CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syd

Masalah-masalah Mualaf

[Copy link]
Gapodio This user has been deleted
Post time 6-4-2007 03:09 PM | Show all posts
Yalah kesian ......

Itulah saya bila masuk forum nie pun sedih .... tengok cendikiawan Islam membazir masa bertikam lidah menegak pegangan masing2.  Sebaliknya diluar sana banyak lagi amalan salah umat Islam yang patut diperbetulkan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-4-2007 10:42 PM | Show all posts
Originally posted by sitilina at 6-4-2007 02:25 PM
tingat kisah yg diceritakan teman saya.

sorang akak mualaf yg baru kawen ada poblem dalam nk menjalani hidup sbg Muslim. beliau tinggal kat somewhere in rawang rasanya. nk pegi ofis perkim aga ...



saya cadangkan dia pergi masjid/surau dan ikut kuliah-kuliah maghrib.  Biasanya tak payah bayar sebab masjid dah uruskan.
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2007 11:04 PM | Show all posts
Kalau dpt, carikan keluarga angakat Muslim utk beliau. Amat penting sekiranya beliau dpt perlindungan keluarga Muslim.

Wassalam.
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2007 08:35 AM | Show all posts
Apapun ttg mualaf ni..yg penting diri & hati dia..adakah dia Islam krn hidayah Allah @ sebaliknya..hanya Allah yg tau jd diujinya org2 sebegini nk tgk adakah stlh diuji dia tetap beriman @pun kembali kafir..

Yg penting mualaf yg beriman xkan goyah dgn psekitaran yg x mcerminkn Islam, sepatutnya dia lebih tahu Islam tu bgmana & org Islam yg ditemuinya belum tentu Islam caranya
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2007 11:16 AM | Show all posts
Originally posted by Ryna_s at 9-4-2007 08:35 AM
Apapun ttg mualaf ni..yg penting diri & hati dia..adakah dia Islam krn hidayah Allah @ sebaliknya..hanya Allah yg tau jd diujinya org2 sebegini nk tgk adakah stlh diuji dia tetap beriman @pun ...


betul tu ryna....aku setuju...mungkin ryna dapat kongsikan pengalaman hidup ryna sewaktu suatu ketika dulu kepada kami di sini mengenai bgmana ryna atasi masalah2 seperti yg dibincangkan ini.....
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2007 01:48 PM | Show all posts
Originally posted by rainbows at 9-4-2007 11:16 AM


betul tu ryna....aku setuju...mungkin ryna dapat kongsikan pengalaman hidup ryna sewaktu suatu ketika dulu kepada kami di sini mengenai bgmana ryna atasi masalah2 seperti yg dibincangkan ini.....


Isk..rainbow..aku bukanla pcerita yg mabeles..
nti tuan umh marah
Aku mualaf dh lama..& diakui mjd mualaf bukan skit2 pgorbanan yg dituntut
MAksud aku dr segi mental..makes sure ssiapa nk convert hbgannya ngan Allah a/h mabeles (same goes to me..masih mpbaiki diri) kalau x, mmg cepat hanyut & x mustahil leh murtad esp. mualaf peringkat awal/ hanya nk bkahwin aje..

Nti aku pm u ye..nti aku cerita..skrg ni tgh bz
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-4-2007 07:22 PM | Show all posts
Originally posted by Ryna_s at 9-4-2007 01:48 PM


Isk..rainbow..aku bukanla pcerita yg mabeles..
nti tuan umh marah
Aku mualaf dh lama..& diakui mjd mualaf bukan skit2 pgorbanan yg dituntut
MAksud aku dr segi mental..makes sure ssiapa ...


ok ryna..aku tunggu PM kau.... ....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-5-2007 09:37 AM | Show all posts
Guaman: Lari dari rumah bukan jalan terbaik selesai masalah


