CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mnm77

The Miracle of Zam Zam Water

[Copy link]
Post time 28-3-2008 11:40 PM | Show all posts

Reply #18 mnm77's post

dan saya rasa kalau setakat nak pasangkan paip  saja contohnya ke sudan, eritrea, ethiopia, somalia (2000 - 3000 km) rasanya kosnya dalam sekitar RM 10-RM20 billion saja. Paip air bukannya paip gas atau petroleum.

Dekat Libya ada yang lebih mahal sebab dia terpaksa gali telaga-telaga air yang sangat dalam dan kemudian kumpulkan semua sumber-sumber air dari kawasan sekitar itu jadi kosnya lebih mahal dan paip leibih panjang sekitar 3000 km lebih. RM 60 bilion.

Keuntungan bersih petronas berapa setahun?  RM 80 billion.
Inikan pula Saudi Aramco 10x lebih besar dari petronas !

Sekurang-kurangnya Saudi Aramco bayar ZAKAT !

Kalau kos penyelenggaraan dan kos penyeliaan tu sama-samalah kerajaan-kerajaan tersebut tanggung. Sekurang-kurangnya ada peluang-peluang pekerjaan dapat diwujudkan. Dan tanah-tanah yang subur dapat dimanfaatkan.

sudan, eritrea, ethiopia, somalia. Sayang sekali, tempat-tempat inilah yang sekarang berlakunya konflik dan krisis kemanusiaan. Kerana apa?? kerana kita umat Islam tidak peduli !!!.

Licik sekali permainan dajjal membuatkan kerajaan-kerajaan tersebut berhutang dengan sistemnya (riba) bank dunia dan company-company pembiaya (loan-shark) sehingga banyak hasil mahsul negara tersebut digunakan untuk membayar hutang dan membeli keperluan yang tidak perlu. Lihat sajalah inflasi (Inflation) di negara-negara berkenaan.

Kemudian bolehlah dajjal mengirimkan missionary-missionary mereka dengan mengatakan inilah syurga yang saya bawa (air dan roti) maka ikutilah saya maka anda akan tidak lagi kebuluran. Of course lah tidak secara nyata tetapi secara licik dan halus.

Wahai saudara-saudari, dajjal yang sebenar tidak akan keluar selagi tidak ada yang mengganggu-gugat sistemnya yang telah bertapak di seluruh dunia. Kitalah yang mesti mengambil jalan supaya sistem yang merosakkan ini dapat dijatuhkan satu-persatu supaya dajjal tidak lagi selesa. Walaupun betapa banyak harga yang perlu kita bayar.

Sekurang-kurangnya usahakanlah sehingga Petronas mahu membayar zakat bermula pada tahun ini iaitu 2008.

salamualaikum

[ Last edited by  kalalah007 at 29-3-2008 01:18 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-3-2008 11:41 PM | Show all posts

Reply #18 mnm77's post

atau sambungkan melalui mesir ke sudan  
atau sambungkan melalui yaman ke djibouti

semoga dengan itu terjalinlah ukhuwah diantara negara-negara tersebut.

bila tidak ada ukhuwah maka terjadilah konflik.
maka dengan itu mudahlah dajjal menjalankan misinya untuk menimbulkan kemusnahan dan perpecahan.

sampaikan mesej saya. moga-moga ALLAH membalas usaha saya dan anda semua dengan sesuatu yang lebih mulia dan berharga.

salamualaikum.

[ Last edited by  kalalah007 at 29-3-2008 01:28 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2008 11:42 PM | Show all posts

Reply #18 mnm77's post

dan juga bila kita tidak bersungguh-sungguh menolong maka tidak akan ada keberkatan pada pertolongan yang kita berikan.

kalaulah kita mampu memberikan pertolongan kepada negara-negara tersebut seperti pinjaman tanpa (riba) ataupun bantuan kemanusiaan RM 1 bilion setahun pun jadilah maka Insha ALLAH akan ada keberkatannya.

