CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: haniman

Meletak batu2 kecil & karangan bunga di atas kubur

[Copy link]
Post time 26-10-2007 12:42 AM | Show all posts
Perlu diingatkan di sini bahawa jangan sampai kita mencampuradukkan antara adat resam dan agama.
kita sedia maklum bahawa bangsa Melayu merupakan bangsa yg telah berabad-abad lamanya terjajah, baik dari segi rohani dan jasmani, tak terkecuali juga adat dan warisan. Melayu mewarisi secebis demi secebis adat bangsa yg telah menjajahnya dan telah diserap masuk oleh mereka menjadi adat dan milikan sendiri.

Ianya tidaklah menjadi masalah sekiranya adat yg diterima dari pelbagai kaum dan bangsa tadi hanya dipraktikkan dalam tuturbicara dan perilaku harian mereka, tetapi tidak dalam amal ibadat yg menjadi perantara antara hamba dan penciptanya. Ia bukanlah suatu perkara yg boleh diada-adakan dan diterima dari mana-mana pihak yg dikira menarik dan sesuai dengan kita. Ia mestilah berlandaskan nas dan syara' yg benar dan sahih supaya segala amalan dan perbuatan yg dilakukan tadi diterima olehNya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-10-2007 01:01 AM | Show all posts
Sekadar mengingatkan..

Pohon kayu, anak-anak batu, bunga-bungaan, tumbuh-tumbuhan, hidupan di darat dan dilautan, semuanya sekali berzikir dan bertasbih kepada Allah. Mereka akan memohon keampunan dan kerahmatan bagi sekelian kaum muslimin yg menjalani hidupnya dengan penuh taqwa dan mengharapkan keredhoanNya, baik semasa hidupnya, di alam kuburnya juga sesudah ia dibangkitkan. tidak perlu kita sengaja meletakkannya di atas kubur kerana mereka sudah pasti mengenal siapakah di antara hambaNya yg benar-benar beriman dan bertaqwa.

Begitu juga sebaliknya, pohon kayu tadi, anak-anak batu, tumbuhan dan sekelian hidupan yg berada di seluruh alam ini akan mendoakan kehancuran, kemusnahan kebinasaan dan azab siksa yg pedih bagi mereka yg telah mensia-siakan hidup mereka, yg telah melakukan kerosakan di atas muka bumi ini, yg telah terpesong jauh dari agama yg benar ini. Sekelian makhluk tadi akan mendoakan kubur mereka disempitkan dan disediakan seburuk-buruk tempat di Jahannam.

Tiadalah gunanya kita meletakkan sekelian banyak tumbuhan dan bunga-bungaan di atas kubur, kerana siapakan tahu ia mendoakan kebaikankah ataupun keburukan terhadap mayyit? siapakan tahu ia meringankan azab mayyit seperti harapan kitakah atau sebaliknya menambahkan lagi beban terhadapnya..?

kerana itu, al-Quran dan rasul s.a.w. telah bersungguh-sungguh berpesan kepada kita supaya bersedia semampu yg boleh sebelum menempuh hari pembalasan kelak. kerana bila tiba masa itu, tiada lagi yg berguna kepada kita kecuali 3 perkara iaitu, sedekah jariah, amal soleh dan anak soleh yg selalu mendoakan kebaikan untuk kedua ibu bapanya.

sama-samalah kita beramal utk diri sendiri dan masyarakat Islam sejagat.
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2007 02:42 AM | Show all posts
Ibnu Abbas r.a menceritakan:  Nabi s.a.aw. berjalan melalui sebuah kebun di Madinah. Lalu kedengaran oleh baginda suara dua orang sedang disiksa dalam kuburnya. Maka berkata Nabi s.a.w.,
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2007 09:13 AM | Show all posts
Imam kita asy-Syafi`i meriwayatkan daripada Ibraahiim bin Muhammad daripada Ja'far bin Muhammad daripada ayahandanya bahawasanya Junjungan Nabi s.a.w. telah menyiram (air) atas kubur anakanda baginda Ibrahim dan meletakkan atasnya batu-batu kerikil. Riwayat ini terkandung dalam "Musnad al-Imam al-Mu`adzhdzham wal Mujtahid al-Muqaddam Abi 'Abdillah Muhammad bin Idris asy-Syafi`i r.a.", juzuk 1, halaman 215.

Maka perbuatan baginda inilah yang dijadikan dalil oleh para ulama kita untuk menghukumkan sunnat menjirus atau menyiram air ke atas pusara si mati diiringi doa agar Allah mencucurikan rahmat dan kasih sayangNya kepada almarhum/almarhumah

[ Last edited by  zamnie at 26-10-2007 09:14 AM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-10-2007 12:34 PM | Show all posts
Originally posted by Malfator at 26-10-2007 12:27 AM
Salam,

Seperti sudah ada beberapa thread yg membincangkan perkara-perkara yg seiras ini, mungkin sudah ada di page belakang.

1.     Meletak batu2 sungai yang kecik di atas kubur untuk meng ...

Seperti sudah ada beberapa thread yg membincangkan perkara-perkara yg seiras ini, mungkin sudah ada di page belakang.

