CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syd

Ibu bapa tiada ilmu / kurang skill ke-ibubapaan

[Copy link]
Post time 1-8-2007 12:45 PM | Show all posts
Originally posted by sha_n at 1-8-2007 12:35 PM
ni ade info..nak share..

40 KESILAPAN IBU BAPA
********************

1. Pemilihan jodoh tanpa memperhitungkan mengenai zuriat

2. Perhubungan suami isteri tanpa memperhitungkan mengena ...



betul...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-8-2007 12:53 PM | Show all posts
byk mak bapak ini ingat dorang pandai so anak2 pun musti pandai mcm
dorang jugak... ini 1 tekanan yg berat 4 anak2... sebab tidak semua mak
bapak pandai akan dpt anak pandai... tidak juga mak bapak yg bodoh
akan dpt anak bodoh...
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2007 01:54 PM | Show all posts
susah sebetulnye mjadi ibubapa yg baik pd anak2..
yg perlu kite didik adalh manusia..
nk train binatang sarkas pun susah inikan manusia..

stuju sgt klu ade yg kata, kite skang tlalu pentingkn pcapaian akademik anak2..
sehingga kite tk bape sedar yg pendidkn akhlak adlh sesuatu elemen yg amat penting..

anak soleh dan solehah bkn diukur dgn kerjaya yg hebat..
tp kesanggupan berbakti kepada ibubapa terutamanya waktu mereka sudah tua dan tidak berupaya lagi..

klu ibubapa masih hidup, anak tidak tidak begitu mhiraukan mereka..
apatah lagi bila dh meninggal..
di mana nk cari doa dan sedekah dari anak2 ini..
insya-allah drp kite sbg ibubapa yg membtk dan mdidik mereka..

susahnye mcari anak soleh di zaman ini..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2007 02:11 PM | Show all posts

Reply #16 sha_n's post

best je baca ayatnya..
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2007 02:12 PM | Show all posts
insyaallah,berikan yg terbaik tuk ank2..
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2007 02:15 PM | Show all posts

Reply #24 luv_ma's post

ayat serius tuh..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-8-2007 02:22 PM | Show all posts

Reply #26 sha_n's post


mcm karangan..
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2007 06:59 PM | Show all posts
Originally posted by Syd at 31-7-2007 02:47 PM
Salam.

Tadi pagi sempat lah dgr program kat TV3, kul 6.40am gitu.

Pakar motivasi undangan, Dr Robiah (minat ngan dia..baru jerk minat ngan dia)

tajuk hari nih lebih menyentuh pasal mak b ...



Yang sebenarnya, kat Malaysia ni, masyarakat belum boleh nampak lagi soal keibubapaan ni as an art, so that's why mostly tak ramai yg sedar they need to attend a parenting class lepas berkahwin. Actually kalau Jabatan Ugama Islam boleh anjurkan kelas perkahwinan pada pasangan yg bakal nikah, jabatan ni jugak patut anjurkan kelas mcm ni pada pasangan baru nikah. Jabatan ugama boleh jugak team up dgn Kementerian Kesihatan together dgn Kementerian under Datuk Shahrizat.

Normally parenting class ni kebanyakan yg hadir parents yg ada anak bermasalah. Sebelum anak bermasalah patutnya they should grab the opportunity. and nak salahkan anak anak aje pun tak boleh sebab parents are the best buffer for kids. Kalau parents pun tak ada ilmu panduan kesihatan seksual yg betul, mcm mana nak educate anak anak that seks ada kala boleh jadik bahan hiburan yg merbahaya.

well, knowledge is power !

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-8-2007 02:40 PM | Show all posts

info to us..

kesilapan dlm mendidik ank2..

1. Kesilapan pertama : Kurang berdoa
1.1 Kurang berdoa semasa mengandung. Antara doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa
mengandung ialah
* Saidul (penghulu) Istighfar
* Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali 慖mran, 3 : 8-9)
* Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali 慖mran, 3 : 38)
* Doa agar anak mengerjakan solat (Al-Quran Surah Ibrahim, 14 : 40-41)
1.2 Kurang berdoa semasa membesarkan anak. Doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa
anak membesar ialah
* Doa agar anak patuh kepada ALLAH s.w.t. (Al-Quran Surah Al-Baqarah, 2 : 128)
* Doa diberi zuriat yang menyejukkan hati (Al-Quran Surah Al-Furqan, 25 : 74)
* Doa supaya nama anak membawa kebaikan kepadanya.

