|
Mengenai Urusan Tabung Haji dan Jemaah Haji
[Copy link]
|
|
Reply #4 ibnur's post
yer setuju...
syarat wajib haji kan mampu.... |
|
|
|
|
|
|
|
haji hanya utk mereka yang mampu...... mampu sini = mampu berhutang? |
|
|
|
|
|
|
|
dalam berita harian, puteri UMNO sokong skim pinjaman.
bertentangan dengan mufti perak dan ustad abu hassan din (yang hari sebelumnya dalam berita harian) tak setuju!!!! |
|
|
|
|
|
|
|
Wajarkah meminjam untuk tunai haji?
Pendapat
CADANGAN Penasihat Agama Perdana Menteri, Tan Sri Abdul Hamid Othman mengenai skim pinjaman tunai haji untuk menggalakkan umat Islam di negara ini menunaikan rukun Islam kelima itu dalam usia muda sangat menarik.
Dalam hal ini, ramai yang membandingkan perlaksanaan pinjaman seumpama itu oleh kerajaan Indonesia kepada rakyat mereka.
Kita sedia maklum bahawa menunaikan haji adalah satu kewajipan ke atas orang-orang Islam yang berkemampuan dari segi material dan fizikal.
Persoalannya sekarang apakah maksud kemampuan tersebut? Adakah kemampuan untuk menyediakan kewangan yang mencukupi untuk ke Tanah Suci atau kemampuan untuk membayar pinjaman ke Tanah Suci.
Sebenarnya, di dalam konteks masyarakat Melayu di Malaysia, kita boleh membahagikan orang-orang Islam kepada empat kumpulan. Yang pertama, mereka yang kaya-raya dan sentiasa mampu untuk pergi menunaikan haji. Masalah kepada mereka hanyalah tidak mahu pergi kerana belum sampai seru. Ada juga mereka yang kaya-raya dan pernah menunaikan haji melalui pakej yang mahal dan menunaikan umrah saban tahun. Itu adalah hak mereka kerana itu adalah kemampuan mereka, walaupun ada ulama-ulama Islam yang mengatakan adalah lebih baik wang untuk umrah itu digunakan untuk menolong orang-orang miskin dan sebagainya.
Kumpulan kedua adalah mereka yang berpegang kepada prinsip sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Mereka ini menyimpan sedikit lebihan daripada pendapatan atau wang yang diberikan anak-anak di Tabung Haji. Apabila jumlah wang mencukupi dan sampai giliran mereka, maka mereka pun akan menunaikan haji dengan penuh lapang dada dan gembira. Apa tidaknya, niat untuk menjejak kaki ke rumah Allah, tercapai juga tanpa perlu menyusahkan sesiapa.
Kumpulan ketiga adalah mereka yang tidak berkemampuan dari segi kewangan tetapi tetap mahu menunaikan haji secepat mungkin. Maka berlakulah beberapa kisah benar seperti sanggup menjual atau menggadaikan tanah semata-mata untuk menunaikan haji. Ada juga yang sanggup meminjam wang daripada saudara mara atau kawan rapat semata-mata untuk menunaikan haji.
Namun masalahnya, apabila mereka ini pulang dari Mekah mereka terpaksa pula mencari wang untuk membayar hutang atau menebus tanah mereka. Bertitik tolak dari sini seisi keluarga akan merasai kesempitan hidup lantaran terpaksa mengikat perut kerana perlu membayar hutang tadi.
Kumpulan keempat pula orang-orang Islam yang masih muda tetapi tidak mampu untuk pergi haji kerana tidak dapat menabung kerana mempunyai tanggungjawab yang besar pada keluarga. Sebaliknya mereka mempunyai wang simpanan yang besar jumlahnya di Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Ada yang berumur 40 tahun, tetapi mempunyai RM200,000 di KWSP. Adakah mereka ini dikategorikan sebagai tidak mampu dari segi kewangan? Apa yang berlaku di sini ialah mereka ini menjadi orang yang tidak mampu untuk pergi ke Mekah kerana peraturan dan polisi mengenai wang KWSP itu sendiri.