Dan demikian pula jika kita memberi pertolongan untuk hanya sekadar cukup makan saja (seperti had kifayah zakat malaysia) maka sukar kita melihat keberkatan dan keberkesanannya. Bantulah sehingga mereka mampu berdikari.

kemana perginya RM 20 juta lebihan zakat selangor 2007 dan mengapa peruntukan asnaf fakir +asnaf miskin lebih kecil dari peruntukan fisabilillah ??
Lagipun peruntukan fisabillah yang utama telah diberikan kepada jabatan-jabatan tertentu.

projek pengaliran air zam-zam ini tidak perlu dijalankan secara menyeluruh. Cukup hanya dengan menyambungkan dengan paip air yang terdapat di yaman atau mesir terlebih dahulu. Insha ALLAH banyak manfaatnya yang tidak kita nampak. Sekurang-kurangnya kita dapat menilai sejauh mana kehebatan telaga zam-zam ni. Mudah-mudahan air zam-zam akan lebih mencurah dengan banyaknya selepas ini. Yakinlah dengan ALLAH wahai saudara-saudari ku.

Namun saya rasa sukar bagi kerajaan saudi untuk menerimanya, kerana mereka tidak nampak dimana kelebihannya dan dari mana keuntungan maksimum dapat diperolehi dari projek yang melecehkan ni.

ADA SESIAPA YANG SUDI "TRANSLATE" SEMUA YANG TELAH SAYA TULISKAN INI KE DALAM BAHASA ARAB ??

roman atau jawi ??

salamualaikum

[ Last edited by  kalalah007 at 29-3-2008 02:08 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2008 11:42 PM | Show all posts

Reply #18 mnm77's post

lagipun telah ada saluran paip yang menyambungkan dari telaga zam-zam hingga ke masjid nabawi madinah.

Maka mengapa tidak diperluaskan penggunaannya ke setiap yang bermanfaat (seperti pertanian dan penternakan) Insha ALLAH pasti ada kebaikannya tu !

Dan memanjangkan saluran air tersebut ke daerah-daerah (negara-negara) lain.

lagipun telah terbukti pengeluaran air zam-zam bertambah dari semasa ke semasa mengikut pertambahan jemaah haji. (populasi manusia)
Yakinlah wahai saudara-saudariku dengan mukjizat ALLAH tuhan kita yang esa.

ATAU Adakah anda semua berfikir air zam-zam hanya untuk Umat Islam sahaja?


Masihkah anda ingat,
Empayar Rom tidak akan berkembang dan bertamadun tanpa "aqueduct" (saluran air).


PERHATIAN SAUDARA-SAUDARI Ku,

Bila anda terfikir tentang dajjal maka ingatlah juga "air".  Ingat dajjal - ingat air, air, air.

Ada sebab ALLAH menciptakan 3/4 dari muka bumi ini dipenuhi air, betapa untuk menerangkan kepentingan air ini  3x lebih penting dari segala apa yang ada di daratan.

Tanpa air segala kehidupan di bumi ini akan tidak berfungsi dan MATI termasuk dajjal laknatullah !

Maka sebab itu kelahiran rasulullah menandakan permulaan kehidupan yang baru dengan penemuan telaga zam-zam oleh datuknya Abdul Mutalib.

sebelum itu telaga zam-zam telah hilang dan tertimbus selama berkurun-kurun lamanya. (kerana ALLAH lah yang berkehendakkan zam-zam berhenti dari mengalir bukannya benar-benar tertimbus.)

Maka siapa saja yang menguasai air maka dialah yang menguasai kerajaan bumi.

Sebab itu dajjal berkehendakkan masuk ke makkah, untuk menguasai sumber air terpenting.

Mujur ALLAH memelihara makkah sehingga ke hari ini. Namun satu hari nanti siapa yang tahu ???

cukuplah sampai setakat ini, dah pagi pun. Cerita panjang-panjang pun tak guna tanpa ada tindakan !

Sekali lagi, saya berharap anda dapat sampaikan mesej dan pesanan saya ini kepada sesiapa saja.



salamualaikum.

[ Last edited by  kalalah007 at 29-3-2008 02:47 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2008 11:43 PM | Show all posts

Reply #18 mnm77's post

sorry double-posted

[ Last edited by  kalalah007 at 29-3-2008 12:43 AM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-3-2008 12:44 AM | Show all posts
Originally posted by AniSani at 28-3-2008 09:38 PM

Patutnya kau bertanya pada diri kau sendiri , siapa yang jadikanorang-orang bukan islam tu dan kenapa dijadikan agama selain islamsedangkan kalau allah nak , memang allah boleh buat 1 agama je katdunia ni , mengapa ?


