CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: riccckyyy

XXIV SEA GAMES Korat '07

[Copy link]
Post time 9-12-2007 06:07 AM | Show all posts
Olahraga, akuatik pengubat duka


BERAKHIR kemarau...Kuartet 4x400 meter Malaysia (dari kiri)
K. Amran Raj, Mohd. Zafril Mohd. Zuslaini, S. Thipan dan Muhammad
Zaiful Zainal Abidin berjaya merangkul pingat emas pertama olahraga
di Korat, semalam



ORAT
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-12-2007 06:08 AM | Show all posts
Tenis wanita sumbang gangsa

KORAT
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2007 06:10 AM | Show all posts
Silat, tinju ke separuh akhir

KORAT
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2007 11:08 AM | Show all posts

Reply #21 dexa's post

the return of zaiful:victory:

p/s: jgn la lepas ni dok posing kt majalah mangga lagi
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2007 03:14 PM | Show all posts
hrp2 bowling menyerlah utk double, trio n best of 5 n master
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2007 10:45 PM | Show all posts
Sukan Sea: Emas 20km kekal dua dekad

Boon Lim kembali gegar selepas 'hilang' enam tahun, Yufang pertahan gelaran



GAMBAR (kiri); TERLALU GEMBIRA: Boon Lin memeluk jurulatihnya
selepas menamatkan saingan 20km jalan kaki lelaki untuk meraih emas, semalam.
(kanan); PUAS: Yufang menjulang Jalur Gemilang selepas mengungguli
20km jalan kaki awal pagi semalam di Korat


SELEPAS enam tahun menghilangkan diri, Teoh Boon Lim kembali melakarkan kejayaan emas dalam acara jalan kaki 20km lelaki manakala Yuan Yufang meneruskan penguasaannya dalam acara sama sejak 1999 untuk memulakan pagi hari ketiga kejohanan dengan tuaian emas untuk kontinjen negara.

Namun, kekecewaan buat juara bertahan sebanyak dua kali, Mohd Shahrulhaizy Abdul Rahman, apabila dibatalkan aksinya menuju dua kilometer terakhir selepas diberikan amaran sebanyak tiga kali kerana kakinya tidak mencecah tanah ketika melangkah.

Apapun, Boon Lim yang mencatatkan masa 1 jam 30 minit dan 37 saat dan Yufang pula dengan masa kemenangan 1:41:47 saat, memastikan emas terus milik Malaysia yang dikuasai sejak hampir dua dekad tanpa putus.

"Ini kejayaan lebih bermakna buat saya berbanding pada 2001 di Kuala Lumpur ketika saya memenanginya buat kali pertama," kata Boon Lim, 31, dari Pulau Pinang. "Selepas tempoh enam tahun saya berjaya memenangi semula emas dan ia bukannya mudah dicapai.

"Selepas kemenangan pertama pada 2001 saya memutuskan untuk bersara tetapi isteri sentiasa menggalakkan saya untuk kembali beraksi kerana berpendapat saya masih mempunyai bakat dan mampu bersaing di peringkat Asia Tenggara dan juga Asia.

Pada mulanya, memang sukar kerana setiap kali saya cuba berlatih setiap kali juga saya tidak dapat memotivasikan diri tetapi dengan dorongan berterusan isteri serta dua anak saya, hasrat ini diteruskan dan akhirnya saya berjaya mencapai kejayaan ini.

"Sememangnya isteri dan anak saya menjadi pendorong terutama anak sulung saya yang selalu mengingatkan saya untuk sentiasa jalan lebih laju dan menang," katanya, yang pernah muncul juara Sekolah-sekolah Asean pada 1994 di Singapura.

Boon Lim menewaskan dua pesaing terdekatnya dari Indonesia Kristian Lumban Tobung (1:32.57s) dan Indra 1:35.45s walaupun selepas 12km perlumbaan, Indra mengatasi pelumba Malaysia sebelum Boon Lim memintasnya semula.

