|
terima kasih
assalamualaikum pd semua.
hari saya buka topik ni, saya kata pd diri sendiri, jgnlah ada yg mengutuk atau mencemuh saya sbb saya dah
tak tau nak minta nasihat dari mana. org-org keliling pun lebih kurang mcm saya dlm hal solat. tp mmg saya
tak salah tempat sebab ramai yg memberi semangat & nasihat, ada di sini dan ada yg htr pm. saya tak
menyebut nama satu-persatu, tp saya sgt2 berterima kasih. saya tak mungkin mampu nak balas,
mudah-mudahan Allah memberi balasan baik berlipat-ganda atas budi baik anda semua.
setakat ni, saya bersyukur sebab dah berjaya juga untuk solat. mungkin ada yg anggap biasa tp dpt atasi rasa malas tu dah kira berjaya pd saya. doakanlah agar saya kekal macam ni. saya risau kalau rasa sedar ni tak lama.. |
|
|
|
|
|
|
|
tadi kawan serumah saya tengok tv dari ptg sampai melangkau waktu maghrib. happy je muka dia walaupun
tak solat. saya tau dia tak uzur. sebelum ni saya pernah terfikir, senang juga mcm tu, tak solat pun tak rasa
apa-apa. tak risau, tak serabut pun. hidup happy juga, malah lagi mewah dr saya. tp saya sedar, salah fikir
mcm tu, kan? tak tau lah, nak kuatkan hati bila di tgh org2 yg tak kisah kalau tak solat, tambah pula dgn diri
sendiri yg mmg malas.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #21 noryn's post
Assalamualaikum noryn,
Sekiranya ada cemuhan atau kutukan, anggaplah ianya sebagai dugaan atau halangan-halangan kecil di laluan noryn untuk menuju jalan pulang yang di hujungnya ada cahaya. Pandanglah terus ke depan dan mohonlah kekuatan dari Allah kerana Allah jualah yang berkuasa di atas segala-galanya.
Kita insan di dunia ini tidak mengira pangkat, darjat atau keturunan sama sahaja di sisi Allah. Hanya ketakwaan dan keimanan sahaja yang membezakannya. Saya juga insan biasa yang sangat daif, lemah dan sangat kekurangan segalanya dan berasa sangat malu dan hina di sisi Allah berbanding nikmat kurniaan Allah kepada kita.
Semoga Allah menerima taubat dan amalan kita dan termasuk di kalangan orang yang diampuni dan dirahmati.
Jangan biarkan perkara negatif menguasai fikiran dan fikirkan perkara yang positif untuk kebaikan.
menyedarinya dan selalu bermuhasabah diri di manakah diri ini di sisi Allah? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #23 Rosputih's post
betul tu ros....
Allah maha pengampun, maha penyayang... menerima hambaNya yg insaf....
to noryn.... teruskan usaha murni itu... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #22 noryn's post
Alhamdullillah..
Adik Noryn telah pun berjaya menunaikan KEWAJIPAN sebagai umat Islam..
selalu muhasabah diri..
'kita ni hidup sekejap sahaja, entah esok lusa mati.. amalan ni cukup ke tak?'
Insya Allah, jika kita gerun dengan kematian, kita akan selalu ingat pada Allah,
lantas sujud ikhlas terhadap yang Esa..
di Uni dulu saya penah duduk serumah dengan akak-akak senior yang agak sosiol(4 of them)..
clubbing hampir setiap malam..
pulang rumah berkeadaan mabuk..
solat memang tak pernah nmpk..
saya pula, walaupun tak bertudung ketika itu (alhamdullillah, saya telah pun bertudung sekarang)..
solat tak pernah cuai, dan hampir setiap hari selepas solat maghrib saya akan mengaji..
mereka selalu ajak saya g clubbing + berdisko..
tika tu satu je yg menguatkan semangat saya..
walaupun tak bertudung, saya bukan perempuan jahat..
kalau esok lusa Allah cabut nyawa saya.. macamana?
i dont wanna end up in HELL..
Alhamdullillah..
Duduk dengan mereka sebenarnya bnyk memberi pengajaran kepada saya..