Tentulah Allah yang menjadikan mereka (orang bukan Islam)...  dan soalan kau tu Allah dah jawab dah dalam Al-Quran:

Dan Kami turunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab (Al-Qur抋n) denganmembawa kebenaran, untuk mengesahkan benarnya Kitab-kitab Suci yangtelah diturunkan sebelumnya dan untuk memelihara serta mengawasinya.Maka jalankanlah hukum di antara mereka (Ahli Kitab) itu dengan apayang telah diturunkan oleh Allah (kepadamu), dan janganlah engkaumengikut kehendak hawa nafsu mereka (dengan menyeleweng) dari apa yangtelah datang kepadamu dari kebenaran. Bagi tiap-tiap umat yang ada diantara kamu, Kami jadikan (tetapkan) suatu Syariat dan jalan agama(yang wajib diikuti oleh masing-masing). Dan kalau Allah menghendakinescaya Ia menjadikan kamu satu umat (yang bersatu dalam agama yangsatu), tetapi Ia hendak menguji kamu (dalam menjalankan) apa yang telahdisampaikan kepada kamu. Oleh itu berlumba-lumbalah kamu membuatkebaikan (beriman dan beramal soleh). Kepada Allah jualah tempatkembali kamu semuanya, maka Ia akan memberitahu kamu apa yang kamuberselisihan padanya.
(Surah Al-Maaidah, Ayat 48)
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 29-3-2008 12:48 AM | Show all posts

Reply #22 kalalah007's post

Kita boleh fikirkan macam2 cara untuk berdakwah

Hidayah di Tangan Allah. Kalau betul2 ikhlas... Insha Allah yang baik itu pun dakwah, cuma cara terbaik adalah cara yang Nabi lakukan.
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2008 12:45 AM | Show all posts

Reply #47 mnm77's post

maksud saudara,

memberi bantuan kepada orang yang memerlukan/ daif bukan merupakan suatu dakwah?

ATAU

memberi bantuan kepada orang yang terdesak/tertindas bukan merupakan antara dakwah rasulullah?

ATAU

memberi bantuan dengan berkongsi nikmat yang dikurniakan ALLAH bukan merupakan sunnah rasulullah?

ATAU

memberi bantuan kepada orang yang miskin dan lemah bukan merupakan salah satu rukun Islam?

salamualaikum
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-3-2008 12:53 AM | Show all posts
Originally posted by mnm77 at 29-3-2008 12:44 AM


Tentulah Allah yang menjadikan mereka (orang bukan Islam)...  dan soalan kau tu Allah dah jawab dah dalam Al-Quran:

Dan Kami turunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab (Al-Qur抋n) denganmemb ...



Alhamdulillah.....elok sungguh ayat Quran yg dibawa....

sebenarnya saudara mnm, sy selalu perhatikan org yg salahkan takdir nie depa ni kebanyakkan jenis tak mahu susah dalam hidup....

nak senang saja....nak lenggang sambil dapat kebaikan...
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2008 12:57 AM | Show all posts

Reply #49 ussopp's post

Ya cabaran ini akan dilaksanakan secara berperingkat. Inilah janji saya. Jika saya mampu melaksanakan seorang diri, maka pasti saya akan lakukan tanpa membuang masa. Ini juga suatu dakwah juga walaupun tidak secara terus. Yang pentingya kita dapat membuka mata umat Islam seluruhnya agar mengerti tanggungjawab mereka sebagai khalifah dimuka bumi ini. Siapa lagi yang akan menolong mereka dengan ikhlas kalau tidak kita. Insha ALLAH.

projek pengaliran air zam-zam ini tidak perlu dijalankan secara menyeluruh. Cukup hanya dengan menyambungkan dengan paip air yang terdapat di yaman atau mesir terlebih dahulu. Insha ALLAH banyak manfaatnya yang tidak kita nampak. Sekurang-kurangnya kita dapat menilai sejauh mana kehebatan telaga zam-zam ni. Mudah-mudahan air zam-zam akan lebih mencurah dengan banyaknya selepas ini. Yakinlah dengan ALLAH wahai saudara-saudari ku.

Namun saya rasa sukar bagi kerajaan saudi untuk menerimanya, kerana mereka tidak nampak dimana kelebihannya dan dari mana keuntungan maksimum dapat diperolehi dari projek yang melecehkan ni.

walaubagaimanapun telah ada saluran paip yang menyambungkan dari telaga zam-zam hingga ke masjid nabawi madinah.