Bagi Shahrulhaizy, keghairahannya untuk mengejar Boon Lim, yang berada di depan mengundang padah apabila lupa kepada peraturan jalan kali dan menerima kad merah sebanyak tiga kali sekali gus terpaksa menghentikan aksinya.

"Saya sungguh kecewa dan berpendapat saya berjalan mengikut peraturannya," kata Shahrulhaizy yang memenangi dua emas acara ini pada 2003 dan 2005. "Mungkin juri melihat sebaliknya. Mungkin saya juga terlalu tertekan untuk mengejar atlit Indonesia dan juga Boon Lim, hingga ia menjejaskan rentak saya."

Yufang, 31, pula membuktikan pengorbananya untuk negara tiada batasan apabila meninggalkan anak keduanya yang lahir 10 bulan lalu untuk menjalani latihan semata-mata memberikan emas di temasya ini.

"Sudah 10 bulan saya tidak melihat anak perempuan saya kerana sebaik bersalin saya terus kembali menjalani latihan," katanya yang meninggalkan anak perempuannya dibawah jagaan ibunya di Hubei, China. "Tetapi saya gembira dengan emas ini walaupun keadaan cuaca begitu memeritkan."

Ini adalah emas keenam Yufang dalam Sukan Sea sejak kemenangan pertamanya pada 1999. Seorang lagi pejalan kaki negara Yap Kwee Kee menduduki tempat terakhir dengan catatan 2:00.41s

Dalam acara maraton lelaki Shahrudin Hashim menduduki tempat kelapan manakala Chan Yew Woo gagal menamatkan perlumbaan akibat kejang otot.

----------------------------------------------------------------------------------------------------


TAHNIAH!!

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-12-2007 10:47 PM | Show all posts
Sukan Sea: Kimbeley pertahan status 'wanita lasak'

WANITA gagah negara, Kimbeley Yap Fui Li menepati statusnya sebagai juara bertahan acara triatlon apabila sekali lagi memenangi emas buat negara pada Sukan Sea dalam acara yang berlangsung di Pattaya City, semalam.

Kimbeley mencatat masa 2 jam 12 minit dan 14.00 saat dalam acara membabitkan tiga disiplin, berenang sejauh 1.5 kilometer, berbasikal 40km dan diakhiri larian 10km dalam keadaan cuaca panas di bandaraya pelancongan terkenal Thailand itu.

Bekas perenang negara itu mendahului peringkat pertama apabila mencatat masa 19:44.00s dalam cara renang, 1:07:26.00s dalam acara berbasikal dan 45:04.00s dalam acara larian.

Lebih manis kejayaannya itu diiringi dengan persembahan terbaik menundukkan lawan yang sama, Alessandra Araullo dari Filipina ketika mencatat keputusan mengejut di Manila dua tahun lalu.

Araullo memenangi perak manakala rakannya, Maria Melliza Gayle Lucas gangsa apabila masing-masing mencatat masa 2:13:56.00s dan 2:13:35.00s.

Seorang lagi atlit negara, Ooi Chiew Wei hanya berkedudukan keenam daripada tujuh peserta di peringkat final itu.

Kimbeley yang hadir selaku peserta pilihan, berkata dia gembira apa lagi mengalahkan Araullo sekali lagi memandangkan wakil Filipina itu adalah antara lawan terkuatnya kali ini.

"Cuaca amat panas hari ini (semalam) tetapi saya berjaya melepasi setiap peringkat dengan baik tanpa sebarang masalah besar," kata Kimbeley.

Dalam acara lelaki, dua peserta negara, Muhamad Razani Husain dan Wei Kuo Hau gagal memungut sebarang pingat apabila masing-masing berkedudukan keempat dan kelima.
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2007 10:49 PM | Show all posts
Sukan Sea: Kejayaan berganda daripada Daniel, Cai Lin

Rangkul emas, catat rekod baru kejohanan acara masing-masing

DUA perenang kebangsaan, Daniel Bego dan Khoo Cai Lin mengharumkan nama negara apabila meraih emas dan memecahkan rekod Sukan Sea dalam acara masing-masing di Pusat Akuatik, Stadium Ulang Tahun di Korat, semalam.


