|
Sufiah keliru -- Bekas suami
LONDON 1 April |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #21 Syd's post
tak terkata dengan nasib gadis ini.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by zarul427 at 2-4-2008 03:23 AM
buang masa je duit kerajaan taja manusia mcm ni
dia iq je tinggi tp eq rendah
apa nk heran
dia mmg nk hancur
let it be.........
regards
Nampak sangat yang kau ni tak tau apa-apa tentang Sufiah...
Kerajaaan tak pernah taja dia pun...
Universiti Oxford sendiri yang tawar dia belajar kat situ...
Walaupun Sufiah bersalah, tapi aku lebih salahkan mak dan ayah dia...
Ingat tak dulu, pernah keluar dalam berita... Sufiah larikan diri dari rumah sebab tak tahan dengan ajaran ayah dia...
Dia kata kehidupan di rumah sendiri ibarat neraka... sebab ayah dia kongkong dia gila2 punya...
Bayangkan, umur 13 tahun dah masuk universiti...
Langsung tak ada peluang nak berkawan dengan rakan2 sebaya...
Tambah lagi, dikongkong oleh ayah dia...
Aku rasa perkara yang sama akan terjadi pada Adik Adiputera kalau dia masuk universiti terus...
sebab tu kerajaan tak kasi Adiputera terus masuk universiti.... tapi ayah dan mak dia masih berdegil nak Adiputera dimasukkan ke universiti...
Itulah akibatnya bila kita paksa anak belajar sampai jadi genius, akhirnya pasti ada sesuatu yang buruk terjadi...
Nak anak pandai pun, janganlah terlalu memaksa mereka belajar hingga mengongkong kebebasan mereka...
Aku rasa Sufiah buat begitu sebagai tanda protes dan memberontak atas tindakan ayah dan mak dia dulu...
Aku bukan nak menafikan segala kesalahan yang Sufiah lakukan tapi sebagai seorang remaja, aku faham perasaan Sufiah...
Ada hikmah disebalik kejadian ni... dan golongan ibubapa khususnya perlu mengambil pengajaran disebalik peristiwa yang berlaku ni...
Jangan meletakkan harapan yang tinggi menggunung kepada anak sendiri secara paksa...
Biar mereka lakukannya dengan rela hati dan bukannya dipaksa... |
|
|
|
|
|
|
|
mana tumpahnyer kuah kalau tak ke nasik....naperlah muka dia cam melayu..buat malu org melayu jerks :@ |
|
|
|
|
|
|
|
lawa gak dak sufiah nie.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by ijad_adiputera at 2-4-2008 08:25 PM
Nampak sangat yang kau ni tak tau apa-apa tentang Sufiah...
Kerajaaan tak pernah taja dia pun...
Universiti Oxford sendiri yang tawar dia belajar kat situ...
Walaupun Sufiah bersalah, ta ...
kalau tak silap.................sime darby pernah taja dia time belajar kat oxford tu |
|
|
|
|
|
|
|
aku rasa aper yang sufiah dapat nih... sebab dia membelakangkan mak ayah dia.....nak kan kebebasan sangat.......sekali terbabas ......nauzubillah.......... |
|
|
|
|
|
|
|
Kesian Sufiah...rasanya dia jadi camni sbb bapak dia gak...mesti warga London akan memperlekehkan org2 Asia ttg isu Sufiah nih... |
|
|
|
|
|
|
|
x taula.. tp ajaran islam msh dipraktikkan... kalau nak kata bapak dia jahat...gmbr kawen dia pun dia pki tudung lg....maybe jd tekanan sbb diaorg nie duk tgk remaja2 barat tuh bebas sgt kut.... |
|
|
|
|
|
|
|
senyuman ayah dia tu mcm senyuman orang baik2..redup dan tenang...
-takkan lah dia nak bwt serangan seks kat 2 pelajar bawah umur... |
|
|
|
|
|
|
|
aku tak paham kenapa kena kesian kat dia. she chose tht kinda life.. just my 2 cent |
|
|
|
|
|
|
|
mari tengok gambo eksklusif pelacur genius melayu malaysia.
