CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: amazed

CHINA Catastrophe : latest - 59 mati, tanah runtuh!!

[Copy link]
Post time 20-6-2008 02:29 PM | Show all posts
kalau sejuta orang mati pon depa bukan nak heran sangatpon penduduk sampai sebillion lebih, tu tak kira yg dah bertebaran kt seluruh dunia...

harini mati sejuta orang esok bernak lak sejuta org lagi

[ Last edited by  ChildrenOfBodom at 20-6-2008 02:31 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-6-2008 03:10 PM | Show all posts
dunia dah nak hancur
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2008 05:03 PM | Show all posts
Nope ... bukan dunia ini nak hancur. Hanya mereka2 yg tak layak utk hidup di dunia ini je yang akan lesap.

Sebelum manusia, dinosaurs dan makluk2 seakan manusia (spt Neathenals dan Cro-Magnom, Peking man dan Java man) pun dpt nasib yg sama. Apa beza sangat manusia sampai mereka mampu mengubah takdir mereka?

Mungkin sebahagian kecil manusia akan hidup. God willing.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-7-2008 12:07 PM | Show all posts

tanah runtuh di china; 3000 putus hubungan!!!

3,000 penduduk terputus hubungan akibat tanah runtuh di China

CHENGDU (China): Tanah runtuh mengakibatkan sebatang lebuhraya tersekat dan terputus hubungan dengan 3,000 penduduk yang mengalami gempa bumi di barat daya China, lapor agensi berita Xinhua.

Hujan lebat yang berlaku semalam menolak banyak bongkah batu besar yang berada dalam keadaan tidak stabil runtuh di tiga bahagian di lebuhraya berdekatan bandar Yingxiu di wilayah Sichuan, kata Xinhua.

Beratus petugas bergegas membersihkan lebuhraya itu dan kerajaan memutuskan menghantar bantuan ke Yinxiu melalui helikopter.


Pegawai di wilayah Sichuan membuat kenyataan bahawa mereka tidak pasti bilakah lebuhraya itu akan dibuka semula kerana keadaan hujan yang menyulitkan kerja pembersihan dan dikhuatiri akan berlaku lagi tanah runtuh.

Yingxiu yang terletak berdekatan dengan pusat gempa pada 12 Mei lalu di Sichuan, adalah antara bandar yang paling teruk mengalami kemusnahan. Sebahagian besar bangunan di situ runtuh dan kira-kira 12,000 penduduk dilaporkan terkorban, lapor Xinhua.

Di China, Jun adalah musim hujan yang seterusnya membawa kepada kejadian sungai melimpah dan membanjiri kawasan tebing.
Pihak pentadbiran Meteorological China meramalkan hujan akan turun lebih lebat dalam tempoh beberapa hari ini.

Kebimbangan utama penduduk terbabit adalah kejadian tanah runtuh kerana gempa bumi yang berlaku dulu menyebabkan lereng bukit menjadi gembur dan runtuh secara berterusan ke bahagaian tebing sungai.

Banyak lereng yang tidak stabil dan berisiko tinggi akan dihanyutkan air sungai yang deras akibat hujan lebat.

Dalam gempa bumi berkenaan, hampir 70,000 penduduk China terkorban dan memaksa kerajaan China melancarkan gerakan menyelamat secara besar-besaran dan sehingga kini, 18,000 dilaporkan masih hilang, kata kenyataan yang dikeluarkan oleh Majlis Pentadbiran Kerajaan China. - AP




china.. china..banyak betul bencana ko tima...   sephiroth.. aku nak baca hang punya komen lak pasai  nih...   apa pandangan hang lak..  dulu kita dok debat pasai myanmar nargis dgn sichuan ek..    ko rasa camner skrg  ni bro sephiroth??

Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2008 04:11 PM | Show all posts
ya ALLAH...semoga mesia di jauhkan dari malapetaka.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-7-2008 04:40 PM | Show all posts

Reply #2 sosimple's post

bagus sos ni  ek... sama2 ler kita doakan.. m'sia tak kena bender bender camnih... abg amazed pun selalu doakan sos jugak...  hari tu janji nak jumpa kat klang kan... wiken boley ler..   
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-7-2008 09:57 PM | Show all posts

Reply #3 amazed's post

abg lmbt...sos dah ader kat penang....

sos doakan kebahgiaan abg jgk...semoga berada dalam ketenangan dan dicucuri rahmat....
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2008 04:01 PM | Show all posts
ni baru kiamat kecil
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-7-2008 04:02 PM | Show all posts
kocian....le depa ni...
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2008 04:02 PM | Show all posts
semoga msia dijauhkan dri bencana ini
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2008 04:03 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-9-2008 06:59 PM | Show all posts

34 mati, empangan lombong bijih pecah!!

34 terbunuh, empangan sisa lombong bijih pecah


Anggota pasukan penyelamat bertungkus-lumus menyelamatkan mangsa yang tertimbus dalam lumpur apabila empangan sisa buangan bijih besi di Lombong Tashin di daerah Tashin pecah, semalam. – Agensi

BEIJING 9 Sept. – Sekurang-kurangnya 34 orang penduduk terbunuh dan beratus-ratus lagi dilaporkan hilang selepas tertimbus dalam lumpur tebal apabila sebuah empangan menyimpan sisa buangan bijih besi di Lombong Tashin, di Wilayah Shanxi di utara China pecah semalam.

Seramai 35 penduduk lagi cedera dalam kejadian itu yang berlaku pagi semalam dipercayai berpunca daripada hujan yang lebat, lapor agensi berita Xinhua.

Menurut agensi berita itu, lebih 1,100 anggota polis, bomba dan penduduk kampung bertungkus lumus menyelamatkan mangsa daripada celah runtuhan dan timbunan lumpur.

Setiausaha Parti Komunis Chongshi, Hu Yanzai berkata, tugas menyelamat amat sukar akibat lumpur tebal dan runtuhan batu.

“Sukar menganggarkan jumlah kematian, namun jumlah penduduk yang terkorban mungkin melebihi 100 orang.

Xinhua melaporkan aliran lumpur dan runtuhan batu itu telah memusnahkan sebuah bangunan pejabat tiga tingkat, sebuah pasar dan rumah-rumah di lembah itu.

“Saksi kejadian berkata, mereka melihat lumpur melanda lembah itu dan terus menghanyutkan pasar dan rumah-rumah dalam tempoh beberapa minit sahaja.” lapor Xinhua.

Timbalan Ketua Keselamatan Kerja, Wang Dexue berkata, siasatan awal menunjukkan kejadian ini dipercayai berpunca daripada tindakan sebuah syarikat haram yang melakukan kerja-kerja pembuangan sisa pasir ke dalam empangan lombong amang di situ.

“Empang itu akhirnya pecah apabila tidak lagi dapat menampung kapasiti buangan tersebut dan hujan lebat memburukkan lagi keadaan,” katanya.
Pihak polis telah menahan pemilik lombong berkenaan dan lapan yang lain.

Rakaman gambar menunjukkan kenderaan yang terbalik ditimbus selut yang tebal dan rumah-rumah yang ditimbus lumpur pekat setinggi beberapa meter.
Para penyelamat terpaksa menggunakan mesin pengorek dan ada yang menggunakan tangan sahaja bagi mencari mangsa.

Industri lombong di China mencatat kematian paling tinggi di dunia apabila pada tahun lalu sahaja seramai 3,800 mangsa terbunuh, apabila pengusaha lombong kurang memberi perhatian kepada soal keselamatan.

Kebanyakan mangsa terdiri daripada pelombong yang mati akibat banjir dan letupan bawah tanah.
– Reuters




lepas satu... satu malapetaka kat china ni ler.... aku pung naik simpati dgn negara dia... kena deal dgn benda cam gini sari ke sari...  bleh..  
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2008 11:15 AM | Show all posts
sejak kebelakangan ni macam2 malapetaka yg menimpa.semua mangsa adalah org awam.kesian kt keluarga mereka,hilang dahan tempat bergantung hidup.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-9-2008 08:04 PM | Show all posts
Empangan pecah: Penduduk dakwa kerajaan lambat bertindak

para pekerja penyelamat bertungkus-lumus mencari mangsa di bawah runtuhan banjir lumpur yang menenggelamkan beberapa kampung di mukim Xiangfen di wilayah Shanxi, semalam. (Gambar kecil) Usaha diteruskan untuk mencari mangsa yang mungkin masih selamat dan mengeluarkan mayat mangsa dari bawah runtuhan.
- Reuters/AP


