CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: Syd

Kanser Prostat

[Copy link]
Post time 10-4-2007 10:53 PM | Show all posts
Originally posted by budakecik at 10-4-2007 10:23 PM


Salah satu antara buah dalam kantung tu yang makin membesar. Terlupa aku dalam perubatan moden. Kerap makan rumput alfafa samada dalam bentuk kapsul atau pil. Harganya murah.


Selain dari itu, aku rasa kaedah urut juga boleh mengubati angin pasang..

Satu lagi saya rasa topik ini sesuai dibincangkan di Pharmacist & Medical Doctor online

[ Last edited by  highcastle at 10-4-2007 10:54 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-4-2007 10:55 PM | Show all posts
Originally posted by highcastle at 10-4-2007 10:53 PM


Selain dari itu, aku rasa kaedah urut juga boleh mengubati angin pasang..

Satu lagi saya rasa topik ini sesuai dibincangkan di Pharmacist & Medical Doctor online




Cam ner Maiden boleh bawa kat CI? Dia nak ganti Dr Cakkk ke?
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2007 10:58 PM | Show all posts
Aku rasa dah 2 org forummer yg sarankan thread ini dimovekan. Jadi apa kata korang yg lain, setuju utk dimovekan?
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2007 10:59 PM | Show all posts
Originally posted by Muntz at 10-4-2007 10:58 PM
Aku rasa dah 2 org forummer yg sarankan thread ini dimovekan. Jadi apa kata korang yg lain, setuju utk dimovekan?



:setuju:
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2007 11:01 PM | Show all posts

Reply #15 Muntz's post

Ana sarankan mod bagitau dahulu kpd pembuka thread.
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2007 11:03 PM | Show all posts
dear forum members -
tulisan tulisan makin berunsur lucah
dan  setelah berbincang    -
moderators will move this thread to  health and pharmacy board
and if you want to know more about those questions you've
been asking - please just continue post  in that board --

i'll leave the redirection -- and you can continue post your
views and your questions there -

thank you
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-4-2007 11:04 PM | Show all posts
Originally posted by pelaga at 10-4-2007 11:01 PM
Ana sarankan mod bagitau dahulu kpd pembuka thread.


Kuasa MOD. Adakah perlu dia bagi tau? Aku bukak thread, mod pi closed, aku tak kisah pun Bukak thread yang lain.

Janji mau happy ending. jangan ambik hati
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2007 11:08 PM | Show all posts
Oklah... kepada pembuka thread @ Maideen....

Aku nak move thread hang nie... camner tue?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-4-2007 09:25 AM | Show all posts
info mengenai Pronoton. boleh mencegah dan mengelak dari kanser prostat.

Diperbuat daripada tumbuh-tumbuhan dan ekstrak herba yang berkualiti tinggi dengan kandungan bioaktif yang dikekalkan dengan baik melalui proses ekstraksi farmaseutikal berteknologi tinggi. Ia telah diformulasikan khusus untuk membantu terapi semulajadi bagi masalah-masalah genito-urinari. Ia digunakan secara tradisional sebagai pemakanan untuk lelaki bagi mempertingkatkan daya seksual, keinginan seks dan kesihatan menyeluruh.
Bahan Aktif
Fructus Saw Palmetto (Serenoa Rapens)
Kegunaan secara tradisional: Saw Palmetto telah digunakan oleh kaum lelaki untuk mengawal dan menguatkan sistem seksual terutamanya di dalam simptom pembesaran prostat. Ia juga telah digunakan sebagai ubat-ubatan tradisional bagi merawat masalah genito-urinari untuk meningkatkan kekuatan seks dan sebagai diuretik (menggalakan pembuangan air kencing).

Kegunaan Klinikal Moden:
Kajian Di Amerika Syarikat telah membuktikan bagaimana ekstrak atau buah-buahan Saw Palmetto begitu berkesan dalam melegakan sipmtom Benign Prostatic Hyperplasia (BPH) pada bahagian bawah sistem pengaliran kencing. Simptom BPH termasuk kekerapan dan keinginan kencing yang sukar dikawal, kesukaran dan kesakitan ketika kencing, kencing tanpa disedari pada waktu malam dan gangguan pengaliran kencing. Ia juga digunakan untuk merangsang pertumbuhan rambut, melegakan batuk dan selsema, masalah kerongkong, lelah, bronkitis kronik, migrain dan kanser tertentu. Saw Palmetto membantu dalam mengurangkan kolestrol dan asid lemak dalam sistem pengaliran darah. Kajian terkini di Eropah telah menunjukkan bahawa Saw Palmetto mampu untuk mengurangkan saiz prostat dalam simptom BPH sehingga 13 peratus.