Kenapa mereka yang mempunyai tabungan besar di KWSP perlu meminjam untuk menunaikan haji? Adalah lebih bijak jika kita membenarkan mereka yang mempunyai tabungan besar ini untuk mengeluarkan wang mereka untuk menunaikan haji buat kali pertama. Kita mempunyai skim pengeluaran untuk rumah, untuk pelajaran dan yang terbaru untuk peminjam-peminjam PTPTN membayar hutang mereka dengan wang simpanan mereka di KWSP. Persoalannya, apa salahnya kalau kita membenarkan mereka yang mempunyai tabungan besar untuk menunaikan haji. Apa yang paling penting adalah kita memerlukan perancangan yang teliti dan peraturan yang rapi supaya skim pengeluaran untuk ibadah haji tidak disalahgunakan.
Saya yakin skim pinjaman untuk menunaikan haji bukanlah cara yang terbaik untuk menolong orang-orang Islam untuk pergi ke Mekah. Sudah sampai masanya kita mengkaji semula peranan KWSP dan tentu ramai yang akan menyokong usaha kerajaan membantu mereka mempermudahkan urusan menunaikan haji. Cukuplah dengan hutang yang pelbagai pada hari ini.
|
|
|
|
|
|
|
|
I would prefer if the government approve for the withdrawal of EPF for this purpose instead of 'pinjaman'... furthermore EPF money is our own money what!!!! |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by sisone at 21-5-2007 02:42 PM
I would prefer if the government approve for the withdrawal of EPF for this purpose instead of 'pinjaman'... furthermore EPF money is our own money what!!!!
:setuju: buat pe nak bebankan diri dengan hutang?! |
|
|
|
|
|
|
|
Ehhh nape tak sokong????
Aku rasa ok la kot sbb beli keta pun sanggup buat loan, beli umah pun loan. Siap pakai kedit kad lg utk mudah berhutang. Itu utk sosial.....
So takkan nak g Haji yg dituntut dlm Islam tak boleh buat loan.....
Walaupun Haji hanya bagi yang mampu tp ia tetap termaktub dlm Rukun Islam, so kene le usahakan bg mampu jugak utk lengkapkan diri kita dgn rukun tu.
Kerajaan hanya bg pilihan pd kita....
Kalau yakin hutang tu boleh dibayar semula tanpa beban dan kemudahan ini diuruskan cara Islam, why not?
Tepuk dada tanya selera!!! |
|
|
|
|
|
|
|
Satu usaha, satu kemudahan untuk memberi peluang kepada yang muda..yang kurang pendapatan..utk mengerjakan haji di mekah pun korang tak setuju.Bagi aku pandangan yg bangang tak kira la mufti ka ustaz ke yg menentang hasrat ni.Blajar agama tinggi2 tapi tak boleh nak ikut kesesuaian keadaaan semasa.
Bila cakap pinjaman....ingat semua yg nak pegi haji tu langsung tak simpan duit ka? Mungkin dgn adanya kemudahan ni, para muslim kat mesia ni memang dah ada sedikit tabungan.Cuma mana yg tak cukup..boleh buat sebahagian pinjaman. Lagi pun kemudahan ni menggalakkan org nak pegi haji.Yg memuda..yg tengah sihat.Tu pasal kat mesia ni dah tua2 dah nak mati baru la dapat pegi haji..sebab duit baru cukup kumpul.
Kalu ada pinjaman koperasi diagensi atau organisasi dikebanyakan tempat kerja anda semua untuk melancong ke bali, hongkong, china, eropah kaa....nape plak tak boleh ada skim pinjaman utk pegi tunaikan haji?
Bagi aku pendapat mufti perak dan lelain yg menentang hasrat murni ..macam org belagak.sombong.
Sama ada mufti tu bagik pendapat atau tak....tapi sama je dialog kat bawah ni.
Hey..kalu korangnak pegi haji..korang kena kumpul duit dulu cukup2.Tengok mcam aku..duit aku dah banyak.Kalu korang tak cukup duit jgn pegi.Biar aku pegi lagi kali ke -18.Korang simpan duit dulu kasi cukup.
