|
Rezeki Maya makin mencurah
Oleh Rudy Imran Shamsudin
REZEKI pelakon dan penyanyi popular, Maya Karin, kian mencurah. Terbaru, dia disunting syarikat pengeluar barangan kecantikan terkenal dunia, Loreal sebagai model dan jurucakap mereka.
Sebelum itu, Maya juga muncul sebagai jurucakap kepada jenama telekomunikasi tempatan, Celcom yang iklannya setiap hari disiarkan di kaca televisyen.
Ini tidak termasuk sebuah lagi filem, Anak Halal, arahan Osman Ali yang kini sedang menjalani penggambaran. Selain Maya Karin, filem itu turut menampilkan Fasha Sandha, Jehan Miskin, Aqasha, Raja Farah dan Fauzi Nawawi.
Lebih menggembirakan gadis kacukan Melayu-Jerman ini jadualnya semakin sibuk sehingga pertengahan tahun hadapan termasuklah beberapa aktiviti baru yang diatur pihak Loreal.
Sewaktu saya sibuk menjalani penggambaran filem terbaru, Jari Hantu, pihak Loreal mahu melamar saya menjadi jurucakap produk mereka.
Dalam masa dua minggu perbincangan akhirnya kata putus dicapai dan kontrak saya bersama Loreal selama setahun.
Buat permulaan saya akan mempromosikan barangan penjagaan kulit keluaran Loreal iaitu pelembap wajah dan bedak asas.
Saya turut terbabit dengan pembikinan iklan terbaru yang akan dikeluarkan tahun hadapan dan diikuti dengan mempromosikan alat solek.
Mungkin ada yang beranggapan pemilihan Maya bagi menjadi jurucakap kepada barangan kecantikan dan alat solek kurang sesuai memandangkan gadis yang kini menetap di Sungai Penchala, Damansara ini kurang gemar bersolek dan percayakan kepada kecantikan asli.
Tanggapan itu salah sebenarnya kerana barangan kecantikan yang dikeluarkan Loreal ini juga bertindak sebagai pelindung kulit wajah.
Ibu saya sendiri sejak kecil sudah mendidik agar selalu menggunakan pelembap wajah bagi menghalang cahaya ultra violet (UV) yang boleh merosakkan kulit.
Barangan alat solek yang dikeluarkan Loreal ini tidak keterlaluan warnanya dan lebih natural. Inilah yang saya suka, mengambil contoh bedak asasnya juga tidak memberatkan kulit sehinggakan kita berasa tidak pernah memakainya, |
|
|
|
|
|
|
|
satu lagi...
naper MAya x jadi hos Beauty Secret From The East,ha?
tak sesuai lar si Aishah Sinclair tuh..
aku x dapat pickup apa dia ckp..
tapi Maya Karin dulu masa musim pertama cakap sebutir-sebutir)slang Indon)..
senang skit nk pick-up..
Aisha Sinclair pon terangkak-rangkak nak berbahasa MElayu...
hmm |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #19 dunkin^donuts's post
lawanyeee kak Maya.. :love:
klu le aku cantek cam2 ek.. hehe |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #22 dunkin^donuts's post
kak Maya bz gler kot skang..
tp mmg laku ek die skang.. alhamdulillah.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by dunkin^donuts at 5-10-2006 06:43 PM
satu lagi...
naper MAya x jadi hos Beauty Secret From The East,ha?
tak sesuai lar si Aishah Sinclair tuh..
aku x dapat pickup apa dia ckp..
tapi Maya Karin dulu masa musim pertama cakap sebutir ...
betul tu..suka tgk maya karin mengacara BSFTE....mb die bz kut |
|
|
|
|
|
|
|
kehkeh
cam best jugak cite nih
tajuk mmg sopan pon
tak terpikir plak aku seblom ni |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Robab at 13-10-2006 05:43 PM
kehkeh
cam best jugak cite nih
tajuk mmg sopan pon
tak terpikir plak aku seblom ni
STUJU!!....cm best jer...W memang suke filem2 Shumi!...menghiburkan & lain drp yg lain!..Pelakon2 pun slalu yg best2nye..Ehehehehks....tak sabar nak tgk!!....:love: |
|
|
|
|
|
|
|
yg pasal tajuk filem ni..
memang sopan habis..hehe
mula2 aku ingat 'hantu punya jari',
pastu bila korang kata 'sopan'
rupanya..banyak maksud tersirat...ahaks |
|
|
|
|
|
|
|
Rusdi warisi "Saka Rimau" kerana Maya
17-11-2006 04:11:54 PM
Radin Sri Ghazali
Maya dan Rusdi sekali lagi digabungkan sebagai pasangan kekasih menerusi Waris Jari Hantu
(Foto The Star Oleh Low Lay Phon)
Gabungan 'romantis' Rusdi Ramli dan Maya Karin sekali lagi akan memantapkan jalan cerita terbaru Shuhaimi Baba yang bertajuk, 'Waris Jari Jantu'.
