CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ecam

Merged : Semua Tentang BONSAI

[Copy link]
 Author| Post time 18-9-2006 03:08 PM | Show all posts

Reply #20 Syd's post

tq syd.. lupa lak nak tepek gambar....

my next step is to membonsaikan pokok delima.. ari tu dah cuba tanam biji dia n dah stat cambah.. tak tauler buleh ker idak tapi nak cuba try test gak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-9-2006 10:59 AM | Show all posts
hai Syd.. byk pokok bonsai ker... leh syer gambar...

act, last month kempot ade bli Bonsai yg dah besa but nursry tuh x cutting la dedaun die, serabai jer... so Kempot try la nak trim tp cam kureng je larr...  mlopong smacam jer... atau pon bl dah lelama nnt br nampak full..

Kot2 kenkawan ade cara nak membentuk bonsai dgn cr yg mudah n cpt...
sila2kanlah b.tau e...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-9-2006 12:08 PM | Show all posts

Reply #22 kempot's post

kene pakai dawai.. seelok2 copper sbb tak karat
bab nih mmg takde jalan mudah.. kena tunggu berbulan2
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-9-2006 12:05 PM | Show all posts
smalam aku beli pokok baru utk ditrim jadik bonsai
jenis fir kot.. nama/spesis x baper pasti... kecik je lagi n dah masuk dalam pasu

hopefully lagi 20 taun dia jadik cantekkk.. leh bagi kat menantu
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2006 09:16 AM | Show all posts
Originally posted by ecam at 20-9-2006 12:05 PM
smalam aku beli pokok baru utk ditrim jadik bonsai
jenis fir kot.. nama/spesis x baper pasti... kecik je lagi n dah masuk dalam pasu

hopefully lagi 20 taun dia jadik cantekkk.. leh bagi kat men ...


Lg 20 taun???Bg kat menantu??Fuh berwawasan sungguh. Sorry la saya kurang berminat sikit nak jaga bonsai. Tgk suka le.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-9-2006 09:50 AM | Show all posts

Reply #25 afyyzuul's post

saja boh target lama2 :lol ... skang pun tgh blaja lagi cemana nak dptkn bentuk tertentu...
modal kecik je lagipun.. benih 1.50-3, pasu <3...
Reply

Use magic Report

Follow Us
khaikiq This user has been deleted
Post time 5-10-2006 05:21 PM | Show all posts

bonsai

ada sesiapa disini minat bonsai, sy baru je menceburi bidang bonsai ni, sekarang ni tengah membesarkan anak2 bonsai tu.. anyone..
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2006 01:12 AM | Show all posts
minat gak bonsai ni.....

tepek la pic anak2 bonsai u..!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-10-2006 07:20 AM | Show all posts
kene sabo byk nk tanam bonsai ni...lmbt tul nk nmpk hasilnya
Reply

Use magic Report

khaikiq This user has been deleted
Post time 6-10-2006 09:37 AM | Show all posts
ok.. nanti i amik gambar bonsai2 tu sekelian... memang lama nak tgk dia membesar.. tp macam puas hati.. hehehe.. will upload the pics soon..
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2006 10:06 AM | Show all posts
Originally posted by khaikiq at 5-10-2006 05:21 PM
ada sesiapa disini minat bonsai, sy baru je menceburi bidang bonsai ni, sekarang ni tengah membesarkan anak2 bonsai tu.. anyone..



Cuba lihat di sini....dah kuar topik ni b4...kat sini banyak gambar yg ifa dah tepek.....

http://forum.cari.com.my/viewthr ... &extra=page%3D2
Reply

Use magic Report

khaikiq This user has been deleted
Post time 6-10-2006 12:35 PM | Show all posts
thanks ifa for the info....
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2006 12:37 PM | Show all posts
Originally posted by khaikiq at 6-10-2006 12:35 PM
thanks ifa for the info....


no problem.....ghajin2lah lepak kat HG nie..banyak info berguna pasal gardening yg boleh dibaca...:pmuka:
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2006 01:47 AM | Show all posts
ifa ni memang rajin bagi info berguna kat HG...

thumbs up to you ifa..!!

