CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: polaris_girlz

Berkaitan Puasa dan Amalan Sya'aban & Rejab only

[Copy link]
Post time 25-7-2007 02:51 PM | Show all posts
kita ni dah lah tak pandai..dah jadi macam    rasa lagilah jahil..sebab sebelum ni ramai kawan2 kata ni sabda nabi..tapi bila dengar ustaz cakap amalan jahiliah pulak..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-7-2007 02:51 PM | Show all posts
Assalamualaikum warahmatullah,
Ingat ajelah Nabi bersabda:"Barangsiapa melakukan satu amalan yang tidak ada keterangannya pada kami, maka amalan itu TERTOLAK". Tuk apelah dah berletih-letih berpuasa menahan haus dan lapar tapi ternyata tidak diterima Allah dan tertolak. Setau ana puasa rajab ini tidak pernah dicontohkan Nabi. Allau a'lam.
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2007 03:20 PM | Show all posts
saya rasa puasa boleh lah kalau nak puasa sunat isnin dan khamis atau qada puasa, mmg still dpt pahalanya tp tentang fadilat bulan rejab tu mmg takde dlm hadis....  anyway baru dengar ceramah tadi kata Nabi SAW suka berpuasa dibulan syaaban
dari 1 - 14 hb tp bukan 15hb syaaban.
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2007 03:20 PM | Show all posts
takut bila diingatkan..sebab bila menjelang Rejab jer ada e-mail berangkai mengajak amalan puasa Tipu ni..agaknyer ni lah satu cara mereka.:@ .I pun salah juagk terima membabi buta
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2007 10:27 PM | Show all posts
Tunggu dulu!!Kebetulan aku terjumpa balik benda nih.[quote]RAJAB DI SISI SHEIKH IBNU HAJAR AL-HAITAMY DARI KITABNYA:  揂L-FATAWA AL-FIQHIYYAH AL-KUBRA 揫/size]      BELIAUMENYATAKAN MEREKA YANG MENEGAH SERTA MENGHALANG MELAKUKAN AMALAN-AMALANRAJAB SEBAGAI JAHIL DAN MENGHALANG AMALAN YANG ADA DALAM SYARI扐T ISLAM.    SEKIRANYA SESEORANG ITU BERTERUSAN MENENTANG AMALAN TERSEBUT ADALAH MENJADI KEWAJIPAN PEMERINTAH AGAMA UNTUK MENAHAN DAN MENTA抁IRKANNYA(DIMALUKAN)DIKHALAYAK RAMAI.    PANDANGAN SULTAN AL-ULAMA
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2007 09:31 AM | Show all posts
Jangan taksub pahala
Oleh ZUARIDA MOHYIN



Dr. Adibah Abdul Rahim.
--------------------------------------------------------------------------------

PEJAM celik, pejam celik, hari ini sudah 22 hari kita berada di dalam bulan Rejab. Lazimnya, umat Islam berlumba-lumba melaksanakan ibadat seperti berpuasa sunat, bersedekah dan berzikir.

Lebih-lebih lagi disogokkan dengan pelbagai fadilat yang bakal diperoleh kepada mereka yang beramal pada bulan ini.

Antara ganjarannya iaitu; Setiap umat Islam yang berpuasa pada Rejab seperti mengerjakan ibadat seumur hidupnya. Tambahan bersedekah seperti beribadat 1,000 kali haji dan umrah. Dibina untuknya 1,000 mahligai dengan 1,000 bilik dan 1,000 bidadari, lebih cantik daripada matahari 1,000 kali.

Siapa berpuasa tiga hari dalam bulan Rejab dan beribadat pada malamnya seperti dia berpuasa 3,000 tahun, diampunkan baginya 70 dosa besar setiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawa daripada jasad, 70 hajat ketika di dalam kubur, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika al-Quran dinaikkan di langit), 70 hajat ketika ditimbangkan amalannya di Mizan dan 70 hajat ketika melalui titian Siratul Mustaqim.

Selain itu, berpuasa pada 27 Rejab seperti berpuasa 60 bulan pahalanya, jika disertai dengan sedekah seumpama puasa 1,000 tahun. Malah mereka ini juga dapat minum air sungai yang dinamakan Rejab dengan airnya lebih putih daripada susu, lebih manis daripada manisan dan lebih dingin daripada salju.

Ini baru disenaraikan beberapa hadis yang menyentuh tentang kelebihan beramal pada bulan Rejab. Sebenarnya, kalau hendak disusunkan satu persatu, sudah pasti tidak terkira dengan jari. Malah, andainya kita layari internet, paparan bahan-bahan bertulis berkaitan tajuk di atas, memang terlalu banyak.