Jadi mengapa tidak diperluaskan penggunaannya ke setiap yang bermanfaat (seperti pertanian dan penternakan) Insha ALLAH pasti ada kebaikannya tu !
Dan juga memanjangkan saluran air tersebut ke daerah-daerah (negara-negara) lain.

lagipun telah terbukti pengeluaran air zam-zam bertambah dari semasa ke semasa mengikut pertambahan jemaah haji. (populasi manusia)
Yakinlah wahai saudara-saudariku dengan mukjizat ALLAH tuhan kita yang esa.

ATAU Adakah anda semua berfikir air zam-zam hanya untuk Umat Islam sahaja?


Masihkah anda ingat,
Empayar Rom tidak akan berkembang dan bertamadun tanpa "aqueduct" (saluran air).


PERHATIAN SAUDARA-SAUDARI Ku,

Bila anda terfikir tentang dajjal maka ingatlah juga "air".  Ingat dajjal - ingat air, air, air.

Ada sebab ALLAH menciptakan 3/4 dari muka bumi ini dipenuhi air, betapa untuk menerangkan kepentingan air ini  3x lebih penting dari segala apa yang ada di daratan.

Tanpa air segala kehidupan di bumi ini akan tidak berfungsi dan MATI termasuk dajjal laknatullah !

Maka sebab itu kelahiran rasulullah menandakan permulaan kehidupan yang baru dengan penemuan telaga zam-zam oleh datuknya Abdul Mutalib.

sebelum itu telaga zam-zam telah hilang dan tertimbus selama berkurun-kurun lamanya. (kerana ALLAH lah yang berkehendakkan zam-zam berhenti dari mengalir bukannya benar-benar tertimbus.)

Maka siapa saja yang menguasai air maka dialah yang menguasai kerajaan bumi.

Sebab itu dajjal berkehendakkan masuk ke makkah, untuk menguasai sumber air terpenting.

Mujur ALLAH memelihara makkah sehingga ke hari ini. Namun satu hari nanti siapa yang tahu ???

cukuplah sampai setakat ini, dah pagi pun. Cerita panjang-panjang pun tak guna tanpa ada tindakan !

Sekali lagi, saya berharap anda dapat sampaikan mesej dan pesanan saya ini kepada sesiapa saja.



salamualaikum.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-3-2008 11:08 PM | Show all posts
Originally posted by kalalah007 at 28-3-2008 11:39 PM

(Saya tidak mahu berbicara tentang nabi kerana sayasendiri mendengar sirah nabi melalui mulut orang lain. Dan saya tidakhidup bersama nabi, jadi no comment.)
Tapi kalau nak ikutkan sunnah kita digalakkanmembantu orang yang susah. Sedangkan sebiji buah tamar pun nabi sanggupberkongsi, inikan pula permulaan kehidupan (air). Jadi saya rasa tiadamasalah. Kalau air zamzam kurangpun boleh gantikan dengan sumber airlain. Sesungguhnya rahmat ALLAH meliputi seluruh alam ini.  


Kalau kita tak mahu berbicara tentang Nabi, masakan kita dapat menurut contoh Nabi? Dalam Al-Quran banyak kisah2 dakwah para Nabi. Untuk apa diceritakan kepada kita?

Walaupun kita tidak hidup bersama Nabi, tetap kita umatnya. Mafhum hadith, yang maksudnya lebih kurang, sesiapa yang hidupnya mencontohi sesuatu kaum, maka dia akan dibangkitkan bersama kaum tersebut!

Originally posted by kalalah007 at 30-3-2008 12:45 AM
maksud saudara,

memberi bantuan kepada orang yang memerlukan/ daif bukan merupakan suatu dakwah?

ATAU

memberi bantuan kepada orang yang terdesak/tertindas bukan merupakan antara dakwah rasulullah?

ATAU

memberi bantuan dengan berkongsi nikmat yang dikurniakan ALLAH bukan merupakan sunnah rasulullah?

ATAU

memberi bantuan kepada orang yang miskin dan lemah bukan merupakan salah satu rukun Islam?