Namun kedua pelakon ini mengaku bahawa tugas menghidupkan perhubungan hati yang 'unik' di antara kedua-dua watak ini amatlah sukar.
"Saya hampir putus asa dengan watak Ari pada awalnya," ujar pelakon yang berusia 36 tahun itu mengenai detik-detik awal penghayatannya menjiwai watak yang bernama Ari itu.
"Ari merupakan sahabat baik Tina (lakonan Maya Karin). Dia bukan seorang lelaki yang sejati tetapi lebih cenderung kepada sifat-sifat kewanitaan dan lebih sensitif dan amat emosional," ujarnya lagi.
Akibat penindasan dan dibuli oleh orang kampungnya, Ari mengambil keputusan untuk berhijrah ke bandar. Di sana, Ari mengalami pelbagai perubahan daripada segi sikap serta fizikal secara mendadak.
Namun, demi semangat setia kawan, Ari turut mengorbankan dirinya untuk mewarisi 'saka rimau ' yang sepatutnya diberi kepada Tina.
Penghayatan sebagai lelaki lembut ataupun pondan bukanlah merupakan sesuatu yang mudah untuk dihayati oleh anak pelakon komedi terkenal Norlia Ghani ini.
Rusdi terpaksa menjalani sebulan latihan bersama-sama Shuhaimi Baba serta Fatimah Abu Bakar bagi menjiwai watak yang bertentangan dengan identiti Rusdi yang sebenarnya.
"Bukan sahaja saya dibantu oleh Shuhaimi dan Fati tetapi saya juga diberi seorang guru khas bernama Dara. Dialah yang mengajar saya erti kehidupan sebenar seorang pondan ataupun mak nyah," ujar pelakon drama bersiri Mat Despatch lagi yang turut 'lepak' bersama-sama Dara serta rakan-rakan yang senasib dengan Dara.
"Saya pergi menonton persembahan " aper Dolls' mereka di kelab dan melihat cara mereka berinteraksi sesama sendiri serta bagaimana mereka berhadapan dengan masyarakat yang prejudis terhadap penampilan mereka," ujar Rusdi yang bukan sahaja berjaya menghayati watak sebagai mak nyah tetapi melihat kehidupan golongan tersebut secara mendalam.
Sememangnya Rusdi sudah lama mengenali golongan lembut seperti ini terutamanya apabila ramai di antara mereka merupakan sahabat ibunya sendiri.
"Saya membesar dikelilingi mereka. Oleh itu, saya tidak pernah mempunyai sikap prejudis terhadap mereka mahupun melontar kata-kata yang kurang enak terhadap mereka.
"Saya memang berharap agar masyarakat kita dapat menonton filem ini dengan minda yang terbuka dan dapat menerima Ari sebagai seorang hero dan bukan sebagai badut," ujar bapa kepada seorang anak ini lagi mengenai watak yang dianggapnya sebagai paling mencabar setakat ini.
Kesukaran menjiwai watak pondan membuatkan Rusdi tidak bersikap prejudis terhadap golongan tersebut
(Foto The Star)
Jika pelakon serta pemenang Oscar Hillary Swank mengalami kesukaran untuk kembali kepada dirinya sebagai seorang wanita setelah melakonkan watak seorang 'tomboy' menerusi filem 'Boys Don't Cry', bagaimana pula dengan Rusdi?
Rusdi mengaku mengalami masalah yang sama.
"Saya pun turut gusar mengenai transisi tersebut. Oleh kerana terlampau menjiwai watak itu, ada kalanya saya terbawa-bawa keluar lokasi. Pada hari terakhir penggambaran, saya berpesan kepada krew agar mereka menumbuk saya jika saya masih bersikap seperti pondan."
Malah pelakon tampan itu juga turut risau akan penerimaan anaknya terhadap watak sedemikian.
"Selepas menonton filem ini, dia pasti keliru serta tertanya-tanya mengapakah bapanya begitu. Namun, saya sudah bersedia untuk memberi penjelasan kepadanya nanti," kata pelakon yang mempunyai 18 tahun pengalaman berlakon menerusi drama dan filem.
Maya takut dibayangi pontianak
Heroin filem ini pula, Maya Karin masih takut 'dihantui' bayangan imej pontianak yang pernah menobatkan dirinya sebagai pelakon terbaik negara mahupun Asia Pasifik.
