|
Reply #20 pisangmontel's post
Ajami
yang ko ketawe tu kenape.....
pisang montel
apa lah soalan ko ni, aku jawab gak le. Saya ni lelaki ( original dan masih kental). untuk filem malaikat maut, tarikh tayangan dia belum ditetapkan lagi, pihak tusb berusha untuk dapatkan date tu secepat mungkin. filem MM ni sebenarnya sudut pandangan pengarah tentang kematian, ada 3 cerita dalam filem ni... ni info kira detail sikit le. untuk filem ni saya dah tengok lebih daripada 10 kali....
Genre : Suspense Drama
Director : Bade Hj. Azmi
Produced : Tayangan Unggul Sdn Bhd
Cast: Episode One "The Hook".
Liyana Jasmay, Raja Farah, Danny X-Factor, Reza ERA, Zack Taipan
Episode Two "The Hope"
Sabrina Hassan, Mohamad Bathich, Diana Danielle, Noniswara, Fauziah Ghoush
Episode Three "The Punishment"
Que Haidar, Awal Ashaari, Nana ERA, Syarizad, Eja, Hasnul Rahmat, Fauziah Nawi,
Riduan Hashim,
Short Synopsis:
A 3-part movie centering on each episode’s lead character and their moment with the Angel of Death. The first part is about a girl who was murdered. Her spirit then contacts another girl enlisting her help in finding her body. The second part is about a stewardess who experienced the tortures of hell whilst in a coma. The third episode is about a boy who has forgotten the ways of Islam which results in a terrible death and even worse afterlife for him. |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #21 irafazirishak\ catat
MM kena tebas dek LPF sampai 11 scenes tu apakes erk wahai habang ira fazir yg taff katanyaa? |
|
|
|
|
|
|
|
tompang tanye..
knape pilem2 TUSB skang kebanyakkannye tak box office.. |
|
|
|
|
|
|
|
MM potongan & box office
maaf kesibukan beberapa tayangan unversiti dan Festival FIlem Malaysia baru2 ni menyekat sedikit ruang masa saya untuk membuka ruangan ini.
Ajami
tentang potongan tu saya rasa saya tak leh jawab, ianye melibatkan isu syarikat... cuma tunggu bila hari tayangan eklusifnye ye.. nanti ko datang tau
jacdiehardfan
untuk menjadikan sesebuah filem tu box ofice bukan perkara mudah, penonton sekarang dah ber macam jenis, ada yang bijak dan ada yang sebaliknye. hendak memaksa penonton menonton sekarang bukan seperti dahulu... sogok dengan kontreversi dan beberapa pelakon cantik dan popular. sekarangni filem kita dah banyak bertukar wajah, kepada yang lebih mencabar dan lebih berilmiah.
contohnye pernah tak tengok filem zombi kampung pisang, filem ini dikatakan filem merapu dari mamat khalid, tapi cuba kita tengok metafor dan tersiratnya apa yang ingin disampaikan...
Zombi : Mayat Hidup
Kampung Pisang : Banana republik
punca : termakan racun / hasutan / pengaruh..
tak semua yang tahu kan...
sebagai rujukan
Syaitan - filem menggunakan teknik warna merah dan separuh pencahayaan
Zombi - cerita yang penuh dengan sindiran
Puaka tebing biru - cerita seram kemasyarakatan
Anak halal - cerita realiti remaja kota / jalanan / flat / setinggan
Apa kata hati - komedi romantik ringan menggunakan stail filem inggeris
Kala Malam bulan mengambang - filem Neo Noir pertama / hitam putih
antara filem ini yang mana dah di tonton ?
Kalau kita buat cerita yang berkualiti tak semua orang nak dtg tengok, tapi kalau kita buat cerita yang macam .... ramai pula yang tengok. bukan niat saya nak mengata filem lain tak bagus. contohnye... berapa orang yang tengok cerita hasil Suhaimi baba 1957 hati melaya... sikit je kan.
so untuk menentukan sesebuah filem itu box office atau pun tak bukan senang sekarang, penonton sekarang lebih suka lihat filem yang senang dan ringan... kita tengok apa akan jadi kepada filem WAYANG pula selepas ni...
untuk pengetahuan, Polisi syarikat TUSB adalah mengeluarkan filem yang berkualiti dan filem yang boleh memberi pengajaran walaupun filem itu berbentuk komedi. dan menghasilkan filem yang bukan ulangan daripada filem2 lain...
Kadang2 kami sebagai syarikat yang menghasilkan filem pening memikirkan kan mana hala tuju minat seseorang penonton, ada yang suka miseteri, ada yang suka komedi, ada yang suka suspen dan ada yang suka aksi... tapi hanya penonton yang bijak sahaja yang tahu apa yang dikehendaki....
so, cuba ceritakan macam mana rahsia nak jadikan filem itu box office.