-CENSORED-
[ Last edited by Sasha at 28-4-2008 03:47 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Misi Selamatkan Sufiah sudah dihenti
16-06-2008 09:16:42 PM
KUALA LUMPUR: Kerajaan sudah menghentikan misi "Selamatkan Sufiah", gadis pintar yang dilaporkan menjadi pelacur di London, yang dilancarkan April lepas, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Datuk Dr. Ma#ah Ibrahim.
Beliau berkata, usaha membantu Sufiah kini diserahkan kepada Persatuan Melayu United Kingdom (PMUK) kerana wujud beberapa kekangan bagi kerajaan meneruskannya.
"Kekangan paling besar ialah kita tidak dapat mengakses datanya," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Ensiklopedia Jejak Rasul di sini hari ini.
Ma#ah berkata, rintangan lain termasuk Sufiah, 23, sudah menukar status kerakyatannya serta keluarganya sendiri sukar menghubunginya.
Sufiah, yang ibunya Halimaton Yusof berasal dari Muar, Johor, pernah dikagumi dunia kerana berjaya memasuki Universiti Oxford pada usia 13 tahun.
Mengenai pelancaran Ensiklopedia Jejak Rasul yang berbentuk cakera padat (CD) interaktif itu, Ma#ah berkata medium itu dapat membantu kerajaan dalam mengembangkan Islam Hadhari dan tamadun Islam kepada golongan muda.
"Biasanya sejarah tamadun dalam buku saja, tetapi saya lihat CD yang disasarkan kepada golongan pelajar ini bersifat interaktif, mesra pengguna dan mudah," katanya.
Ensiklopedia yang diterbitkan Islamic IT Centre itu mengandungi tiga keping CD Siri 1 Jejak Rasul dan dijual pada harga RM260 dengan 70 peratus daripada hasil jualan akan disumbangkan kepada rumah kebajikan, warga emas dan orang kurang upaya. BERNAMA |
|
|
|
|
|
|
|
die sendiri yg nak jd pelacur, bukan org suruh pun. |
|
|
|
|
|
|
|
apa dah jadi dgn dia sekarang? masih bergelar pelacur ke? |
|
|
|
|
|
|
|
sorrylah .. aku tak kesian kat dia sbb dia sendiri pilih jalan hidup mcm tu .. bukannya tak de pilihan lain .. otak dah bagus .. nak seribu daya tak nak seribu dalih ... menyampah aku baca psl dia ni .. xlaki dia 10000x lbh sedar dari dia |
|
|
|
|
|
|
|
Sufiah kini buat kerja amal
KUALA LUMPUR: “Dia ingin tebus dosa silam,” kata Pengarah Perancangan dan Strategi Kumpulan Penyokong dan Pengasuh Profesional Islam (Pisang), Hanafi Abdul Malek mengenai perkembangan terbaru wanita genius matematik, Sufiah Yusof yang kini aktif melakukan kerja amal di London.
Katanya, perkembangan terbaru itu diketahuinya melalui seorang rakan yang secara kebetulan terserempak dan sempat bertanya khabar dengan bekas pelajar Universiti Oxford berkenaan minggu lalu.
“Rakan saya itu yang juga anggota Pisang, memberitahu Sufiah kini insaf dan dengan membantu golongan kanak-kanak kurang upaya di sana (London), dia harap dapat menebus kembali dosa yang pernah dilakukannya.
“Berita ini sesuatu yang amat menggembirakan dan secara tidak langsung membuktikan kesungguhannya untuk berubah. Bagaimanapun, rakan saya itu cuma dapat berbual sebentar saja dengan Sufiah dan tidak sempat bertanya sama ada dia menyambut Aidilfitri, baru-baru ini bersama keluarganya atau tidak,” katanya yang menghubungi Harian Metro, semalam.
Pada 23 September lalu akhbar ini melaporkan mengenai hasrat Sufiah menyambut Aidilfitri bersama keluarga selepas beberapa tahun tidak bersua muka. |
|
|
|
|
|
|
| |
|