CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: GasTrick

Cuma ingin meluahkan perasaan-Baca

[Copy link]
Post time 19-11-2006 06:59 PM | Show all posts
Originally posted by serihartatie at 13-11-2006 09:57 AM
Kebenaran yang mutlak adalah dari ajaran wahyu
Kebenaran akal hanya terkeliru bahkan adakalanya menipu
Kerana akal adalah dari pandangan makhluk yang dicipta
Kemampuan yang diberi Tuhan padanya  ...


[quote]


jika yg mutlak itu hanyalah wahyu
sementara akal selalunya terkeliru
atau akal sering menipu
logiknya.. mana mungkin akal menjangkau wahyu.

lalu..manakan boleh kita kata kita faham akan wahyu
lalu dakwa itulah maksud sebenar Pemberi wahyu
sedangkan fitrahnya kita tak mampu
lainlah jika kita sendiri penerima wahyu
mungkin juga kita tak mungkin keliru.

manusia ini nisbinya terang
kebenaran itu gamaknya cuma bayang2.

--------------------------------

jika wahyu itu kebenaran mutlak, tetapi akal terhad, mampukah kita memahami wahyu 100%  lalu mendakwa apa yg kita faham itu adalah maksud Tuhan sebenarnya?

jika kita kata kita mampu memahami makna wahyu 100% sepertimana yg Tuhan sebenarnya maksudkan itu bermakna akal tidaklah secikai seperti yg biasa digambarkan.

tetapi jika akal tidak mungkin mampu memaham wahyu 100%, maka apa yg kita faham sebagai kebenaran wahyu itu tak lebih sekadar pemahaman kita sahaja... yg mungkin benar tetapi tidak mungkin benar 100%.

---------------

umumnya kita berpahaman yg status akal itu di bawah wahyu, atau jauh di bawah wahyu. Itulah pegangan umum ahli sunnah. Lalu dianjurkanlah akal yg benar itu ialah akal yg sentiasa tunduk pada wahyu, yg bergerak mesti selari dengan wahyu atau jgn sesekali terkeluar drp wahyu. Jelasnya tidak ada akal di luar akal wahyu. Sekiranya ada pertentangan antara akal dengan wahyu, wahyu hendaklah dimenangkan dan akal perlu menyerah.

tetapi pahaman seperti ini bukanlah pagangan umum suatu masa dulu, khususnya pada zaman keemasan tamadun Islam. Pada masa itu rasionalisme dijunjung tinggi dan ilmuan2 besar Islam umumnya adalah penganut paham rasionalisme, yg dibrandkan sebagai muktazilah. Mereka menganjurkan sekiranya terdapat pertentangan antara akal dan wahyu, maka wahyu hendaklah ditakwil supaya selari dengan akal.

aneh? tidak aneh pada waktu itu.

bagi sebahagian orang di situlah sebenarnya kekuatan wahyu... kerana wahyu akan sentiasa selari dengan perkembangan akal. Kebenaran akal diterima dan kebenaran wahyu diterima. Konsep kebenaran ganda inilah yg diterima dan diprojekkan oleh ahli2 teologi barat khususnya Thomas Aquinas, yg menjadi landasan kepada berkembangnya ilmu dan tamadun barat.

sementara itu umat Islam mula memijak2 akal dan akibatnya ialah keruntuhan ilmu dan tamadunnya. Seperti kata seorang sejarawan Islam kontemporari akal Islam kita masih terpenjara di dalam kedok akal abad pertengahan.

[ Last edited by  petola at 19-11-2006 07:44 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-11-2006 08:10 PM | Show all posts
Originally posted by fleurzsa at 19-11-2006 12:10 PM
Kalo tak silap isu kewujudan/ kebenaran ini dibincangkan dlm ilmu Ontologi. Ni ilmu sekular...

Descartes cakap...

'Tidak menerima sesuatu itu benar, jika saya tidak benar2 mengetahui bahawa i ...