Maksud saya apa-apa yang baik adalah dituntut dalam Islam. Cara berdakwah ada banyak yang boleh difikirkan, seribu satu macam. Yang terbaik adalah cara Rasulullah SAW (cara2 yg lain yg baik juga baik, cuma keberkesanannya WAllahu a'lam). Yang paling expert berdakwah adalah para Anbiya'
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2008 11:31 PM | Show all posts

Reply #31 mnm77's post

Kalau kita tak mahu berbicara tentang Nabi, masakan kita dapat menurut contoh Nabi? Dalam Al-Quran banyak kisah2 dakwah para Nabi. Untuk apa diceritakan kepada kita?


Maksud saya jelas. Kita ikuti segala ayat AL-Quran dan hadis yang berbicara tentang sunnah nabi. Lebih dari itu dan menjadikannya sebagai isu perdebatan, maka yang ini saya tak mahu. kerana saya sendiri tidak hidup bersama Rasulullah.

Kalau betul2 ikhlas... Insha Allah yang baik itu pun dakwah, cuma cara terbaik adalah cara yang Nabi lakukan.


Yang saya tidak mengerti adakah pendapat saudara diatas,
Adakah cara dakwah yang saya mahu sampaikan ini bukan ANTARA cara dakwah RASULULLAH?
Kalau begitu sila terangkan bagaimana cara dakwah rasulullah dengan lengkap supaya saya mengerti..

sebab itu saya tanyakan kepada saudara adakah:

memberi bantuan kepada orang yang memerlukan/ daif bukan merupakan suatu dakwah?
ATAU
memberi bantuan kepada orang yang terdesak/tertindas bukan merupakan antara dakwah rasulullah?
ATAU
memberi bantuan dengan berkongsi nikmat yang dikurniakan ALLAH bukan merupakan sunnah rasulullah?
ATAU
memberi bantuan kepada orang yang miskin dan lemah bukan merupakan salah satu rukun Islam?

jika ada yang anda tidak setuju atau ada yang saya tersilap harap dapat dijelaskan supaya saya dapat membuat pembetulan sewajarnya.
Mudah-mudahan ALLAH memberi pahala kepada saudara.

salamualaikum
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2008 11:38 PM | Show all posts

Reply #32 kalalah007's post

Alhamdulillah idea ini bagus....nampaknya saudara serius menganainya....

tapi rasanya ia tak prektikel sekarang.....

banyak lagi kerja lain yg perlu diutama dulu....

yang tu mungkin boleh diusahakan laa...tapi bukan sekarang laaa....
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2008 01:31 AM | Show all posts
air zam2 sejuk yg cam kat mekah n madinah tu bes

aku tegok cam x hingat dunia

nyaman seh
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2008 05:16 AM | Show all posts

Reply #33 ussopp's post

salamualaikum.

maksud lain di sebalik cadangan saya ini adalah kita memakmurkan bumi ALLAH ini dengan sebaiknya. Dari kita mengimport makanan (tanaman) gandum, beras, jagung dan lain-lain dengan menggunakan jalan raya, udara, kapal-kapal adalah lebih baik kita mengairi mana-mana tanah tandus yang subur.

Kerana ApA?
1.Kerana harga minyak petroleum/diesel pasti akan naik secara berterusan ! Maksudnya inflasi dan kebuluran pasti akan berkembang biak.

2.Tanah yang subur, sebagai tanah pertanian dapat mengurangkan pengangguran dan kebergantungan kepada Amerika, Kanada dan Australia sebagai pengeluar utama tanaman/penternakan dunia.

3. Kerana saya takut kita akan menghadapi masalah yang lebih besar pada masa depan iaitu masalah "famine" yang akan mengakibatkan kebuluran. It's domino"s effect.

4. Supaya masing-masing dapat berdikari dan tidak perlu mengharapkan bantuan United Nations World Food Programme (UNWFP). Bila dapat berdikari, maka akan berkurangnya kos yang tidak perlu seperti kos pengangkutan,kos penyimpanan dan berbagai lagi.

5.Sudah menjadi tugas kita umat Islam sebagai khalifah di muka bumi ini untuk memakmurkan bumi ALLAH ini. InshaALLAH apabila kita berbakti kepada tanah maka tentunya akan membuahkan hasil. Dan pengeluaran air zamzam akan bertambah apabila kawasan sekitarnya bertambah subur.

6.Tidak kiralah sama ada kita mahu menggunakan air zamzam atau dari sumber air yang lain, yang penting adanya sistem pengairan yang meluas.

