|
Reply #2 myohmy's post
ya... dia menerima Islam dari tangan Syeikh Abdullah AlQumairi
[ Last edited by slax at 30-8-2008 04:23 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Syeikh Abdullah Al-Qumairi ulama dan pencipta nama Kedah Darul Aman
Oleh Wan Mohd. Shaghir Abdullah
ADA yang berpendapat bahawa tokoh penyebar Islam di Aceh yang juga penyusun kitab Bahr Al-Lahut iaitu Syeikh Abdullah Arif adalah sahabat kepada tokoh ulama yang diperkenalkan pada kali ini.
Namun ada pula berpendapat bahawa kedua-dua Syeikh Abdullah ini adalah orang yang sama.
Syeikh Abdullah Arif di Aceh dikatakan berada di Aceh sekitar tahun 560H/1165M-1177M, sedangkan Syeikh Abdullah al-Qumairi ini atau nama lengkapnya Tuan Syeikh Abdullah bin Tuan Syeikh Ahmad bin Tuan Syeikh Ja抐ar Qumairi berasal dari Syahir Yemen dan tiba di Kedah tahun 531 H.
Kisah lengkap Syeikh Abdullah al-Qumairi yang lengkap diriwayatkan oleh Muhammad Hassan bin Muhammad Arsyad dalam al-Tarikh Salasilah Negeri Kedah. Ia ditransliterasi dari tulisan Melayu/Jawi kepada Latin/Rumi dan diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka tahun 1968.
Menurut Buyong Adil dalam Sejarah Kedah (Terbitan DBP, 1980), kedatangan Syeikh Abdullah ke Kedah tahun 531H itu bersamaan dengan tahun 1136M. Menurut Bahayuddin Haji Yahaya dalam Naskhah Jawi, tahun 531H itu bersamaan dengan tahun 1137M.
Diriwayatkan bahawa Syeikh Abdullah al-Qumairi adalah seorang ulama yang berasal dari Yaman dan datang bersama-sama dengan 11 orang sahabatnya.
Dalam buku Sejarah Kedah Sepintas Lalu (Diterbitkan oleh Jawatankuasa Penerbitan Universiti Utara Malaysia, cetakan pertama 1987 hlm 10) oleh Haji Ibrahim Ismail, disebutkan dalam Hikayat Merong Maha Wangsa bahawa Syeikh Abdullah al-Yamani (berkemungkinan maksudnya Syeikh Abdullah al-Qumairi al-Yamani) adalah murid kepada Syeikh Abdullah di Baghdad.
Jika disemak dengan teliti kandungan buku tersebut, penulis menyimpulkan Islam datang ke Kedah jauh lebih awal daripada kedatangan Syeikh Abdullah al-Qumairi.
Ini kerana dinyatakan dalam buku tersebut bahawa sesudah merdeka ditemui sebuah nisan di Langgar, Kedah yang berinskripsikan nama Syeikh Abdul Qadir ibnu Husein Syah Alirah/Alam dan tarikhnya 291H bersamaan 903M. Haji Ibrahim Ismail memetik dari kertas kerja berjudul 慡ejarah Kedah Dalam Kebangkitan Islam |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #13 ijad_adiputera's post
pandai la ko....raja dan sultan sama taraf la.. |
|
|
|
|
|
|
|
Dasar orang Melayu yang menggemari penulisan bergaya Hikayat telah memberikan kesan buruk terhadap Sejarah.Contohnya cerita Raja Merung Mahawangsa berperang dengan Garuda.Cerita sebenar ialah angkatan Merung telah berperang dengan Angkatan Raja Chola yang bertembung dengan rombongan Merung di perairan Langkawi. Angkatan Raja Chola dalam perjalanan pulang ke India setelah menyerang sebuah Kerajaan pelabuhan empayar Sriwijaya di Tanah Semenanjung.Oleh Kerana Bahtera Induk Raja Chola berkepalakan burung Garuda,cerita Hikayat telah menulis bahawa Merung telah bertarung dengan Garuda.Ini menjadikan cerita tersebut menjadi dongeng dan tak masuk akal.Malang bagi sejarah itu.Lebih malang lagi Sejarah Mahsuri yang baru berlaku dalam lingkungan masa 200 tahun itu telah dicampuradukkan dengan dongengan sehingga dikatakan sebagai Lagenda sahaja.Selagi kita masih khayal dengan dongengan selagi itu dongeng akan mengancam cerita sebenar. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by shawbrother at 16-7-2008 08:37 PM
Memang betoi...Dengar kata orang dulu2 nenda sultan kedah sekarang iaitu Sultan Abdul Hamid asalnya merupakan Sultan/raja Kota Kuala Kedah..Baginda dilantik menjadi Sultan Negeri Kedah setelah su ... blog Sejarahnegarakedah?? Blog mengarut...:@ |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by sayapghaib at 3-8-2008 01:24 PM
Kat dalam blog tu Sultan Abdul Hamid bukan ditulis sebagai Sultan Kuala Kedah tapi Sultan Sungai Petani.Banyak mengelirukan dari segi persamaan tarikh dengan moghul yg dikatakan bersatu dengan em ... betul, betul, betul....
