|
Originally posted by ulartedung at 20-5-2007 07:14 PM
bagaimana dengan hadis nabi musa berlari bogel pula,apa alasan
bukhari menulis hadis itu.mengenai wuduk tu ada tak hadis yg nabi
menyatakan berwuduk sekali wajib dan 2 kali atau tiga kali tu sunat?
Salam ulartedung,
Maaflah terus terang saya katakan awak tak faham ilmu hadith lepas tu tafsir sendiri atau ikut tafsiran yang menyeleweng, kemudian pertikai Imam Bukhari.
Pasal kisah Nabi Musa, janganlah main ambik sedikit hadith tu untuk menimbulkan keraguan pada diri sendiri dan orang lain, fahamkan kisahnya dulu.
Telah jadi kebiasaan Bani Israel mandi beramai-ramai secara berbogel, dan ini tidak diamalkan Nabi Musa. Maka timbul syak di kalangan beberapa orang Bani Israel, yang Nabi Musa mungkin berpenyakit di bahagian sulitnya sebab tu mereka beranggapan Nabi Musa takut penyakitnya diketahui umum.
Suatu ketika Nabi Musa ingin mandi bersendirian, lalu mereka mengintip Nabi Musa. Ketika Nabi Musa tukar pakaian tidak semena-mena pakaiannya yang diletakkan di atas batu bergerak (dilarikan bersama batu). Nabi Musa cepat2 kejar untuk mendapatkan pakaiannya kembali dan ketika itulah mereka nampak bahawa Nabi Musa tidak berpenyakit langsung. Dari kisah ini dapatlah dibuat kesimpulan:
-Nabi Musa tidak mandi beramai-ramai (umat sekarang pun tidak dibenarkan berbuat demikian sampai nampak kemaluan masing-masing)
-Nabi Musa tidak berpenyakit seperti yang disangka
Mengenai wudhu', tak perlu nak tunggu hadith kata wajib. Bila Nabi tunjukkan caranya, begitulah yang difaham oleh sahabat, dan seterusnya salafussoleh dan sampai kepada kita. Itulah tugas para Mujtahid untuk mererangkan hukum-hakam tafsiran hadith2. Kalau kita main tafsir sendiri tu yang jadi keliru sampai akhirnya....mudah kata tak payah percaya hadith sebab dah keliru sendiri.
Saya nak tanya sikit, kalau kita panggil doktor yang berpuluh tahun pakar dalam bidangnya, lepas tu suruh dia pi baiki kereta rosak yang dia tak tahu nak baiki. Patut atau tidak? Sama juga mereka yang belajar ilmu hadith bertahun lamanya, lepas tu kita yang tak belajar pandai kata kita yang faham, bolehkan kita selesaikan permasalahan ilmu hadith?
[ Last edited by mnm77 at 21-5-2007 04:01 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
biasa apabila disebut tentang hadis,jawapan yg biasa diberikan adalh
untuk menerangkan tentang alquran, kerana quran itu mempunyai bahasa yg tinggi dan kiasan hanya orang yg berilmu tinggi sahaja mampu
menafsir quran sebab itulah hadis diperlukan supaya memudahkan
memahami quran.tetapi saudara mnm77 memberitahu yg hadis juga
perlu dipelajari bertahun tahun dan hanya orang berilmu tinggi saja
yg boleh memahami hadis.jika begitu apa bezanya hadis dgn quran
kerana kedua duanya memerlukan ilmu yg tinggi untuk memahami kandungannya,perlu lulusan alazhar baru boleh mentafsir hadis.orang biasa
macam saya ni nampak gayanya tak layak untuk mentafsir hadis kerana belum cukup ilmu.sepatutnya jika hadis itu menerangkan quran maka
apabila orang biasa seperti saya membacanya akan terus memahami
apa yg ditulis oleh hadis tersebut.sebab itu saya bertanya kepada
saudara adakah nabi mengatakan yg berwuduk sekali itu wajib dan
lebih dari sekali itu sunat.jika tiada nabi mengatakan yg lebih itu sunat,
dari mana datangnya hukum sunat? sekian wassalam |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by ulartedung at 20-5-2007 08:44 PM
biasa apabila disebut tentang hadis,jawapan yg biasa diberikan adalh
untuk menerangkan tentang alquran, kerana quran itu mempunyai bahasa yg tinggi dan kiasan hanya orang yg berilmu tinggi saha ...
