CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ibnur

Perbincangan aqidah: Istiwa alal arsy (splitted & merged threads)

[Copy link]
 Author| Post time 10-8-2007 12:05 PM | Show all posts
pakwahab dan sekutunya ni biasala dengan hujah sama.  dah keliling forum dan blog dia orang akan bawa usul yang sama.  dan aku pun dah bagitau dalam post #10.  tapi dia ulang-ulang lagi.  mungkin nanti dia org akan ulang lagi kat thread lain.

kita check balik kata-kata abu_syafiq...
KITAB WAHHABI:FATHUL MAJID SYARH KITAB AT-TAUHID KARANGAN ABDUR RAHMAN BIN HASAN AAL AS-SYEIKH DISOHIHKAN OLEH ABDUL AZIZ BIN ABDULLAH BIN BAZCETAKAN PERTAMA TAHUN 1992 ...

dah 15 tahun punya percetakan tu!!  cetakan yang pertama pulak tu.   yang herannya, percetakan yang ada di malaysia ni, boleh kata semua ustaz cakap tak jumpa kata Allah duduk!!  sila baca post #10.  Kemudian dalam thread lama abu_syafiq di subboard mazhab tahun lepas pun dia post benda yang sama ni.

ustaz nahzaluz dan sheir'ali pun kata tak jumpa, sampai la dia scan dan paste baru nampak.  tapi tu sebenarnya kesilapan penulis kitab tu yang macam yang dijelaskan dalam post #10.  dan pernah tak abu_syafiq check samada pernah tak di perbetulkan masaalah ni?  saya rasa tak, sebab dia dah berapa tahun agaknya dok bawak hujah post copy paste ni sejak dulu lama dah.  

nampak sekali abu_syafiq dan sekutunya bukan cari kawan tapi cari lawan.  dan lawannya wahabi.  bukan niatnya nak perbetulkan orang tapi lebih berminat nak mengkufurkan orang.

lagi pun tak pernah saya jumpa tok sheikh wahabi kata Allah duduk.  Yang dikatanya Allah istiwa alal arsy.  Dan hanya Allah saja tahu maksud istiwa Allah tu.

[ Last edited by  ibnur at 10-8-2007 12:08 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-8-2007 02:50 PM | Show all posts
aqidah pun dah tak betul ...
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2007 03:07 PM | Show all posts
Yang kata Allah ada dalam jubah macam mana pulak?
takkan jadi setan bisu  pak Abu oiii..?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-8-2007 12:05 PM | Show all posts

Reply #23 bayan_budiman's post

Ni yang menarik sekali aku dapat dari blog bahrussofa

"Di mana Allah?"
Shadrul Islam, al-'Aalim, al-Ushuli al-Mutafannin, al-Imam Abu Manshur Abdul Qaahir bin Thoohir bin Muhammad at-Tamimi al-Isfarayini al-Baghdadi ada seorang ulama besar bermazhab Syafi`i dan antara pemuka al-'Asyairah yang masyhur.......
....Berhubung persoalan "di mana Allah?", Imam Abdul Qaahir bin Thoohir bin Muhammad al-Baghdadi menulis dalam karangannya yang masyhur "al-Farqu baina al-Firaq" pada fashal ke 3 ......pada halaman 256 menulis antaranya:-


Dan Ahlus Sunnah wal Jama`ah telah ijma` bahawasanya Allah s.w.t. tidak bertempat dan tidak lalu atasNya masa, bersalahan dengan pegangan golongan al-Hisyaamiyyah dan al-Karaamiyyah yang mendakwa Allah bertempat di arasyNya. Dan telah berkata Amirul Mu'minin 'Ali r.a.: "Sesungguhnya Allah ta`ala telah menciptakan arasy untuk menzahirkan qudratNya dan bukan untuk dijadikan tempat bagi zatNya". Baginda juga berkata: "Dan adalah Allah ta`ala wujud tanpa tempat dan Dia sekarang atas sebagaimana sediakalanya".....

