CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dexa

James Bond 007 - Quantum of Solace - (Nov 2008)

[Copy link]
Post time 15-2-2008 10:04 PM | Show all posts
Al Pacino rumoured for cameo role in `Quantum of Solace` as head villain
A-list actor Al Pacino has been rumoured to be filming a brief role in the 22nd James Bond film "Quantum of Solace".

A tipster wrote in to AICN and broke the alleged news:

I met with a friend of mine recently, who is currently working on dismantling the sets of the new Bond movie at Pinewood, and will start soon on building the new sets when the crew return later in the year.

Anyway he mentioned that Anatole Taubman and Daniel Craig have filmed a huge fight scene in an art gallery under renovation at the stage.

But the big news that he leaked was that Al Pacino would be taking part in filming. I was a little shocked as the cast has been revealed aready, but he said Pacino would play the head of the terrorist group introduced in CASINO ROYALE and QUANTUM OF SOLACE. Al is said to come to Pinewood in April-May to film what is said to be a brief cameo.


It is not clear if the recent 'update' to the Wikipedia entry for the film was added after this rumour, or if this rumour was started from a user posting updates there.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-3-2008 01:21 AM | Show all posts
mamat nih hencem giler..sesuai sesangat nk jadu james bond tuh..lagi  prefer die than any other james bond tua yg laen2 tuh...can't wait for the next sequel..too bad he's got a girlfriend...
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2008 06:49 AM | Show all posts

Reply #22 nolita's post

kalu dia tak dak gf lagi  boleh nolita jadi candidate kan   
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-3-2008 08:58 AM | Show all posts
Filem Bond ditayang lebih awal

LONDON - Sekuel terbaru Bond, Quantum of Solace bakal ditayangkan lebih awal daripada jangkaan, iaitu 31 Oktober berbanding 7 November yang dijadualkan sebelum ini.


Pengumuman tersebut dibuat oleh penerbit filem berkenaan yang menjalani penggambaran di sekitar Panama dan Amerika Syarikat secara eksklusif dalam satu rancangan terbitan Perbadanan Penyiaran British.




Krew program tersebut kini giat melakukan pengambaran siri ke-22 filem Bond itu di pelbagai lokasi menarik di bandar raya Panama dan sebuah gurun di negeri California.

Filem kali ini dilakonkan semula Daniel Craig (gambar) dan beliau menyatakan tajuk Quantum of Solace merujuk kepada bagaimana hati hero itu kecewa pada akhir cerita sekuel sebelumnya, Casino Royale.

"Ia adalah sambungan bagaimana Bond keluar dan mencari lelaki bertanggungjawab terhadap kematian kekasihnya," ujar Craig. - Agensi


-------------------------------------------------------------------------------------

suka tengok dimple dia..  hensem daniel craig ni.. memang tak akan
miss cerita ni... bagus lah nak masuk awal.. tapi a week awal tu
tak la make much different pun... but still.. would be great!!
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2008 11:03 AM | Show all posts

Reply #19 amazed's post

sesuai jadi watak jahat....
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2008 03:56 PM | Show all posts
ok jgk le die..xmacho sgt r
haha tp awek die chare siot
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-3-2008 10:10 PM | Show all posts

Above: The Observatorio Paranal - an astronomical observatory,
located 120 km south of Antofagasta, Chile

Above: The Tuscan town of Siena, Italy will play host to 007

"I think James Bond still carries Vesper in his heart. Camille might be there to distract him... But maybe not!"
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2008 07:02 PM | Show all posts
adkah james bond akan di tendang atau di hentak  di bahagian telur nyer lagi????
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-3-2008 07:26 PM | Show all posts
The best millienium James Bond..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-4-2008 06:13 AM | Show all posts
Plot filem terbaru James Bond


DANIEL CRAIG berlakon bersama Gemma Arterton dalam filem Bond.


PERISIK terkenal Britain, James Bond sebelum ini tampil dengan watak tegap dan gagah tetapi dalam filem terbarunya, dia menjadi putus asa selepas kecewa dalam percintaannya.

Penggambaran filem terbaru Bond, Quantum of Solace kini sedang dilakukan di sebuah bandar di utara Chile.

Aktor popular, Daniel Craig sekali lagi melakonkan watak perisik terkenal itu selepas kejayaan filem Casino Royale yang merupakan filem pertamanya sebagai Bond.

Bagaimanapun, watak perisik yang dicipta oleh penulis novel terkenal Britain, Ian Fleming itu kali ini mempunyai perwatakan berlainan dengan watak-watak Bond sebelum ini.

"Bond telah kehilangan cinta dalam filem terbaru kali ini dan perkara terakhir yang diketahui ialah kekasihnya itu juga belot," kata Craig.

Dalam filem Casino Royale, Bond yang baru memulakan kariernya sebagai penyiasat jatuh cinta dengan seorang perisik, Vesper Lynd yang dilakonkan oleh aktres terkenal, Eva Green.


DANIEL CRAIG berlari dalam satu adegan filem
terbaru Bond di Gurun Atacama, Chile.



Menurut Craig, pembelotan serta kematian Lynd memberi kesan yang mendalam pada Bond dan filem terbaru ini dia perlu mencari kebenaran untuk meneruskan kehidupannya.

"Dia mempunyai satu persoalan dalam hatinya yang perlu dirungkai dan selagi ia tidak terjawab, Bond terus merana.

"Filem ini juga merupakan permulaan kepada satu penemuan," ujarnya.

Filem ini juga masih menerapkan ciri-ciri filem Bond yang penuh dengan aksi turut menjalani penggambaran di beberapa negara seperti di Austria, Haiti dan Itali.

