|
Gambar ketiga tu kalau tak silap ruang yg diberi nama 'Janda Berhias'. Ni pula sesiku di penjuru istana
TQ to Ray |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by <i>Narutah</i> at 22-9-2007 03:17 PM <a href="http://mforum.cari.com.my/redirect.php?goto=findpost&pid=18262084&ptid=303461" target="_blank"><img src="http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif" border="0" onload="if(this.width>screen.width*0.7) {this.resized=true; this.width=screen.width*0.7; this.alt='Click here to open new window\nCTRL+Mouse wheel to zoom in/out';}" onmouseover="if(this.width>screen.width*0.7) {this.resized=true; this.width=screen.width*0.7; this.style.cursor='hand'; this.alt='Click here to open new window\nCTRL+Mouse wheel to zoom in/out';}" onclick="if(!this.resized) {return true;} else {window.open(this.src);}" onmousewheel="return imgzoom(this);" alt="" /></a><br />
Istana Tengku Bongsu atau Tengku Zaharah. Beliau ialah kerabat diraja Kelantan. Sekarang disebabkan pembangunan istana ni dipindah ke Muzium Etnologi UKM Bangi. Kalau tidak habis kena roboh<br />
http ... <br />
Owh..istana rupanya..aku hari2 lalau kat tepi UKM nampak rumah tu..tak tau pulak asalnya dari kelantana..lagipun takde pun signboard yang tulis tempat tu namanya Muzium Etnologi...(atau aku yg tak nampak)..
anyway..aku suka baca tulisan NA Halim dlm sisipan Utusan Malaysia masa kecik2 dulu (sekitar tahun 90-an) pasal senibina melayu..pernah kummpul..tapi sekarang dah ilang..ada tak sesapa yg tau kata mana boleh akses balik karya2 dia kt dlm net nih.. |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #22 idx\ catat
sori la aku masuk politik sikit, sejak pas memerintah kelantan, mereka kurang gemar highlightkan tentang senibina atau budaya tradisi kelantan, aku tak tahu kenapa |
|
|
|
|
|
|
|
satu ketidak"best"san kat negara kita ialah sbb kita byk kayu. kalu tak, sure negara kita pun raja2 terdahulu akan bina istana dari batu spt istana2 kat india kan?.......msti cantik.. |
|
|
|
|
|
|
|
Istana Tengku Long unik
Oleh WAN RAMLI WAN MUHAMAD
[email protected]
ISTANA Tengku Long yang dibina sekitar tahun 1850M terletak di pinggir Sungai Terengganu merupakan satu warisan sejarah yang cukup bernilai. - utusan / wan ramli wan muhamad
KUALA TERENGGANU 2 Jun - Istana Tengku Long yang terletak di pinggir Sungai Terengganu di sini, merupakan satu warisan sejarah bernilai yang menyimpan kisah cinta sehebat Taj Mahal di India di sebalik pembinaannya.
Sekiranya Taj Mahal dibina oleh Shah Jehan sebagai tanda cinta ke atas isterinya, Mumtaz Mahal, Istana Tengku Long juga dibina atas tujuan yang sama.
Mahligai itu merupakan lambang cinta Tengku Long kepada isterinya, Tengku Wook salah seorang kerabat Diraja Terengganu.
Tengku Long Tengku Ngah adalah Pesuruhjaya Besut yang kedua selepas mengambil alih tampuk pemerintahan daerah Besut (sebuah daerah yang bersempadankan negeri Kelantan) daripada pesuruhjaya pertama, Tengku Chik Haji pada tahun 1929.
Setelah beberapa lama memerintah daerah Besut, Tengku Long kemudiannya diganti oleh menantunya sebagai Pesuruhjaya Besut yang ketiga iaitu Tengku Sulong, suami kepada Tengku Kembang.
Sebelum dibangunkan semula di tapak Muzium Negeri di sini, Istana Tengku Long asalnya terletak lebih kurang 30.48 meter dari Sungai Besut, di Kampung Raja, Besut.
Menurut catatan Tan Sri Mubin Sheppard, istana ini dibina pada tahun 1850 M, tetapi kalau diteliti kepada tarikh yang terdapat pada salah satu ukiran di istana ia bertarikh pada tahun 1904 M.
Keluasannya 27.43 meter x 21.34 meter terdiri daripada kayu cengal yang keras dan dinding dihiasi oleh ukiran yang halus buatannya.
Walaupun jika dilihat dari luar istana ia tidaklah begitu mengagumkan, namun sekiranya anda memasuki ke ruang dalam dan menaiki empat anak tangga menuju ke balairong yang luas (ruang tengah), anda tentunya akan menyaksikan pelbagai jenis ukiran kayu yang merupakan suatu pameran daya cipta ahli ukir Melayu terunggul.
Setiap sekatan di antara ruang, mempunyai jala berhias di sekeliling keempat-empat dindingnya dan setiap keping ukiran yang berlainan.
Hiasan berukir di sekeliling bilik peribadi Raja adalah di antara yang paling halus sekali buatan termasuklah hiasan berpetak dengan empat lapisan ukiran daun serta dahan iaitu suatu hasil pertukangan yang amat luar biasa yang disebut 'silap empat lapis'.
Ia juga mengandungi kepingan berukir yang menggabungkan tulisan khat dengan rekaan daun yang disebut 'Ayat Nasrun'.