....Kita beriman dengan firman Allah bahawa Dia beristiwa` atas arasy sebagaimana difirmankanNya, tetapi tidaklah dikita ketahui makna hakikat firmanNya itu dan kita serahkan maksudnya kepada Allah semata-mata tanpa pergi lebih jauh daripada itu. Inilah pegangan kebanyakan ulama Salaf. Tetapi jika ada ulama yang mentakwilkan istiwa` itu sebagai menguasai, maka tidaklah boleh dikeji sebagai silap, kerana hakikatnya memanglah Allah yang menguasai arasy dan sekalian makhluk ini. Hanya yang sesat ialah orang yang mengatakan bahawa Dzat Allah itu memang berada atau bertempat di arasy, maka itulah pendapat yang salah dan sesat. Maha Suci Allah daripada mengambil bagi lapang.


yang warna merah bukan tulisan al-baghdadi tapi pendapat penulis di blog Di mana Allah?


yang ni pula dari website wahabi....
http://salafy.or.id/salafy.php?menu=detil&id_artikel=891

Dengan banyaknya ayat-ayat yang muhkamat (jelas dan tidak tersamar) tersebut, maka Ahlus Sunnah wal Jama抋h sejak para Shahabat, Tabi抜n dan para pengikut mereka dari kalangan ahlul hadits mengimani dengan yakin dan mempersaksikan bahwa Allah سبحانه وتعالى tinggi di atas 慉rsy-Nya. Mereka memahami makna istiwa
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2007 03:22 PM | Show all posts

PEMAHAMAN YANG BENAR TENTANG ARSY (SINGGASANA) ALLAH AZZA WA JALLA

ARSY (SINGGASANA) ALLAH AZZA WA JALLA

Oleh
Al-Ustadz Yazid bin Abdul Qadir Jawas

Ahlus Sunnah wal Jama抋h mengimani bahwa 慉rsy Allah dan Kursi-Nya adalah benar adanya. Allah Subhanahu wa Ta抋la berfirman:

"Maka, Mahatinggi Allah, Raja Yang sebenarnya; tidak ada yang berhak diibadahi dengan benar selain Dia, Rabb (Yang mempunyai) 慉rsy yang mulia.
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2007 05:56 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-8-2007 05:59 PM | Show all posts
Originally posted by rainbows at 24-8-2007 16:56
dari sudut aswj pula,


http://bahrusshofa.blogspot.com/search/label/Aqidah

http://abu-syafiq.blogspot.com/2007/05/penjelasan1-allah-duduk-atas-arasy.html


Mmmm...Wallahi, Allah lebih tahu tentang dirinya daripada si jahil abu syafiq -wallahu yahdik-
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2007 11:09 PM | Show all posts
Originally posted by ikhwanindo at 24-8-2007 05:59 PM


Mmmm...Wallahi, Allah lebih tahu tentang dirinya daripada si jahil abu syafiq -wallahu yahdik-


hahaha...pak indon sudah panas deh......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-8-2007 11:37 PM | Show all posts
PENYELEWENGAN AJARAN GOLONGAN WAHABI

1. Hujah Ahli Sunnah Ke Atas Penyelewengan Ajaran Golongan Wahabi (Pengikut Muhammad Bin Abdul Wahab)

1. Sila lihat Kitab mereka (puak Wahhabi): Fathul Majid, karangan Abdul Rahman bin Hasan bin Mohd bin Abdul wahab, m/s:356, Cetakan Darul Salam, Riyadh.

Jelas mereka menyamakan Allah dengan manusia dan juga binatang. Mereka berkata: "Allah duduk di atas kursi".
Sedangkan Allah ta'ala telah befirman, maksudnya: Dia (Allah) tidak menyerupai sesuatu pun daripada makhlukNya, baik dari satu segi mahupun dari semua segi, dan tidak ada sesuatu pun yang menyerupainya. (Asyura: ayat 11)

Ketahuilah bahawa menganggap dan mengatakan bahawa Allah duduk atau bersemayam di atas arasy mahupun di atas kursi dikira kafir kerana yang demikian itu adalah sifat makhluk Maha Suci Allah daripada duduk atau bersemayam.

2. Lihat juga kitab mereka Tanbihat Fi Rod Ala Man Taawwal Sifat, m/s: 19, karangan Ibnu Baz, terbitan: Riasah Ammah lilifta'.
Ibnu Baz (pemimpin wahabi) berkata: "penafian jisim dan anggota bagi Allah adalah suatu yang dicela".

Sedangkan Allah ta'ala berfirman, maksudnya: Dia (Allah) tidak menyerupai sesuatu pun dari makhlukNya baik dari satu segi mahupun dari semua segi, dan tidak ada sesuatu pun yang menyerupaiNya. (Asyura: ayat 11).