ONTOLOGI ini adalah satu aspek drp ilmu, iaitu persoalan APA yg kita manusia mampu ketahui.
contohnya bolehkah kita mengetahui alam?
bolehkah kita mengetahui tuhan atau hari balasan?
konsep2 dll...

sekiranya semua itu dianggap sebagai mungkin boleh diketahui, maka kita akan masuk kepada aspek kedua, iaitu EPISTEMOLOGI ... yg memperkatakan tentang `BAGAIMANA' kita mahu mengetahuinya. Di sinilah masuknya kaedah2 seperti rasional (akal murni, pure-reason), pemerhatian dan pengalaman (sense-perception, empirikal) dan intuisi (hati, ilham).

ketiga ialah AXIOLOGI, perbahasan tentang nilai dan kegunaan ilmu.

semua ini bukanlah suatu konsep khusus sekular atau sekularisme. Ia juga telah menjadi perbahasan penting dalam tradisi keilmuan Islam. Jika anda mengambil Descartes yg terkenal dengan `Saya berfikir maka saya wujud' sebagai contoh tentang pencarian makna kebenaran (truth), kembarnya ada dalam keilmuan Islam, iaitu Imam al-Ghazali, yg antaranya menggunakan kaedah skepticisme (waham, doubt) dalam mencari kebenaran. Kedua2 nama itu pasti muncul dalam perbincangan mengenai teori ilmu termasuk bidang philosophy of mind.

------------

*nota: Imam Ghazali yg meninggal pada 1111m lahir lebihkurang 200 tahun sebelum Descartes. Tetapi perbahasan tentang `kebenaran' telah wujud sejak zaman klasik Yunani lagi, kira2 2000 tahun sebelum Imam al-Ghazali. Ia masih lagi diperbahaskan hingga kini dan golongan pascamoden menyatakan kebenaran itu hanyalah relatif.

[ Last edited by  petola at 19-11-2006 08:15 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2006 09:23 PM | Show all posts
sejarah pembicaraan mengenai `kebenaran' (truth) dalam tradisi keilmuan Islam ada dibincangkan di link di bawah oleh Andrey Smirnov.

http://www.muslimphilosophy.com/ip/truth.htm

AMARAN: Awas.. anda mungkin jadi mamai kerananya... hehehe


terdapat sekurang2nya lima sudut pandang mengenai kebenaran dibicarakan dalam rencara di atas.
iaitu menurut pandangan ahli2 kalam, peripatetisme, Ismailisme, falsafah iluminasi (the philosophy of illumination) dan pandangan sufi.

jadi apakah kebenaran yg anda semua bincangkan di sini?
dan yg hendak anda cari?

[ Last edited by  petola at 19-11-2006 10:35 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2006 10:02 PM | Show all posts
Apakah Kamu Masih Mengaku Islam?

Apakah kamu mendabik dada masih mengaku orang Islam?!
Padahal sebut sahaja nama Tuhan, hati rasa tidak senang
Sebut sahaja Akhirat, terasa benci di dalam hati
Sebut sahaja dosa pahala, sakit hati mendengarnya
Yang engkau sebut setiap hari ekonomi, pelaburan, pinjaman, keuntungan
Yang engkau kumandangkan kemajuan, pembangunan, masa depan yang terjamin
Tuhan engkau sebut sekali-sekala, itu pun sekadar di mulut bukan di hati
Adakalanya setengah rasul engkau jadikan bahan perli
Tidak sedikit pun engkau takut dengan Tuhan
Walaupun engkau percaya dengan Tuhan, tapi tidak rasa apa-apa
Ada dan tiadanya Tuhan sama sahaja
Adanya macam tiada
Kerana padamu Tuhan tidak perlu ditanya
Bahkan Tuhan tidak dipedulikan
Seolah-olahnya Tuhan itu menyusahkan
Tuhan padamu tidak masuk kira
Padamu duit, kemajuan, pembangunan telah menjadi Tuhan


Ogos 99
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2006 10:04 PM | Show all posts
Originally posted by petola at 19-11-2006 06:59 PM





jika yg mutlak itu hanyalah wahyu
sementara akal selalunya terkeliru
atau akal sering menipu
logiknya.. mana mungkin akal menjangkau wahyu.

lalu..manakan boleh kita kata kita faham  ...



