunculan album Terlalu Istimewa mampu menarik perhatian ramai.
Katanya, meskipun ini adalah album sulung namun dia percaya populariti yang dibina selama ini boleh diguna sebagai jana untuk mempromosikan album tersebut.
``Saya bukanlah orang baru dalam bidang ini. Saya beruntung berbanding penyanyi baru lain kerana orang telah mengenali saya sebelum ada album. Saya harap kelebihan ini dapat membantu saya menjual album Terlalu Istimewa,''katanya penuh harapan.
Setakat ini album berkonsep pop komersial yang berharga RM20, terbitan Adibah Noor Entertainment itu hanya boleh dibeli di seluruh rangkaian pusat membeli belah The Store, Butik Ms. Read dan menerusi e-mel: adibah_noor@ yahoo.com.
Katanya, album tersebut memuatkan 17 buah lagu termasuk enam lagu minus one. Antara penerbit yang bertanggungjawab ialah Azlan Abu Hassan, Jock Chew, Mohariz Yaakup dan Badrul The Muffins.
Jelas Adibah, setiap cakera padat (CD) yang dijual, RM3 daripadanya akan didermakan kepada tiga badan kebajikan iaitu Majlis Kanser Negara (MAKNA), Mercy dan Yayasan Sultanah Bahiyah.
Adibah yang tabah itu sempat melahirkan perasaan lega kerana kehadiran The Store yang melantiknya sebagai duta mereka selama tiga tahun memudahkan dia mengatur strategi pemasaran.
Katanya, dia tidak perlu pening kepala memikirkan jadual promosi kerana The Store berjanji untuk mengatur promosi bergerak untuknya di seluruh negara.
Sehingga kini dia masih lagi mencari pengedar untuk album yang menampilkan lagu Terlalu Istimewa sebagai single pertama.
``Saya sudah berbincang dengan beberapa buah syarikat tapi banyak sangat syarat yang ditetapkan, jadi saya abaikan.
``Ada satu syarikat telah menolak tapi berminat semula untuk edar. Setakat ini kami masih berbincang,'' ceritanya sewaktu majlis pelancaran album Terlalu Istimewa di Kelab Tasik Putrajaya, Sabtu lalu.
Selain pelancaran album, majlis tersebut turut meraikan hari ulang tahun Adibah ke 35 tahun dan perjumpaannya dengan rakan-rakan lama.
Puas hati dengan album
Jelas Adibah, dia tidak sangka dalam usia sekarang barulah berkesempatan melahirkan album sulung.
Kelahiran album Terlalu Istimewa melengkapkan impian Adibah yang dipendam sejak 10 tahun lalu.
Sepatah katanya di majlis pelancaran, ``selama ini asyik nyanyi lagu orang sahaja, sekarang saya sudah boleh menyanyi lagu sendiri.''
Katanya, matlamat utama menghasilkan album adalah sebagai kepuasan diri dan juga ingin mengingatkan orang ramai bahawa dia adalah penyanyi dan bukan pelakon.
``Sejak sering muncul dalam iklan, orang ingat saya pelakon. Menyanyi masih lagi menjadi keutamaan saya,'' katanya terus terang.
Untuk melahirkan album ini Adibah lebih senang menggunakan wang saku daripada membuat pinjaman atau tajaan daripada orang lain.
Meskipun dia berkuasa memilih lagu yang bakal dimuatkan, namun setiap lagu pilihannya akan diperdengarkan kepada rakan-rakan untuk penilaian.
``Memanglah saya yang memilih dan menentukan konsep apa yang hendak ditonjolkan. Walaupun lagu-lagu dalam album ini pilihan saya tapi ia bukan album syok sendiri tau, sebab saya akan minta pandangan rakan-rakan juga. Kalau mereka kata okay barulah saya rakam,'' katanya. |
|
|
|
|
|
|
|
Kan bagus kalau dia dapat turunkan berat badan dia....aku memng suke dia nie. Budak opis buka lagu dia sampai jelak satu pejabat...kalau dia diet pun at least utk kesihatan dia jugak....:bgrin: |
|
|
|
|
|
|
|
sronok tgk gelagat adibah dlm iklan2 TV3 dan yg terbaru pasal TENAGA NASIONAL...jimat elektrik... |
|
|
|
|
|
|
|
Bg aku album dier sgt bagus.....Lagu2 dier mesra pendengar. Semesra org nya.
Psstttt...ajak le kak Dib masuk sini. dia kan pernah masuk forum dulu. Boleh tanya dia berapa agaknya jualan album dier sekrg ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #27 burung_pungguk's post
EH ADE EH..TAK TGK LAIE LA~ |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by jac_diehard_fan at 8-9-2006 06:38 PM
EH ADE EH..TAK TGK LAIE LA~
ada...antara dialog dia " nanti mak simpan duit kita pergi bercuti kat Iceland"..."kalau nak jimat memang boleh"...kena tgk...lawak...:bgrin: |
|
|
|
|
|
|
|
adibah noor adalah pemenang tempat pertama Pertandingan SUARA 90'AN NESCAFE kat RTM awal 90'an dulu...tak silap tahun 1991...
ada org kasi tau adibah noor penah nyanyi lagu2 ZZ sambil duduk...selamba jer dia tarik part2 yg tinggi melangit tuh...:bgrin: |
|
|
|
|
|
|
|
suka dengar dia cakap english. very fluent. |
|
|
|
|
|
|
|
saya suka adibah noor dari dulu lagi. satu ketia dia menyanyi dengan asia beat. tp masa tu dia menyanyi banyak lagu-lagu oran lain lah. suara dia yang pasti lepas dan hebat. kadang-kadang lebih seronok mendengar dia menyanyi live dari di radio. |
|
|
|
|
|
|
|
adibah memang best pernah tengok dia nyanyi live , power.........:pmuka: |
|
|
|
|
|
|
|
she is talented n has great voice |
|
|
|
|
|
|
|
:setuju:
aku dpt rasakan kak dib akan menang besar ajl nnt :pompom: |
|
|
|
|
|
|
|
aku naik kan thread ni. ...
rasa nak jer aku hias thread ni. ..
sapa nak join Deebers Cari ?? :pompom:
:lol.. ..
Tahniah Terlalu Istimewa. .. mmg cukup istimewa. .. :love:
[ Last edited by adik_nazgul at 22-1-2007 12:05 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga kemenangan Adibah Noor malam ini akan membuka Mata,Hati dan Jiwa pihak2 yang pernah mendiskriminasikan beliau.
:love: :love: :love:
I will always vote for you Kak Dib! |
|
|
|
|
|
|
|
DEEBERS Cari :pompom: . .. :love:
sapa nak join ?? :jeling:
1. adik_nazgul |
|
|
|
|
|
|
| |
|