good job.
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2007 03:44 AM | Show all posts
Saya dpt pokok ni dari orang yang buat taman mini rumah saya. Dia ckp this pokok kena letak under the sun -- tapi saya letak dkt kawasan yang tak kena matahari direct. Kadang kadang (time petang) baru letak dkt kaw open. Takut lah ada pokok ni takut dia mati. Saya bukan pandai sangatnak jaga benda benda bernilai mcm ni. Saya suka pokok yang senag dijaga sahaja-





[ Last edited by  DARSITA at 8-1-2007 11:46 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2007 12:10 PM | Show all posts
Kreativiti seni bonsai Melayu
Oleh Hussain Said


Sentuhan masa lapang Abdullah menggunakan pokok tempatan pernah ditawarkan harga lumayan



POKOK tempatan menghasilkan bonsai yang cantik dan unik

BONSAI, sejenis tumbuhan dengan keunikan dan keindahan mengasyikkan, sering dikaitkan dengan golongan berada dalam masyarakat Tionghua kerana dipercayai mampu memberi tuah kepada pemiliknya.

Kaitan itu menyebut mereka tidak lokek mengeluarkan belanja besar sehingga ribuan ringgit bagi mendapatkan bonsai yang mampu bertahan lama kerana kepercayaan lebih lama hayat tumbuhan itu, lebih tuah kepada kehidupan mereka.

Jarang sekali bonsai yang bermaksud `tanaman dalam pasu' dalam bahasa Jepun dan diperkenalkan di China sejak 1,000 tahun lalu dikaitkan dengan masyarakat Melayu.

Alasan utama - pokok yang dibonsaikan umumnya pohon berkayu seperti beringin atau pohon bunga atau pokok buah-buahan memerlukan penjagaan rapi serta kos yang tinggi.

Namun, Abdullah Rus Mohamad, 33, membuktikan sebaliknya dengan menjadikan seni tanaman bonsai sebagai hobi waktu senggangnya, terutama petang selepas bekerja.


BONSAI unik dan memerlukan penjagaan rapi

Lebih menarik bonsai kepunyaannya bukan dibeli atau diimport dari luar negara, sebaliknya menggunakan pokok tempatan seperti santalia, ara putih, ara liar, ara hutan dan pokok hiasan teh pagar.

Hasil hobi yang bermula sejak sedekad lalu, dia kini mempunyai kira-kira 30 pokok bonsai yang memaparkan keindahan seni gubahan daun, susunan ranting serta nilai keunikan batang dan akar tersendiri.

Ia menambah kehijauan laman kediamannya di Taman Mawar, Titi, dekat Kuala Klawang, Jelebu.

Dia yang kini bekerja bebas selepas berhenti dari sebuah kilang di Senawang, dua tahun lalu, berkata seni bonsai amat mengasyikkan jika dilakukan dengan penuh tumpuan.

"Seni bonsai adalah sesuatu yang unik dan boleh membuatkan saya asyik dan leka apabila melihatnya. Bagaimanapun, saya hanya memberi tumpuan apabila ada masa lapang, terutama selepas waktu kerja.

"Jika tidak, sudah tentu saya leka dan seharian tidak membuat kerja langsung," seloroh bapa kepada lima anak itu.

Keseluruhan pokok bonsainya dibentuk hasil daya kreativiti sendiri, termasuk menggunakan bahan yang mudah didapati seperti tunggul kayu dan batu sungai sebagai perhiasan.

"Walaupun kreativiti sendiri, saya puas hati kerana hasilnya tidak menghampakan. Kesan artistik daripada bonsai dilihat daripada keseimbangan dalam ukuran batang, daun, ranting bunga dan bentuk pasu digunakan.


POKOK senangin antara
yang paling sesuai
dibonsaikan

"Pasu yang dipakai haruslah yang mendukung suasana pohon yang ditanam dan lazimnya berbentuk kawah dengan permukaan lebih besar," katanya, yang berkongsi minat itu bersama isteri, Ruslaili Omar, 32.

Ruslaili turut mencurahkan idea untuk menghasilkan bonsai yang menarik dan unik.

"Isteri saya banyak membantu menyumbang idea bagi menghasilkan bonsai yang cantik dan unik. Namun, saya melarangnya memegang pohon berkenaan... hanya menyiram terutama selepas subuh dan waktu malam," katanya.

Abdullah tidak menafikan pernah didatangi masyarakat Tionghua yang menawarkan harga tinggi bagi mendapatkan bonsainya.