Dan saya bersyukur sangat Allah kuatkan iman saya supaya tak terpengaruh..
Satu lagi solat ni banyak Hikmahnya..
Dengan solat kita berdoa..
dan dari doa kita dilimpahi rezeki..
Habis Uni saya terus dapat kerja..
dan sekarang walaupun gaji tak la setinggi mana..
namun semua adalah cukup..
tak pernah kurang..
tak pernah berlapar..
Alhamdullillah..
*panjang sikit |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by noryn at 26-3-2008 08:35 PM
assalamualaikum pd semua.
hari saya buka topik ni, saya kata pd diri sendiri, jgnlah ada yg mengutuk atau mencemuh saya sbb saya dah
tak tau nak minta nasihat dari mana. org-org keliling pun ...
Waalaikumusalam wbt Noryn,
Cemuhan , kutukan dan cacian adalah mainan hidup sahaja.
Ada yg buat baik.................di cemuh n di petnah juga.
Apatah lagi yg berbuat jahat/mungkar/fasha..............itu sudah sepatut nya.
Yang pasti, miker hendak lah CEKAL, TABAH serta berSABAR di dalam hal hal ini.
Iblis akan bersekongkol dgn hawa nafsu serta manusia utk merosakkan aqidah dan amalan miker.
Yang pasti............perkara yg baik di sisi agama, amat lah susah/perit utk di amalkan.
Perkara yg seronok selalu nya bertentang dgn kehendak agama!!!
Waallahua'lam |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by noryn at 26-3-2008 20:10
tadi kawan serumah saya tengok tv dari ptg sampai melangkau waktu maghrib. happy je muka dia walaupun
tak solat. saya tau dia tak uzur. sebelum ni saya pernah terfikir, senang juga mcm tu, tak ...
Ukhti norin, dunia ini memang di ibaratkan penjara untuk seorang muslim yang taat . Betapa banyak sesuatu yang nikmat-nikmat tapi dilarang oleh agama kita. Tapi bukankah semua kenikmatan dunia yang dilarang itu dah dipastikan berakibat buruk buat kita? Dan bukankah jika kita bandingkan kenikmatan di atas dunia ini dengan kenikmatan surga, maka kenikmatan dunia ini hanyalah bagaikan setetes air, sebagaimana yang Rasulullah dulu pernah jelaskan ketika beliau berdiri di sebuah pantai lalu beliau celupkan jarinya yang mulia kedalam air. Lalu beliau angkat, kemudia ada setetes air yang menetes dari ujung jari beliau. Lalu beliau bersabda "inilah dunia, dan laut inilah yang akherat".
Dan dijadikan segala kenikmatan dunia ini sebagai ujian bagi seorang muslim, apakah dia bersyukur dengan segala kenikmatan ini ataukah dia kufur akan kenikmatan yang elah dia terima. Jika dia kemudian taat kepada Allah atas segala kenikmatan yang telah dia terima dan menyalurkan segala kenikamatan itu pada jalan yang di ridhoinya, maka berarti dia bersyukur, tapi jika kenikmatan itu semakinmembuatnya jauh dari Allah, maka ketahuilah itulah yang di namakan istidraj (tambahan nikmat agar yang menerima nikmat itu lebih jauh terperosok kedalam dosanya sehingga neraka lebih pantas baginya). Jadi jika anti melihat teman yang tidak sholat, seharusnya bukan anti yang merasa tergoda untuk ingin menjadi seperti teman anti tersebut, tapi dialah yang harusnya jealous melihat anti karena anti telah bertobat dan kembali sujud kepada Allah. Nasehatilah dia dengan nasehat yang baik dan menghujam kedalam dadanya, jika bisa dengan dijelaskan hukum meninggalkan sholat itu apa, karena sebagian besar muslim tidak tahu hukumnya yang amat besar. |
|
|
|
|
|
|
|
salam
kalau nak lagi baik
percayalah tuhan mengirim penjaga di muka dan dibelakang
untuk menjaga sehingga masa yang ditentukan
(baik kot dr dok pikiak pasai manusia)
dan yg lagi baik
percayalah
dan percayalah
SESUNGGUHNYA TUHAN AMAT DEKAT DENGAN DIRIMU
* dah jauh sikit dr saya niiiiiii |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by noryn at 23-3-2008 06:33 PM
assalamualaikum
saya buka thread ni sebab perlukan pendapat / pandangan / nasihat. saya ada masalah
yang amat saya bimbangkan.
