CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: DianaA

MASAKAN BERASASKAN IKAN

[Copy link]
Post time 7-3-2006 08:21 PM | Show all posts
Originally posted by nano at 7-3-2006 12:49 PM



kak hani... ade resepi asam rebus utara tak?
yg letak daun kesom tu





ASAM REBUS IKAN stail UTARA

Bahan:
3 keping ikan tenggiri/
[3 ekor ikanselar/kembung/cermin ]
4 keping asam keping
3 tangkai daun kesum
bendir atau timun tua [jika  suka]

Bahan-bahan mesin
3 ulas bawang kecil
3 biji cili merah
2 cm belacan
Sedikit garam
Air secukupnya

Cara:
1. Bersihkan ikan dan ketepikan sebentar.
2. Masukkan semua bahan kecuali ikan dlam peiruk dan masak sehingga mendideh
3. Biar menggelegak baru masukkan ikan dan bendir atau  timun tua. Biarkan mendideh lagi..
4. Rasakan garam dan angkat. Hidangkan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-3-2006 08:39 PM | Show all posts




IKAN BELAH BELAKANG aka IKAN SUMBAT KELAPA

BahaN:
4 ekor ikan cencaru  atau ikan kembung [dicuci dan dibelah dibelakang]

Bahan Mesin/Sumbat
2 batang serai [racikkan]
4 ulas bawang merah
8 tangkai cili merah
1 cawan kelapa parut
garam dan gula secukup rasa
air asam jawa secukup
daun kunyit [mayang halus]
3 biji limau kasturi [belah 2 dan buangkan biji]

Cara Memasak
1. Mesinkan bahan sumbat dan gaulkan dengan air asam jawa dan daun kunyit.
2. Sumbatkan sambal kedalam/belakang ikan cencaru.
3. Masukkan dalam loyang dan bakar dalam convection oven dalam suhu 180'C selama 30 minit.
4. Terbalikkan ikan supaya garing dikedua2 belah ikan tu.
5. Bila dah masak hidangkan dalam pinggan.
6. Hiaskan dengan salad dan limau kasturi supaya semasa makan boleh diperahkan limau untuk menambah perisa sambal dalam ikan.

NOTA
kalau nak goreng..gorengkan saperti goreng ikan biasa.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2006 08:43 PM | Show all posts



MASAK KICAP IKAN TENGGIRI

Bahan-Bahan:
500 gm ikan tenggiri
1/2 cawan kicap pekat manis
4 s/b sos tomato
minyak
kunyit
garam

Bahan Hiris
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
1 inci halia
2 biji cili hijau
2 biji cili merah

Cara:
1. Ikan dibersihkan dan digaulkan dengan kunyit dan sedikit garam. Gorengkan saperti biasa tetapi jangan garing.
2. Keluarkan minyak dan masukkan bahan yg dihiriskan. Kacau rata.
3. Masukkan kicap, sos tomato dan kacau rata.
4. Masukkan lada hitam dan gaulkan rata. Rasakan garamnya.[selalunya takperlu masukkan garam]
5. Tuangkan kuah atas ikan didalam pinggan dan hidangkan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2006 08:46 PM | Show all posts



IKAN BAKAR

Bahan
1 ekor ikan bawal atau ikan merah [bersihkan dan kelar]
batang serai [ketuk]
5 helai daun limau purut
3 s/b jus asam jawa
daun pisang
aluminium foil

Bahan mesin/tumbuk
5 biji ciliapi
5 biji cili merah
5 biji cili kering
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 batang serai
garam

Cara.
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumbuk sehingga wangi dan naik minyak.
2. Rasakan masin dan masamnya dan kacau seh ingga naik minyak. Masukkan daun limau purut dan serai ketuk tadi.
3. Letakkan daun pisang diatas aluminium foil.
4. Letakkan separuh sambal yg telah dimasakkan diatas daun pisang.
5. Letakkan ikan diatas sambal tadi.
6. Ratakan sambal ikan diatas badan ikan dan tutupkan semula dengan daun pisang.
7. Bungkus ikan dengan aluminium foil dan bakarlah dengan dalam kuali non-stik pada api paling kecil [sehingga ikkan masak ]dalam 30 minit pada setiap belah/bahagian ikan.
8. Bila dah masak hidangkan dalam pinggan besar.
9. Boleh juga siapkan air asam sebagai mencicah ikan bakar ini.
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2006 09:46 AM | Show all posts
Ikan kalau buat ala ayam paprik DianaA pun sedap.
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2006 10:11 AM | Show all posts
Originally posted by diknur at 7-3-2006 10:51 AM
assalamualaikum akak2 semua...

