|
Memulihkan artifak Laut Mati
DUA daripada empat petugas khas yang menjalankan tugas
pemuliharaan skrol yang ditemui di Laut Mati.
EMPAT orang di dunia ini yang dibenarkan menyentuh khazanah Laut Mati berusia 2,000 tahun kini berusaha keras untuk menghidupkan semula artifak itu.
Senjata mereka adalah: set pengepit khas, berus-berus kecil dan kesabaran yang tiada penghujungnya.
"Saya tidak menganggap ia sebagai kerja, tetapi ibarat restu," ujar Tanya Treiger sambil memegang sebuah instrumen seperti pisau bedah.
Treiger adalah salah seorang daripada wanita tersebut, yang kesemuanya adalah imigran bekas Kesatuan Soviet yang bertanggungjawab terhadap pemuliharaan dan pemeliharaan skrol terkenal yang ditemui separuh abad lalu di tebing Laut Mati.
Tugas mereka adalah bagi memastikan manuskrip yang dipamerkan kelak berada dalam keadaan yang baik untuk memulihkan puluhan ribu fragmen yang bukan sahaja rosak seiring peredaran masa tetapi ekoran usaha pemuliharaan lampau.
Sehari demi sehari sejak 18 tahun lalu, mereka berusaha keras untuk menanggalkan pita pelekat yang digunakan untuk memadankan fragmen-fragmen itu.
"Pelekat Scotch terkenal pada masa dulu dan ia kelihatan sebagai penyelesaian yang bagus," ujar Pnino Shor, yang mengetuai Jabatan Rawatan Artifak dan Pemuliharaan di bahagian penguatkuasaan barangan antik Israel.
"Tetapi pada tahun 1960-an pelekat itu menjadi jelas dan merosakkan," katanya. Lebihan pelekat itu menyerap ke dalam kulit kertas dan menyebabkan kerosakan."
Kesemua yang terlibat bekerja di dalam sebuah makmal Pertubuhan Aktuari Antarabangsa (IAA) yang kecil di Muzium Baitulmuqaddis dekat Israel, akan memerlukan 18 tahun lagi untuk menyelesaikan tugasan untuk pemuliharaan fragmen-fragmen itu, kata Shor.
"Apa yang mereka lakukan ketika ini hanyalah rawatan pertama," katanya sambil menunjukkan kepada salah seorang wanita yang sedang menyeka sejumlah kecil pelarut organik untuk menanggalkan lebihan pelekat yang telah meresap ke dalam kulit kertas itu.
| SKROL ini mengandungi pelbagai sejarah mengenai agama, kebudayaan dan warisan Yahudi.
|
"Sekiranya kami bertuah, ia akan pulih semula dan tulisannya akan menjadi lebih jelas."
Setelah fragmen-fragmen itu dirawat, mereka akan diletakkan di atas kadbod bebas asid dan disimpan di dalam kotak-kotak yang dijaga rapi.
Bagi yang sudah siap untuk pameran, ia diletakkan di dalam saku jala gentian yang tertutup antara pinggan-pinggan polikarbonat.
Fragmen-fragmen itu dianggap salah satu penemuan arkeologi paling penting kerana mengandungi kira-kira 900 dokumen berkenaan agama-agama besar dan signifikan sejarah.
Ditemui antara tahun 1947 dan 1956 di Gua Qurman di atas Laut Mati, skrol kulit kertas itu ditulis dalam bahasa Ibrani, Aramia dan Greece dan yang paling tua adalah Old Testament (Perjanjian Lama).
Dokumen tertua bertarikh abad ketiga sebelum masihi dan yang terbaru ialah kira-kira 70 tahun selepas masihi, ketika pasukan Rom memusnahkan kuil Yahudi kedua di Baitulmuqaddis.
"Kesemuanya ditulis ketika saat genting dalam sejarah ketamadunan Barat semasa Yahudi dan Kristian berkembang menjadi agama yang kita kenali hari ini," kata Shor.
Artifak-artifak itu ditempatkan di Muzium Israel, manakala yang terbesar dipamerkan di Kuil Kitab yang diterangi cahaya remang secara pusingan untuk meminimumkan kerosakan akibat terdedah.
Apabila tidak dipamerkan, bahan itu disimpan di tempat gelap, bilik simpanan yang suhunya dikawal seakan-akan suasana di dalam Gua Qurman, di mana kelembapan, suhu dan kegelapan mengekalkan skrol-skrol itu sehingga dua milenium.
"Sekiranya kami mampu mengekalkan mereka sehingga 2,000 tahun lagi kami telah menjalankan tugas kami dengan baik," kata Shor.
| ARTIFAK yang siap dirawat akan disimpan rapi termasuk diletakkan di tempat gelap.
|
Penjaga skrol-skrol tersebut sangat berhati-hati apabila meminjamkan sejumlah artifak itu untuk pameran di luar Israel.