SAYA seorang mualaf. Masuk Islam kerana ingin berkahwin dengan suami. Ketika mengenali suami, dia seorang yang baik. Tetapi tidak sangka, selepas berkahwin perangainya turut berubah terutama selepas dia dibuang kerja. Sikap panas barannya mulai terserlah. Pantang silap sikit, sering kali saya dipukulnya hanya kerana kesilapan kecil. Ketika hamil anak pertama, saya pernah menjadi sasaran pukulannya kerana meminta duit untuk rawatan di klinik. Akibatnya, saya dimasukkan ke hospital. Ketika itu ibu mentua merayu saya supaya tidak melaporkan kejadian kepada polis. Malah, suami merayu saya supaya memaafkannya. Melihatkan keadannya yang menangis sambil mencium tangan saya, saya jatuh simpati. Kepada doktor saya maklumkan saya jatuh tangga. Meskipun doktor yang merawat meragui cerita saya, kesungguhan saya mempertahankan cerita itu membuatkan dia berdiam diri. Sejak itu, suami berubah. Tetapi, sikap panas barannya kembali apabila saya melahirkan anak. Kerana kasihankan anak kami, saya bertahan sementelah ibu mentua merayu saya supaya memaafkan suami. Malangnya hingga masuk anak ketiga sikap suami tidak berubah. Teman sepejabat menasihatkan saya supaya bercerai, tetapi saya bimbang tidak mendapat hak penjagaan kerana saya seorang mualaf. Lebih-lebih lagi beberapa kes sebelum ini menunjukkan mahkamah akan menyerahkan hak penjagaan kepada suami kerana kedudukan isteri yang mualaf. Untuk makluman tuan, sepanjang berkahwin, suami tidak pernah mengajar saya bersembahyang, jauh sekali mengaji al-Quran. Saya bernasib baik kerana mendapat pendidikan Islam daripada teman sepejabat. Malah, tidak mungkin saya kembali ke agama asal kerana Islam sudah sebati dengan jiwa saya. Kini, saya hanya nampak satu saja penyelesaian, lari bersama anak. tetapi, saya masih berharap jika saluran undang-undang dapat membantu saya mendapatkan hak penjagaan anak jika bercerai.

may, Kuala Lumpur.

> JAWAPAN

Pertamanya, bersyukur kepada Allah SWT kerana puan telah diberi hidayah kerana tidak semua manusia diberikan petunjuk untuk kembali kepada Islam sungguhpun ramai di kalangan mereka yang telah lama mengenali Islam.

Kedua, tahniah kepada puan kerana masih mampu bertahan dan bersabar dengan kerenah suami bahkan bersyukur sekali lagi kerana Allah menyayangi puan dengan memilih puan untuk menghadapi situasi itu dan percayalah bahawa Allah lebih mengetahui kemampuan setiap hamba-Nya dalam menghadapi sebarang dugaan dan sesungguhnya sebaik-baik perbuatan adalah sabar.

Hak Penjagaan Anak

Bagaimanapun, hasrat puan untuk lari bersama anak puan itu bukanlah satu pilihan terbaik untuk keluar daripada kemelut yang puan hadapi. Bahkan sebenarnya, tindakan 憀ari daripada masalah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-5-2007 11:50 AM | Show all posts
dayus laki yg menzalimi golongan lemah.........
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2007 10:23 AM | Show all posts
BeRsaBarLAh dEmi TuHAnmu...seTiaP perIStIwa  Yg dIAnGgaP `maLAng', sbNrnYA tiDAk bg oRg2 yg berIman..krN AllaH mjdKAn kEsUkARan itu uTK sbG uJIAn kpd maNUSia utk mNInGAtkn keiMAnan & keTEGuHAn hati hambaNya...& kiTa akan sentasa diuJi spjg hayAt kta..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-7-2007 09:24 AM | Show all posts

Anugerah Tokoh Mualaf

Nusantara Gems perkenal anugerah Tokoh Mualaf

RAJA REZZA SHAH.

MAJLIS 慣ilawah Al-Quran Saudara Kita
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-8-2007 12:12 PM | Show all posts
Orang Asli johan tilawah
Oleh Idris Musa
[email protected]




JIKA sebelum ini, dia kekok membaca al-Quran, tetapi berkat kegigihannya belajar tanpa mengenal malu dan jemu, dia kini mampu mengalunkan ayat suci al-Quran dengan baik dan lancar.

