CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: JAY-Z

isteri durhaka!

[Copy link]
Post time 19-1-2007 01:18 AM | Show all posts
Surah An Nisaa' Ayat 34

kaum lelaki adalah pemimpin bagi wanita, kerana Allah telah melebihkan orang lelaki atas wanita, dan juga kerana orang lelaki telah membelanjakan dari harta mereka. Maka wanita yang salih itu ialah yang taat (kepada Allah dan suaminya), dan yang memelihara dirinya ketika suami tidak hadir bersama, dengan pemeliharaan Allah. Dan wanita-wanita yang kamu bimbang melakukan nusyuz hendaklah kamu menasihati mereka, dan pulaukanlah mereka di tempat tidur, dan pukullah mereka. Kemudian jika mereka taatkanmu, maka janganlah kamu mencari jalan untuk menyusahkan mereka. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi, lagi Maha Besar.

Surah An Nisaa'  Ayat 35


Dan jika kamu bimbangkan perpecahan di antara mereka berdua (suami isteri) maka lantiklah seorang pendamai dari keluarga lelaki dan seorang dari keluarga perempuan. Jika kedua-dua pendamai itu menghendaki perdamaian, nescaya Allah berikan taufik kepada suami isteri itu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui, lagi Amat mendalam pengetahuan-Nya.

Surah An Nisaa' Ayat 128

Dan jika seorang perempuan bimbang akan timbul dari suaminya nusyuz, atau tidak melayaninya, maka tiadalah salah bagi mereka membuat perdamaian di antara mereka berdua, kerana perdamaian itu lebih baik; sedang sifat bakhil itu memang tabiat semula jadi manusia. Dan jika kamu berlaku baik dan mencegah diri (daripada kezaliman), maka sesungguhnya Allah adalah Maha Mendalam Pengetahuan-Nya akan apa yang kamu lakukan.


Surah An Nisaa' Ayat 129

Dan kamu tidak akan dapat berlaku adil di antara isteri-isterimu sekalipun kamu bersungguh-sungguh; oleh itu janganlah kamu cenderung dengan melampau-lampau sehingga kamu biarkan isteri yang lain seperti benda yang tergantung; dan jika kamu memperbaiki dan memelihara diri, maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.


Surah An Nisaa' Ayat 130

Dan jika keduanya bercerai, maka Allah akan cukupkan masing-masing dari limpah kurnia-Nya. Dan Allah Maha Luas kurnia-Nya, lagi Maha Bijaksana.

Surah An Nisaa' Ayat 131

Dan bagi Allah jualah segala yang ada di langit dan yang ada di bumi; dan sesungguhnya, Kami telah perintahkan orang yang diberi Kitab sebelum kamu, dan juga kamu, supaya bertakwa kepada Allah; dan jika kamu kufur, maka sesungguhnya Allah jualah yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi; dan (ingatlah) adalah Allah Maha Kaya, lagi Maha Terpuji.





Moral of story for this thread is refer back to Al-quran & Sunnah. Sesungguhnya setiap ujian Tuhan itu bukan sahaja untuk memberi peringatan, bahkan untuk memuliakan dan meninggikan darjat hambanya di sisi-Nya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


belatokrimba This user has been deleted
Post time 19-1-2007 11:01 AM | Show all posts
masalahnya isteri2 yang derhaka sekarang tahu belaka tentang hukum hakam dan halal haram, bab hadis2 nie kat bibir mereka aje. berhujah dengan kawan-kawan tentang ayat itu dan ini, nasihati kawan pun begitu juga...tapi minta izin kat suami nak buat maksiat...yang si suami nie sebab kerna percaya bagilah buat apa pun. sampai mati pun si suami  tak tahu kalo tak ade orang yang buat laporan. Ini isteri durhaka kelas berapa nihhh!!!:hmm: :hmm:

tak kah dunia sudah terbalik, suami yang kena bagi nasihat kat isteri...sian belatok dengar lahhh...
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2007 11:46 AM | Show all posts
bosannya lelaki mcm ni