TASHAN, China 10 Sept. - Penduduk bandar ini mula menyuarakan rasa marah di atas ketidakcekapan dan sikap tidak peduli para pegawai untuk mencari mangsa yang masih terselamat dalam insiden empangan penyimpan sisa lombong bijih pecah, semalam.

Ketika ini, pihak penyelamat dilaporkan masih bertungkus- lumus mengorek timbunan lumpur tebal bagi mencari mangsa yang masih terselamat.

Media tempatan melaporkan, pihak berkuasa mengesahkan seramai 128 orang terkorban setakat lewat malam tadi.

Menurut laporan Beijing News, penduduk mendakwa tujuh kampung berhampiran empangan itu telah ditimbus oleh limpahan lumpur tebal.

Beberapa pegawai membayangkan, jumlah kematian dijangka meningkat mungkin mencecah beratus-ratus orang.

Pihak polis cuba menghalang berpuluh-puluh rakan dan saudara-mara mangsa untuk memasuki kawasan bencana.

Mereka menuduh pegawai yang bertanggungjawab mengendalikan operasi menyelamat tidak cekap dan tidak peduli dengan apa yang berlaku.

"Kejadian ini bukan disebabkan cuaca hujan. Ia juga bukan bencana alam, tetapi angkara manusia," kata seorang pekerja dikenali sebagai Zhang yang kematian seorang rakan.

Seorang wanita pula berkata, kesemua anggota keluarganya mungkin terkorban dalam bencana itu.

"Ramai yang terkorban. Kenapa anda tidak menyegerakan usaha mengorek lumpur itu untuk mengeluarkan saudara-mara kami," katanya.

Keluhan wanita itu dijawab oleh seorang pegawai dengan berkata, mereka turut bersedih dengan insiden tersebut dan cuba melakukan sebaik mungkin untuk mengeluarkan mangsa yang masih tertimbus.

"Jangan menangis. Kami juga sedang mengusahakan pemberian pampasan," katanya.
- Reuters



sedey lak aku baca pasai dam pecah ni.... aku bajet musti lebih dari 150 yg mati nih..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-9-2008 12:58 AM | Show all posts
September 20, 2008

  
Coal Mine Accident Traps Over 30 Miners In Northeast China Province


HARBIN, Sept 20 (Bernama) -- At least 30 miners were feared to have been trapped in a coal mine accident in Hegang City, northeast China's Heilongjiang Province early Saturday morning.

Quoting a government source, China's Xinhua nwes agency reported that there were no immediate words on the cause of the accident.

The accident happened at around 4 a.m. when 44 miners were working underground, said the government source.

About a dozen miners managed to escape and told rescuers that more than 30 miners might be trapped in the mine.

-- BERNAMA



aku bajet.... yg 30 orang trapped tu mungkin mati... kalu dok kat underground tu!!!  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-11-2008 06:17 PM | Show all posts
3 November, 2008    
Twenty dead in China landslides




Gambar AFP Twenty people were confirmed dead and 42 were missing after mudslides engulfed several villages in southwest China.




BEIJING (AFP) - Twenty people were confirmed dead and 42 were missing on Sunday after mudslides engulfed several villages in southwest China, state press reported.

The mud and rock flows occurred near Chuxiong city in Yunnan province with the exact number of people killed still being counted, Xinhua news agency said, citing local authorities.

According to the local government, up to 300 people live in the area where the slides occurred, the China News Service said. Xinhua said the landslides began early Sunday morning and flattened or damaged more than 1,000 houses.

It was not immediately known what caused the slides, but torrential rain pummelled the region throughout Sunday and was expected to continue for the coming days, China Central Television reported.

According to Xinhua, most of the missing were from Xinhuadazhulin village, where three people were confirmed dead and 33 people were missing, an earlier report said.