Amran Abdullah, 44, bangga dengan usahanya malah dipilih sebagai johan qari kategori terbuka Majlis Tilawah al-Quran Saudara Kita 2007, di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), baru-baru ini.


Amran yang menganut Islam kira-kira 15 tahun lalu berketurunan Orang Asli suku Temuan berkata, kemenangan itu amat bermakna bagi diri dan keluarganya, malah menjadi pembakar semangat untuk meraih kejayaan pada masa akan datang.

揑ni majlis kali kedua saya sertai dan kali pertama tahun lalu saya langsung tidak mendapat tempat, tetapi saya tidak berputus asa, malah belajar lagi untuk mengelokkan mutu bacaan.

揝aya belajar daripada guru berkelayakan di Masjid Negeri, Seremban, termasuk Samsudin Abdullah dan dia banyak memberikan tunjuk ajar cara mengalunkan ayat suci dengan baik,
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-8-2007 09:21 AM | Show all posts

contoh yang baik....

Perkahwinan pasangan berlainan agama dibubar


PETALING JAYA: Mahkamah Rendah Syariah di sini, semalam, mengesahkan permohonan seorang wanita Islam untuk membubarkan perkahwinan dengan pasangannya yang bukan Islam, bagi memudahkan mahkamah sivil membuat perintah sama bagi pihak suaminya tanpa dibelenggu isu pertindihan kuasa antara kedua-dua mahkamah itu.

Hakim Syarie Ghazali Ahmad mengesahkan pembubaran perkahwinan ahli perniagaan, Reynolds Chua Guan Teck, 28, (defendan) dan pasangannya, Aishah Sandhera Abdullah @ Sandhera Debbie binti Kimbi, 27, (plaintif), seorang guru, mengikut Seksyen 46 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

Beliau memuji tindakan pasangan itu yang disifatkan boleh dijadikan contoh kepada pasangan lain jika menghadapi masalah sama (apabila satu pihak memeluk Islam).

揝aya melihat perkara ini sebagai satu contoh yang baik kepada pasangan lain yang membabitkan salah satu pihak memeluk agama Islam,
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-8-2007 09:45 AM | Show all posts
Mualaf pertama bercerai di mahkamah syariah
14-08-2007 07:43:58 PM
Oleh M. MAGESWARI  


PETALING JAYA: Seorang guru wanita dan seorang pengurus hotel menjadi pasangan pertama di negara ini yang bercerai dengan baik di Mahkamah Rendah Syariah selepas isterinya menganut Islam.  

Hari ini Aishah Sandhera Abdullah @ Sandhera Debbie Kimbi, 27, dari Sibu, Sarawak, memohon mahkamah tersebut membubarkan perkahwinannya selepas bertukar agama.  

Dia membuat permohonan itu menurut Seksyen 46(2) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Selangor) 2003.

Mahkamah meluluskan permohonan tersebut.

Hakim Ghazali Ahmad memuji langkah pasangan tersebut yang membubarkan perkahwinan dengan baik-baik.  



Menurut permohonan guru itu, Aishah telah berkahwin dengan Reynolds Chua Guan Teck [foto, kanan], 28, pada 5 Mei 2004.  

Perkahwinan mereka didaftarkan menurut Akta Membaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 sebagai  penganut Kristian. Pasangan itu tidak mempunyai anak.

Aishah memeluk Islam pada 2 Feb sementara suaminya masih lagi seorang Kristian.

Pasangan itu tidak dibenarkan tinggal bersama menurut perundangan Islam akibat perbezaan agama.

Aishah mengemukakan saman dan pernyataan tuntutan pada 1 Ogos untuk membubarkan perkahwinan mereka.  

Defendan pula menfailkan petisyen perceraian pada 20 Julai di Mahkamah Tinggi Sivil Shah Alam menurut akta itu.

Mahkamah itu bagaimanapun belum menetapkan tarikh untuk mendengar permohonan tersebut.