demi anak2 kunun...
anak dah beso panjang pun..
ko still tak mau ceraikan jugak isteri kau..
pastu canang kat magazine pasal kecurangannya dia


cerai je ler..
kalau dr awal kau cerai pun apa salahnya
tunjukkan bukti DNA sume kat mahkamah
adoi....
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2007 01:35 PM | Show all posts
inilah asam garam berumah tangga..
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2007 09:00 PM | Show all posts
hamizaaaaan .... naper ko buat macam tu   :nerd:
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2007 01:44 AM | Show all posts
Bagi sayalah , saya tidak berani komen apa-apa. Kerana manusia mempunyai berbagai-bagai cerita yang berbeza , jadi bagi kita yang tak mengalami sesuatu perkara itu , kita tak tahu apa sebenarnya yang berlaku
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-1-2007 04:09 PM | Show all posts
Salam semua... semoga cerita yg disampaikan dijadikan pengajaran dan iktibar... yg baik jadikan teladan yg buruk buang jauh2...
Pd pandangan sy, dari segi agama talak diletakan ditangan suami, dan dia berhak menggunakannya dengan sewajarnye.
Sekiranya telah terang2an bhw isteri telah ingkar dr mendengar arahan suaminya dan berlaku curang... maka si suami boleh menceraikannya
dan menjadi satu dosa sekiranye si suami tidak menceraikannye setelah th si isteri berlaku curang. Kerana dikira bersubahat.
kite tak perlulah fikirkan pengorbanan walaupun pergorbanan sesuatu yg baik.. tapi dari segi agamanye kite x leh ketepikan...
sebagai org islam, agama adalah yg utama....Memang berdosa seorg isteri berlaku curang.. tetapi suami jg berdosa sekira membiarkan isterinya
berlaku curang dan membiarkan isterinya dalam keadaan memerlukan nafkah zahir dan batin.... sekiranya x akan memaafkan isteri sampai bile2
adalah lebih baik diceraikan isterio tersbt....x perlu pikir pasal pengorbanan lagi... Mcm kes tersbt... si suami seperti melepaskn geram... bukan shj isteri yg berdosa malah suaminya pun same turut berdosa.... wassalam....
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2007 05:07 PM | Show all posts
Maksud Hadis Rasulullah, "Iman yg paling utama a/h sabar n blapang dada"

Tolaklah kejahatan yg dilakukan kpdmu dgn cara yg sebaik2nya-Al-Mukminun:96 dgn mninggalkan membalas dendam, ucapan lemah lembut, pergaulan yg baik & melupakan kesalahan.

Jgn kamu merasa lemah & jgn pula bsedih hati, krn kamulah org tertinggi sekiranya kamu sgh2 beriman. Kalaupun kamu mendapat luka , org lain pun tlh mdpt luka spt itu. Itulah hari2 yg Kami gilirkan di ant manusia agar Allah mengetahui siapa yg betul2 beriman  & dijadikan sebhgian di ant kamu gugur sbg syuhada. Ketahuilah Allah x suka org2 yg zalim.... Apakah kamu mengira kamu masuk syurga, sdgkan Allah belum mengetahui siapa di ant kamu yg betul2 berjihad di jln Allah & belum diketahui org2 yg sabar. S ali Imran 139-142
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-1-2007 06:26 PM | Show all posts

Reply #28 Ryna_s's post

  setuju!!!!!!!!!!!
Reply

Use magic Report

belatokrimba This user has been deleted
Post time 26-1-2007 11:28 AM | Show all posts
macam mana pula kalu suami tu sayang sngat kat isterinya tuuu...biar isteri dia buat macam mana pun dimaafkan. nampaknya macam sama menghala kaki ke neraka lak... sebab sama-sama tahu berdosa tapi suami tak sanggup nak ceraikan sebab sayang sangat pada anak-anak tambah2 lagi anak masih kecil pulak tu. dalam buat2 jahat dengan suami orang sempat lagi beranak kecik...sedangkan dia criter suami dia dah tak berdaya lagiii....cam no nie?