"Mereka terkejut kerana bonsai saya mempunyai gubahan dan keunikan tersendiri. Lagipun, ia bukan diimport, sebaliknya menggunakan pokok tempatan yang jarang diperoleh.

"Bagaimanapun, saya masih belum terbuka hati menjual walaupun mendapat tawaran yang tidak mampu ditolak. Mungkin lain kali kerana saya masih sayang dan mahu menjaga semua bonsai ini," katanya.



FAKTA

Panduan tanam bonsai

Kenal pasti jenis pokok yang hendak dikatikkan.

Penggunaan sudip, pemangkas, gergaji, guni kain perlu sesuai dengan struktur tanah di kawasan pokok.

Tanaman atau pohon dikerdilkan dengan memotong akar dan rantingnya.

Pohon dibentuk dengan bantuan kawat pada ranting dan tunas.

Penggunaan 70 peratus tanah campuran pasir kerikil dan 30 peratus bahan organik, termasuk reputan daun perlu kepada pokok yang baru diambil.

Penggunaan baja kimia tidak digunakan langsung, sebaliknya lebih sesuai dibajai secara konvensional menggunakan baja kompos atau organik.

Keindahan pokok lebih menampilkan nilai seni apabila ditanam di ruang sempit serpihan kayu cengal atau batang kayu yang terbuang.


Ciri pokok yang sesuai dibonsaikan

Tahan lama dan mempunyai jangka hayat panjang.

Berdaun kecil.

Tahan lasak dan sesuai dengan iklim panas dan lembap.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-3-2007 10:56 PM | Show all posts

Landscaping Bonsai

Hi semua!!
I cadang nak buka satu thread baru yang dinamakan landscaping bonsai. Ia adalah kombinasi pokok pokok bonsai kecil yang disusun atur dengan batu supaya membentuk satu permandangan yang indah. Ia mengambarkan alam semulajadi yang telah dikecilkan. Landscaping bonsai juga memerlukan assessori kecil seperti rumah, jambatan dan sebagainya dimana boleh menimbulkan suasana yang menarik. Saya akan upload beberapa rekaan yang saya telah buat termasuk juga rekaan teman teman yang juga mempunyai hobi yang sama.
Saya suka mereka landscaping yang menggunakan batu batu yang berbeza dan juga tanaman pokok-pokok bonsai yang berbeza. Namun pokok yang terpilih haruslah mempunyai struktur daun yang kecil supaya sepadan dengan saiz batu yang dipilih. Mungkin terdapat pembaca yang tertanya tanya batu yang digunakan tidak boleh diambil contohnya batu dari gua kerana ianya perlu dipelihara, namun begitu batu yang saya perolehi ini diambil dari kuari pecahbatu dengan keizinan pemiliknya. Tak ambilpun hancur juga kena bom... hehe
Sesiapa jua yang ada rekaan landscaping bonsai ini diharap dapat berkongsi bersama.
Landscaping pertama dan kedua terdapat pam kecil yang bertindak mengepam air untuk membentuk air terjun.

Lanscaping 1
Punca batu Miri Sarawak, jenis batu pasir
Jenis tanaman: Jeliti daun halus (tak pasti namanya sebenar)


Landscaping 2
Punca batu Niah Sarawak, jenis batu kapur
Jenis tanaman: Pokok pine


Lanscaping 3
Punca batu Niah Sarawak, jenis drip stone
Jenis tanaman: pokok seribu bintang (thousand star - serissa)


Landscaping 4
Punca batu China
Jenis tanaman: Hokkiean Tea


Landscaping 5
Punca batu Pandan Beach Lundu Sarawak, jenis granite
Jenis tanaman: Jeliti, water jasmine, Wrightia Religiosa


Hehehe!! terima kasih

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2007 12:01 PM | Show all posts
Cantik n halus hasil kerja mcm nie....
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2007 01:43 PM | Show all posts
memang cantik dan berseni...
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2007 09:51 PM | Show all posts
Bertemu kembali

Landscaping 6
Jenis landscape: forest style
Tanaman: Jeliti



Landscaping 7
Punca batu: China
Jenis tanaman: Seribu bintang (tree of a thousand star) / SERISSA FOETIDA

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-1-2025 03:23 AM GMT+8 , Processed in 0.076854 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list