Ketahuilah bahawa Allah ta'ala tidak sama dengan makhlukNya, Dia tidak mempunyai anggota dan jisim sebagaimana yang dimiliki oleh makhluk Maha suci Allah daripada anggota dan jisim.

3. Majalah Haji, bilangan 49, juzuk 11 tahun 1415 hijrah, m/s: 73 -74 Makkah.
Ibnu Baz mengatakan bahawa :"zat Allah ta'ala itu di atas arasy".

Sedangkan Nabi Muhammad telah bersabda yg bermaksud: "Allah wujud pada azal (adaNya tanpa permulaan), dan belum wujud sesuatu selainNya". H.R Bukhari.

Ketahuilah bahawa Allah ta'ala wujud tanpa tempat, kerana Dia yang menjadikan tempat yang mempunyai batasan-batasan, kadar tertentu dan bentuk sedangkan Allah tidak disifatkan sedemikian. Maha suci Allah dari bertempat.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-8-2007 11:58 PM | Show all posts

Reply #29 rainbows's post

ini hanya hujah ulang-ulangan.  

sila refer reply post #10 & 21.
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2007 11:59 PM | Show all posts
ِِALLAH TIADA BERTEMPAT
PENGUMUMAN , KEPADA MEREKA YG MEMANDAI-MANDAI BAWA PERKATAAN IMAM ABU HASAN AL ASHARI DLM MAQOOLAT ISLAMIYYIN YG MENGATAKAN " AKIDAH TUHAN TIDAK BERTEMPAT ADALAH AKIDAH MUKTAZILAH " MAKA RENUNG-RENUNGKAN LAH PULA YANG INI:

- [size=130%]وقال إمام أهل السنة أبو الحسن الأشعري (324 هـ) رضي الله عنه ما نصه : " كان الله ولا مكان فخلق العرش والكرسي ولم يحتج إلى مكان، وهو بعد خلق المكان كما كان قبل خلقه " اهـ أي بلا مكان ومن غير احتياج إلى العرش والكرسي. نقل ذلك عنه الحافظ ابن عساكر نقلا عن القاضي أبي المعالي الجويني. - تبيين كذب المفتري , ص/ 150


Berkata Imam Ahlusunnah Abu Hasan Al-Ashaari ( wafat 324 h.) r.a bermula nasnya: "Ada Allah. Tiada bertempat. Maka Dia mencipta Arasy dan Kursi , tiada pula Ia berhajat kepada TEMPAT , padahal selepas Ia menciptakan TEMPAT , adalah keadaanNya sama seperti sebelum menciptakannya"

- Tanpa bertempat dan tiada berhajat kepada Arasy dan Kursi. Telah menukil sedemikian dari pada Imam Abu Hasan oleh al-Hafizh Ibnu Asakir akan nukilan daripada al Qodhi Abi Ma'ali al Juwaini- Tabyyin Kazibi al- Muftari m.s. 150-.


Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2007 12:00 AM | Show all posts
Originally posted by ibnur at 24-8-2007 11:58 PM
ini hanya hujah ulang-ulangan.  

sila refer reply post #10 & 21.


tk per ler ulangpun, lagi byk letak, lg lekat kat akal dan hati....
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2007 12:03 AM | Show all posts
AQIDAH Sheikh IBNU TAIMIYYAH


Susunan: al-Ustaz Mohamad Ghouse Khan Surattee ( Singapura).


Amma Ba'd: Adapun mengenai Ibin Taymiyya tidak semua orang Islam sedar asal aqidahnya oleh kerana banyaknya penyokong-penyokongnya yang kian hari bertambah yang sentiasa menambahkan kepujian kepadanya tanpa melihat aqidahnya, terutama sekali 'pejuang-pejuang' nya yang kebanyakkkan berada di Timur Tengah. Namun oleh kerana tulisan-tulisan alim ulama ahlus sunnah yang mengistiharkan kesesatannya dapat kami kumpulkannya dengan kehendak Allah dan kami sangat terharu kerana sehingga saat ini masih ada tulisan-tulisan yang menjelaskan keadaan ibin Taymiyya yang sebenarnya.


Kami disini akan menjelaskan pengakuan Ibn Taymiyya sebagai penganut dan ulama ahlu tajsim oleh kerana terlalu banyak tulisannya samada secara samar-samar atau pun terang-terangan dalam perkara ini.