Selain itu terdapat juga reka corak yang digunakan pada dinding bangunan adalah berasal dari atau diilhamkan dari daun atau dahan pohon dan tumbuhan tempatan.
Hampir sebahagian besar ukiran di istana ini dibuat oleh seorang tukang dikenali dengan nama Long dan seorang tukang lain dikenali Hat.
Selepas leka menyaksikan keindahan seni ukiran kayu di istana bersejarah ini anda juga mungkin akan terpegun apabila menyaksikan betapa klasiknya konsep ruang dalam istana itu.
Hasil pengamatan Istana Besar ini yang mempunyai 13 ruang di mana di antara ruang yang terdapat ruang yang terpisah di luar istana iaitu bilik air, halaman dan Rumah Padi.
Surung yang terletak di bahagian hadapan berhampiran pintu masuk utama istana dan memanjang belakangnya dengan keluasan 24.15 meter persegi dan tinggi 2.6 meter dari atas tanah.
Ia digunakan untuk menjalankan tugas rasmi dan meraikan kunjungan tetamu kehormat yang naik melalui tangga besar yang menghubungkan bahagian surung dengan halaman luar.
Tetamu yang berkunjung akan naik mengikut tangga besar yang menghubungkan surung dengan halaman luar.
Mungkin kerana tetamu yang berkunjung adalah dihormati dan tinggi kedudukannya, tidak hairanlah ruang ini dihiasi dengan dinding yang penuh dengan ukiran (dari jenis tebuk tembus) yang berperanan menambahkan seri bagi ruang ini.
Pada sudut ini terdapat dinding yang penuh dengan ukiran bagi menambahkan lagi seri dan pengedaran udara yang baik.
Siling diperbuat daripada papan cengal yang menarik yang bertujuan untuk menyekat bahang panas daripada bumbung.
Ruang santapan mempunyai keluasan yang hampir sama dengan surung dan digunakan sebagai ruang tempat santapan bersama keluarga.
Aras lantainya adalah sama dengan surung serta dihubungkan dengan tengah serambi, ruang khas dan untuk ke surung ini terpaksa merentasi sepuluh buah pintu.
Mengenai ruang santapan pula ia digunakan sebagai tempat santapan rasmi atau semasa baginda santap bersama dengan keluarga atau tetamu yang berkunjung.
Di tengah-tengah ruang ini diletakkan sebuah meja makan yang cukup untuk 8 orang.
Terdapat juga beberapa buah perabot kayu yang digunakan untuk menyimpan buku dan perhiasan diraja.
Di bahagian atas ruang ini dibina siling yang serupa dengan ruang surung dan ditambah dengan dua buah tingkap magun, yang ditebuk di atas bumbungnya.
Ruang tengah terletak di tengah-tengah istana, mempunyai keluasan 9.14 meer x 12.2 meter yang digunakan bagi mengadakan keramaian seperti kenduri-kendara dan perkahwinan serta merupakan ruang yang tidak aktif.
Pada ruang ini ditutupi oleh dua bumbung limas dengan tiga buah alang. Ruang ini juga berfungsi sebagai tempat memandi mayat, tempat orang sakit dan tempat ibu-ibu yang baru bersalin.
Bahagian yang dikhaskan untuk kaum wanita menjalankan aktiviti memasak, membasuh, mempunyai keluasan 15.34 meter x 3.66 meter serta terdapat bumbung yang bertingkat di mana yang berada pada aras kemuncak terangkat sedikit ke atas yang berfungsi sebagai jalan keluar kepada asap serta pengaliran udara yang bersih.
Sementara itu Pengarah Muzium Negeri, Mohd Yusof Abdullah ketika ditemui memberitahu Istana Tengku Long digunakan oleh dua orang pemerintah iaitu Tengku Long dan menantunya, Tengku Sulong.
Katanya, binaan bangunan asal pada tahun 1904 hanya terdiri daripada surung, bilik santapan, bilik khas, bilik beradu, dapur dan pelantar, serambi di sekeliling ruang utama dan bilik bersiram.
''Binaan balai pada tahun 1925 dan siap pada tahun 1926 adalah sebagai persediaan bagi upacara bersunat Tengku Mohd. iaitu anakanda Tengku Long.
''Sebelumnya, terdapat balai yang digunakan sebagai mahkamah bagi mengadili perkara-perkara yang berkaitan dengan undang-undang yang dicemar," katanya. |
|
|
|
|
|
|
|
Istana Sepachendera merupakan istana lama yang terletak di Jalan Kampung Baru, Alor Setar dikenali juga sebagai Istana Kampung Baru.Di bina oleh Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah pada tahun 1882, selepas baginda menaiki takhta dan dibina khas untuk isterinya yang pertama , Che Sepachandera. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by bubpallo at 20-1-2009 08:15
satu ketidak"best"san kat negara kita ialah sbb kita byk kayu. kalu tak, sure negara kita pun raja2 terdahulu akan bina istana dari batu spt istana2 kat india kan?.......msti cantik.. ...
tak juga bubpallo.....sebenarnya banyak juga istana-istana lama kat negara kita ini memang dibuat bari batu. Tapi banyak yang telah musnah atau dimusnahkan. |
|
|
|
|
|
|
|
betul tu istana melayu yang batu2 banyak dimusnahkan huhu seday sesangat |
|
|
|
|
|
|
| |
|