Bila baca Quran, kalau tak faham rujuk yang arif
Bila baca hadith terutamanya berkaitan hukum hakam, rujuk yang arif untuk kepastian
Saya tak kata tunggu bertahun belajar baru boleh nak baca.
Saya maksudkan boleh baca hadith, bila ada keraguan tanya kepada yang arif sebelum buat kesimpulan sendiri.
Hukum wajib dan sunat dn lain...datangnya daripada Nabi sendiri, sahabat dan Ijtihad Imam2 yang mahir dalam ilmu Al Quran dan Hadith. Yang mana tidak diterangkan nabi diterangkan oleh sahabat, dan begitu juga yang tidak diterangkan sahabat diterangkan oleh salafussoleh.
Wallahua'lam
Wassalam |
|
|
|
|
|
|
|
bagaimana kita hendak mengesahkan kesahihan cerita nabi musa
ini kerana peristiwa ini berlaku lebih kurang hampir 2000 tahun
sebelum kelahiran nabi muhammad.nabi musa hidup sekitar
1600 sebelum masihi jika mengikut ahli sejarah |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by ulartedung at 21-5-2007 07:08 PM
bagaimana kita hendak mengesahkan kesahihan cerita nabi musa
ini kerana peristiwa ini berlaku lebih kurang hampir 2000 tahun
sebelum kelahiran nabi muhammad.nabi musa hidup sekitar
1600 sebelum masihi jika mengikut ahli sejarah
Waduh-waduh, masih pening2 bikin pusing...
Kalau kita percaya Nabi, percaya kepada perawi2 hadith yang benar maka sahlah cerita tu. Kalau tak percaya Nabi, atau tak percaya perawi2 hadith, maka buatlah kesimpulan sendiri yang cerita tu tak dapat disahkan.
Kalau percaya Al Quran, Al Quran tu sendiri disampaikan dari Jibril kepada Nabi. Sesiapa pun boleh pertikiai AL Quran kalau dia nak. Ada orang percaya Jibril boleh tersalah sampai wahyu. Kalu dok pertikai guna logik tapi tak fikir kekuasaan Allah memanglah tak habis2.
Saya tak pasti saudara nak cari kebenaran atau nak cari alasan supaya tak mahu terima hadith. Kalau nak cari alasan, sampai bila pun tak habis kerana otak manusia ni boleh fikir yang pelik2.
Orang Islam percaya kata2 Nabi adalah benar dan lebih benar dari fakta2 kisah sejarah. Kalau nak ikut saintis, ada saintis kata manusia ni dari spesis monyet, dia boleh bagi alasan melalui kajiannya.
Ada sesiapa yang boleh terima tak yang tok nenek dia dulu2 tu monyet? |
|
|
|
|
|
|
|
mengenai quran memang tidak boleh dipertikaikan lagi kerana ia wahyu allah dan dijamin ketulenannya oleh allah.tidak ada dlm sejarah
semasa pengumpulan quran ada ayat yg ditolak kerana tidak sahih,lalu
dikeluarkan dari quran.dan tidak ada percanggahan antara ayat ayat
quran antara satu dengan lain.maknanya 114 surah yg dikumpul,kesemuanya dibukukan dan tidak ada satu ayt pun yg meragukan lalu ditolak.
berbeza dengan hadis,saya beri contoh hadis bukhari dari 600,000
hadis yg dikumpul hanya 7275 saja yg diterima.yg bakinya ditolak.ini
bermakna hampir 99 % hadis yg dikutip hadis palsu hanya satu peratus
sahaja pada pandangan bukhari tulen.ini menggambarkan betapa banyaknya hadis palsu wujud pada masa itu.sesiapa saja boleh membuat hadis dan mendakwa ia dituturkan oleh nabi,walaupun nabi tidak melakukannya(Rujuk link yg sejarah hadis).
