|
Reply #21 migdal_bavel's post
Tujuan utamanya bukanlah kita hendak mengagung-agungkan hiduisme ataubuddhisme.. tetapi lebih kepada nilai sejarah. Bagaimana kita hendakmemandang kehadapan kalau yang dibelakang masih kabur dan kalau bolehhendak dilupakan terus. Ini adalah tugas kita untuk mengkaji sejarahbangsa kita sendiri. Kalau boleh, kita nak tahu mane pangkalnya yangsebenar.. kalau tidak boleh kata kita buta sejarah atau menidakkansejarah. Islam adalah satu hadiah tak ternilai bagi orang melayu.. tapiorang melayu tak patot lupakan masa silam mereka.
Sebagaipenambahan : Utk pengatahuan saudara, yang pasal orang iran tuh, Xerxisyang dalam cerita 300 tuh sebenarnya adalah raja kesayangan orang parsisehingga sekarang kerana waktu itu empayar parsi tersangatlah luas danaman.. Sehingga ada yang mengatakan bahawa beliau lah IskandarZulkarnain yang sebenarnya dan bukannya Alexander of Macedionia. KeranaAlexander of Macedonia ni mengaku tuhan sedangkan Xerxis tidak. MalahZulkarnain bermaksud 3 tanduk (ke 2?) dan Xerxis mempunyai mahkota 3tanduk dimakamnya.
[ Last edited by dCrook at 24-1-2008 02:37 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by migdal_bavel at 24-1-2008 02:18 AM
kepada ijad dan urusha, ak hanya expresskan ak punya syukur yg nenek moyang ak lebih ramai yg islam...alhamdulillah
Originally posted by migdal_bavel at 24-1-2008 02:18 AM
nk belajar psl hindu-buddha di tanah melayu pun jgnla smp hina org laen sbagai ada masalah mentaliti disebabkan die rs gembira kalo seluruh nenek moyangnya di tanah melayu dah islam..
Kenyataan saudara tu sebenarnya telah membuatkan orang Melayu yang mana nenek-moyang mereka asalnya beragama Hindu terasa terhina. Mungkin saudara rasa kenyataan saudara tersebut hanya kenyataan biasa tetapi bagi orang lain yang membacanya, ia membuatkan kami rasa betapa rendah dan hinanya kami kerana berasal dari keturunan penganut Hindu dan Buddha..
Tak apalah. Mungkin saudara tidak pernah berniat untuk menghina sesiapa, tetapi diharap selepas ini saudara lebih berhati-hati |
|
|
|
|
|
|
|
Okey.. kita sambung semula topik ini. Aku ada jumpa beberapa fakta menarik iaitu kepercayaan karut masyarakat Melayu. Mungkin ada di antaranya yang berasal atau diwarisi dari ajaran animisme Melayu dahulu kala...
Kepercayaan Karut Masyarakat Melayu
- Anak gadis dilarang memakai bedak sejuk ketika hendak tidur kerana bimbang roh tersesat tidak jumpa tuan empunya badan.
- Jika hendak membuang air kecil di dalam hutan, perlu meminta izin dari Datuk (Penjaga Hutan) dengan berkata 揇atuk oh Datuk!! Cucu nak buang air kecil. Minta Datuk beri izin
|
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by migdal_bavel at 24-1-2008 02:18 AM
kepada ijad dan urusha, ak hanya expresskan ak punya syukur yg nenek moyang ak lebih ramai yg islam...alhamdulillah
diorg (nenek moyang kita) pun manusia atau makhluk yg diberi tanggungjaw ...
Sorry dCrook aku terpaksa off-topic jap.
Huh. Nampaknya ko telah buat satu generalization yang bahaya dan mmg tidak boleh diterima - macam la semua org Syiah memuja kubur pembunuh Saidina Umar tu? Seolah2 macam diorang tu sesat sangat (berdasarkan ayat ko).
Pada saat genting akhir zaman macam ni, boleh tak kita ketepikan benda remeh-temeh pasal perbezaan antara mazhab. Tgk jerr la apa yg berlaku kat Pakistan dan Iraq, Syiah dan Sunnah bergaduh macam anjing liar dgn kucing hutan. Itu ke yg kita nak?
Org Syiah yg Melayu selalu kutuk tu la yg berjasa halau Yahudi keluar daripada bumi Lubnan, have you ever heard Hizbullah? Ko tau kan skrg ni Iran negara Islam yg paling US takut?