7.Saya takut apabila semuanya nanti sudah terlambat. Sekaranglah masanya yang paling sesuai, kerana dajjal sedang memainkan peranannya dengan aktif sekali.

http://forum3.cari.com.my/viewth ... page%3D1&page=1

salamualaikum
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2008 05:19 AM | Show all posts
Warning over world food shortages

The UN secretary general has warned that millions of people are at risk of starvation as global food stocks have fallen to their lowest levels for decades.
In a letter to a US newspaper Ban Ki Moon warned that shortages are forcing prices to rise which may have devastating consequences for the world's most vulnerable communities
the most acute effects have been seen in Egypt, where thousands of people have resorted to violence due to shortages of basic food commodities and rising food prices.
At least 10 people have died over the past two weeks, in riots that erupted at government subsidised bakeries.
the unavailability of basic food products such as bread, rice, sugar and cooking oil, coupled with high food prices has led many to protest against the Egyptian government and resort to violent tactics.

maklumat lanjut
http://english.aljazeera.net/NR/exeres/958CC5D2-638C-428E-AF84-91041B355EF0.htm


[ Last edited by  kalalah007 at 31-3-2008 05:22 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 31-3-2008 05:37 AM | Show all posts
Originally posted by kalalah007 at 28-3-2008 11:39 PM
Yang penting kita ikhlas bukannya matlamat kita untuk buatkan rakyatafrika tu semuanya peluk Islam. Tetapi untuk mendekatkan hati merekakepada nilai-nilai murni Islam.


Maksud Dakwah para Nabi ialah supaya semua umat manusia selamat dari azab api neraka dan masuk ke dalam Syurga Allah. Inilah kejayaan yang haqiqi. Kalau kenyataan saya ni tak betul harap tuan dapat memperi penjelasan menurut kefahaman tuan.

Originally posted by kalalah007 at 30-3-2008 11:31 PM
[quote] Kalau betul2 ikhlas... Insha Allah yang baik itu pun dakwah, cuma cara terbaik adalah cara yang Nabi lakukan.


Yang saya tidak mengerti adakah pendapat saudara diatas,
Adakah cara dakwah yang saya mahu sampaikan ini bukan ANTARA cara dakwah RASULULLAH?
Kalau begitu sila terangkan bagaimana cara dakwah rasulullah dengan lengkap supaya saya mengerti..

sebab itu saya tanyakan kepada saudara adakah:

memberi bantuan kepada orang yang memerlukan/ daif bukan merupakan suatu dakwah?
ATAU
memberi bantuan kepada orang yang terdesak/tertindas bukan merupakan antara dakwah rasulullah?
ATAU
memberi bantuan dengan berkongsi nikmat yang dikurniakan ALLAH bukan merupakan sunnah rasulullah?
ATAU
memberi bantuan kepada orang yang miskin dan lemah bukan merupakan salah satu rukun Islam?

jika ada yang anda tidak setuju atau ada yang saya tersilap harap dapatdijelaskan supaya saya dapat membuat pembetulan sewajarnya.
Mudah-mudahan ALLAH memberi pahala kepada saudara.[/quote]

Saya bukannya tak setuju dengan idea yang saudara sampaikan, cuma pada kefahaman saya yang terbaik adalah menurut cara dakwah para Nabi. Cara para Nabi adalah mudah, tapi perlukan pengorbanan yang besar tanpa bergantung kepada orang lain, dan sebab itu ia sukar dilakukan jika tak sanggup berkorban atau tak ikhlas. Cara Nabi adalah menyeru manusia kepada Allah dengan hikmah dan basirah (keterangan yang nyata), samada orang terima atau tidak, samada orang menentang atau tidak. Matlamat bukan menunjukkan kehebatan duniawi dalam penyempurnaan nilai-nilai Islam, matlamat adalah menyelamatkan umat.

Cara yang saudara bentangkan adalah juga baik, dan adalah satu ciri berdakwah, tapi perlaksanaannya akan melibatkan kelulusan para pembesar dan saya khuatir sebelum ia dapat dilaksanakan, projek berbilion ringgit itu mungkin dipolitikkan oleh pihak tertentu, dan dalam kita inginkan keikhlasan dan kemurnian Islam disebarkan, matlamat duniawi yang mungkin menguasai pemikiran orang2 terlibat dalam projek tu. Asal kita ingin berdakwah, tapi pada masa yang sama matlamat asal berdakwah untuk menerapkan nilai-nilai Islam mudah tercicir di tengah jalan....
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2008 11:02 AM | Show all posts
Kalu tak silap, kawan pernah terlihat Air Zam-Zam di jual di Maidin.