Hakikatnya, bukan seorang dua yang dikaburi dan terpengaruh dengan ganjaran-ganjaran ini. Sebenarnya hadis-hadis tersebut adalah tergolong dalam hadis mauduk iaitu ia adalah palsu serta tidak bersandar atau bersumberkan daripada Rasulullah s.a.w..

Larangannya, bukan sahaja kita tidak boleh beriman malah ia sekali gus bermaksud kita tidak boleh percaya dan beramal dengan hadis sebegini.

Kebimbangan inilah yang telah disuarakan Pembantu Profesor, Kulliyyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan, Universiti Islam Malaysia (UIAM), Gombak, Dr. Adibah Abdul Rahim sewaktu mengulas pengaruh faktor ganjaran ini sehingga telah menjadi satu fenomena di mana umat Islam terlalu percaya kepada ganjarannya sehingga lupa kepada persoalan status hadis.

Ketaksuban

Memang banyak kelebihan yang berkaitan bulan Rejab, cuma dibimbangkan sikap ketaksuban masyarakat dengan ganjaran fadilat dalam bulan Rejab sehingga menjadikan umat Islam berlumba-lumba mengejar ganjarannya sampaikan amalan yang dikakukan berlandaskan ganjaran atau kelebihan, bukan dilakukan amalan tersebut atas landasan keikhlasan. Sedangkan hakikatnya, bagaimana rupa ganjarannya harus diserah kepada Allah s.w.t..

揢mum perlu diberitahu, bahawa kita tidak boleh berpuasa semata-mata untuk ganjaran. Apatah lagi, ganjaran-ganjaran yang telah dijelaskan di dalam hadis-hadis tersebut adalah hadis mauduk. Meskipun, jika ia sekadar dianggap sebagai satu motivasi sekalipun.

揇i samping itu, sekiranya kita terlalu mengejar ganjaran, seolah-olah kita mengharapkan sesuatu daripada Allah. Sedangkan sebagai hamba-Nya, seharusnya setiap amalan kita kepada Allah itu adalah balasan kita atas nikmat yang telah Allah kurniakan kepada kita selama ini,
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-8-2007 10:17 AM | Show all posts
Rahmat datang tanpa diduga pada Rejab


REJAB berasal daripada kalimah tarjib bermaksud kemuliaan atau keagungan. Dikatakan juga kalimah Rejab diambil daripada perkataan Arab 慳ku memuliakannya dengan penuh kemuliaan
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2007 05:12 PM | Show all posts
Keistimewaan bulan Rejab
Oleh Zamihan al-Ghari


Zaman ini persis wanita yang mengandung. Lihatlah apa yang berlaku padanya dalam sekelip mata terutama apabila penguasaan ilmu dan iman semakin tidak dipedulikan manusia.

Sesetengah pihak cuba menakut-nakutkan umat Islam daripada melakukan amalan di bulan Rejab, beralaskan hadis kelebihan bulan Rejab adalah palsu dan yang lain pula mendatangkan dalil berat sebelah bagi mengikis keistimewaan bulan Rejab.


Dalam memahami selok-belok Rejab, kita perlu cermat membuat penilaian terhadap sumber yang berkaitan dengannya. Tegasnya, al-Quran, hadis, pandangan ulama muktabar dan fatwa berkaitan perlu dipersembahkan secara jujur serta telus.

Ia boleh membantu kita dalam memahami kes berkaitan dan memberi justifikasi yang jelas dalam pelaksanaan. Kita tidak mencemuh dan menuduh mereka yang ikhlas melakukan kebaikan.

Apabila kita meneliti kepelbagaian sumber yang ada di tangan ulama, didapati Rejab ada keistimewaannya tersendiri. Tidak hairanlah inti sari (matan) hadis 揜ejab bulan Allah, Syaaban bulanku dan Ramadan bulan umatku..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-8-2007 11:25 PM | Show all posts
Tuan mufti tu tulis maksudnya jangan berdusta atas nama Rasulullah s.a.w. - hadis tu jelas kata masuk neraka, jangan buat dan jangan ikut hadis palsu.  Kalau kata ada hadis sahih Rasulullah s.a.w pernah mengamalkan puasa dalam bulan Rejab, hantarlah pada tuan Mufit tu, tuan salah katakan.  Jumhur ulamak ahli2 hadis kata tak ada hadis kelbihan amalan bulan Rejab, kalau kita jumpa adanya hadis rujuk dulu pada pakar2 hadis.

Amalan puasa sunat yang kita selalu sebut maknanya "sunnah" = ikut apa yang Rasulullah s.a.w pernah buat, buktinya dengan dalil hadis shaih lah.  Kalau tak ada dalil tapi nak buat puasa jugak jangan lah kata "sunat", itu yang berdusta atas nama Rasulullah s.a.w.,dapat ke tak dapat pahala itu urusan Allah Taala.  Amalan sunat kalau tak buat pun tak berdosa kalau nak buat, buatlah betul2 ikut sunnah.