Itu dari Madah Abuya. Serihartatie cuma 'copy'  n 'paste' sahaja.
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2006 10:22 PM | Show all posts
Originally posted by syeikhbelalang at 19-11-2006 10:04 PM



Itu dari Madah Abuya. Serihartatie cuma 'copy'  n 'paste' sahaja.


saya tau.

malangnya Ashaari tidak ada di forum untuk mempertahankan tulisannya. Ini yg lecehnya. Sanggupkah serihartatie mempertahankan apa yg ditepeknya di sini?

oleh kerana anda pun nampaknya galak menepek madah2 Ashaari di sini, sanggupkah anda membincangkan atau mempertahankan apa yg ditulis olehnya?

jika tidak pada saya hentikan saja. Ashaari tentu bukan jurucakap anda... kan?

kecualilah thread ni hanya medan untuk luahan perasaan dan fikiran masing2 tanpa peduli apa orang lain akan kata.
atau hanya menepek ungkapan orang lain tanpa diri sendiri memahami biji butirnya... apatah lagi mempertahankannya.

jgn harap kita akan berganjak maju dalam pemikiran jika orang lain yg sentiasa menjadi jurucakap kita.
pemikiran yg dikembiri akan membawa padah buruk.

:lebai:

[ Last edited by  petola at 19-11-2006 10:26 PM ]
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-11-2006 10:36 PM | Show all posts
Originally posted by petola at 19-11-2006 10:22 PM


jgn harap kita akan berganjak maju dalam pemikiran jika orang lain yg sentiasa menjadi jurucakap kita.
pemikiran yg dikembiri akan membawa padah buruk.

...


apakah selama ini masyarakat didedahkan dan ditempekkan dengan isu-isu yang berkaitan dengan hawa nafsu dan godaan syaitan tidak menjadi kesalahan?

tetapi apabila dibawa sajak2 dan madah dari minda abuya dijadikan garis kesalahan ? Malah mengajak membawa idea sendiri?

Bukan kah setiap manusia saling memerlukan antara satu sama lain? Sifat, kepandaian, minda, kebolehan malah darjah IQ setiap manusia pun tidak sama.


Jika Abuya boleh membawa dan mengembangkan  minda2nya kearah Mengenal Tuhan Dan Berkasih Sayang Sesama Manusia dengan puluhan ribuan sajak2 dan hampir 100 penerbitan buah buku. Apakah kita hendak memulaunya  . Dan membaca buku buku lain hasil tulisan Herry Porter, Amina Wadud dan lain2 lagik karya orientalis yang cuma mengembang minda tanpa mengaitkan dengan Kehambaan pada Tuhan.

Itu kah maksud anda? Bukankah Abuya sendiri sudah menjadi jurucakap kebangkitan Islam pada akhir zaman? Kalu tak percaya , bacalah buku2nya. Kalau tak baca, jangan komplen lagik.
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2006 10:49 PM | Show all posts
Originally posted by syeikhbelalang at 19-11-2006 10:36 PM


apakah selama ini masyarakat didedahkan dan ditempekkan dengan isu-isu yang berkaitan dengan hawa nafsu dan godaan syaitan tidak menjadi kesalahan?

tetapi apabila dibawa sajak2 dan madah dar ...


jadi apa fungsi anda yg punya fikiran dan akal sendiri
sekadar menjadi pencacai tetapi tidak tahu apa yg ada dalam fikiran dan akalnya sendiri?

ilmu itu ialah apa yg ada dalam diri
bukan apa yg ada di luar sana...
dan itulah yg membeza kita dengan yg lain2
dan ilmu amal itulah yg akan kita dipertanggungjawabkan.

saya sangsi yg anda sendiri faham apa yg disampaikan oleh Ashaari dalam tulisan2nya itu.

jika saya tanya apakah dia makna perkataan `logik' yg disebut oleh Ashaari, mampukah anda menjelaskannya?
apa pula maksud logik tinggi?
adakah logik mampu bertahan dan boleh ditarik tanpa batasan?
jika mampu bagaimana contohnya.
jika tidak seperti yang dikatakan oleh Ashaari apa buktinya?

jika Ashaari sendiri kata akal adalah terbatas, maka apakah mungkin akalnya sendiri tak terbatas lalu anda percaya terus2an tanpa semakan benar tidaknya kata2nya?

atau semua itu wahyu belaka?