macam mana kategori suami dan isteri macam ni dalam islam hahhh....dan ikut pengakuan isteri curang tuuu...dia buat perkara tak senonoh tuuu...sebab ada kaitan dengan sejarah silamnyer...boleh terima ker hahhh...:@ mengapa suami dia dan suami orang lain perlu jadi mangsa dia lak...???

belatok minta simpang malaikat 44 dapat isteri macam nie...
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2007 11:36 AM | Show all posts
Originally posted by Ryna_s at 25-1-2007 05:07 PM
Maksud Hadis Rasulullah, "Iman yg paling utama a/h sabar n blapang dada"

Tolaklah kejahatan yg dilakukan kpdmu dgn cara yg sebaik2nya-Al-Mukminun:96 dgn mninggalkan membalas dend ...


setuju....

kadang2 kita perlu berdiam diri walaupun tahu dianiaya atau difitnah kerana kita tahu Allah SWT itu maha mengetahui  apa yg tersirat...

membela diri itu harus,  tetapi bersabar dan berlapag dada itu adalah lebih harus kerana ikut sunnah RSAW....itulah pesanan RSAW yg suci dan mulia...jln para2 solihin....
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2007 04:47 PM | Show all posts

Reply #31 rainbows's post

Kadang-kadang situasi orang lain tak same denga kita...kita boleh laa cakap skrg sebab tak kena batang hidung sendiri..dikhuatiri bila terkena diri sendiri, kita pula yang susah nak laksanakan tanggungjawab sebab kononnya sayang lah...pengorbanan laa...etc etc...
Reply

Use magic Report

belatokrimba This user has been deleted
Post time 31-1-2007 12:33 AM | Show all posts
apa kata awak rainbows...belatok ada dengar perkataan ini...tapi di mana yaa.."berlapang dada". oooh kawan belatok yang bagitau...orang yang melakukan kesilapan selalu mengajak orang untuk berlapang dada sebab dada dia dah sosak dengan sesal yang tidak tahu bagaimana hendak bertaubat!!! kerana dia rasa terlalu banyak benar dosanya tuuu, sampai merayu pada tuhan agar mengajarnya bagaimana hendak bertaubat....kawan belatok cerita lagi... pompuan nie buat pengakuan di depan tuhan bahawa dia sudah jauh tersesat, banyak dosa pada suami, anak2 dia yang hitam ajer biji mata memandang setiap hari...pada mereka yang dia kucar kacirkan kehidupan...pada keluarga yang sudi mengutipnya dan bla,bla,bla...tapi cakap dengan orang tak lekang dari hadis2 dan berlapang dada...ini pompuan ko BETINA yek...

[ Last edited by  belatokrimba at 31-1-2007 12:34 AM ]
Reply

Use magic Report

belatokrimba This user has been deleted
Post time 31-1-2007 12:39 AM | Show all posts
abih kalo hati mreka 2 baik dan sentiasa ingat Allah, mengapa sanggup menderhaka di belakang suami. Apa!! kalo hati selalu ingat tuhan...tapi perbuatan dah lupa tuhan, itu kira baik kaaa...:@ tak kan dalam bertelanjang nak berzina pun masih sempat berzikir lagi...
Reply

Use magic Report

belatokrimba This user has been deleted
Post time 31-1-2007 12:45 AM | Show all posts
banyak pompuan/isteri derhaka sekarang ni yang bertudung belaka...sebab itulah belatok nie marah sangat...tak layak mreka nie berpakaian, telanjang lagi bagus...

ada juga yang aktif dalam kumpulan dakwah lah KONON. tapiii selak kain pada laki orang...laki di rumah dok berzikir jaga anak2...apa punya pompuan...
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2007 08:17 AM | Show all posts

Reply #35 belatokrimba's post

Mak aiiihhh....marah bebenar km Belatok...knp? Ada exprnce tetipu dek pompuan gini??? Ingat le bbyk kat Allah sblum bkata2...