Herba Parsley (Petroselinum Sativum)
Kandungan herba ini dapat membantu untuk menghilangkan gemuk air dan berat lebihan air pada tubuh. Ia mengekalkan dan menjaga kesihatan kulit dan rambut. Herba Parsley melegakan kesakitan perut dengan memperbaiki aliran sistem pencernaan serta menghilangkan simptom alergi dan menghilangkan masalah pernafasan berbau.


Herba Epimedium
Ia adalah tonik seksual yang hebat untuk sistem peranakan (mempertingkatkan keinginan seks dan merawat kemandulan), dan juga sebagai tonik untuk menghilangkan keletihan. Ia juga membantu ketidak suburan dengan mengekalkan paras hormon testosteron dan hormon tiroid. Kajian telah menunjukan bahawa herba epimedium membantu didalam mengurangkan kemusnahan sel-sel tulang dan dengan ini menguatkan tulang dan sendi.

Fructus tribulus terrestris
Ia adalah herba sumber alam yang mempertingkatkan paras testosteron untuk meningkatkan kesuburan lelaki serta membantu simptom kemandulan. Kajian mendapati bahawa Tribulus terrestris telah meningkatkan jumlah sperma dan mengurangkan kadar kematian sperma selepas pengambilan herba terebut selama 30 hari.

Pumpkin Seed (Cucurbita pepo)
Pumpkin Seed telah menjadi gabungan efektif bersama saw palmetto untuk mengurangkan dan melegakan simptom Benign Prostate Hyperplasia (BPH) iaitu sejenis barah Prostat. Kajian menunjukan bahawa ia memperbaiki sistem pundi kencing dan saluran kencing (urethra). Pumpkin seed telah digunakan untuk merawat masalah aliran kencing dan gastric. Selain itu ia berperanan mengeluarkan cacing pita dan cacing bulat daripada usus.

Kesimpulan kesan pengambilan Pronoton
Pengamal-pengamal MayFirst Pronoton akan menikmati dan merasakan segar dan bertenaga serta ciri-ciri kelakian yang hebat. Mereka dapat merasai peningkatan kesihatan menyeluruh melalui perubahan positif terhadap sistem aliran genito-urinari sehingga dapat menikmati peningkatan dalam daya seksual dan keinginan seks.

Kaedah Pengambilan
Dos rangsangan:
2 biji sehari (sebelah malam, selepas makan) selama 4 hari berturut-turut.
   
Dos pengekalan kesihatan:
  

1 biji sehari (sebelah malam, selepas makan) diambil secara berterusan setiap hari.

Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2008 08:48 AM | Show all posts

herba boleh mengatasi masalah kelenjar prostat

Herba atasi masalah kelenjar prostat

BAGI lelaki yang berusia 45 tahun ke atas, adakah anda dapat merasai perubahan dari segi membuang air kencing? Ia mungkin lebih ketara pada waktu malam sehingga boleh mengganggu kualiti tidur. Ketidakselesaan juga wujud apabila ia mengganggu aktiviti harian seperti sewaktu bekerja. Namun, ramai yang tidak selesa untuk membincangkan secara terbuka mengenai masalah ini kerana ramai yang menganggap masalah dihadapi sebahagian daripada proses penuaan dan ia turut berkait rapat dengan kesihatan seksual.

Tidak dapat dinafikan bahawa pembesaran kelenjar prostat akan cenderung membesar apabila usia semakin meningkat. Seiring dengan jangka hayat masyarakat kini yang semakin meningkat, kejadian pembesaran prostat turut meningkat. Penyebab utama adalah akibat perubahan paras hormon.