Dalam edisi kali ini, Bond akan mengembara di seluruh dunia untuk menjejaki ketua satu organisasi penjenayah, Dominic Greene yang dilakonkan oleh Mathieu Amalric.

Greene merancang menguasai sumber semula jadi yang banyak di Bolivia dengan menyokong satu rampasan kuasa di negara Latin Amerika itu.

Filem Bond juga tidak akan lengkap tanpa mempunyai perisik yang jelita dan kali ini model dan aktres kelahiran Ukraine, Olga Kurylenko akan melakonkan watak Camille.


OLGA KURYLENKO


Krew penggambaran Quantum of Solace berada di Chile sejak minggu lalu selepas sebulan setengah bekerja di Panama dan Mexico.

Di Chile, penggambaran tertumpu di sebuah balai cerap di Cerro Paranal di mana ia dijadikan pusat operasi oleh organisasi penjenayah.

"Lihatlah di sekeliling tempat ini, anda tidak boleh menemui pemandangan seperti ini di mana-mana tempat di seluruh dunia," tambah Craig.

Kedatangan krew itu juga mencetuskan perasaan seronok di kalangan para saintis di balai cerai yang terletak di kawasan pergunungan pada ketinggian 2,400 meter dari aras laut.

"Ia merupakan satu minggu yang sungguh istimewa," kata pentadbir balai cerap Paranal, Frank Ruseler.

Bagaimanapun, penggambaran filem itu dilakukan di luar balai cerap yang menempatkan teleskop antara paling berkuasa di dunia.

Pengarah filem Bond, Marc Foster berkata, kali pertama dia melihat balai cerai itu di internet, dia merasakan ia adalah lokasi paling sesuai untuk babak pertarungan antara ketua penjenayah dan Bond.

"Setiap lokasi yang dipilih mempunyai karakternya yang tersendiri," katanya. - AFP
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2008 08:07 AM | Show all posts
tak sabar nak tgk.....mmg tak miss filem2 Bond ni.....daniel craig sexynyer...........
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2008 06:44 PM | Show all posts

Spy Pics From The New James Bond Set

Click here for pic of James Bond on the set



[ Last edited by  baduglyu at 12-4-2008 06:46 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2008 10:14 AM | Show all posts

Reply #14 cocklea's post

betul
apa la Bond movies tanpa musik temanya
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2008 10:16 AM | Show all posts

Reply #3 shidan76's post

Kenapa poster tak menarik?
too plain, tak nampak muka Daniel Craig yg hensem
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2008 10:18 AM | Show all posts

Reply #29 narcolepsy's post

It's his eyes, right
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2008 10:17 AM | Show all posts
Lagi sumpahan Bond


CRAIG melakukan satu aksi ketika penggambaran filem terbaru Bond.

LONDON - Sumpahan terbaru James Bond berlaku sekali lagi apabila heronya, Daniel Craig luka ketika menjalani penggambaran di Studio Pinewood, Buckinghamshire, Britain, lapor sebuah akhbar semalam.

Aktor terkenal berusia 39 tahun itu dikejarkan ke sebuah hospital di mana insiden berkenaan adalah yang kedua dialami Craig ketika penggambaran filem terbaru Bond.

Pada minggu lalu, Craig turut mengalami kecederaan di muka di sebuah lokasi penggambaran menyebabkan menerima lapan jahitan.

Bagaimanapun, kali ini Craig yang sedang melakukan satu aksi akrobatik terhiris pada satu benda di hujung jarinya.
Pelakon yang memegang peranan sebagai ejen perisik Britain 007 itu kembali ke set pada sebelah petang untuk menyambung penggambara.

"Darah mengalir dengan agak banyak dan kami mengambil keputusan membawanya ke hospital untuk mendapatkan rawatan kecemasan.

"Sebahagian orang mula mempercayai filem ini terkena sumpahan," kata seorang krew filem itu.

Dua pelakon lagak negeri cedera dalam kemalangan kenderaan berasingan ketika filem itu menjalani penggambaran di utara Itali pada April lalu.

Selain itu, ketika penggambaran di sebuah lokasi di Greece, seorang pelakon lagak ngeri mengalami kecederaan kepala yang serius kerana kemalangan jalan raya.

Satu kebakaran turut pernah berlaku di luar set penggambaran di Studio Pinewood. - Agensi



yikesss    dah buat stunts kalu tak nak injured tak yah buat stunts weyy     ada sumpah2 ler pulak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-6-2008 10:19 AM | Show all posts
Originally posted by LuCkY-sTaR at 13-4-2008 10:16 AM
Kenapa poster tak menarik?
too plain, tak nampak muka Daniel Craig yg hensem   


tak aper.. ko tgk muka aku  ajer... lagi hensem  aper..
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2008 06:44 PM | Show all posts
trailer sudah ada..
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2008 09:46 PM | Show all posts
Originally posted by aYuGiLeR at 1-7-2008 06:44 PM
trailer sudah ada..

Official trailer filem TERbaru JB


[ Last edited by  shidan76 at 1-7-2008 09:47 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-7-2008 10:41 PM | Show all posts

Reply #39 shidan76's post

saya tak akan tengok trailer tu...

saya memang tak pernah buka trailer filem yang
saya akan tengok... cuma tengok kalau gazette
kat wayang aje -

ntah la.. dah memang camtu - tak nak tahu sangat -

whatever it is - saya percaya mesti best  jamesbond ni  --
tak sabar.. rasanya nak tunggu few months lagi -
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 10:07 AM GMT+8 , Processed in 0.060863 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list