[ Last edited by irafazirishak at 13-8-2008 05:04 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
KEPUTUSAN PENUH PEMENANG
Keputusan penuh pemenang Festival Filem Malaysia ke 21
Anugerah Perdana:
Filem Terbaik - Kala Malam Bulan Mengambang (KMBM) :handshake:
Pengarah Filem Terbaik - Mamat Khalid (KMBM):handshake:
Pelakon Lelaki Terbaik - Rosyam Nor (KMBM):handshake:
Pelakon Wanita Terbaik - Maya Karin (Anak Halal):handshake:
Lakon Layar Terbaik - Hans Isaac (Cuci)
Cerita Asal Terbaik - Osman Ali (Anak Halal):handshake:
Sinematografi Terbaik - Raja Mukhriz (Evolusi KL Drift)
Penyunting Terbaik - Nik Haslinda & Kamarudin Abu (1957 Hati Malaya)
Skor Muzik Asal Terbaik - Sharon Paul (1957 Hati Malaya)
Filem Animasi Terbaik - World War (University Of Heftfordshire)
Filem Dokumentari Terbaik - Making The Cut (Reel Network Sdn Bhd)
Filem Pendek Terbaik - Tiffin (Chor Ai Lene)
Filem Digital Terbaik - Jarum Halus
Anugerah Cipta
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik - Zul Huzaimy Marzuki (Wayang)
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik - Ruminah Sidek (Pensil)
Penataan Seni Terbaik - Nazrul Ashraff - KMBM:handshake:
Penataan Bunyi Terbaik - Add Audio (Susuk)
Pelakon Kanak-Kanak Terbaik - Erynne Erynna (Cong kak)
Pengarah Harapan - Hans Isaac (Cuci)
Pelakon Harapan Lelaki - Kamaruzaman Taib (1957 Hati Malaya)
Pelakon Harapan Wanita - Lisa Surihani (I'm Not Single)
Lagu Tema Asal Terbaik - Hati (1957 Hati Malaya)
Pereka Kostum/ Busana - Nasirah Ramlan - KMBM:handshake:
Poster Terbaik - Susuk
Anugerah Khas Juri
1957 Hati Malaya
Pensil
Wayang
Evolusi KL Drift
Anugerah Khas:
Box Office - Duyung
Di Belakang Tabir - Adam Meon atau M Shahdan.
Veteran Lelaki - Abd Wahid Ahmad atau Wahid Satay
Veteran Wanita - Ruminah Sidek |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #24 irafazirishak's post
abang taff, amboi, panjangnyer penjelasan....senang ckp, fother company wat filim komedi boleh dapat juta juta, tapi Tayangan Unggul wat filem aksi ker (AH), komedi ker (AKH),...horror ker (PTB& KMBM)...semua lingkop tak sampai dua juta. hehehe....AKH ngan KMBM lagi teruk. akak tgk kat finas nyer collection tak sampai setengah juta pong! sedangkan, filem Kalalamalambulanmengambang tu jalan citer ngan komedi ada nilai box opis wo....tapi filem tetap tak laku! apa dah jadik!? filem CINTA gbsb kitaorang punya tu....pon leh dapat rm2 juta lebey! apa ke hel abang tafff! tooolonggg jawab!! |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #24 irafazirishak's post
i think org skung tgk pengarahnye kot n jalan cite..
tusb kene pandai carik pengarah yg tgh boom skung.. cthnye kabir bathtia
tusb patut stop amik pengarah2 syok sendiri cam bade ngan mamat khalid.. mmg cite derang berkualiti tp.. cam bosan sket..
cthnye mamat khalid, sy tapenah tgk cite die sampai abis.. mesti tetido gitu.. |
|
|
|
|
|
|
|
movie cam kmbm dan zombi aku bleh terima apa mesej yg nak disampaikan kpd penonton
mcm ko ckp tadi..zombi ader maksud hasutan /terpengaruh etc
ligting oren/background tuk filem syaitan..siyess lawa
cuma puaka tebing biru tu..cam hampeh sketttt aku xbleh terima |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #27 jac_diehard_fan\ catat
bg aku..pengarah cam bade dan mamat khalid
depa ni ade mesej nak sampaikan kpd kiter
cuma kiter jek yg tak paham mesej apa yg depa nak sampaikan kpd kiter
mgkin olahan penceritaan xberapa..jd mesej tu xsampai
tgk aje olahan citer yusop selam
terlalu straight to the point..
cthnya movie maria mariana..si adk menyesal di atas perbuatannya..kita dah bleh agak di penghujung movie ni
tapi cam bade dan mamat khalid plak
diorang ni soh kiter pk dan paham sendri maksud disebalik citer
tuk movie camni xbleh diterima penonton |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #30 hirai_saza's post
muvi usop selam releven taun 80an dgn awal 90an.. skung da tak releven dah.. ingat sembilu2020 tuh.. dialog cerita very the 80an siap kene komen ngan akhbar katenye percintaan remaja di mata org tua |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #31 jac_diehard_fan's post
citer sembilu kaa..apa kaa..aku tak tgk pun sbb bleh agk jln citer lagu mana..
tapi aku respect kat yusop selam satu jekk..
cita2 nak jd polis tak kesampaian..so dia buat movie/drama kepolisan
xdpt jd polis..dapat pakai baju polis pun xper |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #34 irafazirishak's post
harap2 box office |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #36 revolusi_30's post
suhaimi baba buat cite pontianak jek |
|
|
|
|
|
|
|
Jawab Kepada Semua pertanyaan & permasalahan
Salam perpaduan dan kemasyarakatan
Memilih Skirp yang terbaik adalah sesuatu yang terlalu sukar...