"Sudah semestinya ramai akan menggunakan sukses Pontianak Harum Sundal Malam 1 dan 2 untuk membuat kayu ukuran kepada kebolehan saya. Tetapi lakonan saya dalam Waris Jari Hantu memang jauh berbeza," ujarnya yang memegang watak Tina dalam filem ketiga gandingannya dengan Shuhaimi Baba.
"Tina merupakan seorang gadis kampung yang sepatutnya mewarisi saka rimau daripada Tok Wannya (lakonan Azean Irdawaty). Walaupun dibayangi konflik menjadi pewaris, Tina menghadapi masalah yang besar yakni konflik emosi. Dia menaruh cinta terhadap sahabat karibnya Ari yang merupakan lelaki lembut," ujar pelakon jelita yang berusia 27 tahun itu lagi.
Maya tidak mahu PHSM menjadi kayu ukur kepada Tina menerusi filem Waris Jari Hantu
(Foto The Star)
"Bayangkan betapa sukarnya untuk Tina mencintai seseorang yang tidak boleh mencintainya," tegas Maya yang turut bertegas bahawa watak tersebut lebih sukar jika dibandingkan dengan PHSM.
"Saya tidak jemu berlakon dengan Rusdi. Malah saya rasa kami mempunyai hubungan chemistry yang baik sebagai hero dan heroin dan ini mustahak untuk menghidupkan jalan cerita Waris Jari Hantu," ujar Maya mengenai hubungan akrab bersama-sama Rusdi yang menjadi keserasian Tina dan Ari menerusi filem tersebut.
Namun apa yang menakutkan Maya adalah gandingan bersama-sama dua orang pelakon veteran iaitu Azean Irdawaty serta Liza Othman.
"Gabra rasanya setiap kali kami shooting bersama-sama. Mereka merupakan idola saya dan ini merupakan satu penghormatan apabila saya diberi peluang untuk bergandingan bersama-sama mereka," ujarnya yang turut kagum dengan kebolehan Azean dan Liza walaupun mereka sudah dimamah usia.
Maya yang menggantikan Paula Malai Ali menerusi rancangan hiburan The Ticket di saluran televisyen Channel V turut berharap agar masyarakat tidak terus mengklasifikasi Waris Jari Hantu sebagai filem seram.
"Namanya sahaja macam filem seram. Sebenarnya, jika dilihat secara mendalam, filem ini lebih menjurus kepada nilai kekeluargaan serta kemurnian sebuah cinta," katanya lagi.
sudah tukar ker WARIS JARI HANTU tajuk muvi ni... ermm... gambar rushdi solo tu nampak dia cam alex komang ler... ![](static/image/smiley/default/smile.gif)
![](http://img260.imageshack.us/img260/7374/sigline9rb.gif)
![](http://img245.imageshack.us/img245/3658/blogayugiller8pg.jpg) |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #29 aYuGiLeR's post
tajuk die Jari Hantu kn? Dari dlu agi dgr Jari Hantu.. em.. xtau plak dh tuko,.. |
|
|
|
|
|
|
|
i hv to admit .. Maya mmg cantik n hot ... Lakonan pun dh improved .. cambesh jer citer ni |
|
|
|
|
|
|
|
the ancestor of middle finger ? : |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #32 GAIA's post
bukan the heir of middle finger ker??? :bgrin:
![](http://img260.imageshack.us/img260/7374/sigline9rb.gif)
![](http://img245.imageshack.us/img245/3658/blogayugiller8pg.jpg) |
|
|
|
|
|
|
|
agaknyer poster karang .. tunjuk gambar jari hantu la... hehehe.. Lps tu kener censored ... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #34 DDT_pacak85's post
takkan la kot... shumi not that stupid..
![](http://img260.imageshack.us/img260/7374/sigline9rb.gif)
![](http://img245.imageshack.us/img245/3658/blogayugiller8pg.jpg) |
|
|
|
|
|
|
|
tk sabar nk tgk this film ..n MK so lovely ..
![](http://mstar.com.my/cms/storage/images/com.tms.cms.image.Image_f3d0a785-c0a85062-1eafe130-aa832b5b/1/maya.jpg) |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by airiny at 18-11-2006 08:17 PM
tk sabar nk tgk this film ..n MK so lovely ..
cantiknya maya karin!!!:love::love: |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #37 HARRIER28's post
mmg cantik + lakonan dia makin improve.. go maya!!!
![](http://img260.imageshack.us/img260/7374/sigline9rb.gif)
![](http://img245.imageshack.us/img245/3658/blogayugiller8pg.jpg) |
|
|
|
|
|
|
|
ni ko petik dari akhbar mana? |
|
|
|
|
|
|
|
wu...maya x masuk pencalonn ABPH06..
aku nk vote saper?
takder faveret choice lain lor.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|