2. Kesilapan kedua : Banyak memberi belaian Tarhib (menakutkan) daripada Targhi(didikan atau motivasi)seperti :
* menakutkan anak-anak dengan sekolah
* menakutkan dengan tempat gelap
* menakutkan dengan hutan rimba atau bukit bukau
* menggunakan kekerasan dan paksaan semasa menyuruh anak tidur

3. Kesilapan ketiga : Tidak tegas dalam mendidik anak-anak
* tidak menjadualkan kegiatan harian anak-anak
* terlalu memfokuskan anak-anak kepada sesuatu aktiviti sahaja tanpa mengambil kira perasaan mereka.

4. Kesilapan keempat : Menegur anak secara negatif
* mengeluarkan kata-kata kesat dan maki hamun kepada anak-anak (terutama semasa marah).
* membandingkan anak-anak dengan anak-anak lain atau anak orang lain.

5. Kesilapan kelima : Memberi didikan yang tidak seimbang antara jasmani (physical), rohani (spiritual) dan minda (intelektual).
* ramai yang lebih mementingkan pendidikan minda dari pendidikan rohani

6. Kesilapan keenam : Kurang memberi sentuhan kepada semua anak-anak sedangkan Rasulullah kerap dilihat mendukung cucu-cucunya dan mencium mereka.
Diriwayatkan oleh Aisyah r.a. :
Pada suatu hari Rasulullah SAW mencium Al-Hassan atau Al-Hussien bin Ali r .a. Ketika itu Aqra

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2007 03:16 PM | Show all posts
Originally posted by luv_ma at 2-8-2007 02:40 PM
kesilapan dlm mendidik ank2..

1. Kesilapan pertama : Kurang berdoa
1.1 Kurang berdoa semasa mengandung. Antara doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa
mengandung ialah
* Saidul (penghulu)  ...



sebenarnya ramai jugak mak bapak berdoa 4 anak2...
tapi byk jugak mak bapak hanya pandai berdoa 4 anak mereka saja,
bukan berdoa 4 mak bapak sendiri sekali (mak bapak yg dah tua)...
jadi cam mana doa mereka Allah nak terima...
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2007 03:45 PM | Show all posts

Reply #30 tina_turner's post

memacam hal..
ginilah..
ma rasa..kita duduk n renung balik..kesilapan yg pernah kita buat..tak kiralah zaman sekolah ke..zaman muda2..dgn mak bapak kita..adik beradik..
mesti kita ingatkn..mmglah org kater.,zaman budak2 dulu,..zaman nakal2 tu nanti yg tempias blik kat ank2 kita..
tak mustahil,ank2 akn ikut 'sikap' kita jugak..conth,mummy kuat menipu..'
mungkin ank2 kitapun ikut gitu..menipu lelama jd mencuri pulakkn..
ambil ikhtibar dr kesilapn kita sendiri b4 nk didik ank2 ni.
dan jgn lupa,doa tu sangat penting..
sama-samalah kita buat yg terbaik tuk ank2 ni..insyaallah

-just pendapat.
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2007 03:54 PM | Show all posts
Originally posted by tina_turner at 2-8-2007 03:16 PM



sebenarnya ramai jugak mak bapak berdoa 4 anak2...
tapi byk jugak mak bapak hanya pandai berdoa 4 anak mereka saja,
bukan berdoa 4 mak bapak sendiri sekali (mak bapak yg dah tua ...


yap ..tul tu tina..
l
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-8-2007 03:55 PM | Show all posts
sebenarnya

kesilapan dan melakukan kesilapan adalah penting dalam perjalanan idup manusia amnya, dan sebagai mak bapak khasnya.

kalau kita tak buat silap, kita takkan tahu jadik sorang yang lebih menginsafi, yang mensyukuri dan lebih berfikir bagaimana tak buat silap.

sempadan dan teladan adalah contoh yang paling baik
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2007 03:57 PM | Show all posts

Reply #33 Syd's post

yap..
kesilapan tu pengajaran..ilmu gak tu...
tp tuk yg blajar dr kesilapan la..
no one is perfect..kan??
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2007 04:01 PM | Show all posts

Reply #33 Syd's post

agreed..
tu yg ma ckp gitu..
kita tau kesilapan yg pernah kita buat dulu..
jadikn teladan tuk ank2..