Kami mulakan disini dengan satu pengakuannya yang jelas sebagai bukti beliau adalah sebahagian dari ulama aqidah dari kalangan ahli tajsiim ( dari firqah karamiyah ) dan kami akan menyusulkan 1 pendapatnya dari tulisannya sendiri sebagai satu bukti beliau cukup senang dengan kaum karamiyah oleh kerana kebanggaannya dan pujiannya yang tinggi kepada kaum karamiyah, yang sangat sesat mengikut pandangan jumhur ahlus sunnah oleh kerana karamiyah adalah golongan ahlu tajsiim yang isbatkan tubuh badan kepada Allah SWT ( jisim ).


Pengakuannya sebagai Ahlu Tajsiim :



Kitab : At-Ta'siis Fii Radd Asaasit Taqdiis
Pengarang : Ibin Taymiyya
Juz : 1
Barisan / halaman : 101
Bermula dari :



"[size=130%]وليس في كتاب الله ولا سنة رسوله ولا قول أحد من سلف الأمة وأئمتها أنه ليس بجسم وأن صفاته ليست أجساما وأعراضا ، فنفي المعانى الثابة بالشرع
والعقل بنفي ألفاظ لم ينَفِ معناها شرع ولا عقل ، جهل وضلال


Artinya : Tidak ada dalam kitab Allah ( Quran ) dan juga tidak ada dalam sunnah Nabi saw dan juga tidak ada satu pendapat dari seorang salaf dan ulamanya, yang menjelaskan bahawa dia ( Allah ) bukan jisim dan juga tidak ada juga ( dari sumber-sumber tersebut diatas ) yang menjelaskan bahawa sifat-sifatnya bukanlah jisim dan berlembaga (MAKSUDNYA BAGI IBNU TAIMIYYAH- ALLAH BERJISIM DAN BERBENTUK LEMBAGA) . Adalah dengan menolak ma'na yang telah ditetapkan oleh syara' dan akal dengan ketiadaan lafaz-lafaz ( yang menunjukkan Allah bukan jisim ), secara syara' dan bukan menurut akal, adalah satu kebodohan dan kesesatan (MAKSUDNYA SESIAPA YANG TIDAK PERCAYA ALLAH ITU BERJISIM DAN BERLEMBAGA, MAKA DIKIRA BODOH DAN SESAT).


Huraiannya : Oleh kerana tidak ada penafian dari nas, kita tidak boleh menafikan Allah itu tidak berjisim. Ringkasnya , ALLAH BERJISIM OLEH KERANA TIADA PENAFIAN DARIPADA NAS.


Ini dikuatkan oleh pandangannya terhadap jasmaniah Allah swt dengan memberi contoh jika Allah berkehendak ( dengan jisimnya ) untuk duduk di belakang/ buntut nyamuk sudah tentu dapat dilakukan dengan qudrahNya dan sifat kehalusanNya apatah lagi duduk di istana yang agung.
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2007 01:09 AM | Show all posts
Originally posted by ikhwanindo at 24-8-2007 05:59 PM


Mmmm...Wallahi, Allah lebih tahu tentang dirinya daripada si jahil abu syafiq -wallahu yahdik-


aku bukannya penyokong abu shafiq, aku tak kenal pun dia

TAPI melihatkan orang yang selalu guna Al Quran dan Hadith kemudiannya suka kata orang lain itu JAHIL  menampakkan diri sendiri itu seolah-olah riak

KUTUK-MENGUTUK, SESAT MENYESATKAN DAN KATA ORANG LAIN JAHIL MENJADI SESUATU YANG SEDAP DI HATI
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2007 01:53 AM | Show all posts
Question:
Here in Saudi Arabia the Ulema (including Maulana Khair Mohammad Hijazi Makki) say that Allah is not everywhere physically but on Arsh only. He can be said everywhere by knowledge and vision?

Answer:
Allah Ta抋la is pure and free from all similarities to human beings. By confining Allah to a specific place, like the Arsh, a form is automatically being attributed to Allah. Once a form/shape is attributed to Allah, a deficiency is being attributed to Allah Ta抋la. Since, time and place are both created things. Allah was how He was and still is the same. He is not affected by the passing of time. It is, therefore, improper to say Allah is on the Arsh. Similarly, it is improper to say Allah is everywhere. The best and safest option is the stance adopted by our Salaf (pious predecessors), i.e. to believe in Allah as He is without delving into the details on these issues. (Al-Iemaanu billaah).

and Allah Ta'ala Knows Best

Mufti Ebrahim Desai

http://www.askimam.org/fatwa/fatwa.php?askid=a6a54db0cb4969783725f94e1be99b1c


[ Last edited by  mnm77 at 25-8-2007 01:55 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2007 01:57 AM | Show all posts
Originally posted by mnm77 at 25-8-2007 01:09 AM


aku bukannya penyokong abu shafiq, aku tak kenal pun dia

TAPI melihatkan orang yang selalu guna Al Quran dan Hadith kemudiannya suka kata orang lain itu JAHIL  menampakkan diri sendiri itu ...