Get a grip. Aku dah malas nak layan ko. |
|
|
|
|
|
|
|
[quote]Originally posted by ijad_adiputera at 23-1-2008 03:59 PM
Aku tak pernah kata sikit atau banyak, tapi aku gunakan istilah 憇edikit-sebanyak |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #2 skimax2's post
Aku rasa terlalu complex nak bicangkan benda ni
Jangan mudah kecewa dalam hal menimba ilmu bang! Teruskan perjuangan....
An unexamined life is not worth living- Socrates. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by thamrong at 24-1-2008 02:51 PM
Jangan mudah kecewa dalam hal menimba ilmu bang! Teruskan perjuangan....
An unexamined life is not worth living- Socrates.
:eek: Amboi |
|
|
|
|
|
|
|
aku nak sgt tau pasal kota Gelanggi ni... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by *Orseas_Urusha at 24-1-2008 02:12 PM
Kota Gelanggi tak ditemui sebab apa? Lokasinya terlalu tersorok dlm hutan belantara ke? Sorry aku tak tau sangat pasal kota tu. Hai, ruginya kalo tak jumpa sampai bila2 Dah ada kan thread dia? Nanti aku selak.
Hutan belantara di semenanjung sebenarnya masih menyimpan banyak rahsia sejarah, cuma kita yang masih belum menemuinya. Mungkin sisa tinggalan Kota Gelanggi ada di dalam hutan tu...
Bayangkan kalau Kota Gelanggi ditemui semula (walaupun hanya sekadar sisa tinggalan), sejarah Srivijaya akan ditulis semula. Dalam erti kata lain, sejarah Malaysia dan Indonesia terpaksa ditulis dan diubah semula... Itu pun kalau ditemuilah.... huhu
"Thread" tentang Kota Gelanggi memang dah ada sebelum ni.... Cuba ko cari kat belakang2 tu,...
Originally posted by *Orseas_Urusha at 24-1-2008 02:12 PM
ijad, ko tau tak org Bali walaupun beragama Hindu, mereka takde sembah berhala pun. Patung2 yg kita selalu tgk tu (selalu dipakaikan dgn kain kotak2) hanyalah pengawal pura dan bukan utk disembah. Mereka percaya kepada Ciwa, Bisnu, Brahma, Ganesha dan lain2 tapi mmg takde pun patungnya. Mereka sembahyang dgn hanya letak barang2 offerings yg terdiri daripada pelbagai jenis bunga, colok, rokok dan mengangkat tangan utk berdoa macam biasa, itu jerr. Takde pulak nak menyiram2 patung dgn air kelapa, air tanah, minyak segala.
Thanks for the info!! Itulah perbezaan diantara Hindu Bali dengan Hindu India. Agaknya orang Bali tak sembah patung sebab mereka pun tau patung tu ciptaan manusia. Kenapa manusia nak sembah patung yang dicipta sendiri, betul tak? <--- bahaya ayat aku nih...
Originally posted by jAck666 at 24-1-2008 04:58 PM
aku nak sgt tau pasal kota Gelanggi ni...
Sorry kawan. Sumber tentang Kota Gelanggi ni memang kuranglah. Mungkin kerana tinggalan kota tu masih belum ditemui, jadi kerajaan & pengkaji sejarah Malaysia tak nak komen banyak sangat. Takut jiran kita (siapa lagi kalau bukan Indon) marah kita. Nanti Indon kata, "sekarang Malingsia udah mau maling sama kita punya Srivijaya kok!!".
Cuba ko cari kat internet. Ko akan jumpa kisah tentang Kota Gelanggi nih..cuma tak banyaklah.... Sebenarnya "thread" tentang Kota Gelanggi memang dah ada sebelum ni.... Cuba ko cari kat belakang2 tu,... Lagipun, thread ni hanya khusus untuk bincangkan tentang agama purba orang Melayu. Nanti marah pula tuan punya thread nih...
P/S: dCrook, sorry kalau topik yang aku bincangkan dengan *Orseas_Urusha ni dah macam out of topic...
[ Last edited by ijad_adiputera at 24-1-2008 11:19 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #32 ijad_adiputera's post
hmm.'Yang' tu tuhan ke? Interesting.. sbb ape yang aku dok bace yang tu asal nya dari perkataan melayu lama iaitu Hyang, bermaksud moyang. Tapi logik gak sbb time diorang sembah tuhan hindu, mereka still guna perkataan sembahyang. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by ijad_adiputera at 24-1-2008 11:03 PM
P/S: dCrook, sorry kalau topik yang aku bincangkan dengan *Orseas_Urusha ni dah macam out of topic...
