CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Baiduri Othman

Good excuse utk melakukan dosa sebab kita org Islam

[Copy link]
 Author| Post time 18-9-2006 05:52 PM | Show all posts
Terima kasih bnyk2 atas response anda semua kat sini. Selamat menyambut bulan Ramadan yg mulia & sama2lah kita menghayati tanggungjawab kita sbg org Islam.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-9-2006 05:57 PM | Show all posts
Originally posted by Baiduri Othman at 18-9-2006 05:52 PM
Terima kasih bnyk2 atas response anda semua kat sini. Selamat menyambut bulan Ramadan yg mulia & sama2lah kita menghayati tanggungjawab kita sbg org Islam.



nak ckp sikit...  ada hadith dari abu hurairah yang sebut, takkan masuk syurga walaupun sembahyang tak tinggal kalau tak dapat rahmat Allah.

macam tu jugak kalau tak silap ada hadith sebut orang jahat pun boleh masuk syurga kalau tetiba dapat rahmat Allah.

tapi itu bukan alasan utk buat jahat, sebab kalau nak dapat rahmat Allah mesti nak ikut perintah Allah.  Mungkin orang jahat tu tetiba terdetik buat satu kebaikan yang besar rahmatnya.  mana kita tahu tu semua kuasa tuhan.

selamat beribadah di bulan ramdhan....
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2006 11:03 PM | Show all posts
Originally posted by Baiduri Othman at 17-9-2006 11:09 PM
Betul ke sejahat2 & sebusuk2 hati org Islam akan tetap dimasukkan ke syurga hanya semata2 kita adalah org Islam? That means it's a good excuse utk buat kemungkaran & kejahatan di atas bumi. ...

Prsoalan yg menarik

Krn tu ada org ckp yg ISLAM tu sndiri yg mmbawa maksud sejahtera n selamat bkn ditjukan pd agam islam semata2 to globally. I mean mana2 agama yg mmbawa knsep sejahtera n selamat dikira islam

Aku tau teori yg aku bwk ni tdk akn mnjda popular , msti ramai melenting n nak kata aku salah or sesat , hahhahahha

I dont care abt that , tp nak tnya 1 soalan. Brp ramai antara korang yg mncari islam ? Atau kau dah lahir2 jd islam? i think majority of u mmg lahir2 pun mmg dah islam , correct if i'm wrong

Let say christian preacher dtg n preach abt kristian 2 u , senang2 ke korang nak convert jd kristian, i doubt that

So korang fikir2kanlah


[quote]

Dan kalau Allah hendak, niscaya mereka tidak akan mempersekutukanNya. Kami tidak pernah melantik kamu sebagai penjaga mereka; dan kamu bukan lah penasihat mereka

[ Al-An-am
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2006 12:21 AM | Show all posts
fuhhh...tersedar seketika aku dibuatnya...
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2006 02:38 AM | Show all posts
imho, ttg masuk syurga ke neraka ni..totally hak Allah, kuasa Allah. kite mmg tak boleh tau. sbb wpun nampak mcm islam, mungkin di sisi Allah die bukan Islam. dn org yg fizikalnye nampak kafir, mungkin di sisi Allah benar. jd, claim yg mengatakan kl org Islam tu..last2 masuk syurga is debatable based on the argument above.

bg saye, Allah tu yg mencipatakan kita..and Dia mmg adil. terpulang kpd makhluk nk menilai dn menggunakan sepenuh mase di dunia utk membuat kebaikan.
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2006 03:17 AM | Show all posts

Reply #11 winamp05's post

terima kasih:tq::tq:
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-9-2006 03:22 AM | Show all posts
Originally posted by Baiduri Othman at 18-9-2006 11:44 AM
Kira umat Islam ni CHOSEN lah sebab umat yg special. Tu lah agaknya licence utk buat dosa2 besar yg sukar dpt pengampunan sebab guarantee boleh masuk syurga kot.