Aku jg pompuan...btudung...aku jg dicurangi...tp aku x kata sume laki tu jahat...hanya suamiku..buruk baiknya dialah suamiku...x perlu salahkan org lain
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


belatokrimba This user has been deleted
Post time 31-1-2007 09:07 PM | Show all posts
Nampaknya pn. Ryna_s nie tak bacalah post belatok yang awal2 tu yer??? sebab kawan belatok dah terkenalah yang hangat sangat hati belatok nie...kawan baik kita macam sedara dunia dan akhirat. sikit punya baik punya orang diperdaya oleh sorang pompuan yang intelek konon...!!! berhujah dengan hadis2...nasihat menasihati...tetapi dalam hati asyik terfikir nak terkam laki orang. OOOhhh pn. Ryna_s.. belatok bukan main2 dengan criter nie...pompuan nie dah banyak merosakkan rumahtangga orang kalu pn nak tahuuu... belatok pun selalu gak nampak kelibat dia bila melintas kat opis belatok, tapi tak sangka nak perangkap kawan belatok sampai cam tu sekali...sebab tu belatok kata lebih baik telanjang saja...tak perlu pakai baju.

[ Last edited by  belatokrimba at 31-1-2007 09:09 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2007 09:24 PM | Show all posts
Jangan bandingkan cerita A dan cerita B , ia tidak sama
Bila kita bukan pemegang watak dalam sesuatu cerita tu , kita macam seorang pembaca buku yang sedang membaca buku cerita

Sebok kita komen kenapa watak A tak buat macam ni macam tu dan kita bayangkan kalau kita ialah watak A , kita boleh buat dengan betul

Hakikatnya bukan macam tu , kita ada cerita kita , orang lain pun ada cerita masing-masing , so masing-masing tempuh cerita yang berbeza-beza
Reply

Use magic Report

Aki This user has been deleted
Post time 1-2-2007 02:16 PM | Show all posts
Salams sumer...

Pada pendapat aki, fenomena ini amat menakutkan, apatah lagi kalau melibatkan keluarga sendiri. Aki rasa musykil dengan posting belatok di atas tu. Aki tak faham, kenapa posting belatok penuh dengan emosi , sehingga mengeluarkan kata nista keterlaluan kepada wanita tu. Tak kan lah kerana simpati dengan sahabat baik, hingga  belatok sendiri begitu beremosi. Pada hemat aki, mungkin belatok sendiri adalah mangsa kepada keadaan ini, menyebabkan emosi ini tercetus.

Belatok tidak boleh memaki seseorang dengan sewenang2 nya tanpa usul periksa. Macam mana pula jika cerita belatok ini adalah fitnah, kalau pun perempuan itu bersalah, tidak salah suaminya memaafkan kesalahannya, biarpun kesalahan nya agak besar , tetapi masih belum sampai berbuat zina. Apa-apa pun  dia masih kena mintak ampun pada Allah dan bertaubat Nasuha.

Memang lah pada dasarnya wanita itu tak boleh menjadikan orang lain sebagai mangsa keadaan. Dia memang bersalah pada keluarga dia dan keluarga lelaki tu. Kalau mereka dah bertaubat apa salahnya, tetapi janganlah diulangi perbuatan itu....ituah taubat Nasuha namanya.

