|
MAT KOMANDO>>penjenayah paling licik yg amalkn ilmu selisih
[Copy link]
|
|
mane tak licik..
siap ada ops sawit ngn ops sawit II tu..
kat staun baru dapat bunuh..
ilmu selisih ooo ilmu selisih..
msteri2.. |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #20 cronicle86\ catat
mmg betul la dia dulu komando.
pandai2 je korang kata dia menysup mcm komanda.
dah mmg btl dia komando.. |
|
|
|
|
|
|
|
Ade kwn aku ckp mat komando ni mmg tak boleh ditembak mati
ilmu dia ni membolehkan dia ghaib kalau berada di tempat gelap
tapi ilmu dia ni hanya terjadi dlm tempoh tertentu.Lepas abis tempoh,dia kena bertapa untuk jadi halimunan balik.dan tuk guru mat komando ni yg beritau polis kt mana dia akan bertapa seterusnya kat polis... |
|
|
|
|
|
|
|
ape yang aku dapat tau dia ni pemurah orang nyerrr..ble kata la dia ni suka tolong orang kampung dia yang dalam kesusahan...sebab tu susah polis nak tangkap dia...
hearsays...
dia mati bukan sebab kejadian tembak menambak tu...memang dia ada time tu tapi telah dicekup oleh pihak polis yang tau pasal dia ni....(high profile case) |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by amirhamzah11 at 7-6-2009 01:08
ape yang aku dapat tau dia ni pemurah orang nyerrr..ble kata la dia ni suka tolong orang kampung dia yang dalam kesusahan...sebab tu susah polis nak tangkap dia...
hearsays...
dia mati bukan ...
interesting info..boleh eloborate lagi taK? |
|
|
|
|
|
|
|
dia ditembak ketika tidur atas pelenggar di dusun.... masa tu dia tak jejak tanah..
ada lagi faktor yang menyebabkab dia tewas.. tapi aku tak mahu cerita kat sini.. |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #25 me_shhiza\ catat
hmmmm...dengar2 dia tolong orang kampung dia...dan antara salah satu sebab susah polis nak dapat dia sebab orang kampung tolong dia balik...aku ada terbaca pasal dia ni ala2 robin hood...n pasal kes tembak menembak tu sebab xbrani nak cakap terang2...I.S.A wooooo cukup a aku kate dia ni tergolong dalam high profile case... |
|
|
|
|
|
|
|
x pernah dgr plak kes nih... dia ni ala2 robin hood |
|
|
|
|
|
|
|
ada plak yg ckp si mat komando ni kena simpan snanye...xtau le betul ke x..
klu ikut logik pun dia ni rugi klu di bunuh...lagipun dia tak pernah membunuh.
dan ada yg ckp polis kagum dgn skill mat komando ni...wallahualam. |
|
|
|
|
|
|
|
Dia ni klu hidup lagi....mmg patut di simpan...
Mgkn leh buat kajian killing machine mcm wolverine x-men tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #30 edmundo\ catat
ha'ah.......... ntah² skrg nie dia idup dgn identiti baru......... |
|
|
|
|
|
|
|
baik ler kalau tolong orang..... tapi kalau menyamun reta orang lain per lak citer??
nak jadi baik pun jgn ler menyamun..... |
|
|
|
|
|
|
|
dia ada ilmu labusz agaknya |
|
|
|
|
|
|
|
mat komando neh betul3 ex komando beret hijau ker... hehheheh
ker gelaran orang saja?? |
|
|
|
|
|
|
|
Dah beberapa bulan Razali Suhud berkenalan dengan gadis pilihan hatinya. Bagi beliau, sudah tiba masanya untuk mendirikan rumah tangga.
“Masalahnya dia tak suka anggota polis. Selama ini aku kata aku kerja kilang. Hai...susah...susah,” keluh Razali yang dilahirkan di Jasin, Melaka.
Anak sulung dari tujuh beradik itu bagaimanapun bertekad untuk menyatakan kebenaran dan dalam fikiran beliau apa jua risikonya nanti terpaksa ditanggung. Beliau telah menyertai pasukan polis sejak tahun 1986 lagi.
Akhirnya apabila tiba masa yang sesuai, Razali yang kini berusia 41 tahun memberanikan diri untuk menemui keluarga gadis idamannya itu.