1.     Meletak batu2 sungai yang kecik di atas kubur untuk mengelakkan mentapan kepada kubur

-Meletakkan batu-batu sungai, baik yg kecik mahupun yg besar dengan tujuan mahu menjaga struktur tanah perkuburan atau keadaan sekelilingnya adalah diHARUSkan seperti kubur-kubur yg terletak di kawasan yg bertanah lembut sedikit. Ini kerana ia tiada berkaitan dengan amal ibadat yg dikategorikan sebagai tidak boleh melakukannya. Sama sahaja ianya batu sungai ataupun batu biasa dan lain-lain. Tetapi seeloknya ia dibaik pulih menggunakan tanah, bukannya batu-batuan.

meletakkan batu2 sungai selain untuk mengelakkan mentapan kepada kubur sebab dikatakan juga batu2 berzikir untuk si arwah

2.     Meletak karangan bunga sama ada dalam pasu atau gubahan bunga

- Apa motif?

Dulu saya buat kerana saya lihat banyak orang melakukannya begitu.  Saya lakukan ini atas tanda kasih sayang saya kepada si mati langsung tidak terniat untuk menghiasnya atau untuk menunjuk2.  Sekarang saya dah hentikan kerana dikatakan ianya menyerupai perbuatan orang yahudi.

3.     Menabur kelopak-kelopak bunga seperti bunga melur dan lain-lain bunga wangi.

- Apa motif?

Saya menabur kelopak-kelopak bunga beserta daun pandan keran diberitahu bahawa bunga2 dan daun pandan ini akan berzikir selagi dia tidak kering.
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2007 07:26 PM | Show all posts
dipetik dr laman mufti selangor
http://www.muftiselangor.gov.my/ ... lJawabSyariah27.htm


oalan :
Apakah hukum menghias kubur menurut pandangan Islam?.
           
Jawapan :
         
Hukum menghias kubur dengan sesuatu tanpa hajat dan keperluan adalah makruh, tetapi jika ada sesuatu hajat umpama membuat benteng kerana khuatir tanah akan runtuh tanpa berlebihan-berlebihan mengikut keperluan adalah di haruskan.



=======================================

erm.. aku rs yg korang ckp, arwah akan tebeban lah. kalo batu simen.. tu smua lbih kpd kprcayaan melayu y lama2.. karut lahhh

kalo dlm islam.. arwah akan trbeban kalo ada siksaan barzakh psl ksilapan ddunia. akan bhgia aman kalo ada anak2 soleh solehah, ilmu brmnfaat, sdekah jariah..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-11-2007 11:17 PM | Show all posts

Reply #25 haniman's post

salam,

maaf kerana agak lama tak dapat online,

meletakkan batu2 sungai selain untuk mengelakkan mentapan kepada kubur sebab dikatakan juga batu2 berzikir untuk si arwah

- "dikatakan", ya, inilah sebenarnya yg menjadi masalahnya di sini, iaitu sumbernya kalau kita teliti dan perhatikan betul-betul, ia sebenarnya tiada asas dan puncanya dalam perkara ini. Memang batu-batu (termasuk pokok kayu dan tumbuhan serta hidupan lain) semuanya berzikir dan memohon keampunan dari Allah utk si mati sekiranya dia seorang yg soleh dan begitu juga sebaliknya akan meminta supaya dikenakan azab yg berat sekiranya si mati merupakan seorang yg tidak elok orangnya  -nauzubillah min dzalik-. Kerana itu, bani Adam digesa supaya melakukan segala suruhan Allah di atas muka bumi ini dan meninggalkan segala larangannya.


Dulu saya buat kerana saya lihat banyak orang melakukannya begitu.  Saya lakukan ini atas tanda kasih sayang saya kepada si mati langsung tidak terniat untuk menghiasnya atau untuk menunjuk2.  Sekarang saya dah hentikan kerana dikatakan ianya menyerupai perbuatan orang yahudi.

Benar, kadang-kadang bukan hanya niat sahaja yg boleh menentukan amalan kita. Sekiranya ia menyamai amalan golongan kuffar maka ia mestilah segera dijauhi supaya kita tidak mudah terpengaruh dan terpesong oleh mereka. Sebagai gantinya utk menunjukkan kasih dan sayang anda terhadap arwah ialah memperbanyakkan amal soleh dan bersedekah untuknya. menjalani hidup yg baik serta membina generasi muslim dari zuriatnya juga merupakan amalan yg pastinya membuktikan kasih anda kepadanya.. begitulah yg lain-lain lagi..

Saya menabur kelopak-kelopak bunga beserta daun pandan keran diberitahu bahawa bunga2 dan daun pandan ini akan berzikir selagi dia tidak kering.

sama sahaja jawapannya dengan yg pertama.
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2007 11:21 PM | Show all posts
[quote]Originally posted by ianho at 26-10-2007 02:42 AM
Ibnu Abbas r.a menceritakan:  Nabi s.a.aw. berjalan melalui sebuah kebun di Madinah. Lalu kedengaran oleh baginda suara dua orang sedang disiksa dalam kuburnya. Maka berkata Nabi s.a.w.,
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-6-2024 02:22 AM | Show all posts
Edited by EmilyLein at 5-6-2024 02:24 AM

ok
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 02:08 PM GMT+8 , Processed in 0.952056 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list