Pada hemat aki, seseorang itu tidak akan berbuat maksiat sekiranya fikirannya waras pada masa itu, keran dia mesti fikir, biarpun orang tak tahu, tetapi Allah Maha Mengetahui dan Allah Maha Melihat. Nasihat aki pada belatok,  janganlah sebarkan fitnah kepada oranglain, jika perkara itu betul, itu adalah mengumpat dan sekiranya hal itu salah, itu namaya fitnah. Dalam dua hal ini,   kedua-duanya berdosa, jadi belatok kena minta ampun pada Allah. Kepada wanita dan lelaki itu,jika sekiranya cerita belatok itu ada kebenarannya,  bertaubatlah kepada Allah dengan sebenar2 taubat selagi nyawa dibadan, kata orang tua2, tepuk tangan sebelah tidak akan berbunyi, jadi dalam hal ini anda berdua adalah pesalah, jadi bertaubatlah, pintu taubat masih terbuka. Takutilah akan Allah.

Kepada belatok, banyakkan bersabar, Allah masih sayangkan anda. Jangan terlalu beremosi. Mintalah pertolongan dengan sabar dan sembahyang. Kita semua akan kembali kepada Allah, setiap perbuatan kita akan dipersoalkan dihadapan Allah. Takutilah akan Allah.

Kisah hanizam di posting pertama tu, begitu menyentuh perasaan aki. Begitu besar pengorbanan suaminya semata-mata keran sayangkan anak-anak. Tentang anak keduanya tu, ujian jenis darah tidak bermakna dia bukan anak lelaki tu. Dia sepatutnya melalui ujian DNA bagi mengesahkan zuriat anaknya . Sekiranya keputusan DNA negatif, dia perlu melakukan sesuatu pad isterinya, dengan membawa kes ini kepada pejabat agama/ kadi, itu yg sebaiknya, jangan membuat tindakan sendiri yang akhirnya akan merugikan semua pihak.

Wassalam. Ampun Maaf.:pray: :pray::pray:
Reply

Use magic Report

belatokrimba This user has been deleted
Post time 3-2-2007 03:17 PM | Show all posts
Asm Aki, oh minta simpang malaikat 44 belatok terkena dengan pompuan macam tu. Belatok memang marah sangat dengan kejadian nie yang menimpa kawan seopiss belatok. kami nie buat aper pun sama2 kalau hal opiss...belatok selalu jumpa pompuan tuhhh...pernah makan semeja aper.

kalau Aki tak tahu apa-apa jangan sewenang2 nak kata belatok mengumpat ker tabur fitnah ker...itulah yang belatok dok minta hari2 keampunan dari tuhan dan doakan kesejahteraan semua kawan2.kalau belatok benar2 hendak bongkarkan rahsia ini semua orang dalam forum ini berselerakkk nanti. Sebab aper...sebab puncanya dari dalam forum inilah....cukuplah sekadar forum, jangan bawa sampai nak tahu siapa orangnya di luar sana.

Aper Aki kata??? orang yang melakukan  maksiat tu dia ada masalah...jawapannya bagi kes ini adalah TIDAKKKK!!! Berulang kali kawan belatok jelaskan pada pompuan itu bahawa dia tidak ada masalah...tapi pompuan itu tak reti2 dan tak mahu faham, dan saja tak mahu faham...kalau kawan tu ada masalah...belatok dulu yang akan tahu....setiap kali pompuan tuhh pergi ke opiss dia, setiap itulah dia hubungi belatok agar tolong dia halauuu pompuan tuhh keluar dari bilik dia...tapi macam mana kami nak buat..opiss tuh bukan kami yang punya...so kawan belatok nie terpaksa layan juga sebab tak mahu orang lain tahuuu...

terus terang di sini bukan belatok orangnya yang terkena yer...anda juga sebagai lelaki kan. Pernah tak selama anda menjadi lelaki, teman baik lelaki anda datang bercerita saban hari pada anda dengan deraian air mata kekesalan dia kerana atas apa yang berlaku dengan pompuan tuhhh?? Kerna dia rasa amat berdosa dan bersalah pada tuhan dan isteri dia....

Aki... maaflah, mungkin awak nie membela isteri awak sendiri kot...  

sama-samalah kita renung agar jangan jadi pisang berbuah berkali-kali
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 03:56 PM GMT+8 , Processed in 0.092439 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list