Bercakap kepada wartawan selepas itu, peguam plaintif Zainul Rijal Abu Bakar berkata kes itu menjadi duluan bagi pasangan-pasangan membubarkan perkahwinan dengan baik apabila seseorang daripada mereka memeluk Islam.

Katanya, penyelesaian seumpama itu wajar digalakkan kerana ia memberi keuntungan kepada kedua-dua pihak.  

Aishah sebelumnya memaklumkan kepada hakim bahawa dia akan hadir di prosiding bekas suaminya itu di Mahkamah Tinggi Shah Alam.
Reply

Use magic Report

Reign This user has been deleted
Post time 15-8-2007 05:12 PM | Show all posts
Tapi itu lah namanya umat Islam yang sering diuji oleh Allah.. klu tidak kenapa Allah menjanjikan syurga bagi umat Islam..
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2007 09:28 PM | Show all posts

Reply #32 Syd's post

contoh wanita cekal n kuat imannya thadap Islam.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Reign This user has been deleted
Post time 16-8-2007 10:10 AM | Show all posts

Rasanya sesuai aku tanya kat sini

Ada sorang amoi ada ati kat aku... rasanya tak salah klu aku jadikan dia seorang wanita solehah..

Jadi, apa langkah pertama yang perlu aku lakukan...?

Tapi budak pompuan ni tak terfikir ke masa depan kalau dia nak kawin dengan aku mesti la kena masuk islam.. pastinya dia tahu tentang hal tu.. ataupun dia dah tak fikirkan tentang tu sbb dia suka sangat kat aku..?

Perlu ke aku beritahu tentang hal ni kepada dia..?

P.S:
Aku rasa budak ni suka kat aku dari aspek fizikal je kot... dah ramai perempuan yang suka aku cabut lari kerana aku layan diaorang cam biasa je.. tak ajak pegi tengok wayang, tak pegang tangan cuma sms/call je itupun kadang - kadang. sah la diaorang suka aku dari aspek fizika shj. Bukan aku tak suka kat diorang cuma aku layan diorang secara yang sepatutnya bagi umat Islam.. Diorang tu semua memang cantik2 tapi sayang tak pandai gunakan kecantikan ke jalan yang betul. Rasanya susah kot sekarang ni nak cari wanita muslim yang sebenarnya. Ni kan pula seorang gadis berbangsa cina yang bukan Islam..
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2007 10:25 AM | Show all posts

Reply #35 Reign's post

why not..? kalo dia ihklas dan kamu dpt mmbantunya kpd jln agama yg betul sudah tentu ia cukup menarik buat agama kita. mama In asal bukan muslim, setelah bkahwin dgn baba dia mnjadi muslimah yg baik sekali malah kdg2 In rasa dia lbh baik dr org melayu sendiri..

peribadi adalah suatu hal yg berlawanan dgn agama... namun akhlak org yg beragama lebih menjadi murni bila dijejak dgn baik...

kamu perolehi pahala yg besar jika dpt membawa gurl tersebut ke dlm agama suci ini.. gud luck..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-8-2007 12:01 PM | Show all posts
Peguam Syarie menulis: Tugas berat bimbing saudara baru
Oleh Siti Razasah Abdul Razak dan Nurhidayah Muhd Hashim


Sokongan moral, didikan berterusan elak pasangan kembali ke agama asal

KEBELAKANGAN ini kita melihat bilangan perkahwinan campur semakin bertambah dalam masyarakat kita. Perkahwinan campur di sini merujuk kepada seorang yang asal Islam ingin berkahwin dengan seorang yang bukan Islam dan kemudian, pihak yang bukan Islam memeluk Islam sebelum perkahwinan dan dikenali sebagai saudara baru.

Saudara baru boleh jadi dari bangsa Cina, India, Inggeris dan lain-lain yang asalnya beragama Hindu, Kristian, Budha dan sebagainya. Akhbar juga banyak menunjukkan kisah perkahwinan campur sebegini di kalangan selebriti negara.