:lebai:

[ Last edited by  petola at 19-11-2006 11:02 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-11-2006 10:59 PM | Show all posts
Ajarkan Aku Ilmu Yang Seni-Seni


Tuhan!
Ajarkan aku lagi ilmu yang seni-seni
Iaitu beri aku faham tentang pengertian sifat-sifat-Mu yang mendalam
Agar aku bertambah mengenal-Mu
Supaya dengan itu aku bertambah cinta dengan-Mu
Dan bertambah lagi aku takut terhadap-Mu
Aku faham, makin banyak aku mengenal-Mu
Semakin luas ilmuku terhadap-Mu
Bagiku, rasa gerun dan hebat dengan Zat-Mu yang Maha Kuasa
Bertambah aku malu dengan-Mu

Tuhan!
Tanamkanlah di dalam hatiku ilmu rasa
Bukan ilmu di dalam fikiran
Pandangan hati menebalkan keyakinan
Pandangan akal adakalanya membawa keraguan
Kalaupun tidak ragu rasa bertuhan tiada
Rasa bertuhan menjadikan seseorang itu dapat menebalkan rasa kehambaan
Rasa kehambaan pada seseorang itulah membawa seseorang tawadhuk
Tiada rasa kehambaan membawa seseorang itu sombong dan ego




Menjelang tidur
31.8.99
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2006 11:05 PM | Show all posts
Originally posted by janggutmuda at 19-11-2006 10:59 PM
Ajarkan Aku Ilmu Yang Seni-Seni


Tuhan!
Ajarkan aku lagi ilmu yang seni-seni
Iaitu beri aku faham tentang pengertian sifat-sifat-Mu yang mendalam
Agar aku bertambah mengenal-Mu
Supaya deng ...


jm,
apa yg anda faham dengan madah di atas?

mari kita tengok sama ada madah di atas memberi apa2 makna pada anda.

[ Last edited by  petola at 19-11-2006 11:08 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2006 11:17 PM | Show all posts
Originally posted by petola at 19-11-2006 11:05 PM


jm,
apa yg anda faham dengan madah di atas?

mari kita tengok sama ada madah di atas memberi apa2 makna pada anda.


Apa ayat2 yang anda kurang faham? sila beri  penjelasan. Tq
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2006 11:20 PM | Show all posts
Originally posted by janggutmuda at 19-11-2006 11:17 PM


Apa ayat2 yang anda kurang faham? sila beri  penjelasan. Tq


hmmm...  tak apalah.

teruskan... ada berapa ribu lagi madah yg nak ditepek?
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2006 11:28 PM | Show all posts
Originally posted by petola at 19-11-2006 11:20 PM


hmmm...  tak apalah.

teruskan... ada berapa ribu lagi madah yg nak ditepek?


Bukan setakat ribu. Banyak. puluhan ribu.

Baguih juga idea ko jika nak ditepek. baik tepek buat sticker kat baju. Ramai lagik pembacanya. Berkembang lagii minda Abuya untuk menyemarakan kebangkitan Islam pada akhir zaman.