sehingga kini pun hadis dikatogerikan sebagai hadis sahih,hasan,daif
kerana ketidakpastian sumbernyanya.kita sebagai umat yg
terkemudian adalah menjadi tugas kita untuk memastikan
kesahihannya,walaupun dikatakan hadis sahih.kerana ia akan menjadi
pegangan kita dlm beribadat kpd allah.hadis yang ada sekrang pun spt hadis bukhari,sahih muslim,abudaud dan banyak lagi ditulis sekitar 200 tahun selepas kewafatan nabi.jika diteliti dari ayat quran juga melarang
kita mengambil selain dari quran sebagai pegangan ajaran agama.kerana quran menyatakan kita itu sempurna dan terperinci,quran juga menyatakan bahawa ia mudah difahami
Q54:17. Kami jadikan Quran ini mudah untuk dipelajari. Adakah sesiapa diantara kamu yang ingin mempelajarinya?
hanya orang yg tidak membaca quran saja,atau tidak percaya dengan
kata kata allah saja, yg mengatakan quran ini susah dipelajari,kena ilmu
tinggi dan berbagai alasan yg diberikan yg menyebabkan masyarakat
harini hanya membaca quran hanya utk dilagukan saja kerana telah disetkan dalam minda quran ni susah, bahasa tinggi dan lain lain alasan.
jika ditanya kepada kebanyakan orang melayu tentang ayat quran
yg dibaca tentu kebanyakannya tidak dapat menerangkan.contoh
surah al fatihah yg dibaca semasa sembahyang,jika di tanya secara
spontan apa maksud surah al fatihah? mungkin ramai yg gagal memberi
jawapannya.kerna kita diajar hanya menghafal surah itu saja tanpa
memahaminya.
wassalam |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by ulartedung at 22-5-2007 01:01 AM
hadis yang ada sekrang pun spt hadis bukhari,sahih muslim,abudaud danbanyak lagi ditulis sekitar 200 tahun selepas kewafatan nabi.jikaditeliti dari ayat quran juga melarang kita mengambil selain dari quran sebagai pegangan ajaran agama
Golongan yang meragui hadis menolak ulama mu抰abar dan menolak apa juga fakta dari sejarah Isalam sebenarnya adalah golongan yang tidak boleh diajak berbincang bagi mencari kebenaran, kerana mereka seumpama golongan Sufastaiyah (Sophists) suatu golongan yang hanya inginkan kemenangan, bijak menggunakan teknik-teknik retorika dalam perdebatan untuk menampakkan kepalsuan itu suatu kebenaran dan kebenaran itu suatu kepalsuan, atau dalam istilah Prof. Dr. Syed Husein Al-Attas golongan yang mempunyai bentuk pemikiran bebalisme. (lihat Syed Husein Al-Atas, Intel-lectuals in Developing Societies, 1977, hal.25).
Golongan Sufastaiyah ini percaya bahawa tiada "kebenaran mutlak" (absolute truth) kerana bagi mereka kebenaran itu bersifat relatif bergantung atas setiap individu. Justeru itu mereka sering bersikap skeptikal di dalam semua perkara sehinggalah kewujudan tuhan itu sendiri pun turut diragui, contohnya seperti Protagoras of Abdera di kurun ke-5 sebelum Masihi.
Kesimpulannya, fahaman golongan ini telah melahirkan suatu "agama" (kalau pun masih mahu dipanggil agama) atau ideologi baru yang merangkumi empat elemen terpenting mendasari fahaman ini iaitu: Paradigmanya ialah sosialisme, inputnya pula dari para orientalis Barat, pendiriannya terhadap perkaitan antara dunia dengan agama, sejarah dan lain-lain adalah atas fahaman sekularisme, manakala pendukung ideologi baru ini pula adalah sejenis manusia yang degil dan bebal.
Antara para orientalis Barat yang mempelopori gerakan meragui autoriti hadis, yang menjadi rujukan utama dan guru mereka ini ialah Ignaz Goldziher dan ramai lagi seperti Aloyer Sprenger dan James Robinson Sprenger dan Muir misalnya, mendakwa bahawa hadis hanya mula dikumpulkan oleh Abu Bakar bin Muhammad bin Amr bin Hazmi (meninggal 117H) atas arahan Khalifah Umar b. Abdul Aziz.
