CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: rainbows

Fakta-fakta Tentang PERISTIWA AKHIR ZAMAN

[Copy link]
 Author| Post time 11-9-2007 10:03 PM | Show all posts

Semua yg diposting oleh sami yusuf dah berlaku.....

to mnm, bertanya apa dalil yg menyatakan di setiap awal kurun ada mujaddid,



Maksudnya: Dari Abu Hurairah r.a. katanya bahawa Rasulullah SAW bersabda:

揫/size]Sesungguhnya Allah mengu tus pada umat ini di setiap awal 100 tahun seorang (mujad did) yang akan memperbaharui urusan agama mereka.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-9-2007 08:24 AM | Show all posts
Topik Jangan Perasan : Imam Mahdi

1)Dari Jabir bin Abdullah ra katanya ; "Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, : "Sentiasa ada di kalangan umatku golongan yang berperang di atas kebenaran, mereka sentiasa zahir hingga hari Qiamat. Sabdanya lagi: "Kemudian turun Isya bin Maryam AS dari langit, dan berkata pemimpin mereka (Imam Mahdi), silalah menjadi imam solat kami dan Nabi Isya menjawab, tidak, bahawa sebahagian Kamu sebagai kemuliaan Allah SWT ke atas umat ini (umat Islam) . Hadtih riwayat Muslim.

- Jadi sapa yang cakap Arab pun tak betul tu, dah tentu tak boleh nak mengimamkan nabi Isa sendiri, jdi jgn perasan Imam Mahdi.

2)Dari Ali bin Abu Talib bahawa Rasulullah SAW bersabda : "Al-Mahdi itu dari ahlul bait, Allah membawa kebaikan dengannya dalam satu malam. Hadith riwayat Imam Ahmad.

- Jadi mereka yang tidak berketurunan nabi, jgn perasan Imam Mahdi.

3) Dari Dzar dari Abdullah dari Nabi SAW yang bersabda : "Sekiranya dunia hanya tinggal sehari sahaja (sebelum qiamat) nescaya Allah memanjangkan hari itu sehingga bangkit padanya seorang lelaki dari keturunanku atau dari kaum keluargaku, yang namanya spt namaku, nama bapanya spt nama bapaku, ia akan memenuhi bumi dengan keadilan dan saksama sebagaimana bumi dipenuhi kezaliman dan kekejaman. Hadith riwayat Abu Daud dan Turmizi.

- Betul, kerana kebanyakkan keturunan nabi walaupun kat depan ada title "Syed", "Sharifah", tapi semua hancusssssss .. Tak caya tanya Sharifah Aini. Jadi Imam Mahdi nama dia adalah "Muhammad Bin Abdullah" jugak .. mungkin tak der "Syed" kat depan .. jadi yang ada "Syed" tu .. jgn perasan Imam Mahdi.

4)Dari Abu Said Al-Khudri ra berkata : "Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda ; "Akan lahir dari umatku seorang lelaki yang menyeru dengan sunahku, Allah menurunkan hujan dari langit untuknya, bumi mengeluarkan kasil dan darinya buni dipenuhi dengan kedurjaan dan kekejaman. Ia memerintah umat ini selama tujuh tahun dan akan berada di baitul Maqdis. Hadith riwayat At-Tabarani.

- Saper yang tak berani pergi lawan Israel sekarang .. jgn perasan Imam Mahdi. Sebab dia kena berada dan memerintah Baitul Maqdis.

5) Dari Aishah ra katanya, Rasulullah SAW telah bersabda : "Al-Mahdi itu seorang lelaki dari cucuku, ia akan berperang atas Sunnahku spt aku berperang atas wahyu". Hadith riwayat Na'im bin Hammad.

Dari Said bin Al-Musaiyab dari Ummu Salmah yang berkata, "Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda : "Al-Mahdi itu dari keturunanku dari anak cucu Fatimah". Hadith riwayat Muslim, Abu Daud, Ibnu Majah, An-Nasa'i, At-Tabarani dan Al-Hakim

- Hmmm .. ada sesiapa keturunan Fatimah tak kat sini ? Kalau tak der .. jgn perasan Imam Mahdi.

Tanda-tanda Imam Mahdi Keluar
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Di antara tanda-tanda menunjukkan kemunculan Al-Mahdi itu ada beberapa perkara:

1. Pecah Sungai Furat yang terbesar dalam negeri Iraq masuk ke Laut Parsi.

2. Gerhana bulan pada awal malan daripada bulan Ramadhan dan gerhana matahari dari awal bulan Ramadhan.

3. Gerhana bulan dua kali dalam bulan Ramadhan

4. Naik tanduk di langit umpama beberapa gigi.

5. Naik bintang yang berekor yang cerah di sebelah timur

6. Zahir api yang besar dari timur selama tiga malam atau tujuh malam

7. Zahir kelam pada langit.

8. Zahir merah pada langit yang berhamburan ia pada segala tepi langit yang lain daripada merah di tepi langit yang biasa.