JANGAN BERDUSTA ATAS NAMA RASULULLAH S.A.W NANTI MASUK NERAKA...
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2007 05:35 PM | Show all posts
Dari satu sudut lain, pada yang biasa puasa sunat di bulan Rejab dan Sya'ban. pasti tak kecoh nak demand balik awal dan meminta layanan2 istimewa lain di bulan Ramadhan ni, yang mana juga satu isu yang dibangkitkan SS Mufti Perlis.

Ini kerana kalau puasa sunat bulan Rejab ada Sya'ban ni, saya lihat geng depa ni memang tok sah mimpi bos nak bagi balik awal, buka puasa pun seadanya sahaja, tak ada "pasar-pasar Ramadhan" untuk menjamu mata dan membeli juadah memenuhi meja.  Makan setakat apa yang ada di rumah sahaja, atau berbuka di masjid tengah jalan dengan air sejuk saja.

Bukankah bertepatan sangat dengan saranan SS Mufti Perlis supaya dipraktiskan di bulan Ramadhan juga oleh masyarakat kita? Ibadat sunat yang boleh melatih masyarakat umum membiasakan diri dengan puasa (dan bersederhana) sebelum puasa wajib Ramadhan sebenar menjelang, molek sungguh sunnah Nabi saw untuk kita ikuti di zaman pancaroba ni..

So marilah kita bersama-sama mengamalkannya - insyaallah banyak kebaikan. Dalil di bawah sudah mencukupi, tiada dusta.

Imam Muslim meriwayatkan daripada Uthman bin Hakim al-Ansari, beliau (Uthman) pernah menanyakan Said bin Jubayr mengenai puasa Rejab (pada bulan Rejab). Said menjawab: 揂ku mendengar Ibn Abbas mengatakan: 揜asulullah s.a.w berpuasa Rejab sehingga kami menyangka Baginda tidak berbuka (terus-menerus berpuasa) dan Baginda berbuka sehingga tidak nampak berpuasa.
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2007 11:36 AM | Show all posts
Jendela Hikmah: Syaaban masa paling sesuai muhasabah diri
Oleh Endok Sempo Mohd Tahir


REJAB sudah berlalu. Kini Syaaban menjelang. Lambaian Ramadan sebulan lagi. Kita belum terlambat untuk menceriakan hidup dengan keberkatan Syaaban. Diriwayatkan dari Umamah Al Bahili ra, berkata: Rasulullah bersabda: "Apabila masuk bulan Syaaban, (cerialah) dan sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu."

Kita munajat dan berdoa seperti doa Rasulullah ketika masuknya Rejab:"Allhuma Bariklana fi rajab wa syaaban wa balliqhna Ramadan, bermaksud :"Ya Allah Ya Tuhan kami, anugerahkanlah keberkatan untuk kami pada Rejab dan Syaaban, dan sampaikanlah kami Ya Allah hingga Ramadan (yakni panjangkan umur kami Ya Allah sehingga kami dapat bertemu dengan Ramadan.

Inilah doa tiga serangkai yang memadukan kemuliaan ketiga-tiga bulan yang sangat berkat ini. Tiga bulan inilah bulan medan perjuangan pejuang untuk membina jati diri, membentuk sahsiah dan memupuk kebersihan hati.

Selari dengan erti Syaaban iaitu berpecah-pecah atau berpuak-puak. Pada zaman Jahiliyah, masyarakat Quraisy terpaksa berpecah kepada beberapa kumpulan untuk mencari sumber air di padang pasir.

Rasulullah mengekalkan nama Syaaban sehinggalah sekarang. Air adalah bekalan dan kehidupan bagi pejuang. Mengapa pentingnya kita mengenang pejuang dan menyalakan semangat perjuangan? Perjuangan kita dalam hidup ini adalah untuk kemerdekaan. Merdeka jiwa. Merdeka daripada segala bentuk perhambaan manusia kepada manusia.

Lebih 50 tahun lalu pejuang berjaya membawa negara kita keluar daripada belenggu penjajahan. Penjajahan tanah air, jiwa, rasa dan minda.

Bayangkan dan rasakan, mereka berjuang membela negara ini bukan untuk hidup mereka, bukan untuk keluarga mereka, bukan pula untuk hari meriah itu. Mereka berjuang untuk masa depan anak cucu dan bangsa ini. Mereka berjuang untuk kita, yang hidup saat ini, juga untuk anak cucu.

Bayangkan dan rasakan apakah pejuang akan senang melihat penjajah British dan Jepun serta pengkhianat Komunis Bintang Tiga menghina maruah umat?