Ruangan kali ini tidak bertujuan membincangkan isu perbezaan kaum atau agama sebaliknya ingin melihat kepada tanggungjawab orang Islam terhadap saudara barunya dalam menangani permasalahan berkaitan rumah tangga yang dibina.

Perkahwinan campur sebegini mempunyai beberapa kebaikan seperti anak yang dilahirkan selalunya mempunyai paras muka yang comel dan berkemungkinan mempunyai tahap kebijaksanaan lebih tinggi. Hakikatnya usaha mengajak saudara baru memeluk Islam adalah satu dakwah yang sangat tinggi ganjarannya.

Namun begitu, ia tidak terhenti kepada selesainya perkahwinan itu, pasangan yang asalnya Islam bertanggungjawab mendidik pasangannya untuk memahami dan menghayati serta berusaha beramal dengan ajaran agama terutama amalan asas seperti sembahyang lima waktu, berpuasa, menjaga kehormatan, meninggalkan arak dan sebagainya.

Perkahwinan adalah ikatan untuk hidup sepanjang hayat dan ia berkait rapat dengan kesediaan menerima dan memberi hak dan tanggungjawab antara pasangan. Tidak dapat dinafikan ada antara pasangan kahwin campur bahagia sehingga ke akhir hayat dan menjadi contoh untuk pasangan lain. Bahkan ada berlaku saudara baru yang memeluk Islam di atas keikhlasan dan kesedaran cintakan Islam menjadi seorang Muslim yang jauh lebih baik berbanding mereka yang asal dilahirkan Islam.

Penulis terpanggil untuk mengupas isu ini kerana sejak akhir-akhir ini ada perkembangan yang agak banyak membabitkan permohonan fasakh isteri saudara baru di mahkamah syariah. Adalah sesuatu yang amat menyedihkan apabila antara lain alasan permohonan fasakh isteri itu ialah suami tidak menjalankan tanggungjawab dalam menyediakan nafkah zahir isteri, suami seorang pemabuk, panas baran dan sering memukul isterinya, tidak bersembahyang dan tidak berpuasa malah tidak membenarkan isteri mengikuti kelas fardu ain bagi meningkatkan pengetahuan dan kefahamannya terhadap cara hidup Islam.

Ada antara suami yang hidup secara tidak bermoral dan bertentangan dengan hukum syarak seperti tidak mempunyai pendapatan tetap tetapi berfoya-foya di kelab malam dan melanggani rumah pelacuran serta perjudian. Apabila pulang ke rumah, isteri sering dipukul dan suami meminta wang daripada isteri untuk meneruskan kehidupannya tidak bermoral.

Ada juga kes di mana isteri seorang saudara baru yang bekerja dan mempunyai pendapatan sendiri disuruh berhenti bekerja dan dihujahkan oleh suami tugas seorang isteri beragama Islam adalah hanya tinggal di rumah, menjaga keluarga dan menyediakan makan minum dan pakaian suami serta diberikan amaran tidak boleh keluar dan bercakap dengan sesiapa tanpa kebenaran suami.

Perubahan cara hidup memberi kesan kepada saudara baru dan apabila beliau tidak dapat bertahan lagi, isteri menghubungi kawannya untuk berbual tanpa pengetahuan suami. Apabila suami mengetahuinya, isteri dimarahi, dipukul dan dikatakan tidak akan masuk syurga kerana derhaka kepada suaminya. Apakah tindakan suami berkenaan boleh membina saudara baru untuk melihat kecantikan Islam atau menyebabkan pandangan negatif terhadap Islam?

Kes suami berkahwin dengan saudara baru, tetapi selepas berkahwin, suami enggan bekerja dan mendesak isterinya menyediakan saraan hidup untuknya. Apabila malam, suami keluar berfoya-foya dan minum arak sehingga mabuk. Apabila isteri menegur dan menasihati, ia akan dijawab dengan maki hamun dan pukulan demi pukulan oleh suami itu. Akibat sering dipukul dan dikasari, isteri mengalami tekanan perasaan dan sering sakit. Tetapi si suami tidak mengendahkan bahkan membiarkan isteri menaiki bas sendirian untuk ke hospital.