Betul tak?
Camne tu ek?
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2008 08:31 AM | Show all posts

Reply #37 mnm77's post

terima kasih kerana memberi pandangan dan pandangan anda saya akui.

Sebenarnya kerajaan arab saudi sendiri tidak berapa percaya dengan kehebatan telaga zam-zam ini. (This well has never dried up. On thecontrary it has always fulfilled the demand for water.)

Sebab itulah mereka lebih percayakan kepada projek-projek air yang lain (desalination,reservoir, deep well).

Saya buat cabaran pun kerana mahu membuktikan kepercayaan umat Islam bahawa air zamzam ini benar-benar mukjizat bukan saja dari segi khasiatnya tetapi juga dari segi kewujudannya.

Sebab apa, supaya kita dapat menutup mulut orang-orang yang mengatakan ini sebagai kepercayaan karut semata-mata. Supaya umat Islam tidak menjadi bahan sendaan dan diperolok-olokkan.

MESEJ YANG LEBIH PENTING YANG SAYA INGIN SAMPAIKAN ADALAH,

--------------------------------
Reply #33 ussopp's post


salamualaikum.

maksud lain di sebalik cadangan saya ini adalah kita memakmurkan bumi ALLAH ini dengan sebaiknya. Dari kita mengimport makanan (tanaman) gandum, beras, jagung dan lain-lain dengan menggunakan jalan raya, udara, kapal-kapal adalah lebih baik kita mengairi mana-mana tanah tandus yang subur.

Kerana ApA?
1.Kerana harga minyak petroleum/diesel pasti akan naik secara berterusan ! Maksudnya inflasi dan kebuluran pasti akan berkembang biak.

2.Tanah yang subur, sebagai tanah pertanian dapat mengurangkan pengangguran dan kebergantungan kepada Amerika, Kanada dan Australia, China, India, Eropah sebagai pengeluar utama tanaman/penternakan dunia.

3. Kerana saya takut kita akan menghadapi masalah yang lebih besar pada masa depan iaitu masalah "famine" yang akan mengakibatkan kebuluran. It's domino"s effect.

4. Supaya masing-masing dapat berdikari dan tidak perlu mengharapkan bantuan United Nations World Food Programme (UNWFP). Bila dapat berdikari, maka akan berkurangnya kos yang tidak perlu seperti kos pengangkutan,kos penyimpanan dan berbagai lagi.

5.Sudah menjadi tugas kita umat Islam sebagai khalifah di muka bumi ini untuk memakmurkan bumi ALLAH ini. InshaALLAH apabila kita berbakti kepada tanah maka tentunya akan membuahkan hasil. Dan pengeluaran air zamzam akan bertambah apabila kawasan sekitarnya bertambah subur.

6.Tidak kiralah sama ada kita mahu menggunakan air zamzam atau dari sumber air yang lain, yang penting adanya sistem pengairan yang meluas.

7.Saya takut apabila semuanya nanti sudah terlambat. Sekaranglah masanya yang paling sesuai, kerana dajjal sedang memainkan peranannya dengan aktif sekali.
http://forum3.cari.com.my/viewth ... page%3D1&page=1

8. Negara-negara Islam masih lagi menjadi pengimport kepada makanan ruji utama iaitu gandum dan beras dan juga dairy products. Walaupun saya yakin kerajaan arab saudi telah menyedari akan hal ini. Tapi masih banyak lagi negara-negara Islam yang bergantung kepada negara bukan Islam.

9.Apapun krisis air,krisis inflasi (harga minyak), kekurangan makanan akan tetap berlaku cuma masa saja yang menentukan.

saya hanya memberikan pandangan dan peringatan, maka jika ada kesilapan harap diperbetulkan.

Assalamualaikum

[ Last edited by  kalalah007 at 1-4-2008 08:36 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2008 08:34 AM | Show all posts

Reply #38 kitul's post

ada jual dekat maidin??

Berapa harga??
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 01:51 PM GMT+8 , Processed in 0.177966 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list