Apakah pejuang akan senang melihat maraknya rasuah dan salah guna kuasa di kalangan beberapa pemimpin dan pihak bertanggungjawab? Adakah pejuang rela membiarkan rakyat bergelumang dengan dadah, judi, jenayah rogol, seks rambang dan syak wasangka kaum dan agama? Adakah pejuang boleh goyang kaki melihat umat hanyut dalam budaya hedonisme melampau sehingga tidak peka dengan budaya ilmu dan intelektual?

Kita perlu membuat pejuang bangga dan senang, dengan membangun negara ini dengan hati, bersih jiwa dan minda, jujur, bertanggung jawab, disiplin, kerjasama, adil, wawasan dan prihatin. Mari membuat bangsa ini dihormati dan disegani di mata bangsa lain di dunia.

Sempena Syaaban kita perlu mengasah dan memupuk jiwa pejuang melalui amalan membangkitkan semangat, memupuk kesucian sekali gus mengumpul pahala. Jiwa pejuang adalah jiwa menghayati makna keinsafan, kesusahan dan penderitaan.

Firman Allah bermaksud: "Dan orang yang sabar dalam kesempitan, penderitaan dan dalam peperangan. Mereka itulah orang yang benar (imannya) dan mereka itulah orang yang bertakwa"
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2007 03:54 PM | Show all posts
bila malam nisfu syaaban? nak tanya...boleh ke berpuasa hari sabtu saja...tanpa puasa hari jumaat atau ahad?
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2007 03:35 AM | Show all posts

Nisfu Sya'ban - 15 Sya醔an 1428H

Subject: Nisfu Sya'aban

       *deleted... please refer kat puasa rejab & sya'ban

[ Last edited by  lipsofanangel at 26-8-2007 07:46 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2007 05:48 AM | Show all posts
Geee.. thanks for the reminder Cepat masa berlalu. Jazakallah.
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2007 06:03 AM | Show all posts
sama2 lah kita beramal..selamat datang ramadhan al mubarak...
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2007 09:35 AM | Show all posts

Reply #1 lipsofanangel's post

solat nisfu syaaban x wujud dlm Islam... ibadah khusus spt solat x boleh direka2... x boleh dikurangkan atau ditokok tambah... ini adalah antara perkara bid'ah yg tlh pun diberi amaran keras oleh Rasulullah SAW dlm hadith2 nya

i hate to C& P sbb biasanya org x suka baca artikel panjang2.. tp utk tambah ilmu, letak juga la artikel ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-8-2007 09:37 AM | Show all posts
Jauhi Bid'ah Nisfu Sya'aban
Assalamualikum WBT. Bulan sya'ban dah nak sampai pertengahannya.
   
   Apa ada dengan pertengahan sya'ban? Apa ada dengan nisfu sya'ban?
   
   
揂llahmelihat kepada hamba-hambaNya pada malam nisfu Syaaban, maka Dia ampunisemua hamba-hambaNya kecuali musyrik (orang yang syirik) dan yangbermusuh (orang benci membenci) (Riwayat Ibn Hibban, al-Bazzar danlain-lain). Al-Albani mensahihkan hadith ini dalam Silsilah al-Ahadithal-Sahihah. (jilid 3, .m.s. 135, cetakan: Maktabah al-Ma`arf, Riyadh)
   
   Akantetapi hadith di atas tidak mengajar apa-apa amalan khusus di malamatau siang Nisfu Sya'ban! Dari mana asalnya? Siapa pula nabi yangmendapat wahyu yang mengajar kita tentang ibadah-ibadah yang tak diajar oleh Nabi Muhammad SAW penutup segala rasul ini.
   
   Ulas Dr. Yusuf al-Qaradawi:
   
   
揟idakpernah diriwayatkan daripada Nabi s.a.w. dan para sahabat bahawa merekaberhimpun di masjid pada untuk menghidupkan malam nisfu Syaaban,membaca do`a tertentu dan solat tertentu seperti yang kita lihat padasebahagian negeri orang Islam. Bahkan di sebahagian negeri, orang ramaiberhimpun pada malam tersebut selepas maghrib di masjid. Mereka membacasurah Yasin dan solat dua raka`at dengan niat panjang umur, dua rakaatyang lain pula dengan niat tidak bergantung kepada manusia, kemudianmereka membaca do`a yang tidak pernah dipetik dari golongan salaf (parasahabah, tabi`in dan tabi
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2007 09:40 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2007 11:45 PM | Show all posts
tq for the info... yup, baru perasan, lepas paste, baru baca kat forum, puasa rejab n sya'ban..., ask mod delete jer forum nih ek...
syukran2
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2007 09:11 AM | Show all posts

Reply #32 mira83's post

nisfu syaaban tahun ni jatuh pada 29 ogos kott...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 08:38 PM GMT+8 , Processed in 0.225107 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list