Contoh kes di atas adalah kesilapan besar umat Islam berkahwin dengan saudara baru dan ia amat dikesali. Saudara baru berkahwin dengan orang Islam memerlukan didikan supaya kecintaan dan kefahamannya kepada Islam akan bertambah subur hari demi hari.

Tetapi kesilapan dilakukan oleh segelintir umat Islam menyebabkan nama baik agama turut tercalar kerana bagi saudara baru, apa yang ditemui daripada pasangannya dan cara pergaulannya adalah gambaran kepada ajaran Islam dan ia memberi kesan besar kepada mereka dalam menilai apakah sebenarnya Islam yang suci ini.

Justeru, bagi orang Islam yang ingin berkahwin dengan saudara baru, perlu melihat lebih jauh ke hadapan. Pasangan Islam itu sendiri perlu mempunyai kefahaman yang baik Islam, memasang niat yang benar iaitu berkahwin demi meramaikan umat Islam dan berazam untuk mendidik pasangannya ke arah sama-sama menghayati Islam. Tanggungjawabnya sangat besar dan memerlukan usaha berterusan. Dapatkan bantuan daripada pihak Perkim atau mana-mana badan agama sebagai support group bagi menjayakan perkahwinan campur ini.

Kegagalan melayani saudara baru, mengasari, memukul, tidak membenarkan isteri bekerja, mengambil wang isteri sesuka hati, tidak menjalankan amalan asas sebagai Islam, hidup bebas dengan arak dan zina akan menyebabkan saudara baru mempunyai persepsi salah mengenai Islam.

Tidak mustahil, saudara baru ini selepas bercerai akan berusaha kembali ke agama asalnya kerana mereka tidak mendapat sokongan moral, bahkan tidak dapat melihat kecantikan Islam daripada pasangan yang dikahwininya. Apakah pula yang akan terjadi kepada anak-anak mereka sekiranya pasangan ini bercerai?

Justeru, menjadi tanggungjawab besar seluruh umat Islam terutama pasangan suami atau isteri yang asal beragama Islam untuk memberi kefahaman dan pendidikan Islam kepada saudara baru itu. Kita juga mengharapkan supaya pihak berwajib termasuklah pihak Perkim juga supaya dapat menjalankan usaha susulan ke atas saudara baru selepas mereka berkahwin untuk melihat perkembangan mereka. Semoga kes-kes kesilapan umat Islam ini dapat dikurangkan pada masa akan datang.

Penulis adalah Exco Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM). Sebarang komentar boleh dihantar ke [email protected]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-9-2007 05:20 PM | Show all posts
Yayasan Kasih Sayang bantu saudara baru
03-09-2007 09:08:06 AM
Oleh LUQMAN NUR HAKIM MAZLAN  


RAMAI di antara kita, terutamanya mereka yang baru memeluk agama Islam, yang tidak menyedari tentang kewujudan badan sukarelawan yang berada berhampiran yang boleh membantu mereka yang mempunyai masalah.

Antara badan sukarelawan ini ialah Yayasan Kasih Sayang Negeri Sembilan (YKS) di Taman Bukit Pilah Perdana, Kuala Pilah, yang ditubuhkan pada 5 Feb, 2003.

Muhammad Adnan Abdullah, Presiden YKS Negeri Sembilan yang sudah 18 tahun memeluk agama Islam berkata, sebenarnya permohonan untuk menubuhkan pertubuhan ini telah dibuat pada tahun 2001, tetapi ia hanya diluluskan pada 2003.

"Saya menubuhkan pertubuhan ini bertujuan untuk membantu mereka yang memerlukan bantuan seperti anak yatim, ibu tunggal, saudara baru (mereka yang baru memeluk agama Islam) kerana jika tidak dibantu mereka akan hilang arah tujuan," beliau memberitahu Bernama ketika ditemui baru-baru ini.

MATLAMAT PENUBUHAN

Matlamat penubuhan yayasan ini ialah untuk membangunkan tahap sosio-ekonomi dan penjagaan kebajikan saudara baru serta ibu tunggal dan anak yatim piatu.