gerenti masuk syurga tp b4 that dpt balasan terhadap dosa2 yang dilakukan kan?
dan life after that?kalau by dosa hidup yang byk dosa tu pasti kepanasan,bak matahari panjang sejengkal kan?
kita bukan selamanya dlm syurga kan?
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2006 03:44 AM | Show all posts
maybe u should look it up
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-9-2006 09:01 AM | Show all posts
Orang2 islam yg masuk neraka dulu baru masuk syurga, apabila telah selesai azab yg mereka lalui mereka akan di masukan ke dalam syurga. Tetapi didahi mereka tertera kalimah "BEKAS AHLI NERAKA". Oleh itu, cuba lah bayangkan kalo kita masuk ke syurga, malu tak kalo nak jumpa ngan ahli yg lain.



                         :geram::geram::geram:
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2006 09:02 AM | Show all posts
Assalamualaikum semuer bakal ahli kubur,

Biler teman kelih satu persatu posting komer......

Nak ketawa....pun tak bley.
Nak sedey...........sedey ler juga.

Yang dok kater.......masuk neraka....then akhir nya masuk ke syurga!
Hmmmm....................

Teman tak kisah laa....Bab bab rahmat Allah swt tu.
Or bab last last akhir nya masuk syurga pun teman TAK KISAH.

Tapi yg sanggup kena celup dalam api neraka...then masuk syurga tu, teman ada SATU SOKLAN jer.

API DUNIYA ........komer sanggup tahan ker??
Cuber bakor dgn lighter kat tangan sendiri.

Kalau bley tahan...............pi ler buat maksiat or doser.
Sebab api lighter tu......hanya 1/69 POWER dari API NERAKA.

Hanya oghang JAHIL lagi BODOH sahaja yg KONON nya mengatakan deme sanggup masuk neraka.!!!:

Wsalam
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2006 09:11 AM | Show all posts
Originally posted by niceghost2005 at 19-9-2006 09:02 AM
Assalamualaikum semuer bakal ahli kubur,

Biler teman kelih satu persatu posting komer......

Nak ketawa....pun tak bley.
Nak sedey...........sedey ler juga.

Yang dok kater.......masuk nera ...



:setuju::setuju::setuju:
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2006 09:17 AM | Show all posts

kisah api neraka

Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datang kepada Nabi saw pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya, maka ditanya oleh nabi s.a.w.:

"Mengapa aku melihat kau berubah muka?" Jawabnya: "Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman dari padanya."

Lalu nabi s.a.w. bersabda: "Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam."

Jawabnya: "Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Qur'an itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yg ke tujuh.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi, dan minumannya air panas campur nanah, dan pakaiannya potongan-potongan api.

Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan."

Nabi s.a.w. bertanya: "Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?" Jawabnya: "Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda."
(nota kefahaman: iaitu yg lebih bawah lebih panas)

Tanya Rasulullah s.a.w.: "Siapakah penduduk masing-masing pintu?"

Jawab Jibrail:

"intu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a.s. serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah.

Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim,

Pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar.

Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha,

Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah.

Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir."

Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s.a.w. sehingga ditanya:

"Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?"

Jawabnya: "Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat."

Maka nabi s.a.w. jatuh pingsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan sesudah sadar nabi saw bersabda: "Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam neraka?" Jawabnya: "Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu."

Kemudian nabi s.a.w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian nabi s.a.w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah.(dipetik dari kitab "eringatan Bagi Yg Lalai")

Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku.

Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:

1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat

2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah

3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung

4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah

5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik

6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak

7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum

8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular

9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam pekat.