9. Seruan yang umum dari langit kepada sekelian ahli bumi dengan loghat masing-masing bahawa Al-Mahdi telah zahir.

10. Tenggelam kampung Khrastan di dalam negeri Syam (Syria).

11. Diserukan daripada Iangit akan nama Imam Mahdi dengan seruan yang tersangat kuat hingga didengar oleh alhi bumi danipada Timur ke Barat. Maka orang yang tidur menjadi jaga, orang yang berdiri menjadi duduk dan orang yang terduduk menjadi terdiri di atas kedua kakinya kerana terlalu terkejut.

12. Zahir jemaah dari lelaki atau kuda di dalam bulan Syawal. Kemudian maka kedengaran suara yang menunjuk atas yang bathil. Peperangan dalam bulan Zulhijjah serta ramai sehingga mengalir darah di atas Jamratul Aqabah di Mina (tempat melontar).

13. Zahir banyak gempa bumi.

14. Datang dua seruan dari langit. Seruan yang pertama iaitulah seruan daripada langit dengan katanya, 揔etahuilah olehmu akan bahawa seorang yang keluar pada bumi yang bernama Mahdi itu sebenarnya keluarga Muhammad.
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2007 09:14 AM | Show all posts

Reply #22 Samiyusuf's post

   
Reply

Use magic Report

izzahsmart This user has been deleted
Post time 12-9-2007 12:29 PM | Show all posts
Bagus treat ini.... teruskan... kalau boleh sudi kiranya disertakan hadis sekali kalau tidak membebankan....
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2007 12:33 PM | Show all posts
Originally posted by Samiyusuf at 12-9-2007 08:24 AM
Topik Jangan Perasan : Imam Mahdi


- Betul, kerana kebanyakkan keturunan nabi walaupun kat depan ada title"Syed", "Sharifah", tapi semua hancusssssss .. Tak caya tanya SharifahAini. Jadi Imam Mahdi nama dia adalah "Muhammad Bin Abdullah" jugak ..mungkin tak der "Syed" kat depan .. jadi yang ada "Syed" tu .. jgnperasan Imam Mahdi...


Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2007 08:42 AM | Show all posts

Reply #24 izzahsmart's post

Insyaallah akan diusahakan...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-9-2007 08:53 AM | Show all posts
Hampirnya Hari Kiamat

Subject: HAMPIRNYA HARI KIAMAT

Penaklukan Baitulmuqaddis. Dari Auf b. Malik r.a. Rasulullah s.a.w. telah
bersabda:
"Aku menghitung enam perkara menjelang hari kiamat." Baginda menyebutkan
salah satu di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis."
-Sahih Bukhari-

Zina bermaharajalela."Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang
seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka
inilah kiamat akan datang."
-Sahih Muslim-

Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang. "Di antara
tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian
wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang."
-Abu Hurairah r.a-

Bermaharajalela alat muzik."Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh,
rusuhan dan perubahan muka. Ada yang bertanya kepada Rasulullah; "Wahai
Rasulullah bila hal ini terjadi?" Baginda menjawab; "Apabila telah bermaharajalela
bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita"
-Ibnu Majah-

Menghias masjid dan membanggakannya. "Di antara tanda-tanda telah dekatnya
kiamat ialah manusia bermegah-megahan dalam mendirikan masjid"
-Riwayat Nasai.-

Munculnya kekejian, memutuskan kerabat dan hubungan dengan tetangga tidak
baik. "Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji,
memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga."
-Riwayat Ahmad dan Hakim-

Ramai orang soleh meninggal dunia."Tidak akan datang hari kiamat sehingga
Allah mengambil orang-orang yang baik dan ahli agama di muka bumi, maka tiada
yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina dan buruk yang tidak
mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran."
-Riwayat Ahmad-

Orang hina mendapat kedudukan terhormat."Di antara tanda-tanda semakin
dekatnya kiamat ialah duniaakan dikuasai oleh Luka' bin Luka' (orang yang bodoh
dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang
diapit oleh dua orang mulia"
-Riwayat Thabrani-

Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja."Sesungguhnya di
antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu
mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja."
-Riwayat Ahmad-

Bulan sabit kelihatan besar."Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat
ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit."
-Riwayat Thabrani-

Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita."Pada akhir zaman
akan muncul pembohong- pembohong besar yang datang kepadamu dengan membawa
berita-berita yang belum pernah kamu dengar dan belum pernah didengar oleh
bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka
tidak menyesatkanmu dan memfitnahmu"
-Sahih Muslim-

Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar."Sesungguhnya
sebelum datangnya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan
kesaksian yang benar"
-Riwayat Ahmad-

Negara Arab menjadi padang rumput dan sungai."Tidak akan datang hari kiamat
sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai-sungai."
-Sahih Muslim-
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2007 08:54 AM | Show all posts
Originally posted by St.Yeepi at 10-9-2007 02:50 AM
Suburnya Islam bukan dilihat dari zahir semata mata, tapi siapa tahu ntah ntah Vietnam lebih subur Islamnya dari Malaysia.

entah2 kemboja kot
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-9-2007 02:42 PM | Show all posts

Reply #27 Samiyusuf's post

Salam ...

Memang semua tanda2 nie dah nampak terang dan nyata ...
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2025 11:00 AM GMT+8 , Processed in 0.314214 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list