Selain itu, Malaysia menambah satu perak menerusi Louisa Los Santos dalam acara 100m kuak kupu-kupu dan tiga gangsa daripada Marellyn Liew, Liew Yeh Wey dan Chai Soon Fook.

Daniel menghadiahkan pingat keempat dari kolam renang dalam acara 100m kuak kupu-kupu semalam dengan memadamkan rekod Sukan Sea dengan catatan masa 54.33s

Dia berjaya memadam rekod 55.04s yang dicatatkan Lim Keng Liat di Hanoi pada 2003, selain menambah koleksi untuk dirinya yang meraih perak dalam acara 100m gaya bebas sebelum ini.

Perenang dari Sarawak itu yang sebelum ini sudah pun melayakkan diri ke Sukan Olimpik, menewaskan perenang Singapura, James Walsh (55.47s) dan Wibowo Andy dari Indonesia (55.49s).

"Saya dapat bermula dengan baik dan memasti untuk terus berada di depan. Kejayaan memecahkan rekod Sukan Sea menjadi bonus untuk saya," katanya.

Sementara itu, Cai Lin, 19, muncul perenang jarak jauh terbaik Asia Tenggara apabila menguasai acara 800m gaya bebas untuk pingat emas keduanya sejak kelmarin, menerusi catatan 8:47.80s, rekod baru kejohanan.

Rekod acara 800m sebelum ini dicipta perenang Thailand, Intaporn-Udom di Jakarta pada 1997. Kelmarin, Cai Lin berjaya meraih emas 400m gaya bebas.

"Saya gembira kerana tidak menyangka boleh memecahkan rekod Sukan Sea dan ia pasti memberikan saya lebih keyakinan untuk mencatatkan keputusan lebih baik pada masa akan datang," katanya.

Lew meraih pingat gangsa dengan catatan masa 1.02.25 bagi acara 100m kuak kupu-kupu manakala Yih Wey mengutip gangsa acara 800m gaya bebas selepas diberi saingan hebat daripada peserta tuan rumah, S Vatana Rutai.

Soon Fook melengkapkan cabaran negara semalam untuk gangsa dalam acara 100m kuak lentang dengan catatan 1:06.03s.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-12-2007 10:52 PM | Show all posts
Sukan Sea: Rizal galas harapan besar juarai 1km ujian masa

KURANG 24 jam selepas terbang dalam penerbangan jauh dari Beijing, pelumba negara Mohd Rizal Tisin perlu melupakan segala kepenatan untuk cuba memenangi emas apabila turun bersaing dalam acara 1km ujian masa perseorangan di Velodrom, Kompleks Sukan Ulangtahun Ke-80 Raja Thai, Korat, hari ini.


Rizal, yang mengambil bahagian dalam Kejohanan Berbasikal Trek Dunia di Beijing hanya tiba malam tadi (semalam), dan kemudian perlu turun ke velodrom petang ini tanpa berpeluang menyesuaikan diri dengan keadaan cuaca panas terik yang melanda Korat sejak tiga hari kebelakangan ini.

"Rizal akan tiba lewat malam ini dari Beijing," kata jurulatih Ng Joo Ngan di velodrom ketika mengendali sesi latihan skuad basikal trek negara. "Dia pilihan dalam acara ini dan jika Rizal dapat memberikan persembahan baik, dia sepatutnya boleh menyumbangkan emas.

"Tetapi kita perlu lihat keadaannya terlebih dahulu," katanya.

Rizal akan tiba bersama-sama dengan pakar trek, Josiah Ng sebaik menamatkan kejohanan di Beijing yang berlangsung dari 7 hingga 9 Disember.