-Mufti Bangang- |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
nak pakai kereta pun sanggup buat loan yg tinggi x2...,
apasalahnye... lepas abis loan kereta..sambung loan pergi Haji pulak.,
yg penting keperluan untuk keluarga mencukupi ....,
tapi loan tu mestilah tidak ada RIBA...., kalau ade riba , fikir dulu lah... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #4 ibnur's post
apa yg saya nampak dcni ialah galakan berhutang
spt mana umum tau org melayu(Islam) kan suka berutang..
jadi bila ada saranan bole utang nak p Mekah of kos akan ada yg menentang...sbb beban.. dan perangai Melayu jugak.. liat nak bayau utang...
tapi apa yg disaran kan tu bagus utk org2 yg ada kesedaran nak pegi tapi tak berkeupayaan mengumpul duit yg cepat utk ke Mekah
Dgn kadar segera mereka ke Mekah, InsyaAllah commitment utk langsai utang akan ada
dan jika dtambah prosedur yg effective utk bayar utang aku yakin usaha nih satu yg bagus
dan aku jugak yakin org yg ada kesedaran nak ke Mekah biasanya org yg jenis cepat bayar utang... |
|
|
|
|
|
|
|
Dengar cerita muzakarah berkenaan perkara ni baru berlangsung dengan keputusan menyebelahi kepada harus meminjam bank.
tetapi dengan beberapa syarat... antara yang saya dapat ingat (maaf sebab tak catit pun, ada beberapa yang saya tak dapat dan lupa)
peminjam mesti mampu untuk bayar kembali.
mestilah bank yang tidak ada unsur riba (bank rakyat, RHB dan bank islam dapat kelebihan)
dengar cerita juga, pengeluaran kwsp tak dapat ... tapi saya tak ingat sebab apa.
kot kalau ada ustaz kat sini yang pergi muzakarah... boleh share pendapat. |
|
|
|
|
|
|
|
Call for banks to offer loans for Muslims to perform Haj
By : Hamidah Atan
PUTRAJAYA: Banks and financial institutions should introduce loan packages for Muslims performing the Haj.
Religious adviser to the prime minister, Tan Sri Abdul Hamid Othman, said this would also allow more young Muslims to do so.
"It is not sinful or wrong under the fatwa (decree) to borrow money in order for one to perform their pilgrimage and your Haj is still valid (sah).
"At present, there are special loan packages offered by some institutions like co-operatives for those going on the umrah. So, it is not wrong or against the teaching of Islam if banks or co-operatives can do the same for those who want to perform the Haj."
Hamid did not see why financial institutions would have problems doing so as they were already offering other loans to customers.
"The loan should be just like any other loan in that after coming back from Mecca, you must begin servicing it. Try not to default on payments."
On converts renouncing Islam, Hamid said only religious officers well-versed in all aspects of Islam should listen to their grouses.
Hamid added that in the first six months after conversion, converts should be taught the basic teachings of Islam.
"Not anyone can do this. Converts must only be handled by trained, experienced, capable and qualified religious officers. We do not want a situation where the blind lead the blind.
"The officers should study the background or qualification of converts to help them in handling the latter."
Hamid said the religious authorities should have a detailed curriculum on Islam for converts.
"When one embraces Islam, this does not mean that he is forbidden from seeing his parents any more or going back to his parents |
|
|
|
|
|
|
|
kalu mampu bayar semula ok la...
kalu membebankan kurang kewajaran la.. |
|
|
|
|
|
|
|
Itu kata-kata penasihat agama kepada pak dollah badawi.
apa kata majlis fatwa atau mufti-mufti? JAKIM? tabung haji? |
|
|
|
|
|
|
|
Naik haji dulu, bayar kemudian
Oleh MOHAMAD SOFEE RAZAK
IBADAT haji melambangkan kemuncak pengorbanan seorang hamba kepada Penciptanya. Seluruh jiwa dan raga diabadikan kepada Tuhannya. Pengorbanan yang dimaksudkan adalah meliputi fizikal, material dan spiritual.
Keunikan ibadah haji turut berjaya menarik perhatian ramai sarjana dan ilmuwan Islam dan bukan Islam untuk membuat kajian akademik mereka.