Mereka sangat prihatin supaya perhatian khusus diambil kira ketika pembungkusan dan penghantaran, dan mahukan suasana seperti di dalam Kuil Kitab.
Namun salah satu isu lain yang timbul berkaitan skrol itu apabila Jordan membuat tuntuan hak milik ke atasnya.
Jordan mengatakan Israel merebut skrol-skrol itu dari sebuah muzium di Baitulmuqaddis timur pada tahun 1967 ketika mereka mencerobohi sebahagian daripada bandar itu dan di Tebing Barat, yang kemudian berada di bawah jajahan Jordan.
Israel mentertawakan dakwaan itu sambil menegaskan bahawa skrol-skrol itu adalah sebahagian daripada agama Yahudi, kebudayaan dan warisan sejarahnya, serta tidak mempunyai sebarang kaitan dengan Jordan.
Akhirnya, mereka yang berminat untuk melihat artifak-artifak itu dapat berbuat demikian walaupun hanya dari rumah, pejabat mahupun pusat Internet.
Dalam masa terdekat ini, IAA akan melancarkan projek khas untuk meletakkan kesemua koleksi di dalam bank data Internet.
Dengan menggunakan infra merah, sebagaimana kebiasaan dalam fotografi, pakar-pakar berkata banyak inskripsi yang menghitam selama bertahun-tahun akan dapat dilihat semula dengan mata kasar.
Projek itu turut membabitkan penggunaan pengimejan spektral dan beberapa kaedah berteknologi tinggi lain untuk meningkatkan pemuliharaan.
Ia juga akan menentukan jumlah sebenar fragmen yang ada - Shor menganggarkan jumlahnya sekitar 50,000 dan 100,000.
Setelah kesemua koleksi masuk ke dalam talian, diharap dalam masa lima tahun, semua orang akan dapat mencuba untuk memadankan fragmen-fragmen individu itu dengan yang lain, tanpa merosakkan nilai artifak, kata Shor.
"Ini akan menjadi teka-teki paling menarik." |
|
|
|
|
|
|
|
laut mati dengan laut merah tu lain kan? laut mati ni bukan ke satu lg yg nabi musa belah dengan tongkat utk golongan firaun? |
|
|
|
|
|
|
|
Tak silap Laut Mati ni dikenali gak as Bahr Lot, sebuah penempatan yang sangat subur pada suatu masa. Dalam Genesis kawasan delta ni dikenali sebagai Soddom dan Gomorrah (correct me if I'm wrong). Dalam Quraan Surah Hud Ayat 82 ada cerita pasal kejadian kemurkaan Allah atas perangai kaum nabi Lut A.S ni.
Maka tatkala datang azab Kami, Kami jadikan negeri Kaum Lut itu yang atas ke bawah ( Kami balikkan ), dan Kami hujani mereka dengan (batu belerang ) tanah yang terbakar secara bertubi-tubi,".
Di bahagian Timur pantai Laut Mati adalah semenanjung El Lisan yang berbentuk seperti lidah yang menjulur ke dalam air. El Lisan berarti " lidah " dalam bahasa Arab. Dari daratan tidak akan nampak bahwa tanah dibawah permukaan air berguguran pada sudut yang sangat luar biasa, memisahkan air danau menajdi dua bagian. Disebelah kanan semenanjung lereng tanah menghunjam sedalam 1200 kaki. Disebelah kiri semenanjung, secara luar biasa kedalaman air tetap dangkal. Penelitian yang dilakukan beberapa tahun terakhir ini menunjukkan bahwa kedalamannya hanya berkisar antara 50 - 60 kaki. Bahagian dangkal yang luar biasa dari Laut mati ini, mulai dari semenanjung el Lisan smapai ke ujung bagian paling Selatan, adalah merupakan Lembah Siddim.
Ayat Allah tak boleh nak sangkal. Dia yang berkuasa. Butkinya jelas - kalau nak fikir secara logik pun tentang menterbalikkan bumi ni. Means segala minerals yg dibawah akan berada di atas kan? Sebab terlalu kaya dengan mineral ni lah keadaan kat situ jadi macam 'mati'. Kalau dulu ia sebuah delta yang subur, sebab kemurkaan Allah, terus jadi tanah yang mati. Tak ada satu haiwan akuatik atau tumbuhan yang hidup kat situ.
Tak silap aku gak, ada scientific proof yg mengatakan ada sebuah delta di bawah laut mati ini. Kalau betul report ni, maka perlu apa kita sangkal peringatan Allah dalam Surah Hud.