Rizal, 23, dari Klang berjaya mencatatkan rekod baru kebangsaan 1:04.979 saat ketika beraksi pada kejohanan Piala Sultan Azlan Shah di Kuala Lumpur, pertengahan bulan lalu.

Catatannya itu memadamkan rekod lama 1:05.233s dilakukan Azizul Hasni Awang pada pusingan akhir Trek Piala Dunia di Manchester, awal tahun ini.

Selain Rizal, pelumba Malaysia akan turun dalam dua acara lagi iaitu 500m ujian masa perseorangan wanita yang menampilkan Fatehah Mustapa dan 30km perlumbaan mata lelaki.

"Dalam kedua-dua perlumbaan 500m ujian masa dan 30km perlumbaan mata, peluang pelumba kita ialah 50-50," kata Joo Ngan. "Memang saingan agak terbuka serta sengit dalam kedua-dua acara ini."

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2007 11:19 PM | Show all posts
update medal tally apa erkk??
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2007 01:56 AM | Show all posts

Reply #30 graxier06's post

24 emas, 21 perak, 45 gangsa....[skang da naik no 4]

brape hari lagi sea games ni nak abih..sempat ke 64 emas tu? duhhh..
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2007 08:12 AM | Show all posts

Reply #31 lionsleepin's post

lorrr sketnya..susah gak nak capai target....
banyak sukan yg tersasar....acara2 subjektif tu pepaham laaaa tuan rumah take advantage sepenuhnya...semangat kesukanan tolak tepi lah.
Nona rasa nak dpt 40 pun perit gak nei..doakan terbaik....
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2007 08:15 AM | Show all posts
04/12/2007

Chan Yew biaya tambang sendiri ke Korat

KORAT

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2007 02:19 PM | Show all posts

Reply #32 NonaNaga's post

tu la pasal NN..apsal sea games ni kureng meriah sket ek?
slalu tak camni..rs cam bosan jer.

neway,smlm aku tgk highlights..paling sensasi was rayzam shah
yg menang 110m men's hurdle.1st sea games da dpt gold
medal + game record 13.91s..hopefully dia bole p lebih jauh..
far more better than nurherman majid..

owh...faiz pon not bad..tertinggal sket jer kt blakang pelari thai..
men's 4x100m..huhu tak terkejar.thailand laju sgt...

NN aku pon rase perit..hopefully lebih 50 la.mtk la diving nanti
kite byk menang emas..ni pon kire lubok emas gak ni.aritu
asian games kite juz blakang CHN jer

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2007 02:43 PM | Show all posts
Sukan Sea: Rayzam raih emas, rekod baru



TAK TERKATA: Rayzam Shah
menjulang tangannya sebaik melintasi
garisan penamat 110m lari berpagar,
semalam. Dia kini sebaris dengan tiga
atlit Malaysia lain yang mampu catat
masa bawah 14 saat.


Atlit 110m berpagar kini berada dalam 'skuad elit' negara catat bawah 14 saat

JAGUH baru 110 meter lompat berpagar negara lahir dalam diri Rayzam Shah Wan Sofian apabila meraih pingat emas dengan kepantasan 13.91 saat - sekali gus merakamkan rekod baru Sukan Sea tatkala Siti Shahidah Abdullah turut mempertahankan emas acara baling tukul besi wanita di Stadium Utama Kompleks Sukan Ulangtahun ke-80 Raja Thai, semalam.

Hanya dua emas ini disumbangkan atlit olahraga ketika harapan kepada dua lagi atlit iaitu Moh Siew Wei dalam 100 meter berpagar wanita dan Josbert Tinus (lompat jauh lelaki) gagal menepati harapan sekali gus menjadi laungan Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia untuk meraih sejumlah 10 emas dalam temasya ini semakin kabur.