Begitu juga dengan Goldziher dan Schact yang bersependapat bahawa hadis, khususnya yang berkaitan dengan hukum-hakam, hanya mula dikumpul dan dilakukan pada pertengahan kurun kedua selepas hijrah seperti oleh Imam Abu Hanifah (meninggal 150H), Abdul Malik bin Juraij (meninggal 150H) Imam Malik (meninggal 179H), Imam Shafei (meninggal 240H) dan lain-lain.
Memandangkan hadis mengikut pengajian mereka hanya mula dikumpul dan dibukukan selepas lebih 150 tahun hijrah, besar kemungkinan berlakunya tokok-tambah dan pemalsuan hadis. Mereka juga khususnya Goldziher, menolak pendapat majoriti ulama hadis yang mengatakan pengumpulan hadis sudah bermula sejak dari zaman pemerintahan Khalifah Abu Bakar as-Siddiq r.a lagi setelah menerima pandangan yang diberikan oleh Sayidina Umar r.a. agar pengumpulan hadis dibuat.
http://roskiman.com/antihadis.htm
[ Last edited by mnm77 at 22-5-2007 08:21 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by mnm77 at 22-5-2007 08:19 PM
Golongan yang meragui hadis menolak ulama mu抰abar dan menolak apa juga fakta dari sejarah Isalam sebenarnya adalah golongan yang tidak boleh diajak berbincang bagi mencari kebenaran, keran ...
Salam.............
Tidak ada kena mengena langsung dengan mereka yang berpegang kepada Allah Semata yang hanya mengambil Al-Quran sebagai panduan paling sempurna sebagai tarekat yang lurus......... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by sazeryus at 8-3-2007 10:39 PM
mungkin dia ialah seorang yang anti hadith kot....
mana tahu....Islam hanya pada nama....
p/s>>sebenarnya banyak kompeni seperti pustaka rakyat yang kononnya milik Islam dan Melayu ,,tetapi sebenarnya syarikat tu milikseorang Cha nun alif ya
err.......... islam tu milik melayu saja? |
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa mereka hanya mempertikai Islam sahaja?
Saya dapati Penganut Kristian juga ada yang tak betul.
Salah satunya bab berkhatan.
Dalam satu verse ada tulis harus berkhatan yg satu lagi pulak takkan mengaku umat kalau berkhatan.
Dan banyak lagi...
Saja tak nak mengeruhkan suasana.... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by ulartedung at 22-5-2007 01:01 AM
Q54:17. Kami jadikan Quran ini mudah untuk dipelajari. Adakah sesiapa diantara kamu yang ingin mempelajarinya?
hanya orang yg tidak membaca quran saja,atau tidak percaya dengan
kata kata allah saja, yg mengatakan quran ini susah dipelajari,kena ilmu
tinggi dan berbagai alasan yg diberikan yg menyebabkan masyarakat
harini hanya membaca quran hanya utk dilagukan saja kerana telah disetkan dalam minda quran ni susah, bahasa tinggi dan lain lain alasan.
Az-Zukhruf:
[43.3] Sesungguhnya Kami jadikan Kitab itu sebagai Quran yang diturunkan dengan bahasa Arab, supaya kamu (menggunakan akal) memahaminya.
Ass-Syuura:
[42.7] Dan sebagaimana Kami tetapkan engkau hanya penyampai, Kami wahyukan kepadamu Al-Quran dalam bahasa Arab, supaya engkau memberi peringatan dan amaran kepada (penduduk) "Ummul-Qura" dan sekalian penduduk dunia di sekelilingnya, serta memberi peringatan dan amaran mengenai hari perhimpunan (hari kiamat) - yang tidak ada syak tentang masa datangnya; (pada hari itu) sepuak masuk Syurga dan sepuak lagi masuk neraka.
Fussilat:
[41.3] Sebuah Kitab yang dijelaskan ayat-ayatnya satu persatu; iaitu Al-Quran yang diturunkan dalam bahasa Arab bagi faedah orang-orang yang mengambil tahu dan memahami kandungannya.