Peningkatan usia memungkinkan penurunan paras hormon testosteron dan peningkatan bagi hormon lain seperti prolaktin, oestradiol dan sebagainya. Prostat yang membesar akan mengganggu pembuangan air kencing kerana ia menekan dan menyempitkan uretra dan seterusnya menyekat pengaliran air kencing daripada pundi.

Gejala lazim pembesaran kelenjar prostat termasuklah kerap kencing (setiap 30 minit atau lebih) terutama pada waktu malam dengan jumlah air kencing yang sedikit, keinginan untuk kencing secara tiba-tiba atau mungkin juga aliran air kencing yang lemah.

Ada juga di kalangan lelaki yang mengalami masalah air kencing yang menitis walaupun selepas kencing, kesukaran untuk memulakan seperti terpaksa meneran untuk kencing dan juga keinginan untuk kencing walaupun selepas kencing.

Sekiranya anda mengalami tanda seperti yang dinyatakan di atas, jangan dibiarkan tanpa rawatan. Masalah pembesaran prostat atau juga dikenali sebagai Benign Proatatic Hyperplasia (BPH) menjejaskan segolongan besar lelaki pada pertengahan usia.

Herba saw palmetto adalah sejenis herba popular yang digunakan sejak sekian lama untuk melegakan gejala berkaitan dengan pembesaran kalenjar prostat. Ia bukan saja menguatkan sistem reproduktif dengan mengawal hormon seks, saw palmetto juga dipercayai memperbaiki kesihatan dan keinginan seks.

Kandungan utama ekstrak herba ini adalah asid lemak dan sterol. Ia memberi kesan terapeutik untuk menghalang aktiviti penukaran testosteron kepada dihidrotestosteron (DHT) akibat tindakan enzim 5 a reduktase serta menghalang pengangkutan dan pengikatan (DHT) antara sel, dengan itu akan mengelakkan pembesaran prostat daripada menjadi lebih serius.

Saw palmetto mengandungi fitosterol yang merencatkan perkembangan sel. Kesan ini memungkinkan ia menyamai kesan yang diperoleh daripada pengambilan ubatan untuk rawatan masalah itu. Percubaan klinikal yang diterbitkan dalam The Journal of the American Medical Association (JAMA) mendapati lelaki yang diberikan saw palmetto melaporkan mengalami pengurangan gejala dua kali lebih rendah berbanding dengan kumpulan yang diberikan plasebo.

Selain itu, biji labu juga sudah lama digunakan oleh pakar herba dan ahli naturopati untuk merawat masalah prostat. Keberkesanan herba ini dipercayai akibat kandungan asid lemak perlu yang tinggi, zink dan sterol tumbuhan. Gabungan kedua-dua herba ini mungkin membantu anda melegakan gejala yang dihadapi. Kombinasi herba seperti saw palmetto dan biji labu memberi kesan positif ke atas tubuh kerana kesan sinergistik (menggalakkan kesan yang lebih baik ).
Kekurangan zink dikaitkan dengan keradangan dan pembesaran prostat dan dengan pengambilan zink mungkin boleh mengelak dan mengurangkan gejala pembesaran kelenjar prostat. Prostat yang membesar didapati mengandungi paras zink rendah berbanding biasa.

Makanan yang kaya dengan zink adalah termasuk bijirin penuh, daging merah, kerangan seperti tiram, udang, kekacang dan bijian terutama walnut, kacang hazel dan badam dan kacang soya.


FAKTA: Panduan mengekalkan kesihatan kelenjar prostat

  • 1. Seseorang itu perlu mendapatkan diagnosis tepat daripada doktor berhubung dengan keadaannya. Ada kalanya gejala yang sama boleh membawa kepada penyakit atau permasalahan yang berlainan.
  • 2. Pengambilan mineral zink mungkin bermanfaat bagi memastikan kelenjar prostat berfungsi secara normal.
  • 3. Kehadiran asid lemak perlu dalam Minyak Evening Primrose dan minyak ikan dapat menyumbang kepada proses pemulihan kelenjar prostat.
  • 4. Pengambilan sayur-sayuran yang mencukupi juga boleh membantu kerana sayur-sayuran kaya dengan vitamin, mineral, pigmen tumbuhan, serat dan pelbagai khasiat tumbuhan yang mampu memberi kesan pro aktif dan mampu meningkatkan daya tahan tubuh manusia.
  • 5. Elakkan daripada pengambilan minuman beralkohol kerana ia berupaya mengurangkan paras zink di dalam tubuh.
  • 6. Senaman yang ringan didapati baik bagi membantu meningkatkan peredaran darah dalam tubuh termasuk untuk kesihatan prostat.