10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai

11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat

Mudah-mudahan dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua.
Aku dah insaf ni....:pray:

[ Last edited by  eiyoei at 19-9-2006 09:19 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2006 10:29 AM | Show all posts
assalamualaikum dan terimakasih kepada Bai..  satu soalan yang cukup menarik..  

saya pun nak tanya forummer semua jugak pasal ni..  ada yang pernah berkata pada saya yang walaupun orang islam masuk neraka, akhirnya dia akan masuk ke syurga setelah 'membayar' segala dosanya..  namun begitu, ganjaran ini hanya untuk mereka yang mati dalam islam..  kalau ikut tafsiran kasar, betul jugak, sebab kalau kita tidak mati dalam islam, bermaksudnya kita ni bukan tergolong dalam umat islam..

benarkah begitu?  adakah ini merujuk contoh jikalau ada diantara kita yang mati dalam keadaan masih minum arak, tak solat, tak ambil kisah tentang agama, etc?

soalan tambahan saya pulak..  kenapa ada tertera 'bekas ahli neraka' pula..  saya tak pernah lagi tentang perkara ini..  boleh mintak penjelasan lebih lanjut?
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2006 11:55 AM | Show all posts
Originally posted by winamp05 at 19-9-2006 09:11 AM



:setuju::setuju::setuju:


:setuju::setuju:
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2006 07:46 AM | Show all posts
Assalamualakum wahai sekelian sedara ku,

Pagi tadi semasa bangun dari tidur utk solat subuh.....

Tup tup terlintas di hati teman berkenaan THREAD ini.

Ada 2 perkara yg ingin teman katakan di sini.
1. Api neraka
2. Air sejuk or Ais

Gambaran yg di tunjukkan olih Hadis di atas berkenaan Api Neraka aalah BENAR.
Yakni api bermula dgn warna MERAH, kemudian biler di naikkan suhu nya....ia akan jadi PUTIH.
Biler suhu nya di naikkan lagi....ia akan jadi HITAM.

HITAM merupakan KEADAAN API yg PALING PANAS.

Kepada yg ingin melakukan MASUK NERAKA, tidak perlu membakar kulit nya dgn API LIGHTER.
Teman minta maaf di atas saranan di atas.

Komer hanya perlu di siksa dgn AIS or AIR SEJUK sahaja.
Kui kui kui

Ini di amalkan olih Special Branch or GESTAPO or MOSSAD or SOVAK or KGP or CIA.

1. di bogelkan dan di paksa duduk di atas seketul ais ataupun
2. di masukkan ke dalam freezer/chiller (bilik sejuk)

Ini adalah cukup MEMADAI utk di jadikan ALAT PENYIKSAAN.

Wsalam
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-9-2006 08:48 AM | Show all posts
Terima kasih atas response anda semua. Until today, belum bertemu jawapan yg sebenarnya samada ada tak di dlm Al Quran mengatakan org2 Islam tetap masuk ke syurga walau sebesar mana dosa mrk & sebusuk mana hati mrk. Memang selalu dengar org cakap kat kita - sejahat2 or sebusuk2 hati org Islam akan tetap masuk ke syurga. Sebab itulah org2 Islam tak takut buat dosa termasuk dosa2 besar & mengaibkan org sebab mrk confident akan masuk syurga.

Maybe ini adalah satu persoalan yg selalu bermain di fikiran org2 Islam sendiri. Maybe satu sebab ramai jugak yg rasa tak rugi kalau tinggalkan Islam. Ttp bagi kita yg tahu tentang Islam - kita tahu Islam adalah agama yg dynamic & progressive. Bnyk Quranic verses yg bercerita tentang pentingnya ilmu pengetahuan, tentang harapan dsbnya. Al Quran bnyk benda dia cerita & kita sendiri kena rajin explore. Sebab tu cendiakawan Barat pun kata Islam adalah agama tentang humanity. Ttp sayang umat Islam itu sendiri telah tarnish the IMAGE OF ISLAM dgn akhlak buruk mrk. Even kat forum ni pun ramai manusia mcm tu. Senang2 lepas cakap berupa maki-hamun, angkuh dsbnya. Kata org, mcm tak ingat Tuhan je.