1. saya ni, pada zahirnya tidaklah kelihatan 'jahat'. saya s ...
Anda tidak akan mampu untuk pulang sendirian...maka carilah sahabat sejati untuk perjalanan tersebut. Terdapat banyak jemaah kebenaran yang bermatlamatkan Allah justeru menumpanglah di bahtera tersebut kerana anda tidak akan lemas tenggelam dalam melayari kehidupan yang penuh bergelora ini.
|
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by ikhwanindo at 27-3-2008 01:00 PM
Betapa banyak sesuatu yangnikmat-nikmat tapi dilarang oleh agama kita. Tapi bukankah semuakenikmatan dunia yang dilarang itu dah dipastikan berakibat buruk buatkita? Dan bukankah jika kita bandingkan kenikmatan di atas dunia inidengan kenikmatan surga, maka kenikmatan dunia ini hanyalah bagaikansetetes air, sebagaimana yang Rasulullah dulu pernah jelaskan ketikabeliau berdiri di sebuah pantai lalu beliau celupkan jarinya yang muliakedalam air. Lalu beliau angkat, kemudia ada setetes air yang menetesdari ujung jari beliau. Lalu beliau bersabda "inilah dunia, dan lautinilah yang akherat".
Dan dijadikan segala kenikmatandunia ini sebagai ujian bagi seorang muslim, apakah dia bersyukurdengan segala kenikmatan ini ataukah dia kufur akan kenikmatan yangelah dia terima. Jika dia kemudian taat kepada Allah atas segalakenikmatan yang telah dia terima dan menyalurkan segala kenikamatan itupada jalan yang di ridhoinya, maka berarti dia bersyukur, tapi jikakenikmatan itu semakinmembuatnya jauh dari Allah, maka ketahuilahitulah yang di namakan istidraj (tambahan nikmat agar yang menerimanikmat itu lebih jauh terperosok kedalam dosanya sehingga neraka lebihpantas baginya). Jadi jika anti melihat teman yang tidak sholat,seharusnya bukan anti yang merasa tergoda untuk ingin menjadi sepertiteman anti tersebut, tapi dialah yang harusnya jealous melihat antikarena anti telah bertobat dan kembali sujud kepada Allah. Nasehatilahdia dengan nasehat yang baik dan menghujam kedalam dadanya, jika bisadengan dijelaskan hukum meninggalkan sholat itu apa, karena sebagianbesar muslim tidak tahu hukumnya yang amat besar.
Masha Allah, bagus betul nasihat ini. Nasihat-menasihati adalah bermanfaat sesama orang-orang yang beriman.
Ilmu itu luas dan saya masih dalam menimba ilmu, sudikah ikhwanindo berikan sumber riwayat yang digariskan sebab saya belum pernah dengar riwayat itu dan ingin saya menambahkan ilmu saya. Terima kasih. |
|
|
|
|
|
|
|
tersentuhnya hati bila membaca nukilan abg2 n kakak2 kat sini |
|
|
|
|
|
|
|
sama menangis
bila adik nangis
dan kakak kakak
dan si abang abang
menangis
sebelum hari yg tangisan tiada bergunanya |
|
|
|
|
|
|
|
tersentuhnya hati bila membaca nukilan abg2 n kakak2 kat sini |
|
|
|
|
|
|
|
Apa-apa jelah , cerita kita semua kan semuanya berbeza-beza , mana ada sama:eek: |
|
|
|
|
|
|
|
sekurang-kurangnya ada gak kawan/saudara kat sini
kalau kat luar tu lum tentu dapat beri nasihat
dikutuk lagi ada
walaupun cita tak sama dan tak mungkin sama
makaakan terbuka minda utk berfikir
dan mencari yg terbaik
dan dapat merancang mengikut kata hati..... |
|
|
|
|
|
|
| |
|