[41.44] Dan kalaulah Al-Quran itu Kami jadikan (bacaan) dalam bahasa asing, tentulah mereka akan berkata: "Mengapa tidak dijelaskan ayat-ayatnya (dalam bahasa yang kami fahami)? Patutkah Kitab itu berbahasa asing sedang Rasul yang membawanya berbangsa Arab?" Katakanlah (wahai Muhammad): "Al-Quran itu, menjadi (cahaya) petunjuk serta penawar bagi orang-orang yang beriman; dan sebaliknya orang-orang yang tidak beriman, (AL-Quran itu) menjadi sebagai satu penyakit yang menyumbat telinga mereka (bukan penawar); dan ia juga merupakan gelap-gelita yang menimpa (pandangan) mereka (bukan cahaya yang menerangi). Mereka itu - (dengan perbuatan melarikan diri dari ajaran Al-Quran, tidak ubahnya seperti) orang-orang yang diseru dari tempat yang jauh (masakan mereka dapat mendengar dengan betul atau melihat dengan nyata)".
Yusuf:
[12.2] Sesungguhnya Kami menurunkan kitab itu sebagai Quran yang dibaca dengan bahasa Arab, supaya kamu (menggunakan akal untuk) memahaminya.
Ar-Ra'd:
[13.37] Dan demikianlah Kami menurunkan Al-Quran sebagai hukum dalam bahasa Arab. Dan demi sesungguhnya, jika engkau (wahai Muhammad) menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya kepadamu wahyu pengetahuan (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau peroleh dari Allah sesuatupun yang dapat mengawal dan memberi perlindungan kepadamu (dari perkara-perkara yang tidak diingini).
An-Nahl:
[16.103] Dan demi sesungguhnya Kami mengetahui, bahawa mereka yang musyrik itu berkata: " Sebenarnya dia diajar oleh seorang manusia". (Padahal) bahasa orang yang mereka sandarkan tuduhan kepadanya itu ialah bahasa asing, sedang Al-Quran ini berbahasa Arab yang fasih nyata.
Maryam:
[19.97] Maka sesungguhnya Kami memudahkan turunnya Al-Quran ini dengan bahasamu (wahai Muhammad), ialah supaya engkau memberi khabar gembira dengannya kepada orang-orang yang bertaqwa, dan supaya engkau memberi amaran dengannya kepada kaum yang degil dalam kekufurannya.
Taha:
[20.113] Dan demikianlah Kami telah menurunkan Al-Quran sebagai bacaan dalam bahasa Arab, dan kami telah terangkan di dalamnya berbagai-bagai amaran supaya mereka (umat manusia seluruhnya) bertaqwa, atau mereka mendapat daripadanya sesuatu peringatan dari faedah mereka.
Asy-Syu'araa:
[26.192] Dan sesungguhnya Al-Quran (yang di antara isinya kisah-kisah yang tersebut) adalah diturunkan oleh Allah Tuhan sekalian alam.
[26.193] Ia dibawa turun oleh malaikat Jibril yang amanah.
[26.194] Ke dalam hatimu, supaya engkau (wahai Muhammad) menjadi seorang dari pemberi-pemberi ajaran dan amaran (kepada umat manusia).
[26.195] (Ia diturunkan) dengan bahasa Arab yang fasih serta terang nyata.
I wonder mengapa berulang2 ayat2 Al-Quran menyebut Al-Quran dalam BAHASA ARAB???
Yg mentakwilkan Al-Quran ikut logik akal ni fasih ke dalam nahu, lughah ARAB???
|
|
|
|
|
|
|
|
tentang persoalan hadis,
beginilah saudara/saudari (manusia),
mengapa saya perlu saling bantah-membantah tentang apa-apa yang tidak saya sendiri ketahui kebenarannya.
Hanya ALLAH saja yang mengetahui tentang setiap segala sesuatu.
Perlukah saya menglabelkan seseorang murtad /sesat hanya kerana dia tidak mahu menerima sesetengah hadis?
Siapakah yang akan menjadi saksi mengatakan hadis bukhari palsu atau hadis bukhari adalah yang benar. Saya yakin imam bukhari sendiri tidak mahu sesiapamenjadi saksi baginya. Tugas beliau hanyalah mengumpulkan hadis-hadis yang dirasakannya benar.