Asalkan bersangkut dengan melayu purba, rasanya boleh lagi hehehehe |
|
|
|
|
|
|
|
dah stop!. dari thread ni cerita pasal agama silam tak pasal-pasal masuk sunni vs syiah. Yang penting sunni dan syiah 2-2 mengucah 2 kalimah syahadat. Habis. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #37 dCrook's post
dua kalimah syahadah?
dua kalimah syahadah mendenyer....x lengkap dua kalimah syahadah ko tu mengikut syiah |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #38 migdal_bavel's post
Migdal_bavel! Shalom! Hangat nampaknya. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #38 migdal_bavel's post
migdal_bavel...
Cubalah buat cara orang matang sikit....
Memang salah *Orseas_Urusha sebab dia marah kau tentang sesuatu perkara yang dia sendiri kurang pasti....
... tapi masalahnya, yang kau marah dia melebih-lebih kenapa? Aku tengok cara kau marah tu macam orang panas baran yang tak boleh kawal perasaan marahnya... Kalau nak cakap pun, cakaplah baik-baik. Terangkan elok-elok kat *Orseas_Urusha tu..
Tak kisahlah Syiah tu Islam ke tak, yang penting hanya Allah saja yang berhak menentukan mana-mana hambaNya yang layak masuk ke syurgaNya. Itu saja!!
[ Last edited by ijad_adiputera at 26-1-2008 08:11 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by jf_pratama at 25-1-2008 07:15 PM
Tapi kalau hanya claim-claim yang berasal dari hasil manipulasi sejarah maka bukan hanya Indonesia tapi seluruh dunia akan ikut mentertawakan anda ...
Ingat pakcik ---> Sejarah adalah ilmu ..... sangat berbeda dengan dongeng maupun cerita rakyat ....
Tiada siapa yang akan mentertawakan Malaysia. Kami bukan seperti Indonesia, suka 'menyerang' Malaysia tanpa usul-periksa. Kami sangat berhati-hati dalam membuat sesuatu...
Dan tiada siapa yang memanipulasikan sejarah. Hanya kamu saja yang berfikiran begitu. Kota Gelanggi bukan hasil manipulasi sejarah. Terdapat banyak sumber yang mengatakan Kota Gelanggi itu memang wujud...
Kisah tentang Kota Gelanggi ada dicatat atau disebut di dalam:-
Catatan pedagang China
- Menurut catatan pedagang China, Kota Gelanggi disebut sebagai "Kingdom of Lo-Yue" dan merupakan pusat pemerintahan pertama Srivijaya.
Babad Ligor (Chronicles of Nakorn Si Thammarat) dan
Babad Phra Dhatu Nakorn (Chronicles of Phra Dhatu Nakorn)
- Menurut catatan dari Babad Ligor dan Babad Phra Dhatu Nakorn, Kota Gelanggi telah dijajah oleh Kerajaan Langkasuka dan dijadikan salah satu dari 12 buah Kota Naksat (Naksat City).
Kitab Sejarah Melayu
- Menurut kitab Sejarah Melayu, Kota Gelanggi adalah sebuah kota yang dibina dari batu granit terletak di hulu Sungai Johor.
Catatan sejarah Thailand
- Menurut catatan sejarah Thailand, Kerajaan Ayutthaya pernah menjajah Kota Gelanggi. Kemudian, namanya ditukar kepada Ganggayu atau Khlangkeo
Catatan sejarah India
- Menurut catatan sejarah India, Kota Gelanggi telah diserang oleh Raja Rajendra Chola I dari Dinasti Chola di selatan India pada 1025.
Selain itu, terdapat banyak lagi manuskrip purba Melayu yang lain dan cerita rakyat Melayu juga menyebut tentang Kota Gelanggi.
Malah, pengkaji sejarah sudah terjumpa sebuah candi iaitu Candi Bemban di dalam hutan negeri Johor. Itu sekali lagi membuktikan Kota Gelanggi memang wujud!
Tiada satu pun tinggalan Kota Srivijaya yang ada di Palembang. Padahal di Johor, kami sudah jumpa Candi Bemban.
Jadi, sekarang boleh kamu beritahu saya di mana dongengnya?
[ Last edited by ijad_adiputera at 26-1-2008 10:51 AM ] |
|
|
|
|
|
|
| |
|