|
DLM SATU HARI BERAPA LAMA SPEND TIME UTK QURAN
[Copy link]
|
|
Istiqomah itu penting dalam setiap amalan...walaupun mungkin kuantitinya tidak hebat tetapi sesuatu yg dilakukan secara istiqomah akan melekat ke hati dan semakin kemanisan ibadahnya terasa ke hati.
Bagaimana kita merasa kemanisan beribadah itu?
Apabila jiwa semakin merasa diri adalah hamba dan rasa bertuhan semakin menebal di dalam jiwa.
UNTUK RENUNGAN
---------------------------------------------------------------
Kita mesti membezakan antara orang yang beribadah dengan tujuan mencari fadhilat dengan orang yang beribadah atas dasar ubudiah - mencari redha dan cinta Tuhan.
Orang yang beribadah atas dasar ubudiah kerana Zat Allah, walaupun ibadahnya sedikit tetapi sangat berkesan pada hati. Dia akan terdorong untuk membuat perubahan pada hatinya, membuang berbagai sifat mazmumah (jahat) dari dalam hati dan berusaha menyuburkan sifat-sifat baik seperti pemurah, pemaaf, kasih sayang, tawaduk, bertolong bantu dan lain-lain. Dia akan menjaga hubungan hatinya dengan Allah agar tidak cacat.
Rabiatul Adawiyah ditanya orang, "Kalau engkau dimasukkan Tuhan dalam Neraka bagaimana?"
Beliau menjawab, "Kalau dimasukkan ke Neraka dengan redha Tuhan, tidak mengapa."
Tetapi yang beribadah atas dasar selain itu walaupun banyak, ibadahnya tidak akan memberi kesan pada had.
Misalnya masih pemarah, ego, tidak timbang rasa, tidak pemaaf, tidak ada kerja sama. Mereka mudah terjebak ke dalam maksiat lahir dan maksiat badan. Sebab itu di hari ini seluruh dunia umat Islam sibuk mem-bangun masjid, tetapi makin banyak masjid makin rosak umat Islam. Masjid jadi tempat berpolitik, tempat mengumpat, tempat berkelahi, tempat membuat fitnah, tempat cari makan, tempat berebut kuasa. Orang yang beribadah kerana fadhilat akhirnya rosak dan akan merosakkan orang lain.
Rasulullah pernah menyebut, cukup dua rakaat solat sunat tetapi memberi kesan pada hati daripada ribuan rakaat tapi tidak memberi kesan.
Ada orang yang salah faham. Mereka lebih mengutamakan solat sunat (dan juga wajib) yang banyak walau tidak khusyuk daripada mengusahakan khusyuk. Mereka anggap kalau dua rakaat yang khusyuk dapat nilai 20, maka kalau mereka buat 10 rakaat tidak khusyuk, tentu akan dapat pahala yang lebih banyak walaupun dengan nilai yang tidak sempurna katalah 60. Sebenarnya mereka sudah kurang ajar dengan Tuhan. Sebab seolah mereka sudah mem-bezakan Tuhan yang mereka sembah ketika solat sunat dan solat wajib. Apakah ini perkara kecil?
--------------------------------------------------------- |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by serihartatie at 20-9-2006 05:51 PM
Istiqomah itu penting dalam setiap amalan...walaupun mungkin kuantitinya tidak hebat tetapi sesuatu yg dilakukan secara istiqomah akan melekat ke hati dan semakin kemanisan ibadahnya terasa ke hat ...
Saya ingin membahaskan lebih lanjut dengan serihartatie berkaitan pemahaman antara pahala dan ikhlas..
Sebelum itu saya ingin bertanya dahulu berkaitan pemahaman serihartatie, bagaimana yang dikatakan ibadah kerana Allah? dan kaitannya dengan pahala?
[ Last edited by kuman at 21-9-2006 05:14 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
sejak bekerja, memang dah jarang sangat baca quran...
setahun tu adelah 5-6 kali..
baca yasin pun kengkadang je..
tak tau le nape..
sekarang ni rasa dah jauh sangat ngan quran..
azam aku tiap2 tahun nak khatam quran..
tapi, sume tinggal azam je...:kant: |
|
|
|
|
|
|
|
lepas solat baca Al-Quran, INSYAALLAH.... |
|
|
|
|
|
|
|
slalunya pas solat mghrib klu xde pe2 halangan.. |
|
|
|
|
|
|
|
sama jugak, selalunya selepas solat magrib |
|
|
|
|
|
|
| |
|