Aku ke Jordan tahun 2004. Pi pun sebab kami pi Europe naik Royal Jordanian, dapat pakage 2 hari percuma kalau naik RJ time tuh. First day kami pi Laut Mati second day kami pi Petra. Ada banyak juga hotel dengan spa yg tengah buat masa kami kat situ, tapi aku tak mandi. Bukan saja sebab aku tak tau berenang tapi Laut Mati ni satu tempat di mana Allah tunjuk kemurkaan dia. Aku pulak rasa bersalah nak berhorray horray kat situ.
Itu kisah Laut Mati. Belum lagi kisah Petra. Semua kisah2 ni terdapat dalam Al-Quran dan buktinya Allah preserve untuk kita lihat dan renung balik pengajaran kisah tu.
Wallahua'lam |
|
|
|
|
|
|
|
wah menarik nye kisah2 di sebalik laut mati ni..
bila la boleh sampai sana.. |
|
|
|
|
|
|
|
aku pn teringin nk ke laut mati n petra..ung tambhkan lg ilmuku ttg kekuasaan NYA |
|
|
|
|
|
|
|
dengar jer "DEAD SEA".... aku t'ingat kt segi3 bermuda...
huhuhu...hmy3: |
|
|
|
|
|
|
|
ttg laut mati ni ada dlm quran kan.surah arr rum.. |
|
|
|
|
|
|
|
ttg laut mati ni ada dlm quran kan.surah arr rum..
no46 Post at 27-2-2010 18:16
xtau la pulak... |
|
|
|
|
|
|
|
kagum aku kejap.. {:3_83:} |
|
|
|
|
|
|
|
dead sea neh sebenornya tasik ekk?? dulu ingatkan mmg laut tp kt area ctu mmg masin amatss.. rupenya mmg cam tasek pong..
err ada yg cite psl petra.. citerlahh.. ape lak kesahnya dgn petra?? huhu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by homemom2 at 5-3-2010 12:57
info menarik...saya sendiri pun pernah pergi ke dead sea pada akhir tahun 1997 & nampak sendiri org timbul baca buku atas laut mcm dlm gambar tu. memang satu pengalaman yang tak dapat dilupakan...
dead sea memang boleh pulihkan sakit kulit/acne/eczema. saya memang dah guna produk2 yang dibuat dari dead sea coz my dad dulu kerja kat sana and selalu suruh dia beli brg2 dari sana. now, since dia dah pencen, dah susah dapat supply....but since i love the products so much, saya berjaya jugaklah dapatkan supply dari source yang lain.
masa dulu2 saya x ada digital camera so nak kena cari balik gambar2 lama dalam album to share. |
|
|
|
|
|
|
|
Dead Sea adalah tempat di mana Allah menghancurkan kaum bejat peliwat yg mengingkari ajaran Nabi Lut.
Kota Sadum diberi bencana hujan batu berapi drp langit, tanah kota ini digoncangkan & ditelangkupkan Allah ke perut bumi sbg pengajaran buat umat manusia lainnya akan keingkaran kaum yg lbh teruk drp binatang ini.
Tempat itu kini menjadi Laut mati yg kita kenali hingga hari ini.
Wassalam |
|
|
|
|
|
|
|
one stupid question:
bleh ke kalo kita try imitate dead sea ni.
for example dlm kolam @ tub, letak garam byk2...
agak2 boleh timbul senang2 x pastu?
hehe.. nak gi sana x mampu... terasa mcm nak experiment sendiri je.. |
|
|
|
|
|
|
|
37# sevenoctober
One not so intelligent reply
Tak buleh kot. Kat laut mati tu bukan takat garam jer, tapi mineral-mineral lain. Kalau ikut Surah Hud ayat 82 tu, ada juga Allah hujankan dengan belerang2 dan tanah yang terbakar. Mano eh nak cari belerang?
Tak pe la ko pi la mana2 laut, mandi pakai pelampong, terapung gak kan?
Genchi
Nak kisah Petra ke? nanti insyaAllah aku kongsi cerita yg pernah aku baca |
|
|
|
|
|
|
|
Baru sampai ke Laut Mati sebulan lepas. Tengah panas terik, aku tak rasa nak masuk dalam tu, tp my husband masuk.
Aku ada ambik beberapa sampel garam, kutip je hablur yg banyak bertabur atas pantai. Tapi dalam air, memang likat la garam tu, boleh nampak ketulan besar putih2 dalam tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Sungai di sebelah utara: Sungai Jordan yg terletak antara Israel dan Jordan.
Tasik cetek di sebelah selatan adalah lombong mineral, dan garisan kat tengah2 tu pembahagi Israel dan Jordan. |
|
|
|
|
|
|
|
tempat macam ni cuma yg sanggup hiking je pergi kut. |
|
|
|
|
|
|
| |
|