Beginilah,
saya jadikan hadis-hadis ini sebagai sandaran kepada Al-Quran semata-mata. Hadis-hadis yang dibuktikan kebenarannya hari ini mungkin tidak lagi tepat pada masa akan datang.
Jika saya mempunyai kemampuan, pasti saya akan mengkaji secara mendalam setiap hadis. Kelak pasti saya dapat mendatangkan kebenaran sesuatu hadis dan mengalahkan hujah-hujah mereka. Bersabarlah..
Tapi ada perkara-perkara yang lebih baik yang boleh dilakukan oleh saya sebagai seorang manusia.
Siapalah saya untuk berdebat dengan anda semua.
salamualaikum |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Equalizer at 31-7-2007 08:50 PM
Az-Zukhruf:
[43.3] Sesungguhnya Kami jadikan Kitab itu sebagai Quran yang diturunkan dengan bahasa Arab, supaya kamu (menggunakan akal) memahaminya.
Ass-Syuura:
[42.7] Dan sebagaimana K ...
Salam Alaik,
[41.44] Dan kalaulah Al-Quran itu Kami jadikan (bacaan) dalam bahasa asing, tentulah mereka akan berkata: "Mengapa tidak dijelaskan ayat-ayatnya (dalam bahasa yang kami fahami)? Patutkah Kitab itu berbahasa asing sedang Rasul yang membawanya berbangsa Arab?" Katakanlah (wahai Muhammad): "Al-Quran itu, menjadi (cahaya) petunjuk serta penawar bagi orang-orang yang beriman; dan sebaliknya orang-orang yang tidak beriman, (AL-Quran itu) menjadi sebagai satu penyakit yang menyumbat telinga mereka (bukan penawar); dan ia juga merupakan gelap-gelita yang menimpa (pandangan) mereka (bukan cahaya yang menerangi). Mereka itu - (dengan perbuatan melarikan diri dari ajaran Al-Quran, tidak ubahnya seperti) orang-orang yang diseru dari tempat yang jauh (masakan mereka dapat mendengar dengan betul atau melihat dengan nyata)".
Ini terjemahan yang saya terimapakai dari ebacaan:
41:44. Jika Kami membuatnya sebuah Qur'an dalam bahasa asing, tentu mereka berkata, "Mengapakah ayat-ayatnya tidak dijelaskan? Adakah dalam bahasa asing sedang orangnya berbahasa Arab?" Katakanlah, "Bagi orang-orang yang percaya, ia adalah satu petunjuk, dan satu penyembuhan; tetapi orang-orang yang tidak mempercayai, di dalam telinga mereka ada sumbatan, dan bagi mereka, ia adalah satu kebutaan; mereka itu, mereka dipanggil dari tempat yang jauh."
Ayat diataslah menjadi intipati kenapa AlQuran diturunkqn berbahasa Arab. Jadi pengulangan ayat-ayat mengenai bahasa Arab tidak dapat dipisahkan dari ayat diatas. Bagaimanapula jika Nabi didatangkan oleh Allah dikalangan bangsa Cina? Tetapi rasul-rasulNya ada dari berbagai bangsa dengan hanya menyeru ayat-ayatNya sahaja.
AllahuAl'Alaam. |
|
|
|
|
|
|
|
salam
takkan cam tu saudara kalalah
mau apa didebatkan
tak berguna langsung
baik kita bermuzakarah, kan dituntut tuu
saya rasalah Bukhari tu niatnya hanya menyusun hadith nabi aje
yg disampaikan kepadanya dgn sanad yg diterimainya
bukan niat nak memalsu atau menukarkannya
hanya mungkin orang yg kemudiannya
yg membantah/meniru/menyusun dgn lain niatnya
apa pun, kan kita dah diberi AKAL FIKIRAN
maka takkan tak boleh berfikir.... |
|
|
|
|
|
|
|
Surah Al Maidah
(101) Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu bertanyakan perkara-perkara yang jika diterangkan kepada kamu akan menyusahkan kamu, dan jika kamu bertanya mengenainya ketika turunnya Al-Quran, tentulah akan diterangkan kepada kamu. Allah memaafkan kamu dari perkara-perkara itu; kerana Allah Maha Pengampun, lagi maha Penyabar.