bagus utk lelaki cam aku ni tahu tentang masalah ni dan cara atasi nya...  prevention is better than cure so mana2 lelaki yang rasa mungkin ada syndrome susah nak kencing  kerap kencing  etc  kita cari herba saw palmetto or bijik labu pun wokeh!!
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2008 10:10 AM | Show all posts
APAKAH PROSTAT?
Kelenjar prostat adalah organ lelaki yang berbentuk walnat terletak betul-betul di bawah pundi lelaki. Ia mengelilingi bahagian atas uretra, tiub yang menyalurkan air kencing daripada pundi kencing.

                                                      


APAKAH PUNGSI PROSTAT?
Fungsi utama prostat ialah untuk menghasilkan sebahagian daripada cecair dalam semen. Apabila lelaki meningkat tua, prostat melalui dua tempoh pertumbuhan yang utama. Fasa pertumbuhan yang pertama berlaku semasa akil baligh apabila prostat membesar dua kali ganda saiz asalnya. Fasa pertumbuhan yang kedua berlaku apabila seseorang lelaki mencecah umur 40an. Pembesaran prostat yang kedua adalah sebahagian daripada proses penuaan dan dipercayai adalah disebabkan oleh perubahan dalam keseimbangan hormon. Apabila prostat membesar, ia menjerut uretra dan menyebabkan penyekatan sebahagian daripada pundi kencing.

APAKAH TANDA DAN SIMPTOM MASALAH PROSTAT?
Penyekatan pundi kencing boleh membawa kepada masalah pembuangan air kencing seperti kerap kencing, kencing di waktu malam, rasa mendesak untuk membuang air kencing, aliran air kencing yang lemah terpaksa meneran untuk memulakannya dan air kencing menitis selepas membuangnya (air kencing tidak lawas).


                          
                                              Saw Palmetto                                       Akar Nettle

BAGAIMANA SAW PALMETTO DAN NETTLE ROOT MEMBANTU?
Saw Palmetto menggalakkan prostat dan sistem yang berkaitan berfungsi dengan sihat, Akar Nettle terutamanya membantu menggalakkan kesihatan salur air kencing. Bersama dengan Saw Plametto, kombinasi herba ini membantu meningkatkan jumlah air kencing dan memaksimumkan kadar aliran air kencing.

BERAPA BANYAK SAYA HARUS AMBIL?
Penilaian klinikal telah menunjukkan bahawa 320mg Saw Palmetto dan 240mg Akar Nettle sehari boleh memberi menafaat kepada penggunanya.
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2008 03:43 PM | Show all posts
Prostate woes


2008/04/14



Pumpkin seed is used by some researchers to manage prostate enlargement.


UNTIL middle age, most men hardly know that they have a prostate. This walnut-size gland is located below the bladder and surrounds the urethra, the tube that transports urine out of the bladder.

[table=200][/table]After the age of 30, the gland starts to grow and this may lead to what we call prostate enlargement or benign prostatic hyperplasia (BPH).

As BPH progresses, the swelling prostate pinches the urethra. It is painless, but it causes urinary difficulties. Symptoms include:

Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2008 12:10 PM | Show all posts

Jus Manggis Runtuhkan P.S.A.550 ke 25?

Ya..berita tersebut dah di siarkan di majallah cina "Mingguan Kesihatan" isu 28/03-04/04/08.Pesakit tersebut yg berumur 77 dari Melaka mendapati Jumlah PSA nya ada lah 550 pd bulan November,07......................,

Sebelum ni,seorg pesakit kanser prostat dari Miri,Sarawak juga dapat menyelamatkan diri dgn remedi semulajadi yg sama dan berita ni juga di siarkan pada majallah yg sama pada 27/05-03/05/07.



[ Last edited by  blackmore at 20-4-2008 03:40 PM ]
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-2-2025 10:48 PM GMT+8 , Processed in 0.091803 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list