:tq::tq:
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2006 12:13 AM | Show all posts
Mengenal Tuhan Dengan Hati


Dengan akal sahaja seseorang itu tidak akan kenal Tuhannya
Kekuatan akal hanya sekadar tahu
Yang mengenal itu adalah hati
Lantaran itulah ramai ahli fikir tidak mengenal Tuhan,
hanya sekadar tahu
Bahkan ada di kalangan mereka yang tidak percaya wujudnya Tuhan
Hati atau jiwa itulah hakikat diri
Kalau hati atau jiwa tidak mati atau buta
Ia mampu mengenal Tuhan secara hakiki
Bahkan rasa bertuhan sentiasa hidup di dalam jiwa
Rasa itu akan dibawa ke mana-mana
Kerana itulah hati dikatakan raja di dalam diri
Akal hanya sekadar penasihat sahaja
Raja sudah tentulah orang yang paling cerdikKerana itulah ia mampu mengenal Tuhannya
Kecuali hati atau jiwa telah mati atau buta
Dibutakan atau dimatikan oleh akalnya sendiri
Makin cerdik akal, makin cepat buta atau mati jiwanya
Jika mengabaikan hati atau jiwa
Akal hanya menyuluh tapi hati atau jiwa menentukan
Akal hanya memberi panduan tapi hati meyakinkan
Kerana itulah semua anggota badan biar berfungsi
Dia akan menguatkan satu sama lain
Jangan hanya akal sahaja berfungsi,
hati atau jiwa diabaikan


Hasil Nukilan
Ustaz Ashaari bin Muhammad
Menjelang tidur
25.11.99
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-11-2006 05:48 PM | Show all posts

Lalu kukatakan....

hal-hal tentang Kebenaran dan pengetahuan


Kebenaran itu adalah dari tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yang ragu. Al Baqarah 2: 147

Yang demikian itu adalah kerana Allah telah menurunkan Al kiktab dengan membawa kebenaran; dan sesungguhnya orang2 yang beselisih tentang(kebenaran) al kitab itu, benar-benar dalam penyimpangan yang jauh. Al Baqarah 2 : 176


Dan apabila datang kepada mereka suatu berita tentang keamanan ataupun ketakutan, mereka lalu menyiarkannya. Dan kalau mereka menyerahkannya kepada Rasul dan Ulil Amri di antara mereka tentulah orang2 yang ingin mengetahui kebenarannya(akan dapat) menetahui dari mereka (Rasul dan Ulil Amri). An Nisa 4: 83

Penerangan: Ulil Amri merupakan orang2 cerdik pandai dan yang berpengetahuan

Maka janganlah kamu mengikuti hawa nafsu kerana ingin menyimpang dari kebenaran. An Nisaa 4 : 135

Tetapi orang2 yang mendalam ilmunya diantara mereka dan orang-orang mukmin, mereka beriman kepada apa yang telah diturunkan kepadamu(Al quran) dan apa yang telah diturunkan sebelummu dan orang2 yang mendirikan salat, menunaikan zakat dan beriman kepada Allah dan hari kemudian. Orang-orang itu Kami berikan kepada mereka pahala yang besar. An Nisaa 4 : 162

Lihatlah betapa besarnya anugerah yang Allah berikan kepada mereka yang sering mendalami ilmu disamping menunaikan tanggungjawapnya kepada Allah.

Hai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu menjadi orang2 yang selalu menegakkan (kebenaran) kerana Allah, menjadi saksi yang adil. Dan janganlah kebencianmu terhadap sesuatu kaum mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, kerana adil itu lebih dekat, kerana adil itu lebih dekat kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha mengetahui apa yang kamu kerjakan Al Maaidah 5: 8

Allah berfirman : 揑ni adalah suatu hari yang bermanafaat bagi orang2 yang benar kebenarannya mereka. Bagi mereka syurga yang di bawahnya mengalir sungai2; mereka kekal di dalamnya selama-lamanya; Allah redha terhadap mereka dan mereka redha terhadapNya. Itulah keberuntungan yang paling besar.Al Maaidah 5 : 119


Sesungguhnya orang-orang yang menyintai kebenaran dan mencari kebenaran adalah mereka yang di sukai dan direhdai oleh Allah.Jika kita lihat Al Quran sendiri merupakan berita kebenaran yang menjadi penerang kepada umat manusia. Jangan remehkan kebenaran kerana kebenaran adalah cahaya penerang hidup kita-oleh GasTrick
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-11-2006 06:04 PM | Show all posts

ku Katakan...