Ada ke patut diorang ngaku Raja Perlis tu keturunan diorang? :@:@ |
|
|
|
|
|
|
|
salam
mana hang tau mengarut??? semua mengarutt atau sebahagian mengarut.. ? da teliti suma ke? ada baca undang2 kedah yang jd sumber rujukan depa? baca dulu ada berani?? |
|
|
|
|
|
|
|
Sejarah Nagara Kedah ini dipertikaikan bukannya apa.Terdapat fakta dalam blog tu yg terlalu mengelirukan.Contohnya dikatakan Kerajaan itu empayarnya pernah bersatu dengan empayar Moghul di India.Dikatakan Inggeris telah berjaya memadam fakta sejarah tersebut.Kita perlu ingat bukan saja butir-butir dari Inggeris saja yg dirujuk oleh para pengkaji sejarah.Tapi juga dari sejarawan Arab dan Sejarawan China.Adakah semua catatan mereka berjaya dipadam pihak Inggeris.Mustahil satu empayar dalam masa lingkungan 200 tahun boleh dipadam sejarahnya secara total oleh pihak penjajah.Mengapa pula Keturunan Tuan Nai Long di Perak tidak pernah menimbulkan cerita ini.Tidak pula dikatakan yg Moyang mereka mati di pijak gajah.Mengapa tiada langsung cerita dari orang-orang tua tentang empayar ini kecuali mereka yang ditimbulkan dalam blog itu.Mengenai undang-undang Kedah yang menjadi sumber rujukan tersebut ,diminta pengendali blog tersebut menampilkan catatan asal supaya para pengkaji sejarah dapat menelitinya sebaik mungkin dari segi penulisan mahupun naskahnya. |
|
|
|
|
|
|
|
salam
aku memulapon skeptik gak dgn geng2 tnl kasim ni bila mula2 baca.. memang susah nak digest.. sbb xsama dgn mainstream yang kita tau dari kecik dulu... tapi bg pengunjung tetap board hml ni mungkin masih igt fenomena yang dibawa oleh ho7..tapi bg aku la topik ni mencecah tahap tidak diterima akal berdsarkan apa yang dibelajari melalui pengetahuan moden .. sama jugak kalau sesiapa yang penah folo siries dari site youtube yang dibuat oleh abdullah hashem iaitu antichrist dajjal dan disambung oleh oleh noreagaa dgn siri he arrivalsnya.... mereka2 ni merupakan revulosioner kepada cabang pemikiran baru ..stail baru yang bayk bercanggah dengan golongan mainstream ... bg aku senang saja .. kenapa kita xdapat nak menerima idea2 baru.. sbb dari kecik lagi kita dah dimomokkan dgn acuan2 barat ni.. dari segi pemikiran dan maklumat2 yang memang bersumberkan dari tapisan meraka yang mana kita tau xada satu pon utk kebaikan orang timur esp islam neh.. yang ada utk mengungkan pencapain barat saja..dan xmustahil sebab inngeris jugak menjajah empayar monggol dan juga cina.. naskah2 berkaitan sama sepertimana kerajaan islam ayuthia dimusnahkan atau digelapkan.. sama sepertimana orang malaysia yang harini xtahu tentang sejarah ni.. orang kat benua cina n india muslim pon xtau jugak.. itu just aku rs la.. dan sebenarnya mengikut kefahaman aku .. empayar ni lama.. sejak dr zaman ayuthia smpai lah last sekali balik semula ke kedah..yang 200 ratus tahun tu bukan tempoh empayar tu melain kan tempoh inggeris dan thai memulakan onar kat sebelah nun jauh diutara... dan mengenai undang2 kedah pulak.. di penghujung tempoh drM menjadi pm dulu naskah ni dibawa balik kesini.. tp bukan melalui naskah asal .. hanyalah mikcrofilem .. ni lah 2 kupang aku |
|
|
|
|
|
|
|
sejarah ditulis oleh mereka yang menang......... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #29 nagasuria's post
Memang Ayuthia itu Kerajaannya Islam.Namun perlu bukti samaada Kedah itu nama Kerajaan tersebut atau Kedah itu cuma berada dibawah naungan Ayuthia.Tentang Microfilm undang-undang Kedah itu,salinannya perlu dipaparkan supaya dapat dibuat penelitian.Microfilm pun adalah salinan dalam bentuk asal.Cuma berbentuk filem copy sahaja.Bahasa dan tulisannya mesti yg asal kerana micro film adalah copy yg asal.Jadi kepada pihak yg berkaitan sila kemukakan microfilm ini supaya dapat merungkaikan cerita sebenar.Jangan ada alasan mikrofilm tu dah rosak dah ler.Pekerjaan saya memang berkaitan dengan microfilm. |
|
|
|
|
|
|
|