(102) Sesungguhnya pekara-pekara yang serupa pernah ditanyakan oleh suatu kaum sebelum kamu, kemudian mereka menjadi kafir dengan sebab pertanyaan itu (satelah diterangkan, mereka tidak menerimanya). |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #26 ulartedung\ catat
ASSALAMUALAIKUM ... NI CHEK NAK TANYA SIKIT ... HADIS NABI MUSA AS TUH DAPAT DARI MANA ? DLM INTERNET KA DLM "SOHEH BUKHARI" ? KALAU DLM SOHEH BUKHARI BAB APA ? DAN SILA SERTAKAN SANAD DAN RAWINYA YG LENGKAP .... KALAU JUMPA HADIS NI DLM INTERNET, SAYA NASEHATKAN RUJUK SEMULA KPD SUMBER YG SEBENAR YAITU "SOHEH BUKHARI" BERBAHASA ARAB .... "TERJEMAHAN2" NIH X BOLEH PAKAI SANGAT SEBAB KITA HANYA DAPAT "KEFAHAMAN TERJEMAH" DARI PENTERJEMAH, DITAKUTI KEFAHAMAN ITU BUKAN KEFAHAMAN YG DIWARISI OLEH PEWARIS2 NABI SAW IAITU PARA2 ULAMAK,OLEH ITU BERTAKWALAH DAN TAKUTLAH KAMU AKAN ALLAH DLM MEMBICARAKAN ILMU YG KAMU X PELAJARI SECARA MENDALAM ... WALLAHU A'LAM
[ Last edited by sirri_khafi at 23-6-2008 04:03 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #26 ulartedung\ catat
jangan cakap begitu sedara...
sbb tanpa al-hadith, macam mana saudara nak kupas al-quran?
al-quran bukan macam ayat buku sejarah saudara, ianya mempunya banyak makna tersirat... memang mudah untuk dipelajari, tapi bagi mereka yang mendapat hidayah, kan?
dan Quran sendiri menyuruh kita mengikut Nabi Muhammad s.a.w, betul? macam mana kita nak ikut, kalau kita tolak al-hadith?
kalau ada keraguan, jangan terus tolak. lebih baik kita belajar dulu. jangan pegi belajar dengan orang yang dalam keraguan @ menolak hadith jugak, haru lah jadinya..
belajar dengan orang yang memang pakar tentang hadith, kemudian, mintak dia explain skali, lepas tuh jgn jumpe sorang je, jumpe beberapa orang pakar hadith, mintak dorang explain...
kalau dah di explain, dan saudara masih tak bole terima, itu kami tak bole cakap apa2 lagi, kerana saudara memilih jalan saudara sendiri...
tentang orang melayu yang tak tahu makna fatihah, itu saya rasa adalah kesilapan dari segi pendidikan, itu sahaja. sekarang pon, saya rasa ramai orang yg dah mula sedar, dan mereka mula cuba untuk memahami Kalam Allah walaupun hanya sedikit.
kita yang dah nampak masalah nih, kita cube lah buat supaya anak cucu kita tak buat kesilapan yagn sama macam yang kita buat, kita pastikan anak cucu kita belajar Quran betul2, daripada tajwid sampailah ke makhraj sampailah kepada makna tersurat dan tersirat kitab agung tersebut... insyaAllah, anak cucu kita akan jadi lebih baik daripada kita...
pendapat saya sahaja, takde niat nak sound mana2 pihak. |
|
|
|
|
|
|
|
BELAJAR LAGI
AMBE SOKONG SGT APA YANG DIKATAKAN OLEH SIRIKHAFI DAN GUNBLADE... SESUNGGUH NAK BELAJAR QURAN KENA BELAJAR BAHASA ARAB.SELEPAS BELAJAR BAHASA ARAB BELUM ABIS LAGI SEBAB KENA BELAJAR LAGI SASTERA ARAB,KENAPA NAK BELAJAR SASTERA ARAB NI,SEBAB QURAN TU PENUH MAKNA YANG TERSIRAT SELAIN YANG TERSURAT... KITA AKAN SESAT KALO BACA TERJEMAHAN N BUAT PENAFSIRAN SENDRI.ILMU BELUM CUKUP DI DADA.