Six people were confirmed dead in Baodian village, while another three were killed in Duoyi village, it added.

Rescue teams have been dispatched to the area and are frantically looking for the missing, it said.

Yunnan is a mountainous province that sits next to the Himalayan region of Tibet, where landslides frequently occur due to torrential rains or earthquakes.

The province also neighbours Sichuan, where an 8.0-magnitude earthquake centred in the Himalayan foothills left over 87,000 people dead or missing in May this year.

In September, 276 people were killed in northern China's Shanxi province when an industrial waste reservoir situated on a mountainside collapsed and engulfed a village in a sea of mud, rocks and mine tailings.




lepas satu  satu  kat china nih... aku pun tak taw bila laaa akan makmur kat sana...mcm2 bencana kena... dgn gempabumi, banjir, susu tercemar... ni   tanah runtuh..  pulak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-11-2008 03:35 PM | Show all posts
Sepirot: That is what fools and God-less people usually will say

And this is what a person who believes in God says?
~ They deserve what they are getting
~ Hanya mereka2 yg tak layak utk hidup di dunia ini je yang akan lesap

You claim the Chinese government of abusing its people and yet supported mother nature's punishment of the people?? It doesn't make any sense. The people gets abused and gets punished and you say they deserve it.

You are a sicko
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-11-2008 01:27 PM | Show all posts
Gempa kuat landa Qinghai, China

BEIJING: Gempa berukuran 6.5 skala Richter melanda barat daya Wilayah Qinghai pagi ini dan media tempatan melaporkan bangunan bergegar serta kediaman kecil runtuh.

Gempa berlaku jam 9.22 pagi waktu tempatan di 150 kilometer barat daya Bandaraya Goldmud, Qinghai, lapor Pusat Penyelidikan Geologi Amerika Syarikat.

Agensi berita Xinhua melaporkan setakat ini tiada laporan segera mengenai mangsa yang terbabit tetapi mengesahkan gempa itu menyebabkan banyak bangunan bergegar di Wilayah Xining.

“Kami bergegas keluar ketika serang mengadakan mesyuarat editorial pagi ini," kata Ma Yong, peberita Xinhua di Xining.

Beliau berkata, rumah penduduk terutama yang diperbuat daripada dindin lumpur dan pondok kecil runtuh.

Beberapa sekolah juga terpaksa ditutup. - AFP




tak ada update berapa mati dan cedera lagi... nanti ada aku update kan!!  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-11-2008 03:23 PM | Show all posts
Lima maut akibat gempa di Qinghai, China

BEIJING: Lima pekerja sebuah bengkel maut apabila bangunan berkenaan runtuh akibat gempa kuat di barat daya China, semalam.

Ia laporan pertama diterima membabitkan mangsa yang maut apabila gempa berukuran 6.5 skala Richter menggegarkan bandar Golmud, di Wilayah Qinghai, pada jam 9.22 pagi semalam.

Gempa itu mengegarkan bangunan sehingga beratus kilometer dari pusat gempa dengan orang ramai dilaporkan panik.

Kawasan lima mangsa yang maut itu ialah di Xining, terletak 615 kilometer dari pusat gempa.

Agensi berita Xinhua melaporkan, seorang lagi pekerja bengkel dilaporkan cedera dan keadaannya kritikal. - AFP
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-11-2008 10:10 AM | Show all posts
Gempa sederhana landa Qinghai, China

BEIJING: Pusat Penyelidikan Geologi Amerika Syarikat melaporkan gempa berukuran 5.4 skala Richter melanda barat daya China, awal pagi ini.

Gempa sederhana itu melanda Wilayah Qinghai, jam 6 pagi tadi waktu tempatan.

Pusat gempa itu dilaporkan berlaku di 50 kilometer di Timur daerah Da Qaidam di Utara Qinghai.

Bandar itu mempunyai penduduk kira-kira 15,000 orang.

Gempa itu adalah yang kedua di kawasan berkenaan dalam masa tiga hari dengan pertama pada Isnin berkekuatan 6.5 skala Richter. - AP
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 04:50 AM GMT+8 , Processed in 0.181686 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list