So ada tak ayat2 Al Quran yg mengatakan sebusuk2 hati/sejahat2nya org Islam tetap akan masuk syurga? Sedangkan ramai org2 bukan Islam di luar sana lebih berhati mulia dr org Islam. Bila mrk berbuat kebaikan, mrk lakukan demi kemanusiaan. Tak ada pun lepas cakap & angkuh mcm sesetgh org Islam. Betul ke ni boleh masuk syurga?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-9-2006 08:50 AM | Show all posts
BTW, Islam ni bukan sekadar cerita NERAKA & SYURGA, DOSA & PAHALA ttp TANGGUNGJAWAB KITA SBG MANUSIA. Takkan kerja kita jadi manusia nak BOASTING, NAK MEMAKI HAMUN ORG, NAK BUSUK HATI & BUAT PEKERJAAN KEJI. Tu lah maybe sebab dah gerenti masuk SYURGA sebab ORG ISLAM.
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2006 12:46 PM | Show all posts
Saudari Baiduri, saya bersetuju dengan posting Niceghost2005.namun pertanyaan saudari itu, saya tidaklah dapat menjawab kerana itu semua urusan dari Allah taala...cumanya, setahu saya.selagi kita beriman kepada Allah taala tanpa menyekutukanNya.endingnya pasti ke syurga.itu kata ustazah mengajar saya kat sekolah dulu.
tapi,tahankah kita dengan azab api neraka?????
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2006 01:04 PM | Show all posts
Ini lah ujian Alllah untuk kita. Kita mesti yakin dengan janji Allah, Syurga dan Neraka itu adalah janji Allah. Kita perlu bersyukur kerana diPILIH oleh ALlah menjadi MUSLIM. Oleh itu kita mesti cuba untuk mempertingkatkan diri kita menjadi seorang Islam sebagaimana yang diajar oleh Rasulullah S.A.W.
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2006 06:31 PM | Show all posts
Originally posted by Baiduri Othman at 20-9-2006 08:48 AM
Terima kasih atas response anda semua. Until today, belum bertemu jawapan yg sebenarnya samada ada tak di dlm Al Quran mengatakan org2 Islam tetap masuk ke syurga walau sebesar mana dosa mrk &  ...


Assalamualaikum Baiduri,

Pada pendapatan teman yg tidak mencukupi ini....
Kebanyakkan oghang Islam yg melakukan maksiat itu....tidak memikirkan mengenai perkara di atas.
Semasa mereka melakukan nya......benda gitu tidak terlintas dihati nya.
Mereka sudah lupa kepada ANCAMAN yg Allah swt janjikan.

Itu lah SAAT nya IMAN telah keluar dari hati nya.

Dan mereka telah menipu diri sendiri mengenai utk bertaubat.
Konon konon nya mereka yg berkuasa ke atas waktu utk menemui ajal.

Mengenai persoalan miker td.
Teman pernah terbaca di dalam sebuah hadis mengenai seorg yg mempunyai IMAN sebesar bijik sawi.
Akhir nya dier masuk ke syurga.
Dan ganjaran syurga nya adalah 10 x ganda dari duniya dan se isi nya.

TETAPI seperti forumis yg lain berkata, Adakah kita dapat menahan siksa azab Allah swt???

AZAB neraka yg paling MINIMA adalah di kenakan kpd Bapa Sedara Rasulullah saw.
Iaitu Abu Talib.
Dan siksa nya adalah dgn memakaikan kasut dari api neraka.
Bergelegak otak nya.......
Dan dier merasakan bahawa , dier mendapat siksa yg PALING TERUK di kalangan ahli neraka.

Oghang yg paling bertuah ialah yg dapat masuk syurga TANPA di hisab!!!
Itu lah sepatut nya menjadi TARGET setiap orang.

BUKAN nya bercita cita nak masuk neraka.....kemudian selepas di azab, baru masuk syurga!
Itu adalah OMONG OMONG KOSONG oghang JAHIL lagi BODOH sahaja. (ada di nyatakan di dalam Al Quran)
Mendengar hasutan nafsu serta  Iblis yg di laknat.

Kalau dalam keter pung.......dah tak tahan panas nya.
Terus jer di bukak AIRCOND tak henti henti.

Ini kan pulak....API NERAKA!

Wsalam
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-1-2025 01:34 PM GMT+8 , Processed in 0.055774 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list