TENTANG HADIS PUN KAN NAB SABDA KITA XKAN SESAT KALO IKUT 2 PERKARA YANG DITINGGALKAN QURAN DAN SUNNAH(TENTU LA HADIS).
DAN ADA YANG PERTIKAI PULAK HADIS SAHIH BUKHARI.SEBENARNYA UNTUK BUKHARI MENGASING HADIS SAHIH DAN PALSU,IMAM BUKHARI TELAH MEMPELAJARI SANAD,PERAWI ETC. YANG BERKENAAN HADIS.JADI KALO XTAU PULAK ILMU TENTANG HADIS NI TOLONG LA JANGAN TAFSIR IKUT SEDAP SAJA
MEMANG QURAN TU UNTUK MUDAH DIFAHAMI TAPI DENGAN ILMU BUKAN DENGAN LOGIK AKAL.DAN ILMU TENTANG NI HENDAKLAH BELAJAR DENGAN ULAMA-ULAMA.KALO MAHU AMBIK DARI BAHAN BACAAN PUN SEPERTI INTERNET PUN KENA KITA RUJUK PAKAR YANG LAIN JUGOK...KALO X,ABIS LA KITA SEBAB KAT INTERNET TU SEMUA ORG BLEH BAGI PENDAPAT SEDANGKAN KITA XTAU MCM MANA ILMU DORANG NIH....
TOLONG!TOLONG! CARI ILMU DULU YANG MEMBOLEHKAN ANDA ATAU SAYA UNTUK MENTAFSIR QURAN ATAU HADIS..... |
|
|
|
|
|
|
|
dah nama pun sahih muslim sahih bukhari
tak sebut pun sahih Nabi ke apa...
jadi dah tentu sahih tu as per muslim atau bkhari punya endevor, punya usaha, punya pemahaman, punya kaedah, punya tapisan...
jika ada `percanggahan' macam bab Nabi wuduk itu, bagi saya bukhari tu benar2 fair dan tidak menggelapkan sesuatu hadis hanya kerana ia bercanggahan antara satu sama lain... lagi2 perawinya adalah orang2 yg berbeza.
ini menunjuk yg bukhari benar2 ikut kaedah yg dipegangnya dalam menilai hadis...
bagi sesetengah orang mungkin Nabi macam takda pendirian sebab ada org nampak Nabi basuh anggota sekali ada dua kali, tapi ia juga boleh menunjuk yg Nabi seorang yg sgt. concern terhadap suasana semasa dalam melakukan ritual... iaitu mungkin bergantung pada cukup tidaknya air waktu itu misalnya.
bagi saya hanya lihat beberapa percanggahan kemudian terus nak tolak keseluruhan hadis adalah tak begitu cerdik.
saya ada baca kata2 aluan Prof Hassan Hanafi Mesir untuk buku Hadis - satu penilaian semula oleh Kassim Ahmad.
katanya:
"The author could have readjusted the old rules of criticism making them more rigorous rather than rejecting the hadith. No critics were more scrupulous than the ancient scholars. What the author offered in criticism is much less than what the ancient scholars created in laying the ground for modern criticism."
bagi saya kalau kita tak boleh nak offer satu kaedah yg lebih ketat drp yg disediakan oleh ulama2 silam itu sebagi ganti, maka jgnlah senang2 nak tolak hadis gitu2 saja.
lalu dia bagi nasihat yg sgt baik kepada Kassim Ahmad. Katanya:
"..The author, the former head of the Malaysian people's socialist party can concentrate more on the socio-political condition of Malaysia and fight for freedom and social justice. He can be more beneficial, more efficient and more able to forge unity for all the people in Malaysia, instead of splitting the nation on pure academic debate.
- bold oleh petola.
saya rasa nasihat Prof Hassan Hanafi itu boleh terpakai pada kita semua...
[ Last edited by petola at 9-12-2008 08:17 PM ] |
|
|
|
|
|
|
| |
|