huhuhu menarik sebenarnya menyusuri sejarah ni.. lebih2 lagi kita nak tau sejarah versi orang yg xmenang pulak.. asyik2 dengar versi org menang.. nak gak tauu apa yang jd dulu.. n amik iktibar supaya xkalah da pasni.. sekarang xkisah la nama ayuthia tu dulu tu kedah pasai ma ke tidak.. kita xsure mana negara mana negeri.. yang penting kita tau dulu kerajaan islam kat sana n ada berkaitan dengan dia.. nama boleh ubah2... semenanjung melaka da jd semenanjung tanah melayu (sebab tu selat melaka bukan selat tanah melayu n melaka dulu bukan negeri melaka sekarang) at least ada kesedaran pasal ni .. xada la kita igt thai tu sama dengan siam.. ok la tu dr situ barulah boleh mengorak lagi jauh.. baru boleh timbulkan soklan yang byk xada jawapan.. |
|
|
|
|
|
|
|
keturunan kedah ni sebenarnya melayu ke india? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #32 nagasuria's post
Bukan apa.Ayuthia memang dulunya wilayah Islam.Malah kawan sekerja aku berketurunan dari sana.Tapi dia tak pernah menimbulkan bahawa Ayuthia itu pusat Kedah Pasaima ke apa ke.Cuma sekarang ini kita mahu mencari kebenaran tentang dakwaan bahawa Ayuthia itu adalah pusat Kerajaan Kedah Pasaima itu seperti yg didakwa di Blog berkenaan.Sebab perkataan yang Jelas tentang Kedah Pasaima cuma ditemui di sebuah batu Nesan di Provinsi Pasai yang mana telah disepakati oleh sejarawan Indonesia dan Malaysia bahawa nesan itu kepunyaan Puteri kepada Sultan Muhammad Syah iaitu Sultan Kedah yang menjadi menantu Sultan Pasai.Dikatakakan bahawa Sultan Pasai mengambil Sultan Muhammad sebagai menantu atas kerja-kerja dakwah Islam di Tanah Semenanjung.Hubungan Kedah dan Pasai pada ketika itu sangat erat. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #33 IlhamRatU's post
Awatnya? Hang nampak keturunan Kedah muka macam India ka.Keturunan Kedah ni keturunan Jawi la.Sama macam negeri-negeri lain juga.Yang muka macam India tu mamak.Mamak bermaksud kacukan Melayu Jawi+India.Kat Kedah kalau India Muslim diorang tak panggil mamak.Diorang panggil Kling.Kling kat Kedah dan Penang maksudnya India Muslim.Tapi Kling kat tempat lain bermaksud satu penghinaan.
[ Last edited by sayapghaib at 12-9-2008 10:38 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Kling berasal dari perkataan Kalinga |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #36 HangPC2's post
ya benar tu Hang PC.Kling berasal dari Perkataan Kalingga.Dulu benua kecil India disebut Benua Kling.India muslim sebelah utara semenanjung tak marah kalau dipanggil Kling.Dah jadi kebiasaan orang sebelah sini menyebut nama India Muslim kepada orang yg lain dengan panggilan seperti Kling Hameed,Kling Daud dan sebagainya.Dan kari mamak yg menjadi kegemaran ramai peminat Nasi Kandar disebut gulai Kling di Kedah. |
|
|
|
|
|
|
|
bagus2...dah mula kita mengali balik sejarah yg telah dimanipulasikan oleh penjajah..
Oelh itu wahai bangsa seagamaku,kembali bangun dengan semangat perjuangan utk Islam dan Melayu
http://merahsilu.blogspot.com/ |
|
|
|
|
|
|
|
ya perjuangan untuk Islam dan melayu.Itu baru betul.Jangan jadi macam sesetengah bebudak muda melayu yg keliru ,nak wujudkan kesatuan Islam dan nak membuang nama melayu.nampak benar mereka berada dalam kekeliruan yang nyata.kecelaruan politik masakini telah menambahkan lagi keserabutan mereka.Kalau pakai istilah Ketuanan Islam nanti geng Nigeria dan Bangla pun nak tuntut Kerakyatan negara ini sebab diorang pun beragama Islam.
[ Last edited by sayapghaib at 18-9-2008 02:58 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
salam, saja nak tumpang sekaki... cita pasal garuda tu rasanya ada ulama melayu yang tulis sheikh..... rawa (sori tak ingat ler) nama kitab dier hayatu hayawan. dia citer ada sekor burung kalau terbang tu jadik gelap kawasan tuh... besonyer burung tu kalau dia sambar lembu macam kita tengok helang sambar tikus. kat dalam kitab tu gak ada citer pasal sekor ikan berupa seperti perempuan lengkap dengan kemaluan warna kuning keemasan hanya terdapat di negeri rom jer.
satu lagi, pasal garuda tu, satu masa dulu (rasanya 70an - 80an) ada gambar dier di dalam majalah kalau tak silap BUJAL. dia tulis kat situ ANAK GARUDA MENDARAT DI BATU PAHAT. yang heran mana penulis tu tau yang burung beso camtu baru anak dier....wallahualam |
|
|
|
|
|
|
| |
|