Dalam pertemuan itu, Razali memberitahu perkara sebenar bahawa beliau adalah anggota polis dan selama ini telah merahsikannya.
Walaupun pada mulanya gadis dan keluarganya terkejut, namun jodoh pertemuan di tangan Tuhan. Lamaran Razali diterima. Beliau dan isterinya kini mempunyai tiga orang cahaya mata.
“Memang melucukan apabila memikirkan perkara lalu terutama ketika saya cuba memikat isteri saya,” katanya memulakan perbualan.
Beliau kini bergelar anggota Komando 69 yang berpangkalan di Ulu Kinta, Perak. Razali bertanggungjawab melatih para pelatih baru yang hendak menyertai unit elit pasukan polis itu.
Razali menyertai Komando 69 sejak tahun 1988 lagi.
Menceritakan pengalaman beliau, antara misi yang disertainya sepanjang berada dalam Komando 69 ialah memburu kumpulan penjenayah Mat Komando.
Pada tahun 2002, beliau bersama rakan-rakan lain telah diarahkan ke Kuala Nerang, Kedah untuk memburu kumpulan Mat Komando yang dikatakan telah bersembunyi di kawasan berkenaan.
“Kumpulan Mat Komando ketika itu dipercayai berjaya memboloskan diri dari Negeri Sembilan,” katanya.
Sebaik sahaja berada di Kuala Nerang, Razali bersama rakan-rakannya terpaksa menyamar sebagai orang awam untuk beberapa hari termasuk menggunakan motosikal meninjau kawasan sekitar.
Ini diikuti dengan gerakan menggeladah dari rumah ke rumah, premis ke premis untuk mengesan kedudukan kumpulan Mat Komando.
Akhirnya, gerakan Razali dan rakan-rakannya mendatangkan hasilkan apabila mendapat tahu kumpulan Mat Komando berada di Pedu.
Ekoran itu, pasukan Komando 69 berjaya mengesan kumpulan penjenayah terbabit dalam satu operasi awal pagi.
Mat Komando dan dua orang kanannya didapati berada dalam sebuah kereta dan ekoran itu polis bertindak menyekat kereta berkenaan.
*Berbalas tembak
Razali dan rakan-rakannya telah dibalas dengan tembakan dan berlakulah berbalas tembak.
Dalam kejadian itu, Razali dan rakan-rakannya berjaya menembak mati dua orang kanan Mat Komando. Namun, Mat Komando sendiri sempat melarikan diri dalam keadaan gelap gelita.
Dari Pedu, Razali dan rakan-rakan lain ditugaskan sekali lagi di Tikam Batu apabila menerima maklumat bahawa Mat Komando berada di kawasan terbabit.
Selama tiga bulan beliau datang ke Tikam Batu dan seperti biasa akan menyamar sebagai orang awam untuk mengesan kumpulan penjenayah terbabit.
Selain menyamar orang awam, Razali dan rakan-rakannya juga menjalankan gerakan menggeledah dari rumah ke rumah dan premis ke premis untuk mengesan kumpulan penjenayah terbabit.
Usaha Razali dan anggota lain tidak sia-sia apabila beberapa anggota kumpulan Mat Komando berjaya ditumpaskan dan polis turut merampas beberapa senjata api termasuk M16 dan senapang patah.
Mat Komando yang sempat meloloskan diri akhirnya juga kecundang tidak berapa lama selepas itu.
Mengenai peranan beliau sebagai jurulatih Komando 69, Razali berkata, setiap anggota pasukan itu tidak boleh sekali-kali menunjuk-nunjuk atau berbangga diri tidak menentu.
Baginya, setiap pelatih yang hendak menyertai pasukan Komando 69 hendaklah sentiasa merendah diri dengan ilmu dan kepakaran yang dimiliki.
“Inilah sesuatu yang perlu ada pada diri setiap pelatih sebaik sahaja bergelar Komando 69. Selagi kita merendah diri, selagi itulah kita akan dihormati. Dan jangan sekali-kali menunjuk-nunjuk kebolehan atau kemahiran yang dimiliki,” katanya.
kredit http://www.utusan.com.my/utusan/ ... ra&pg=te_01.htm |
|
|
|
|
|
|
| |
|