Namun, kejayaan Rayzam Shah berjaya menutup segala kesuraman itu apabila meletakkan dirinya dalam kelab elit pelari 110m negara yang berjaya mencatat bawah 14 saat. Hanya ada tiga pelari sebelum ini iaitu Ishtiaq Mubarak, Nur Herman Majid dan juara bertahan Sukan Sea, Robani Hassan berjaya berbuat demikian. Tetapi dia memegang rekod selaku pelari termuda berjaya mencatat bawah 14 saat pada usia 19 tahun.

"Saya cukup gembira dan tidak sangka akan menang serta memecahkan rekod Sukan Sea," kata Rayzam Shah, anak jati Sabah kelahiran Keningau ini. "Malah saya berjaya melakukan bawah 14 saat ini pada usia saya baru mencecah 19 tahun berbanding pelari ternama negara yang lain.

"Memang saya tidak menduga dapat melakukannya dalam Sukan Sea pertama apatah lagi berjaya memikul harapan negara untuk memastikan emas ini milik kita selepas ketiadaan Robani akibat kecederaan," katanya yang kini memburu rekod kebangsaan Nur Herman 13.73 saat.


GEMBIRA: Siti Shahidah pertahankan
gelaran acara lontar tukul besi.


Catatan 13.91 saat itu meleburkan rekod lama 13.92 saat pada 2003 milik pelari Thailand, Suphan Wongsriphuck, yang menduduki tempat kedua dalam perlumbaan ini serta meneruskan tradisi negara melahirkan atlit berbakat dan acara lari berpagar ini. Seorang lagi pelari negara, Muhd Faiz Mohammad mendapat gangsa.

Bagi Siti Shahidah, balingan terakhir sejauh 52.93 meter membolehkannya mempertahankan emas dimenangi dua tahun lalu di Manila dan kemudian meramalkan kemungkinan akan mengundur diri daripada acara ini kerana ingin berumahtangga.

"Saya gembira kerana musim ini prestasi saya tidak begitu baik," kata Siti Shahidah, 26. "Tetapi saya memang ingin memenangi emas ketika Sukan Sea ini mungkin terakhir bagi saya. Tetapi saya gembira akhirnya berjaya melakukan balingan terbaik pada lontaran terakhir saya. Saya amat bersyukur dengan kemenangan ini."

Siew Wei pula gagal mengulangi pencapaian dua tahun lalu apabila sekadar meraih perak dengan masa 13.61s, tewas kepada pelari veteran Indonesia, Dedah Erawati yang mencatat 13.51s dengan Wallapa Pansoongneun dari Thailand, ketiga.

Bagaimanapun kekecewaan paling besar buat skuad olahraga negara ialah kegagalan pemegang rekod kebangsaan lompat jauh Josbert untuk memenangi emas apabila dia hanya menduduki tempat keempat dengan jarak 7.45m dengan juara 200,3 Mohd Syahrulamri Suhaimi memenangi gangsa, 7.48m.

Malaysia turut memenangi gangsa dalam acara lari 4x100 meter lelaki dan wanita dengan Thailand mengungguli keduanya-duanya dan Muhammad Hafizud Sahadan menduduki tempat kelima dalam lompat bergalah dengan ketinggian 4.20 meter.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2007 10:06 PM | Show all posts
stedi Malaysia !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-12-2007 05:31 PM | Show all posts
hari ni...team msia mcm slow jer.sampai kol 5 tadi br 33 emas

paling aku tak leh terima leong mun yee dpt silver medal event
3m springboard..alahai..biar btol target 64 emas ni
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2007 06:02 PM | Show all posts
cam x leh lepas jer 64..

tgk2 50 pun ssh nak dpt
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2007 06:04 PM | Show all posts
dh la kena pintas ngan indon....
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2007 08:45 PM | Show all posts
skang da 43.overall no 3 plak.
huh..aksi kejar-mengejar ngn vietnam plak..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-1-2025 06:40 PM GMT+8 , Processed in 0.071486 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list