Seorang orientalis dan sarjana Barat, Prof. Dr. Victor Danner (1993) dalam kajiannya merumuskan bahawa tidak disangsikan bahawa cerdik pandai Muslim seperti Al-Ghazali dan Ibnu Al-Arabi, dan ramai yang lain, memikirkan makna yang tersembunyi di sebalik tindakan luaran telah menunjukkan sifat yang mendalam tentang ibadah fardu haji seluruhnya.
Sesungguhnya, egalitarianisme Islam dan keesaan dunia Muslim, tidak payah dikata pengaruh menyamaratakan utusannya ke atas semua ras dan kumpulan etnik, adalah kesemuanya dizahirkan dalam pengerjaan ibadah haji.
Mengeratkan
Manakala dalam buku Manusia Dan Islam (Jilid Satu) menukilkan Philip Hitti dalam buku Sejarah Arab menyatakan bahawa Ibadat haji pada segenap masa merupakan satu sistem tunggal untuk mengeratkan perpaduan fikiran Islam di antara berbagai golongan. Dengan sistem ini memberikan peluang kepada tiap-tiap Muslim untuk mengembara sekurang-kurangnya sekali seumur hidup, untuk berjumpa dengan kaum Muslimin yang lain sebagai pertemuan persaudaraan dan menyatukan perasaan di antara satu sama lain yang datang dari segenap pelosok dunia.
Impian untuk menjejaki Tanah Suci Mekah dan menunaikan ibadah haji hendaklah disemai dan disemat sejak dari kecil lagi. Ini adalah kerana impian murni ini adalah satu manifestasi kecintaan dan pengorbanan kita kepada Allah s.w.t yang tiada tandingannya. Sabda Rasulullah dari Buraidah bahawa 揗engeluarkan biaya untuk keperluan haji sama dengan mengeluarkan untuk perang fisabilillahl: Satu dirham menjadi tujuh ratus kali ganda. |
|
|
|
|
|
|
|
owh...saya tak setuju kalau berhutang utk menunaikan haji.....sebab Islam dah sebut...tunaikan lah haji (jika berkemampuan) ....
kebiasaanyer org kalau nak tunaikan haji ...sebelum pegi haji tu dah setelkan segala hutang2 piutang......ni plak nak pegi haji siap wat hutang lagik.......
tak kena laa...sebab nak pegi haji ni ibarat kita nak mati....nak mengadap Allah...jadi seboleh2 nyer sblm mengadap Allah tu biarlah kita bebas dari hutang piutang...
kita pergi buat haji supaya dpt membuat ibadat dgn penuh khusyuk...kalau dah berhutang...wat pinjaman.....mesti dok fikir2 ....lepas balik haji ni nak kena bayar loan haji la plak....tak tenang jiwa org yg berhutang...... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #21 hairanaz's post
Kita boleh tak setuju. Tapi kalau keputusan majlis syariah kata boleh nanti. Maka ada la orang akan buat, macam di Indonesia sekarang ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Tak boleh pinjam tunai haji, umrah
KUALA LUMPUR - Lembaga Tabung Haji tidak membenarkan mana-mana individu membuat pinjaman bagi menunaikan haji seperti yang termaktub dalam Akta Tabung Haji 1995, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Ma#ah Ibrahim.
Beliau berkata, ibadah haji perlu dilakukan mengikut kemampuan.
"Mengikut Akta Tabung Haji 1995, tidak boleh memberi pinjaman kepada mana-mana individu bagi pinjaman peribadi dan untuk menunaikan haji dan umrah," katanya semasa menggulung perbahasan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) pada persidangan Dewan Negara semalam.
Beliau berkata demikian merujuk kepada cadangan Senator Mumtaz Md Nawi semasa sesi perbahasan lalu yang mencadangkan Tabung Haji dan institusi kewangan Islam lain memberikan pinjaman kepada golongan muda yang ingin menunaikan haji bagi menggalakkan mereka menunaikan ibadah itu pada usia muda.
Persidangan bersambung hari ini. - Bernama |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 Syd's post
kesian le bagi kami yang hanya mungkin ada peluang sekali je seumur hidup gi mekah
kalo gi semingu je
mana sempat nak ziarah dan lawatan
nak buat umrah banyak2 |
|
|
|
|
|
|
| |
|