"Kita mempunyai inisiatif sendiri membantu ibu tunggal iaitu dengan menubuhkan satu jawatankuasa khas," kata Muhammad Adnan.

Antara aktiviti yang dijalankan di YKS ialah kelas menjahit dan reka fesyen dengan tujuan membantu mereka untuk menguasai bidang jahitan. Dengan menguasai bidang jahitan, mereka boleh memperoleh wang untuk perbelanjaan.

Ia ibarat "memberi pancing" kepada mereka supaya mereka boleh berusaha sendiri tanpa mengharap bantuan orang lain, jelas beliau.

BANTUAN KEWANGAN

Pertubuhan ini mendapat bantuan kewangan daripada Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS).

"Dengan adanya bantuan ini, sedikit sebanyak aktiviti yang dijalankan oleh pertubuhan kami berjalan dengan lancar," katanya lagi.

YKS turut membantu Jabatan Mufti Negeri Sembilan menjaga kebajikan saudara baru selain memberi nasihat dan kaunseling kepada mereka yang mahu kembali kepada agama asal mereka.

"Kes murtad di kalangan saudara baru memang mendukacitakan dan kami berdepan secara langsung dengan kumpulan ini. Kami turut mengadakan sesi runding cara untuk mengenal pasti masalah mereka dan mencari jalan bagaimana untuk menyelesaikan masalah tersebut," katanya.

Setiap bulan, pertubuhan ini menjalankan aktiviti ziarah dan dakwah iaitu dengan melawati rumah saudara baru dan bertanyakan masalah dan keperluan mereka bagi memastikan mereka tidak berasa terasing dengan agama Islam dan kembali kepada agama asal mereka semula.

"Jika mereka mahu belajar di kelas fardu ain kita akan cuba aturkan mengikut kesesuaian masa mereka, selain itu juga kita akan menghantar guru dari pertubuhan kita yang datang ke rumah mereka untuk mengajar mereka mengaji".

JABATAN PENDAFTARAN NEGARA

Beliau berkata, masalah utama yang dihadapi saudara baru ialah dalam pertukaran kad pengenalan iaitu terlalu rumit untuk proses penukaran nama.

"Contohnya sebaik sahaja masuk agama Islam, mereka kena dapatkan surat akuan masuk Islam di jabatan agama, kemudian kena jumpa Pesuruh Jaya Sumpah untuk mengangkat sumpah.

"Akhir sekali kena pergi Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk isi borang tukar nama dan kena tunggu hingga lima ke enam bulan barulah mereka (JPN) hantar surat kelulusan tukar nama".

Beliau berharap JPN mempermudahkan urusan saudara baru ini dan sepatutnya ada hubungan antara Jabatan Agama dengan JPN, maknanya sebaik sahaja seseorang itu masuk agama Islam maklumat itu sudah berada dalam rekod JPN.

"Walaupun pertukaran nama ada proses lain di Jabatan Pendaftaran Negara tetapi sepatutnya sudah ada maklumat yang mengatakan bahawa orang ini sudah masuk Islam supaya apabila orang ini meninggal tidak berlaku perebutan terhadap mayat mereka.

BANTUAN PELAJARAN

Pertubuhan ini turut membantu mereka dari keluarga miskin yang mahu meneruskan pelajaran dengan cara menyalurkan maklumat kepada Majlis Agama Islam.

Dengan ini Majlis Agama Islam dapat mengenal pasti sama apa layak atau tidak untuk dibantu.

Mereka yang dibantu mesti dari keluarga yang susah dan mempunyai potensi untuk meneruskan pelajaran.

Yayasan ini juga memberi bantuan kepada mereka yang hamil tanpa suami dalam usia yang muda.

"Ia bertujuan untuk mengelakkan mereka daripada menggugurkan kandungan, buang anak dan sebagainya," tambah Muhammad Adnan. -- BERNAMA
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 05:49 PM GMT+8 , Processed in 0.127910 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list