Menterjemahkan skrip ke atas layar lebar juga terlalu sukar...
Menilai kualiti dan mutu pengarah juga terlalu-lalu sukar...
terlalu senangkah menilai ketulusan setiap perkara
adakah itu dapat menjanjikan seuatu itu terbaik ? irafazir.....
Salam mukadimah
Pemilihan skrip didalam TUSB bukan sekadar untuk menjadikannya sebagai 1 hiburan, pemilihan dibuat berdasarkan banyak perkara.
1. STRUKTUR & JALAN CERITA (STORYLINE & STRUCTURE)
2. WATAK-PERWATAKAN (CHARACTERIZATION)
3. DIALOG
4. SENSITIVITI & HUBUNG KAIT MASYARAKAT (SENSITIVITY)
5. KEJELASAN LATAR CERITA (STORY BACKDROP)
6. KEBOLEHAN DAN TAHAP PENULISAN (WRITING ABILITY)
7. ASPEK KOMERSIL DAN KEWANGAN (COMMERCIAL & FINANCIAL VIABILITY)
8. KHALAYAK SASARAN (TARGET & SOCIETY GROUP)
9. PENERIMAAN SKRIP (ACCEPTANCE OF SCRIPT)
saya rasa semua syarikat film mempunyai cara tersendiri untuk menilai sesuatu skrip tersebut. dan apa yang saya beri diatas bukan semua yang dapat saya tulis disini. ada sebahagiannya menjadi rahsia atau polisi syarikat kami dalam menentukan sesuatu skrip tersebut.
yup saya setuju untuk mendapat kutipan box office adalah sesuatu yang penting dalam menghasilkan sesuatu filem tetapi tidak semua Syarikat filem sanggup bekorban untuk menjadiakn mutu filem itu yang terbaik. dari semua segi bukan sekadar ingin menhegajar kutipan sahaja
Saya tidak tuju kepada mana2 syarikat. tetapi dasar dan tujuan sebenar yang harus dipertimbangkan. untuk menghasilkan filem yang 15 min dan diolah kepada 1 jam adalah terlalu senang tetapi mengangkat 1 teori/ mesej kepada maksud lakonan itu mungkin sedikit dan terlalu susah.
dari segi permasaran, ada beberapa perkara yang saya tidak dapat tuliskan disini, terdapat kekangan & polisi demi menjaga hubungan dan profesional dalam kerjaya.
tapi apa yang saya boleh katakan
Contohnya :
berapa ramai penduduk malaysia mempunyai TV ?
Berapa ramai yang boleh menonton RTM, TV3, TV9, TV7, ASTRO ?
so kelebihan di pihak Mana ?
sayangnya filem kita sekarang masih mengikut acuan peminat filem terdahulu, terlalu memberi hiburan kepada penonton. dahulu adalah perkara biasa mengangkat nilai komedi keatas layar kerana penonton ingin mencari hiburan. saya tidak kata filem dahulu tidak punya mesej yang tersurat. kalau saya nak olahkan filem terdahulu mungkin terlalu banyak yang kita boleh agungkan. cuba nilaikan dan sebutkan sendiri berapa banyak filem yang boleh diangungkan selepas 20.. 30.. 40... 50.. tahun akan datang ?
TUSB juga sedar dengan peralihan tersebut, sebagai cubaan
nantikan
MAUT Bade Hj Azmi ( Kisah Benar)
HISTERIA James Lee ( Seram )
PAPADOM Adflin Shauki ( Family Komedi)
SETEM Kabir Bahtia ( Komedi Aksi )
Duhai Si PAri Pari Azmi Md HAta ( Komedi)
ni senarai filem yang menanti untuk ditayangkan kepada umum, dan pihak tayangan unggul cuba untuk memberi apa yang penonton kehendaki sekarang
So tepuk dada tanya hati dan akal, sejauh mana bijak sesuatu penonton dan sejauh mana benar sesuatu komen yang harus kita ambil.
terima kasih kepada yang sanggup bertanya dan menyuarakan pendapat. saya hargai.
SESIAPA YANG ADA PENDAPAT BOLEH KEMUKAKAN TANPA PREJUDIS DAN TANPA RASA SEGAN, BIARLAH BERMUTU DAN BERHEMAH... MANA TAHU NANTI KITA ORANG BOLEH GUNA UNTUK MAJUKAN INDUSTRI DAN MUTU KUALITI FILEM MALAYSIA.
|
|
|
|
|
|
|
|
Balas #40 irafazirishak\ catat
wahhh! promosi harga runtuh neh! |
|
|
|
|
|
|
| |
|