mengenai akal

Katakanlah : 揟idak sama yang buruk dengan yang baik, meskipun banyaknya yang buruk itu menarik hatimu, maka bertakwalah kepada Allah hai! orang-orang berakal, agar kamu mendapat keberuntungan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-11-2006 06:47 PM | Show all posts

akal dariku

kenanganku

Matematik...
add math...
Calculus...
persamaan pembezaan......errr yang ni umpama mimpi ngeri

Saya dalami physic hingga keperingkat ijazah...maka saya amat memahami logic dari segi pemikiran,ketika saya mula mendalami ilmu berfikir dalam kursus kemahiran berfikir di fakulti pendidikkan untuk mempertajamkan lagi kebolehan minda saya supaya saya dapat menyedari dan mengungkap misteri alam yang Allah swt sediakan untuk mereka yang berakal... saya belajar tentang apa itu akal sebanarnya

Katakanlah : 揫b]Tidak sama yang buruk dengan yang baik, meskipun banyaknya yang buruk itu menarik hatimu, maka bertakwalah kepada Allah hai! orang-orang berakal, agar kamu mendapat keberuntungan
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2006 02:11 PM | Show all posts
salam

alamak
saudara dah masuk bab LOGIK
yg saya sendiri masih pening lagi
cam

AKU  berbeza dgn SAYA
ENGKAU agak berbeza dgn SAUDARA
BUMI manusia berbeza sikit dgn BUMI.........
mungkin sebab DIANTARA LANGIT DAN BUMI DAN APA YANG ADA DIANTARA KEDUANYA.........
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-11-2006 06:33 PM | Show all posts

huh..

Originally posted by janggutmuda at 20-11-2006 12:13 AM
Mengenal Tuhan Dengan Hati


Dengan akal sahaja seseorang itu tidak akan kenal Tuhannya
Kekuatan akal hanya sekadar tahu
Yang mengenal itu adalah hati
Lantaran itulah ramai ahli fikir tidak  ...



Saya tak nafikan hati itu penting
tapi ingatlah....
untuk mengenal Allah swt dengan hati
mestilah berhati-hati
hati itu dipenuhi nafsu
jika nafsu bermaharaja lela
bagaimana pula hati mahu mengenal Allah yang Esa
maka nafsu pula boleh dikawal degan akal
akallah yang membantu sebenarnya
lihatlah mereka2 yang mengenal Allah swt dengan hati
jika hati bersih maka pandangan pada Allah swt pun berdih
tapi jika hati kotor maka pandangan kita terhadap Allah pun akan kotor
ramai pula alim ulamak mengunakan islam dengan nafsunya
ramai pula alim ulamak tewas dengan nafsunya
kerana mereka abaikan akal
akal yang membezakan baik dan buruk
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-11-2006 06:40 PM | Show all posts

Jangan risau

Originally posted by orangbesi at 23-11-2006 02:11 PM
salam

alamak
saudara dah masuk bab LOGIK
yg saya sendiri masih pening lagi
cam

AKU  berbeza dgn SAYA
ENGKAU agak berbeza dgn SAUDARA
BUMI manusia berbeza sikit dgn BUMI.........
mungkin ...


Logik tidak boleh lari dari akal
seumpama kita lari dari bayang kita

memang AKU berbeza dengan SAYA
memang ENGKAU agak berbeza dengan SAUDARA
Memang BUMI manusia berbeza dengan BUMI...seperti yang dimaksudkan..hehehehe

Namun AKU dan SAYA ada samanya
Namun ENGKAU dan SAUDARA ada samanya
Namun BUMI manusia berbeza dengan BUMI...seperti yang dimaksudkan...ada samanya

sesungguhnya melihat sesuatu perkara
lihatlah kepada kebenarannya
Jangan terlalu gundah gulana,
kebenaran adalah milik Allah swt segalanya
Jangan terpedaya syaitan yang berbicara
kerana ianya penuh tipu daya
Saya boleh tersenyum
Aku pun boleh tersenyum
pada masa yang sama pada tika berbeza
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 08:56 PM GMT+8 , Processed in 0.460695 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list