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-8-2007 05:50 AM | Show all posts
Originally posted by mnm77 at 24-8-2007 06:53 PM
improper to say Allah is on the Arsh

siapakah yg paling layak utk menerangkan di mana Allah, jika bkn Dia sendiri?

"Your Guardian-Lord is Allah, Who created the heavens and the earth in six Days, then He established Himself on the Throne" (al-A'raaf - 54)

"Verily your Lord is Allah, Who created the heavens and the earth in six Days, then He established Himself on the Throne" (Yunus - 3)

"Allah is He Who raised the heavens without any pillars that ye can see; then He established Himself on the Throne" (ar-Ra'd - 2)

"(Allah) Most Gracious is firmly established on the Throne" (Thaha - 5)


"He Who created the heavens and the earth and all that is between, in six days, and is firmly established on the Throne" (al-Furqan - 59)

"It is Allah Who has created the heavens and the earth, and all between them, in six Days, and is firmly established on the Throne" (as-Sajdah - 4)

"He it is Who created the heavens and the earth in six Days, and is moreover firmly established on the Throne
" (al-Hadid - 4)

dlm al-Quran sendiri terdapat 7 tempat yg menjelaskan perihal Allah istiwaa di atas 'Arasy.. adakah kita berani menafikan apa yg tlh difirmankan di dlm al-Quran? Maha Suci Allah drp apa yg mereka sifatkan...!

[ Last edited by  naj13 at 24-8-2007 11:37 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2007 05:58 AM | Show all posts
"Apakah kamu merasa aman terhadap Allah yang di langit bahwa Dia akan menjungkir balikkan bumi bersama kamu, sehingga dengan tiba-tiba bumi itu bergoncang?" (al-Mulk - 16)

"Atau apakah kamu merasa aman terhadap Allah yang di langit bahwa Dia akan mengirimkan badai yang berbatu? Maka kelak kamu akan mengetahui bagaimana (akibat mendustakan) peringatan-Ku." (al-Mulk - 17)
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2007 01:48 PM | Show all posts
aku rasa thread ni pun terang
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2007 03:46 PM | Show all posts
Originally posted by naj13 at 25-8-2007 05:50 AM

dlm al-Quran sendiri terdapat 7 tempat yg menjelaskan perihal Allahistiwaa di atas 'Arasy.. adakah kita berani menafikan apa yg tlhdifirmankan di dlm al-Quran? Maha Suci Allah drp apa yg merekasifatkan...!


Apa yang disebut oleh Allah tidak dipertikaikan. Maha Suci Allah.

Yang menjadi masalah adalah perbezaan tafsir ayat Al Quran itu sendiri.

Apa pandangan jumhur Ulama ASWJ tentang ayat2 tersebut? Nabi berpesan, JANGAN memikirkan soal ZAT Allah, sebaliknya fikirkanlah kebesaran Allah

Kalau dah tafsir di mana Allah, itu boleh termasuk dalam zat2 Allah yang mana Jumhur Ulama melarangnya. Namun, disebabkan oleh segolongan Ulama/pihak yang menafsir di mana Allah, maka terdapat beza tafsir dan sebaiknya orang bukan Ulama berdiam dalam hal ini dari mentafsir ayat2 tersebut.

Yang lebih malang, mereka tafsir di mana Allah kemudiannya kata siapa tak ikut macam tafsir itu sesat. Sungguh malang... Dan kemudiannya keluarlah pula pihak yang tidak setuju dengan golongan yang menafsir itu lalu disesatkan pula...

Mana disebabkan oleh tafsir di mana Allah, maka sesat dan menyesatkan berlaku. Tidakkah lebih baik berdiam dan jangan menafsir bab ini? Dan Nabi pun telah berpesan... tapi manusia suka menentang apa yang dia tidak ketahui...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-1-2025 10:52 AM GMT+8 , Processed in 0.148229 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list