saya ni org baru....nak mintak resepi sikit..boleh?

saya ni kurang pandai memasak tapi berminat nak belajar..boleh tak akak2 ajarkan saya camana nak masak

g ...


dik nur, kalau resepi gulai ikan yg nano selalu buat...nih nano kasi...

Bahan-bahan:
3 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
1/2 ulas bawang besar
Halia (ni nano tak tahu nak kasi sukatan, sbb ikut suka nano jee..heheh)
Daun Kari
Halba Campur
Santan
Rempah Kari Ikan - sepeket kecil (nano guna baba's)
Tomato
Kacang Bendi
Asam jawa (air asam jawa)
Garam
Ikan :- Bawal hitam, jenahak/jenak etc. (jenak selalunya nano masak 3 ketul utk sukatan bahan2 seperti di atas)

Caranya:
Potong halus 1 ulas bwg putih n 1 ulas bawang merah. Bawang besar potong memanjang. Bawang putih n merah yg selebihnya di tumbuk/blend bersama halia.
Panaskan minyak, masuk kan halba campur dahulu, kemudian daun kari dan di ikuti dgn bahan2 yg dipotong. Setelah kekuningan, baru masukkan bahan2 yg ditumbuk/di blend tadi. Apabila sudah garing, masukkan rempah kari ikan (kalau suka kari pekat, masukkan semua, kalau suka cair, masukkan 1/2 aje). Masak hingga naik bau/garing, kemudian masukkan ikan dahulu dan di ikuti dengan santan. akhir sekali nano masukkan air perahan asam jawa.
Setelah mendidih, masukkan kacang bendi dan tomato serta garam secukup rasa. Tutup api bila naik minyak.

Itu resepi yg nano ikut dr nenek, mak.... makcik2 nano...heheh...


[ Last edited by nano at 8-3-2006 10:14 AM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-3-2006 10:13 AM | Show all posts
Originally posted by shidaaziz at 7-3-2006 02:04 PM
nano, kalau asam rebus tu, lebih kurang singgang. biasa mak shida buat macam ni

2 ekor ikan kembung
3 bawang merah
1 bawang putih
sedikit belacan
sedikit kunyit hidup
1 serai dititik
1 sud ...



thanks shida, kak hani....
leh buat laa lepas ni... asyik buat asam tumis jee... boring jugak...
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2006 11:46 AM | Show all posts
kak liza,
gulai ikan masak padang akak tu..kalau guna ikan jenahak atau ikan siakap boleh ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-3-2006 12:05 PM | Show all posts
ikan masak padang tu makanan dari negeri maner?...
rasa dia ala2 paer erkkk?.......
best tak?....
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2006 02:23 PM | Show all posts
Originally posted by bLUe_jaMBu at 8-3-2006 11:46 AM
kak liza,
gulai ikan masak padang akak tu..kalau guna ikan jenahak atau ikan siakap boleh ke?


boleh jugak..
asalkan jangan gunakan ikan jenis mudah hancur saperti ikan kerisi tu...
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2006 02:39 PM | Show all posts
Originally posted by hanieliza at 8-3-2006 02:23 PM


boleh jugak..
asalkan jangan gunakan ikan jenis mudah hancur saperti ikan kerisi tu...


thanks kak liza..

muuahhhhhh...hihihi...mmg jenis gulai ni masuk santan biar gelegak ek..tak pecah minyak ke?
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2006 02:59 PM | Show all posts
ada resepi ikan stim tak.....
teringin nak buat tapi takut nak cuba ikut buku...
kot2 kakak2 chef kat sini ada resepi yg best dan dah di try...
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2006 03:15 PM | Show all posts

Siakap stim

Originally posted by Zeeqa at 8-3-2006 02:59 PM
ada resepi ikan stim tak.....
teringin nak buat tapi takut nak cuba ikut buku...
kot2 kakak2 chef kat sini ada resepi yg best dan dah di try...