[ Last edited by  luv_ma at 2-8-2007 04:03 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2007 04:23 PM | Show all posts

Reply #31 luv_ma's post

lg satu..bukan sikap ibu bapa je anak2 ni ikut..
kdg2 bile da besa...da gi sekolah..terikut perangai kwn2 plak..
cnth..anak sedara sha..
dia senang terikut2 kwn2 dia..cthnye kwn2 dia suka hentak2 kaki kalau nak memberontak ni..satu hari dia balik rumah, pastu dia panjat kerusi, semua org risau dia terjatuh, so semua panggil ckp suh turun.dia plak rasa dia dah kuat la..tak suka kene tegur, dia boleh turun kerusi dia dtg kat sha, hentak kaki ada la dlm 3-4 kali, betul2 depan sha,tanda jangan tegur dia mcmtu.then semua terkejut tak tau mana dia belajar.tapi semua suspect dr nursery la..then dia buatla style2 explore sana sini yang merbahaya ni..asal tegur jek hentak kaki..
tu la die..terikut2 kwn2,...

so camne lak cara parents nak atasi tu???
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-8-2007 04:31 PM | Show all posts

Reply #36 sha_n's post

atasi nya dgn tegas..
nasihatlh..kes memberontak ni bukn ikut kwn2 je..kekadang..budak ni..nk sesuatu,makbpk x bg,slumber je memberontak dpn org ramei..
ank sedara sha tu..pandei pulak tak bg org tegur dia.. berapa umur tu..?
yg surenya..bile dia kener tegur..dia hentak kakilah ya?
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2007 04:37 PM | Show all posts
umur nak masuk 4 thn..
mmg tk bole tegur..tegur je hentak2 kaki...tk kire la sape yg tegur..
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2007 04:39 PM | Show all posts
Originally posted by sha_n at 2-8-2007 04:23 PM
lg satu..bukan sikap ibu bapa je anak2 ni ikut..
kdg2 bile da besa...da gi sekolah..terikut perangai kwn2 plak..
cnth..anak sedara sha..
dia senang terikut2 kwn2 dia..cthnye kwn2 dia suka hent ...


itu sebabnya ilmu mendidik nie bukan setakat nagi keperluan fizikal anak2
utk pengetahuan sajalah ye, omputih buat buku pd mak/ayah  yg nak handle anak2 ikut karektor anak2 tu sendiri...takdelah kita pukul rata, semua kena gertak dia akan takut..

anak2 yg suka ikut org nie, secara semulajadi akan bergtg dgn org utk kekuatan dalamannya...jadi pd dia, kawan adalah segalanya...jika dpt anak camni(nie my doter), mak/ayah kena rapatkan diri sesangat dgn depa....bagi keperluan emosi pd mereka supaya dia tak cari org luar utk penuhi keperluan tu nanti
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2007 04:40 PM | Show all posts
parents sekrang hanya pandai ckp aja tapi tak pandai buat...

contoh... tiap kali masa makan bukan parents tapi anak2 yg selalu
d suruh baca doa mkn...  lepas 2 bila org lain puji parents selalu
ckp "i yg ajar anak baca doa"...

masuk waktu sembahyang parents selalu suruh ada p sembahyang
tapi parents masih lagi dok depan tv...

bila nak buat keja sekolah parents tak ikut sama cuma tanya "kau
dah buat kerja sekolah...

balik aja dari office anak baru nak manja parents dah ckp "kau jgn
kacau mama atau papa letih baru balik office, kau p sana belajar...

byk parents hantar anak p belajar ugama tapi parents 2 sendiri, setakat
tahu fardu ain...

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-11-2024 02:52 AM GMT+8 , Processed in 0.055142 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list