Bahan-bahan:-
Ikan Siakap / senangin etc
Serai
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2006 03:16 PM | Show all posts
Originally posted by petai_jeruk at 8-3-2006 12:05 PM
ikan masak padang tu makanan dari negeri maner?...
rasa dia ala2 paer erkkk?.......
best tak?....


kak liza rasa nama masakan ni..maybe dari seberang..indonesia kot..
agaknya laaaa..
tapi kak liza pun tak kisah resepi dari mana as long dia sedappp dan senang...


[ Last edited by hanieliza at 8-3-2006 03:17 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2006 03:17 PM | Show all posts
kalau ikan steam shida buat ikan bawal putih hak sederhana besar tu

1. 2 ekor ikan bawal
2. halia muda dihiris batang mancis
3. 1 labu bawang besar
4. 1 batang serai titik
5. sos tiram
6. kicap cair
7. cili api
8. daun sup potong panjang 1 inci
9. minyak bijan
10. garam
11. perahan limau nipis

1. masuk semua bahan kecuali daun sup dalam 1 bekas untuk steam.
2. steam ikan tu
3. dah masak baru taruk daun sup
4. nak lagi sedap, buh banyak halia dalam perut ikan tu

[ Last edited by shidaaziz at 8-3-2006 03:23 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2006 03:18 PM | Show all posts
Originally posted by bLUe_jaMBu at 8-3-2006 02:39 PM


thanks kak liza..

muuahhhhhh...hihihi...mmg jenis gulai ni masuk santan biar gelegak ek..tak pecah minyak ke?


pecah minyak pun tak per...sebab rasanya masakan ni bertumis...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-3-2006 03:22 PM | Show all posts
err...resepi gulai darat kelantan ade tak?
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2006 03:26 PM | Show all posts
shida...
mmmm
sedapnya....ikan bawal feveret hubby...tapi tak penah lagi try masak stim...selalu buat sambal atau goreng ngan cili....

[ Last edited by Zeeqa at 8-3-2006 03:28 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2006 03:27 PM | Show all posts
Originally posted by nano at 8-3-2006 03:15 PM


Bahan-bahan:-
Ikan Siakap / senangin etc
Serai – mayang halus / titik
Halia muda– potong halus
1 labu – Bawang Besar
2 ulas – Bawang Putih
1 ulas – Bawang Merah
1 biji – li ...


ikan senangin ni sedap buat stim ye...selalu mak buat masak kari....:mll:
sedapnya...dah terliur nano...thanks ye
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2006 03:37 PM | Show all posts
Originally posted by Zeeqa at 8-3-2006 03:26 PM
shida...
mmmm
sedapnya....ikan bawal feveret hubby...tapi tak penah lagi try masak stim...selalu buat sambal atau goreng ngan cili....


zeeqa, beli bawal putih tau. bawal hitam sedap buang masak sweet sour, goreng, kari.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 54993 Replies : 13
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 55522 Replies : 25
Kesian nenek
maklukpenggodaKesian nenek
Views : 0 Replies : 0
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Melarikan Diri Dari Bayar Cukai LHDN Ke Los Angeles CA
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Melarikan
Views : 8790 Replies : 330
Instafamous Rempit (kak yah, kak zah & the geng) part 3
hotmakInstafamous Rempit (kak yah, kak zah & t
Views : 232053 Replies : 1826
Skandal 18 polis Indon, bikin malu
maklukpenggodaSkandal 18 polis Indon, bikin malu
Views : 90341 Replies : 38
New Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanlah mimpi-mimpi terindah
codenamedreamNew Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanla
Views : 42500 Replies : 1614
...CHAT HUMANITARY...HAPPY NEW YEAR...
seribulan...CHAT HUMANITARY...HAPPY NEW YEAR...
Views : 26050 Replies : 21
Bebas, selesa tanpa khemah biru
maklukpenggodaBebas, selesa tanpa khemah biru
Views : 8400 Replies : 1
Ha tepok!
maklukpenggodaHa tepok!
Views : 109349 Replies : 7

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 10:18 AM GMT+8 , Processed in 0.050890 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list